Popular Posts

9/16/2009

Rasul Melayu Tidak Berpuasa!!!

S
HAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.


Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.



"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.

"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.

Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.

Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.

"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya.

sumber : Mstar

**************************


Sepandai2 rasul melayu bersembunyi..akhirnya tertangkap juga...sudahlah kena tangkap..tak pose pulak tuh..hadui..ape nak jadikla dengan kahar ni...tapi yang herannya ramai jugak yang percaya dia ni rasul..musykil2..huhu

dalam penangkapan itu,si kahar ni ada meminta untuk memberi ruang padanya bagi mendapatkan peguambela untuk dirinya..ish,kawan2 ingat tak mase dulu2 kahar kena tangkap??seingat saya, dia tak mahu peguam bela dengan alasan dia adalah rasul dan hanya dia yang mampu membela dirinya sendiri,habis tu sekarang?bagaimana kahar wei?kenapa mahu cari peguam??kalau kamu kata kamu mampu sangat bela dirimu..nampak sangatlah akan kebohongan kerasulan kamu wahai si kahar!

oleh itu sahabat2..semuanya sudah jelas lagi nyata akan 'kelebongan' atau kepalsuan kerasulan si kahar ini...sape2 yang sudah jadi ummat si kahar cepat2lah sedar dan kembalilah ke jalan yang lurus dan jalan yang diredhai Allah...

post signature



9 comments:

  1. salam.. rasuk kemende camtu.. dia ni psycho ler

    ReplyDelete
  2. --> si emo

    hehe..'kelebongan' tu maknenye pembohongan dari asal perkataan tganu lebong yang bermaksud bohong/tipu ditambah pula imbuhan 'ke' kat depan tu..hehe..jadilah 'kelebongan'...:P

    ReplyDelete
  3. --> kak Maiyah
    em..mmg psycho pon...orang yang sudah sesat pastu menyesatkan orang lain serta mengajak orang lain untuk sesat bersamanya...bahaye die nih..huhu...

    ReplyDelete
  4. salam...mmm..selepas d tgkap..n terbukti bersalah..apa hukuman nya?
    adakah sekadar penjara n byar denda?
    -sgguh x puas ati...ngape la hukuman islam x d buat d malaysia ni...-

    ReplyDelete
  5. --> aben
    hurm...ye tak ye jugak ek?ape hukuman yang akan kerajaan jalankan ye?entahla aben...hukum manusia yang banyak kekurangannye..tapi xde sape sedar...kalau sedar pun,kuase xde...tggulah kemenangan ISLAM.insyaAllah undang2 Allah akan dilaksanakan...:)

    ReplyDelete
  6. semoga kita ambil iktibar...jgn mudah percaya n terpedaya ngan ajaran begini...semoga ALLAH lindungi kita dr org2 munafik seperti ini...amiiinn...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  7. --> kak Hamiza

    insyaAllah..ameen..maaf zahir dan batin juge kak..:)

    ReplyDelete
  8. mana laa dia tak puasa... kan dia ckp al quran, hadis dan sunnah ni suma bullshit.... so apa2 yang terkandung dalam semua tu (termasuk smyg, puasa and haji) memang dia tolak jugak la.... I wonder, kenapa laaa terang2 sesat camtu pun ada lagi yang leh ikut ajaran dia...adei.. pelik tul..

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget