LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

9/06/2009

Ayah Xcident...

S
ekeping mesej ym daripada abg mie di Johor menyentap jiwa dan fikiranku...YA ALLAH...mesej yang hanya dua patah kata menimbulkan pelbagai persoalan di kepala otakku..huhu,yelah mesej berbunyi "Ayoh eksiden"...saya percaya sesiapa sahaja akan turut merasai perasaan yang sama macam saya rasa.

Dengan segera saya telefon ke Malaysia untuk bertanya khabar ayah...mula2 telefon rumah,tapi hanya anak sedara yang ada..yang lain katanya di hospital...terus saya telefon henset mak(huhu..canggih mak saya skrg)...kedengaran suara mak yang serak2 basah(samada suara lps menangis@xcukup tido)...pada mulanya mak agak terkejut dengan panggilanku..memang mak tidak mahu anaknya risau..lagi2 orang jauh macam saya ni...



Saya terus bertanyakan mengenai ayah..khabarnya ayah kemalangan selepas balik dari berbuka puasa di Masjid Tok Randuk,Ajil semalam(5.9.09)..ayah menaiki motosikal manakala 'lawannya' sebuah van...mak seperti tidak mahu melebarkan percakapannya walaupun saya menghujani emak dengan seribu pertanyaan...mungkin perasaan sedih dan tidak mahu menambahkan risau saya agaknya...'ketidakjelasan' suara turut menghalang kami bercakap lebih lama...lagipun mak sedang menguruskan 'hal' dengan pihak 'van' yang mungkin menuntut ganti rugi...

Ayah sekarang sedang berada di wad...dengarnye ayah tidak sedarkan diri juga selepas kemalangan, tapi alhamdulillah..sekarang sudah sedar..harapnya tidak ada ape2 yang berlaku dan juga efek2 lain..insyaAllah..


Doakan agar segalanya selamat...

post signature



9 comments:

  1. Semoga ayah demo tak gapo2.. Kawe doakan ayah demo cepat sembuh dan sentiasa dalam lindungan Nya.. Amin....

    ReplyDelete
  2. semoga Allah lindungi ayh kamu..

    ReplyDelete
  3. Syafahullah.... amiinnn... Doa orang puasa makbul. Banyakkan berdoa...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... ayah kembara selamat... Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan ayahanda kembara cepat pulih.

    ReplyDelete
  6. -->Harees Takeery, Webmaster@Echam, AYAH AIMAN, lionteen, al-aman, MaMaQaypo, Tirana :

    AMEEEN..alhamdulillah..berkat doa kalian..ayah saya semakin pulih..terima kasih tidak terhingga buat kalian...semoga kalian juga dilindungi dan dirahmati Allah selalu..ameen..:D

    ReplyDelete
  7. Salam..

    alhamdulillah, dah pulih sikit ya:)

    semoga kembali seperti sdia kala ya:)

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget