Popular Posts

9/15/2009

Lihat sejadah berdiri 8 jam..MasyaAllah..


SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.




P
ASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.



Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.





*************************************

MasyaAllah...Subhanallah...Allahuakbar...sesungguhnya hal ini bukanlah suatu yang mustahil berlaku dan bukannya susah untuk Sang Pencipta untuk mengadakannya...cukup dengan perkataan 'kun' maka jadilah sesuatu itu...

Allah Subhanahu Wa Ta'ala ingin membuktikan kepada kita semua bertapa Agung dan maha hebat kuasaNYA..jadi,apakah kita mengambilnya sebagai pengajaran???amat rugilah jika kita hanya memandang perkara itu dengan remeh temeh...semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala....insyaAllah..


post signature



13 comments:

  1. cewAm Lax. . . Adesh~. . . dOniA. . DoNiA

    ReplyDelete
  2. lemang pernah tengok gambar sejadah berdiri dalam youtube.. tapi kejadiannyer kat arab rasanyer..

    ReplyDelete
  3. sjadahpun pandai solat....orang? huh!

    ReplyDelete
  4. salam kembara,

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya pakcik kembara ..
    pinta anak-anakku ..hehe

    ReplyDelete
  5. salam.. Allah sentiasa beri petunjuk.. agar kita sentiasa bermuhasabah diri.. subhanallah

    ReplyDelete
  6. Salam.. subhanallah.. kuasa Allah kan..

    ReplyDelete
  7. out of topic---> saya add blog ni ye.. n ade kad ghaye untuk smua pengunjung blog saya.. jika sudi.. sila2lah ambil.. (^__^)

    ReplyDelete
  8. --> mintang telip2

    huuhu..sepatutnya tidak seram..ingatlah akan kuasa tuhan yang
    menjadikan sesuatu..tiada apa yang hendak ditakuti

    ReplyDelete
  9. --> lemangcute@chah

    ooo..memang dah ade pasal ni sebelum cerita ni.tapinya
    di sebuah masjid diluar negara..rasenye kat negara
    arab gak..lupe da..xpe...amik sebagai pengajaran

    ReplyDelete
  10. --> bro_mie

    orang??hurm..pandai2lah jawab sendirik..huhu

    ReplyDelete
  11. --> abuyon

    salam...

    alhamdulillah..salam kemaafan juga buat antum sekeluarga
    selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin

    p/s : duit tu anak ke bapa yang pinta??hehehhe =P

    ReplyDelete
  12. --> kak maiyah

    salam...betul tu akak,tapi gitulah manusia..masih tidak insaf dan sedar
    akan hakikat kejadiaannya yang lemah lagi dhaif..masih ramai yang berlagak
    sombong..huhu

    ReplyDelete
  13. --> faarihin

    salam..mmg semuanya kuasa Allah..cuma tunggu kita je yang guna akal fikiran untuk berfikir..:D
    ok...terima kasih kerana add link..insyaAllah ade mase sy lawati blog awak ye..:D

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget