LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

9/29/2009

Adik2 Baru dibiarkan Tanpa Musyrif

Sambungan lagi....

A
lhamdulillah,rupenye ramai yang mengikuti perkembangan situasi yang berlaku kepada adik2 baru.saya mintak maaflah kerana lambat menyambung cerita adik2 baru ni kerana disana adanya komitmen lain yang perlu saya utamakan.insyaAllah kali ini saya cuba menyambung kesinambungan yang berlaku kepada adik2 baru.

Baiklah,hari pertama berakhir dengan sebahagian adik2 baru ditempatkan di rumah Serawak,di villa Terengganu(rumah tamu) dan juga seramai 8 orang adik2 baru ditempatkan di Walidain(rumah sewa yang agak jauh dari asrama Terengganu).



Manakala,hari kedua bermulanya pengembaraan adik2 baru ke sekitar Qaherah. Dalam kepenatan oleh kerana baru sahaja sampai,adik2 sudahpun dibawa berjalan-jalan dan berpening lalat dengan hiruk pikuk kota Qaherah yang dihiasi dengan pelbagai gelagat arab dan juga suasana yang jauh berbeza dengan negara kita Malaysia. Keadaan cuaca yang semakin menjengah ke musim sejuk juga membimbangkan kesihatan adik2 baru.

Perjalanan pada hari kedua tersebut yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berlarutan sehinggalah lebih kurang jam 10.00 malam barulah terlihat kelibat mereka pulang. Keadaan adik-adik cukup menyedihkan kerana masing-masing keletihan yang amat. Kebetulan sekumpulan adik2 yang menetap di Walidain ingin pulang ke rumah mereka, saya menahan seorang adik untuk bertanyakan khabar mereka,ternyata rungutan kepenatan dan tidak puas hati dengan pengurusan keluar dari mulutnya.

Saya bertanyakan kepadanya adakah tidak ada di kalangan mereka yang merungut kepada PEGAWAI akan kepenatan mereka itu,dijawabnya bahawa sudah beberapa kali rungutan dan keluhan adik2 kepada PEGAWAI dan petugas2nya namun tidak dihiraukan akan rungutan mereka. Mereka tetap dengan kekerasan mereka untuk ‘melarikan adik2’ daripada abang2 lama. Dimanakah kebajikan para pelajar yang sepatutnya menjadi aspek/tujuan utama pegawai berada di Mesir ini??

Oleh kerana ketinggalan dibelakang,saya menawarkan diri untuk menghantar adik itu pulang ke rumahnya,dibimbangi kegelapan malam membawa bermacam2 ancaman lagi2 khusus kepada adik2 baru. Ketika dalam perjalanan,kami sempat berkenalan dan berbual sedikit sebanyak mengenai keadaan adik2 baru. Dalam perbicaraan itu,saya sempat bertanya kenapa pegawai tidak menempatkan adik2 baru di asrama Terengganu?dan jawapan yang diberikan oleh adik itu menyentap hati dan jantung saya,apakah dia jawapannya?

“pegawai cakap,abang2 lama tak mahu keluar dan tiada tempat untuk adik2 baru,jadi kene tunggu abang2 keluar/balik dulu baru kami boleh masuk ke asrama”

Itulah jawapan yang adik itu berikan,ya Allah...begitu begitu kejam abang2 lama ini dimata adik2 baru?dan kenapa fitnah sedemikian yang PEGAWAI titlekan kepada abang2 lama? Sungguh sedih dan geram hati ini apabila mendengar jawapan adik tadi. Demi Allah yang maha mengetahui,kami sudahpun menyediakan tempat untuk didiami oleh adik2 baru ini.untuk pengetahuan saudara/i di luar sana,bukan semata-mata omong kosong saya lafazkan, perkara ini disaksikan abang-abang lama yang berada di Asrama Darul Iman. Sehari sebelum adik2 tiba,operasi membersih dan gotong-royong bagi menyiapkan penginapan adik2 baru sudah dilakukan. Dan segala macam persiapan sudah disiapkan. Tapi kenapa abang2 lama juga dipersalahkan? Tidakkah pegawai yang bertugas tahu akan kekosongan di rumah2 asrama Terengganu dan boleh diisikan dengan pelajar baru?kenapa masih menempatkan adik2 dirumah selain asrama Terengganu? Persoalan2 ini hanya pegawai yang boleh menjawabnya.

Saya tiba di rumah sewa adik2 baru,sebahagian adik2 yang kepenatan terus membaringkan diri di atas katil. Dua tiga orang adik menemani saya dan berbual2 tentang kehidupan di Mesir ini,walaupun tidaklah begitu banyak pengalaman saya di sini,bolehlah sekadar menggambarkan kepada adik2 kehidupan di perantauan ini bukanlah semudah dan sesantai yang disangka. Kesihatan,keselamatan merupakan aspek utama perbualan kami pada waktu itu.

Ketika sedang enak bersembang dan bersuai kenal dengan adik2,tiba-tiba seseorang mengetuk pintu. Kelihatan adik2 risau dan bimbang kalau2 yang datang itu mata-mata pegawai atau pembantu pegawai. Dengan tenang,saya menyuruh adik2 membuka pintu itu,bukannya salah pun saya berkenal2an dengan adik baru,tiada alasan untuk saya dimarahi...sejurus kemudian,terdengar kalam ammiyyah(bahasa arab mesir) diluar sana. Rupa-rupanya seorang warga arab sedang bercakap dengan seorang adik baru. Adik yang belum mampu memahami kalam arab tersebut tergagap2 untuk menjawab soalan arab tersebut dan hanya mampu menjawab “ana la ‘arif”(saya tidak tahu)

Kemudian datanglah abang lama ni yang kebetulan ada di rumah itu(sayala tu..huhu) dan memulakan percakapan dengan arab itu. Dikenali dengan nama Khalid,beliau merupakan tuan bangunan yang didiami oleh adik2 tersebut. Tujuannya datang adalah untuk meminta duit siyanah yang tertunggak semenjak bulan november 2008(sekarang sept 2009) lebih kurang setahun tidak dibayar,jika dihitung agak banyak bayarannya. Tapi saya tidak mengizinkan adik2 membayarnya dan cuba merujuk kepada saudara pembantu pegawai yang rupa2nya juga tidak tahu apa2 mengenai pengurusan rumah tersebut.

Akhirnya saya memberikan nombor telefon pembantu pegawai itu dan biarkanlah mereka yang uruskan,saya sudah bantu apa yang patut, oleh kerana mempunyai urusan di asrama,saya terpaksa meninggalkan adik2 untuk membiarkan mereka berehat dek seharian berjalan-jalan. Sebelum keluar,saya sempat memesan agar tidak memberikan apa2 duit atau membuka pintu sekiranya ada warga arab yang datang. Saya sangat terkilan dengan PENGURUSAN pegawai yang hanya membiarkan adik2 baru yang belum boleh berbicara dengan warga arab tanpa seorang mas’ul@musyrif. Apakah akan berlaku sekiranya saya tiada pada waktu itu? Kemungkinan adik2 itu terpaksa membayar duit yang begitu banyak kepada arab tersebut. Mungkin inilah Allah ingin membuka kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kepada adik-adik.

Bersambung...


post signature



Serangan Jantung dan Minum Air Suam

F
akta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .





Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

post signature



9/26/2009

kami pelajar senior Terengganu tiada hak bermesra dengan adik2 baru

B
ismillah walhamdulillah

....sambungan...

6.20 malam – oleh kerana adik-adik baru kelihatan kepenatan setelah perjalanan jauh dari Malaysia,selepas mereka siap daripada minum ringan,kami abang2 lama dan juga USMB yang turut ke airport menjemput adik-adik untuk ke musolla yang berada di tingkat 2 bagi menunaikan solat maghrib berjamaah bersama-sama. Adik2 menuruti jemputan kami tersebut,mungkin kerana sudah penat dapat juga mereka merehatkan dan menyegarkan badan bila sudah berwuduk nanti,tapi setelah mereka naik melepasi satu tingkat,kelihatan mereka kembali turun menuju ke bawah dan difahamkan bahawa pegawai mahu berbicara dengan adik2 baru tersebut di dalam galeri yang berada di halaman depan asrama Terengganu.



Kami hanya khuatir yang pelajar-pelajar ini tidak sempat untuk menunaikan solat maghrib memandangkan waktu maghrib lebih kurang jam 7.10 malam. Kami menyuarakan pandangan kami kepada pembantu pegawai dan akhirnya kami tidak boleh berbuat apa2 dengan alasan itu hanyalah arahan pegawai.

Dari pandangan kami,pada waktu itu terlebih afdhal untuk adik2 solat dahulu memandangkan waktu yang semakin semput...lagi pulak,kalau nak berbicara dengan adik2 atau memberi nasihat,apalah salahnya TUAN PEGAWAI turut sama naik ke musolla dan bolehla beri taklimat dan sebagainya nasihat kepada adik2 baru itu,namun segalanya dilihat semakin kusut dan berterabur.adik2 juga semakin pening dengan situasi yang berlaku.

Dan dalam kekalutan yang berlaku itu,terdengar satu saranan daripada seorang yang dikenali sebagai Iman Besar yang turut sama datang bersama rombongan adik2 baru dari Malaysia itu agar menjamakkan solat maghrib dan isyak....satu lagi kekeliruan yang dibuat kepada adik2...sebetulnya mengikut pendapat ahlul sunnah wal jamaah, apabila kita sudah sampai dan menetap ke tempat yang dituju,solat jamak tidak boleh lagi didirikan..entah pendapat manalah yang dibawa imam tersebut

Selepas solat isyak - semua senior2 Terengganu berkumpul di halaman asrama dan masing2 bengang dengan situasi yang berlaku...masing2 mempersoalkan beberapa soalan ini :

1) Mengapakah tugas menyambut adik2 baru pegawai tidak serahkannya kepada senior2 dan kepada orang2 yang tidak dikenali?

2) Kenapa turut melibatkan seorang ahli UMNO dari negeri Pahang yang tiada hubungkait langsung dengan adik2 baru?

3) Kenapa adik2 tidak ditempatkan di asrama Terengganu sedangkan disana terdapat banyak bilik yang kosong dan kurang penghuninya.

4) Kenapa kami di ‘warning’ agar tidak mengganggu adik2 baru yang alasannya mereka daripada tajaan yayasan?

5) Bukankah kami pelajar senior Terengganu ASLI dan bukan CELUP(hanya mengibar bendera Terengganu di Airport) juga kami ada hak untuk bermesra dengan adik2 baru?

6) Dan pelbagai persoalan lagi yang boleh kawan2 tambahkan selepas ini..


Malam itu kami hanya sempat berjumpa dengan adik ketika menyambutnya di halaman asrama kemudian selepas itu,adik2 ditempatkan dan DIKUNCI ditempat2 yang BERASINGAN kononnya tidak mahu pelajar lama menghasut adik2..entah apalah yang kami hendak hasut kepada adik2 ini,begitulah situasi yang berlaku pada hari pertama ketibaan adik2 pengajian Islam dan Perubatan tajaan yayasan Terengganu. Kami dinafikan hak sebulat2nya untuk menjaga kebajikan dan memberi layanan bagi keselesaan adik2 baru.

Dan kejadian di malam itu juga,dua orang adik yang kehausan keluar untuk membeli air di sebuah kedai arab,oleh kerana tiada musyrif mereka telah ditipu oleh arab dan telah membeli air tersebut dengan harga LE20.00 yang biasanya harga air tersebut tidak lebih dari LE5.00. Perasaan kesian dan geram kepada pihak pengurusan makin membarah di hati senior2...kebajikan adik2 baru terabai dan juga keselamatan mereka merisaukan kami.

bersambung....

post signature



Pegawai + Pelajar senior + Adik2 Baru

B
ismillah walhamdulillah..

Jika diikutkan hati ini,memang tidak mahu menulis dan mengulas tentang situasi yang berlaku di bumi Mesir ini.bukannya mahu berdiam diri,namun keterbatasan dalam pimpinan anak-anak Terengganu sedikit sebanyak membuat diri ini berfikir banyak kali untuk menulis isu ini.Oleh kerana saya mendapat permintaan dari sahabat-sahabat yang sedang bercuti dan berada di Malaysia,mereka ingin mengetahui keadaan disini.Saya akan cuba menceritakan sedikit sebanyak kejadian yang sedang berlaku sekarang.




24 september 2009

KEDATANGAN ADIK-ADIK BARU TAJAAN YAYASAN KE MESIR

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu atau lebih dikenali dengan KPT amat gembira untuk menyambut kedatangan adik2 ini yang. Sememangnya setiap tahun KPT akan menerima kedatangan adik2 baru dari Malaysia..tidak kiralah dari jurusan Pengajian Islam ataupun Perubatan,semuanya dari Terengganu.Seperti tahun-tahun sebelumnya, jawatankuasa Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB) dirangka sebagai persediaan KPT untuk menyambut kedatangan adik2 baru.
Segala persiapan dibuat oleh USMB termasuklah tempat penginapan untuk adik2 baru, persediaan jamuan dan sebagainya,semuanya dirangka dan disusun untuk menjaga kebajikan dan keselesaan adik2 baru bila tibanya di bumi Mesir ini...ketika persediaan penginapan ini,berlaku sedikit kerumitan apabila pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu memberi arahan untuk mengosongkan paras satu bagi diletakkan adik2 baru..dalam masa dua hari sebelum adik2 sampai ,pelajar-pelajar paras satu terpaksa mengosongkan rumah mereka namun,arahan itu tidak dilaksanakan oleh kerana semua yang berada di paras satu adalah mereka yang bergelar manusia dan tidak mudah untuk pindah dalam masa yang singkat.perkara ini menimbulkan kemarahan pegawai khususnya.

Manakala di pihak Ajk USMB sudah mencari jalan keluar dengan menyusun atur kedudukan pelajar2 baru di rumah2 yang kurang berpenghuni dan bersama-sama dengan abang2 senior.perkara ini bukanlah perkara baru,dan ianya sudah wujud lama dahulu.bukanya untuk membuli adik2 baru,tapi sebagai keselesaan,apabila bersama abang2,sudah semestinya akan ada nasihat atau tunjuk ajar pada adik2 akan cara hidup di bumi Mesir ini yang suasana dan caranya amat berbeza dari Malaysia.


MENYAMBUT ADIK2 DI AIRPORT

Jam 2.00 petang...kami dari barisan kepimpinan KPT dan juga Ahli jawatankuasa pelaksana USMB bersiap sedia untuk bertolak ke airport bagi menyambut kedatangan adik2 baru tersebut.Perasaan gembira dalam diri abang2 ini memang dapat dilihat dari raut wajah mereka,dan mungkin kenangan bersama adik2 dibangku sekolah membuatkan lagi hati abang2 membuak2 untuk bertemu adik2..namun,perasaan kami mula menurun dan keliru apabila seorang sahabat mengatakan bahawa pegawai tidak membenarkan kami ke Airport untuk menyambut adik2 baru..terdapat sedikit unsur ugutan ketika pegawai berkata kepada sahabat itu..

2.30 petang - Arahan tadi tidak menghalang kami untuk terus pergi bagi menyambut kedatangan adik2 baru...kami bertolak dengan menaiki dua buah van.

4.00 petang - setelah menghadapi berbagai kesesakan dan kesesatan,kami tiba di airport. Alhamdulillah,walaupun kami terlambat,adik2 masih belum keluar dari balai ketibaan...kelihatan disana beberapa pelajar yang tidak dikenali oleh kami(pelajar Terengganu) memegang bendera negeri kami,Terengganu Darul Iman..apabila diselidiki,mereka itulah pelajar-pelajar yang akan membantu pegawai bagi menyambut adik2 baru..kebanyakan dari mereka bukanlah dari negeri Terengganu.kami cukup terkilan kerana adik2 baru bakal disambut oleh mereka yang langsung tidak mencerminkan syakhsiah pelajar Azhari..bagaimanakah persepsi adik2 nanti memandangkan sememangnya persepsi masyarakat melayu sekarang memandang enteng akan pelajar2 Azhari..barulah kami faham kenapa kami tidak dibenarkan untuk turut sama ke airport.

5.15 petang - alhamdulillah,adik2 mula keluar dari balai ketibaan...kami juga turut menyambut dengan perasaan yang gembira..setelah bertegur sapa,adik2 dibawa menaiki bas untuk ke Asrama Darul Iman,Haiyyu Asyir.

6.00 malam - ketibaan adik2 baru disambut oleh abang2 lama yang sudah siap sedia menanti di halaman Asrama Darul Iman..flash dan video terpancar kesana kesini walaupun pemegang kamera dan video cam entah dari mana asalnya,perkara ini juga menimbulkan persoalan di kalangan abang2 senior..tidak dihiraukan kamera dan video...adik2 baru kami jamukan dengan air dan sedikit kuih...alhamdulillah semuanya dapat melegakan kehausan di tekak masing2.

6.20 malam - tggu sambungannya nanti....penat menaip..huhu



post signature



9/17/2009

shopping jangan pakai selipar getah..tengok ni..

S
alam Aidilfitri buat semua...bagaimana persediaan raye?harapnya walaupun sibuk dengan persiapan raya,janganlah pula kita abaikan amalan dan ibadah kita di bulan posa ni...
untuk entri kali ini,saya ingin berkongsi sedikit berkenaan bahayanya selipar getah..bahan ini saya dapat melalui emel daripada kak hamiza,seorang pensyarah UIA dan juga merupakan motivator para pelajar..:)..hehe,akak jangan marah ye,saya promote skit..hehe..
berikut adalah gambar2 bahanyenye selipar getah...amik peringatan....












haa..kawan2..kalau membeli-belah tu,janganlah pakai selipar getah lak..kalau pakai..hati2lah ye..agar kaki anda selamat dan dapat beraya dengan baik...sekadar perkongsian dan peringatan buat semua...selamat hari ghayer....!!!

post signature



9/16/2009

Rasul Melayu Tidak Berpuasa!!!

S
HAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.


Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.



"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.

"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.

Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.

Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.

"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya.

sumber : Mstar

**************************


Sepandai2 rasul melayu bersembunyi..akhirnya tertangkap juga...sudahlah kena tangkap..tak pose pulak tuh..hadui..ape nak jadikla dengan kahar ni...tapi yang herannya ramai jugak yang percaya dia ni rasul..musykil2..huhu

dalam penangkapan itu,si kahar ni ada meminta untuk memberi ruang padanya bagi mendapatkan peguambela untuk dirinya..ish,kawan2 ingat tak mase dulu2 kahar kena tangkap??seingat saya, dia tak mahu peguam bela dengan alasan dia adalah rasul dan hanya dia yang mampu membela dirinya sendiri,habis tu sekarang?bagaimana kahar wei?kenapa mahu cari peguam??kalau kamu kata kamu mampu sangat bela dirimu..nampak sangatlah akan kebohongan kerasulan kamu wahai si kahar!

oleh itu sahabat2..semuanya sudah jelas lagi nyata akan 'kelebongan' atau kepalsuan kerasulan si kahar ini...sape2 yang sudah jadi ummat si kahar cepat2lah sedar dan kembalilah ke jalan yang lurus dan jalan yang diredhai Allah...

post signature



kad raye dari Faarihin

T
erima kasih buat saudari Faarihin atas kad raye yang ala-ala katun gtu..hehe..walaubagaimanapun,ianya kreatif dan menarik..saya sangat menghargainya..selamat hari raya juga buat kamu ye faarihin..semoga ceria2 selalu..buat kueh raye banyak2..nnti bolehler bawak isteri saye jalan2 rumah kamu...hehe..


[Raya6.jpg]

Tenkiu bery2 much ye faarihin...:D


post signature

kad raye dari Along

T
erima kasih diucapkan buat alongarman...moga ceria2 sokmo dan sentiasa maju dalam hidup...selamat hari raya aidilfitri juga diucapkan buat along...:D





kad raye yang amat cantik..hehe..:D


post signature



9/15/2009

Lihat sejadah berdiri 8 jam..MasyaAllah..


SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.




P
ASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.



Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.





*************************************

MasyaAllah...Subhanallah...Allahuakbar...sesungguhnya hal ini bukanlah suatu yang mustahil berlaku dan bukannya susah untuk Sang Pencipta untuk mengadakannya...cukup dengan perkataan 'kun' maka jadilah sesuatu itu...

Allah Subhanahu Wa Ta'ala ingin membuktikan kepada kita semua bertapa Agung dan maha hebat kuasaNYA..jadi,apakah kita mengambilnya sebagai pengajaran???amat rugilah jika kita hanya memandang perkara itu dengan remeh temeh...semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala....insyaAllah..


post signature



9/13/2009

Harta Pusaka Kita

M
enyebut mengenai harta pusaka,sudah tentu ramai dikalangan kita yang teruja dan tertarik dengannya.maklumlah kadang2 kita sanggup bergaduh adik beradik bila matinya seorang bapa yang mewariskan kekayaan dan harta benda yang banyak...hubungan adik beradik tidak lagi dihiraukan dan yang diutamakan hanyalah helah dan tipu daya juga kerakusan untuk mendapatkan harta yang ditinggalkan tersebut...nauzubillah...semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan...





bersembang mengenai harta pusaka..saya teringat satu kisah yang terjadi..

"seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan tiga buah syarikat besar yang semakin menjulang kegemilangan.si bapa tadi mempunyai tiga orang anak lelaki dan masing2 akhirnya mendapat warisan sebuah syarikat bagi tiap2 mereka.anak yang pertama menerima warisan syarikat itu tetapi tidak berminat untuk menguruskan syarikat tersebut...akhirnya dia menjual syarikat tersebut kepada orang lain.anak yang kedua pula menerima warisan itu dan menggunakan harta syarikat untuk kepentingannya sahaja dan tidak berusaha untuk mengembangkan syarikat itu..akhirnya syarikat itu jatuh bankrap.dan anak yang ketiga berlainan dari adik beradiknya yang lain,dia menerima warisan itu dan menjaganya serta berusaha untuk meningkatkan pencapaian dan kemajuan syarikat tersebut"


baiklah..berdasarkan cerita yang dibawakan tadi..jelaslah kepada kita...mana satukah yang terlebih baik dan afdhal menerima warisan syarikat itu...sudah tentu anak yang ketigalah orang yang paling jujur dan amanah dengan warisan yang ditinggalkan oleh ayahnya...ini kerana,disamping dia menjaga amanah yang diberikan,dia berusaha untuk mengembangkan dan meluaskan empayar syarikatnya untuk menjamin kekukuhan dan kestabilan syarikatnya..

baik..sekarang kita cuba alihkan pandangan kita dan kita kiaskan kisah tadi dalan kehidupan kita...watak2 yang disebut tadi cuba kita bayangkan ianya adalah :

bapa : Habibuna Wanabiyyuna Mustafa Sallallahualaihi wasallam
anak2 : Ummat Islam(kita semualah)
warisan : Mukjizat Agung yang Masih Kekal (Al-Quranul Karim)

bagaimana sahabat2 sekalian?mampukah kita letakkan diri kita dalam kisah tadi...jika mampu,di peringkat manakah kita berada?

adakah kita termasuk dalam golongan yang pertama?

atau kita termasuk dalam golongan yang kedua???

atau kita termasuk dalam golongan yang ketiga yang selalu menjaga kesucian dan keagungan Al-Quran dan berusaha meningkatkan penghayatan terhadap Al-Quran dan sebagainya.

Ingatlah sahabat-sahabat semua,kita adalah pewaris mukjizat Nabi Sallallahualaihi Wasallam iaitu Al-Quranul Karim. berusahalah untuk menjaga dan menghayati kalam Allah subhanahu Wata'ala...agar Al-Quran itu menjadi hujjah bagi kita ummat Islam dan bukannya hujjah ke atas kita semua...amat besarlah seksaan Allah bagi hambaNYA yang tidak bersyukur dan mengambil pengajaran...Semoga Allah meletakkan kita semua digolongan yang ketiga.insyaAllah.



Oleh itu, di hari dan bulan yang baik ini..sama-samalah kita hisab diri kita dan juga amalan kita dan tidak lupa juga penghayatan kita dalam bulan ramadhan yang akan melabuhkan tirainya hanya beberapa hari sahaja lagi.moga-moga segala amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan kali ini diterima dan dikira sebagai kebajikan dan diganjarkan pahala oleh Allah Subhanahu Wata'ala..
siiru 'ala barokatillah...

post signature



9/12/2009

Ijtima' Aidil Fitri PAS Terengganu


B
PPNT dengan kerjasama DPPNT akan mengadakan Ijtima' aidilfitri.. jadi semua yang bergelar anak-anak negeri Terengganu yang belajar di perantauan ATAU mereka yang bekerja diluar negeri Terengganu adalah dengan segala sukacitanya dijemput ke majlis ini pada hari raye kedua... untuk maklumat lanjut bolehlah lihat gambar di bawah ni.. dan jangan lupe untuk menyebarkannya dikalangan sahabat2 anda dan maklumkan kat sahabat-sahabat anda untuk maklumkan kepada sahabat-sahabat mereka dan bagitahu kepada sahabat sahabat anda untuk memaklumkan kepada sahabat-sahabat mereka..huish..dah2..pening2..hehe.. jom kite pakat mari ramai2 memeriahkan majlis ini.. siiru ala barokatillah..



sila klik pada gambar untuk membesarkan gambar...syukran

"MARI BLAKE DEH..KITE PAKAT TURUN BLAKE...BERREH...!!!!"


post signature

9/11/2009

4 Award for me???TQ nuranuraniku

A
lhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..segala puji dan syukur ku panjatkan kepada Allah Azza wajall di atas nikmat sihat dan hidup sehingga saat ini dan alhamdulillah hari ini akan masuk hari yang ke -22 ramadhan...subhanallah..allahuakbar...maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan hati orang2 mukmin bagi sesiapa yang dikehendakiNYA..

jika kita membuat bakti kepada manusia sudah tentunya kita amat gembira dan berterima kasih kepada mereka dengan memberinya ganjaran berbentuk hadiah@cenderahati dsb tetapi adakah kita sedar bahawa disana Allah menjanjikan ganjaran yang
TERLEBIH hebatnya jika kita melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA






Award yang bertimbun2 ini datangnya dari seorang blogger indonesia yang blognya bernama Nuranuraniku. saya tidak tahu bagaimanakah kiranya hendak ambil award yang mana satu..sebab banyak sangat awardnya..so,saya ambil keputusan untuk kaut semuanya..haha..tamak tak saya???haha..memang tamak lagi haloba..kawan2 jangan buat macam saya ye..huhu..


Di kesempatan ini..ribuan terima kasih buat saudari Nura di atas kesudiannya memberi award pada saya yang tak seberapa ini..semoga ukhuwwah selamanya...juga ucapan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin..

post signature



Kad Rayer dah??...hehe

S
ungguh cepat masa yang berlalu..sedar tak sedar dah masuk fasa yang ke tiga ramadhan..banyak lagi amalan yang belum ditingkatkan ni...Ya Allah...lemahnya iman didadaku...kalau dimuhasabah balik amalan yang telah dilakukan..pendek kate orang "Balik Awal laa".....huhu

orang kata...barang yang lepas jangan dikenang...tapi dalam beberapa perkara..barang yang lepas mesti dikenang..contohnya muhasabah amalan..kita kena mengenang dan meninjau balik amalan yang telah dilakukan di masa yang lalu agar kita dapat mengubahnya kepada yang terlebih baik..



Seperti entri kak maiyah mengenai kematian suaminya di bulan ramadhan yang lalu amat menyedihkan dan memilukan hatiku...tapi itulah taqdir dan perjalanan yang Allah telah tentukan...kita sebagai hamba haruslah tabah dan redha dengan segala ketentuanNYA...dan semoga kak maiyah sabar dan tabah hadapi ujian itu..ameen

seperti tajuk di atas, e-kad raya yang pertama yang saya dapat selama berkecimpung dalam dunia blogger ini adalah datangnya dari kak maiyah....so,sebab itulah intro tadi mengenai kak maiyah..hehe...saya nak ucapkan terima kasih banyak2 buat kak maiyah sebab susah2 je bagi kad raye..hehe,tapi saya amat hargainya...terima kasih ye..pemurah betul kak maiyah ni..:D

inilah e-kad yang cantek tu...

hah..kamu semua jangan jeles ye...kalau tak nak jeles..lawatilah blog kak maiyah ni..insyaAllah klu ade rezeki anda..dapatla kad raye ni...

lastly...thanks a lot buat kak maiyah n semoga terus maju dan sentiasa dibawah jagaan Rabbul Jalil...n "SENYUM SOKMO2 DEH"




post signature



9/08/2009

Mahalnya Kasih Sayang Ibu

N
urse, boleh saya tengok bayi saya?" Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.



Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak.

Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah,masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya.

Ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,



kredit buat : http://khyrulhycal313.blogspot.com

post signature



9/07/2009

Gambar ayah lepas Excident...huhu

I
nilah keadaan ayah saya bila terlibat dalam kemalangan baru ni...gambar ini dihantar oleh abg mie..terima kasih abg...

tiada kata yang keluar dari mulut ini...hanya tatapan dengan sayu dan sedih...sahabat2 tgokla sendiri...tidak banyak gambar yang dihantar kepada saya..cukuplah sekadar dapat melihat keadaan ayah macam mana...




kesian ayah...(T_T)



Semoga Allah subhanahu wata'ala menyihatkan ayah seperti sediakala...ameen..

post signature



kecikkan saiz youtube

S
alam LailatulQadar buat semua sahabat-sahabat seperjuangan sekalian...apa khabar iman kalian? semoga ianya semakin bertambah hendakNYA...baiklah..entri kali ini lebih khusus buat mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang blogger ini..untuk mengecikkan saiz youtube untuk dimasukkan ke dalam blog sahabat2...mereka yang sudah berpengalaman...perkara ini seperti makan kacang je(senang ke mkn kacang??huhu)..



baiklah..teruskan kepada tutorial tadi...bila sahabat2 copy/embed kod html dari laman web youtube, kadang2 anda menghadapi masalah untuk letak dalam blog sahabat2..

ok..contoh kodnya seperti di bawah ini :



<object width="425" height="349"><param name="movie"
value="http://www.youtube.com/v/cAzXdkgwpfo&border=1&color1=0x6699&color2=
0x54abd6&hl=en&feature=player_embedded&fs=1"></param><
param name="allowFullScreen" value="true"></param><
param name="allowScriptAccess" value="always"></param><
embed src="http://www.youtube.com/v/cAzXdkgwpfo&border=1&color1=
0x6699&color2=0x54abd6&hl=en&feature=player_embedded&fs=1"
type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true"
allowScriptAccess="always" width="425" height="349"><
/embed></object>


untuk mengecikkan saiz video tersebut..sahabat2 hanya perlu mengubah tulisan yang berwarna biru di atas...ubahlah mengikut saiz yang sahabat2 suka dan bertepatan dengan saiz kolum/sidebar sahabat2..

itu sahaja tutorial buat kali ini...sekadar perkongsian dengan sahabat2 dari seorang budak yang baru belajar..hehe..

SEMOGA BERJAYA.....

post signature



9/06/2009

alhamdulillah...dah keluar wad

A
lhamdulillah..segala puji dan syukur bagi Allah yang memberi nikmat kesihatan dan pelbagai macam nikmat buat semua hambanya...sekadar perkongsian buat sahabat2 yang membaca entri saya yang lepas(ayah xcident)...alhamdulillah,sekarang ayah saya sudahpun keluar dari wad selepas ditahan sehari semalam di Hospital Hulu Terengganu.

Berkat doa rakan-rakan,dan juga doa dibulan yang barakah ini,ayah saya sudah semakin sembuh,hanya muka dan beberapa bahagian badan yang masih bengkak...saya hanya fikirkan ianya hanya luka kecil,insyaAllah...(nk sedapkn hati..huhu)

terima kasih kawan2 yang doakan ayah saya dan semoga Allah memberkati kamu semua...juga semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna agar ibadah puasa dapat dilalui dengan sempurna..ameen..

post signature



Ayah Xcident...

S
ekeping mesej ym daripada abg mie di Johor menyentap jiwa dan fikiranku...YA ALLAH...mesej yang hanya dua patah kata menimbulkan pelbagai persoalan di kepala otakku..huhu,yelah mesej berbunyi "Ayoh eksiden"...saya percaya sesiapa sahaja akan turut merasai perasaan yang sama macam saya rasa.

Dengan segera saya telefon ke Malaysia untuk bertanya khabar ayah...mula2 telefon rumah,tapi hanya anak sedara yang ada..yang lain katanya di hospital...terus saya telefon henset mak(huhu..canggih mak saya skrg)...kedengaran suara mak yang serak2 basah(samada suara lps menangis@xcukup tido)...pada mulanya mak agak terkejut dengan panggilanku..memang mak tidak mahu anaknya risau..lagi2 orang jauh macam saya ni...



Saya terus bertanyakan mengenai ayah..khabarnya ayah kemalangan selepas balik dari berbuka puasa di Masjid Tok Randuk,Ajil semalam(5.9.09)..ayah menaiki motosikal manakala 'lawannya' sebuah van...mak seperti tidak mahu melebarkan percakapannya walaupun saya menghujani emak dengan seribu pertanyaan...mungkin perasaan sedih dan tidak mahu menambahkan risau saya agaknya...'ketidakjelasan' suara turut menghalang kami bercakap lebih lama...lagipun mak sedang menguruskan 'hal' dengan pihak 'van' yang mungkin menuntut ganti rugi...

Ayah sekarang sedang berada di wad...dengarnye ayah tidak sedarkan diri juga selepas kemalangan, tapi alhamdulillah..sekarang sudah sedar..harapnya tidak ada ape2 yang berlaku dan juga efek2 lain..insyaAllah..


Doakan agar segalanya selamat...

post signature



9/05/2009

MONOLOG BUAT ISTERI SEORANG PEJUANG

J
elmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu

Isteriku...
Kehadhiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya


Isteriku...
Saban waktu , dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku

Isteriku...
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga

Isteriku...
Di senjakala , ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir Cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja

Isteriku...
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari - hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu , sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku , dirimulah penanti setia
Sementara bagiku , ia hanyalah dangau persinggahan

Isteriku...
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu

Isteriku...
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah

Isteriku...
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu


Isteriku...
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu

Sayang isteriku...sayang isteriku...
Terima kasih sayang...(^_^)


kredit buat : annajah...=)

post signature



9/03/2009

Antara kelebihan pakai purdah(boleh elak selsema babi)

M
emakainya mampu meperlihat keayuan seorang wanita beriman

Wanita tidak perlu mengenakan penutup muka perubatan untuk mencegah virus selsemababi (H1N1) jika mereka telah mengenakan hijab dengan baik termasuk mengenakan purdah atau niqab, kata doktor di Saudi.



"Wanita yang mengenakan purdah atau penutup wajah - bagi mereka tidak perlu mengenakan penutup muka pelindung lagi - sepanjang purdah yang ia gunakan bersih," kata Dr Dalal Namnagani seorang perunding pathologi dan pengarah dari bank darah di Hospital Khas King Abdul Aziz bandar Taif - kepada mel khabar Al-Watan Khamis lalu


"Purdah harus dicuci dan disterika sebelum dikenakan, namun tidak boleh digunakan oleh orang lain yang mungkin akan meninggalkan bakteria-bakteria penyebab kainnya tercemar oleh virus selesema babi," kata Namnagani.

Doktor itu juga memberi amaran terhadap masjid-masjid yang karpetnya yang buruk selama Ramadhan ini, tentang sholat tarawih banyak orang berkumpul terutama di dekat lantai yang menyebabkan kemungkinan virus menyebar dengan cepat.

"Para wanita juga kemungkinan besar melepaskan hijabnya di tempat para jamaah wanita berkumpul, dan hal tersebut dapat meningkatkan penyebaran jangkitan."

Banyak keluarga Arab menyatakan bahawa mereka telah menyambut seruan kempen kesedaran dengan mengajak anak-anak mereka untuk mengenakan penutup muka di tempat-tempat umum.

Seorang ibu rumah tangga Umm Omar mengatakan bahawa ia menyuruh anak-anaknya untuk lebih sering mencuci tangan dengan sabun dan mengenakan penutup muka yang bersih semasa mereka keluar ke kedai mahupun ke taman. "Saya juga cuba untuk menyekat diri melakukan perjalanan keluar rumah, kecuali kalau benar-benar terpaksa," kata Umm Omar. (FQ / saudigazzete)

Sumber asal :Halim Islamic

post signature



Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget