LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

2/03/2010

Buurika Laka Fil Mauhub

Bismillah walhamdulillah
Segala pujian hanya bagi Allah yang tidak putus-putus memberi nikmat kepada hamba-hambanya yang sering lupa kepada kebaikan dan sifat Maha Pemurah Sang Khaliqnya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Saidina Muhammad Nabi terakhir yang membawa rahmat buat sekalian alam.

Alhamdulillah, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) sekali lagi riuh rendah dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata berkat ikatan bahagia pasangan Ustaz Rafzan Bin Abdul Razak dengan zaujahnya,Ustazah Fatimah Salwani Binti Abdullah. Putera sulung mereka itu lahir pada 2 januari 2010 pada jam 7.00 malam waktu Mesir.

 
Gambar:kredit buat hewi KPT



Anak adalah cahaya mata dan anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya.Maka adalah disunatkan untuk kita sebagai orang Islam bergembira dan bersyukur dengan kurniaan Allah ini dengan menyebarkan tentang khabar gembira ini dengan kaum kerabat dan sahabat handai serta jiran tetangga sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:


Dan juga digalakkan juga mana-mana orang Islam yang mendengar berita gembira(kelahiran anak) supaya mengucapkan tahniah kepada ibubapa bayi tersebut.Telah ditanya Hasan Al-Basri mengenai ucapan tahniah ini,lalu beliau menjawab; maka katakanlah olehmu :

(بورك لك فى الموهوب , وشركت الواهب , وبلغ رشده , ورزقت بره)

Ataupun mana-mana ucapan yang bermaksud memberi berkat dan kebaikan.

Mengikut “قول الأوجه” waktu mengucapkan tahniah hanya berterusan dalam masa tiga hari sahaja iaitu setelah dia mengetahui,jika seseorang itu berada dalam musafir maka waktunya bermula setelah dia kembali dari musafirnya.

Oleh itu,di kesempatan ini,alfaqir dan zaujah ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Rafzan dan Ustazah Fatimah Salwani di atas kelahiran putera sulung semalam...dengan ucapan:


(بورك لك فى الموهوب , وشركت الواهب , وبلغ رشده , ورزقت بره)
Semoga dengan kelahiran putera sulung akan memberi cahaya rahmat dan menjadi pengikat kasih sayang antuma berdua...semoga diberi kesihatan untuk menjaga rezeki dari Allah tersebut.insyaAllah.


----------------------------------------------------
*rujukan : kertas kerja oleh Al- Fadhil Haji Muhamad Aziz Che Man

post signature

1/26/2010

khas buat ayahanda tersayang dan ibunda tercinta


 Haji Sidik Bin Muhammad & Hajjah Sa'audah Binti Nor
(26/1/1945)           &          (26/1/1947)


Selamat Hari Lahir ke-65 buat ayah dan ke-63 buat mak...moga mak dan ayah sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala..


Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki...


tingkatkanlah amalan dan kebajikan...moga nur jannah bersinar di hadapan..:)


sayang mak ayah....



post signature

1/14/2010

Ijan..dah tuo eh ko Ijan...haha

~Artikel/Ucapan Ringkas~


Bismillah Walhamdulillah...
Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan sekalian alam yang memberikan nikmat kepada kita,manusia.selawat dan salam buat junjungan besar Saidina Wa Maulana Muhammad Sallallahu 3laihi Wasallam.

Dalam kesuntukan waktu bagi mempersiapkan diri bagi menempuh imtihan yang bakal menjengah sehari lagi,alfaqir inigin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan sanah helwah/selamat hari lahir yang ke-24 buat saudara Roslizan bin Mohd Yusof...beliau merupakan salah seorang daripada ahli studygrup...



Saudara Roslizan atau lebih dikenali dengan nama manjanya(ye ker..hehe),Ijan adalah seorang yang selalu menebarkan senyum buat sahabat2...memang susah nak melihat mimik muka Ijan selain senyum..em..setakat yang alfaqir bersama dengan beliau.kemungkinan orang lain yang lebih kerap berdamping dengan Ijan lebih mengetahui sifat/kebaikan sebenar akh Ijan ni.


baiklah,di kesempatan ini,alfaqir ingin mengucapkan dan mendoakan agar akh Ijan diberikan kesihatan dan kelapangan fikiran agar dapat menjawab imtihan dengan baik ari sabtu ni dan madah2 imtihan yang selanjutnya.juga semoga dimurahkan rezeki oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala...diberikan kejayaan dan akhir skali dipercepatkan JODOH..hehe..jangan maraah haa..:P



buat Ijan,doakan kejayaan kita bersama..moga bertambahnya umur bertambah ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu 3laihi Wasallam.

~salam imtihan dan perjuangan~

  • temui Ijan di : http://roslizanfikrahmujahid.blogspot.com/

post signature


1/06/2010

Sahabat..Kau Telah Pergi Dulu...

Bismillahirrahmanirrahim...segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menghidupkan dan mematikan..tiada kudrat dan upaya bagi insan yang lemah ini selain semuanya hak mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala..baru-baru ini,seorang lagi sahabat yang dikenali oleh alfaqir telah terlebih dahulu pulang ke pangkuan Rabbul 'Izzati..tanggal 2 januari 2010 merupakan satu tarikh yang amat menggamit perasaan keluarga,sanak saudara,sahabat2 sekuliah,dan sahabat2 sengkatan dengan arwah...Ustaz Hidayatus Saufi Bin Khalid
Saudara Hidayatus Saufi atau lebih kukenali dan mesra dengan panggilan Ustaz Sufi telah meninggalkan dunia yang fana ini untuk berpindah ke alam lain. Diri alfaqir tidaklah begitu mengenali Ustaz Sufi ini,pun begitu,keramahan dan sifat mesra yang ada pada Allahyarham membuatkan siapa sahaja yang berdamping dengannya merasa begitu akrab dan tidak janggal walaupun baru mengenali beliau.








Persahabatan alfaqir dengan Arwah bermula apabila kami dipertemukan sewaktu menjalani kursus persedian ke Mesir(BTN) yang diadakan di KUIS,Selangor...itupun belum mengenali dengan lebih dekat dengan Arwah..Arwah merupakan antara yang aktif dalam kursus tersebut dan pernah menjadi pengerusi forum(lupe..forum @ debat) bermula dari situ,alfaqir mula mengagumi akan kepetahan arwah dalam berbicara...dengan lenggok gaya dan bahasa yang digunakan menjadikan sifat kepimpinan dan kematangan arwah terserlah.




 
Arwah yang banyak aktif dalam program di peringkat PMRAM




Ketika sampai ke Mesir...kami bersua kembali tatkala menyertai program2 anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)..dalam program2 ukhwah PMRAM inilah alfaqir semakin mengenali diri Arwah dan menjalinkan persahabatan kerana Allah...bersama2 dalam perjuangan di bumi Mesir ini,suka dan duka pernah kami rasai bersama walaupun seketika...namun semuanya terasa begitu manis...


Alfaqir begitu terkejut apabila mengetahui bahawa arwah sedang tenat di ICU kerana kuman/keracunan makanan.Hanya selang setengah jam..alfaqir terbaca status YM seorang kawan mengenai kematian Arwah,hati bagai diragut dan disambar petir..hanya lafaz "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" yang mampu alfaqir ungkapkan dengan perasaan sebak dan sedih.







Selalunya insan yang baik,disayangi ramai akan segera dipanggil mengadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana tentunya Allah Subhanahu Wa Ta'ala lebih menyayangi insan tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Rohnya dilimpahi Rahmat dan Kurnia dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan digolongkan dalam hamba2NYA yang beriman dan bertaqwa...amen ya robbal a'lamin.


Yang pergi tetap pergi,yang hidup kena teruskan perjalanan hidup...hari ini hari beliau,esok,lusa,tulat,dan hari2 seterusnya mungkin hari kita pula meninggalkan dunia yang fana ini..cukuplah ''tazkiratul maut" sebagai peringatan untuk diri kita yang sering lupa akan Sang Khaliq. Tiada apa2 yang ada pada diri kita hanyalah milikNYA...sama2lah kita bermuhasabah akan kebajikan dan kebaikan yang telah kita lakukan...adakah mampu kita melepasi titian "SIROT" andaikata kita dipanggil mengadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam keadaan mengejut??? tepuk dada..tanyalah diri dan iman masing2..


Wallahua'lam

p/s :
  1. sedih dengan pemergian Arwah
  2. Al-Fatihah buat Arwah
  3. alfaqir amat mengagumi arwah..
  4. persiapkan diri kita untuk menghadapi Maut yang tidak tahu waktunya..
  5. boleh layari berita mengenai arwah di link2 di bawah ini..

    post signature

    salam imtihan dan salam kembali bersua

    Aduhai..rase dah lame tak update blog...biaselah,turun naik semangat..huhu..ni pun baru nak mencari semangat balik untuk menulis dalam blog...seperti biase,time nak exam ni lah macam2 semangat yang datang..semangat mengedit bloglah,semangat nak jalan2lah..semangat itu..semangat ini..aduh..macam2 semangat yang datang..kalau semangat yang elok xpelah jugak,ni...semangat yang boleh menjahanamkan hidup alfaqir ini..astaghfirullah...huhu..


    gambar: ciplak dari infokpt.com. haha..jgn marah ye admin web KPT..huhu


    Imtihan tahun ini amat mencabar dan unik bagi diri alfaqir kerana alfaqir akan menempuhi dua imtihan sekaligus..apakah itu??
    1. Imtihan pelajaran fasa pertama
    2. Imtihan ngan bakal kelahiran cahaya mata yang pertama(puteri sulong,insyaAllah)
    jika dibayangkan....ish..xdapat nak dibayangkan apakah episod yang bakal berlaku..segalanya sudah tercatat dalam qada' dan qadar Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang mampu kami lakukan ialah berusaha mengulangkaji pelajaran dengan sebaik mungkin,bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bertawakkal kepada Rabbul I'zzati agar semuanya lancar dan dipermudahkan...

    sebelum alfaqir menutup bicara,alfaqir ingin mengucapkan selamat menempuh imtihan buat sahabat2 seperjuangan di bumi anbiya' ini,gunakan sepenuh usaha dan tenaga bagi menggapai kejayaan dalam imtihan nanti..juga jangan lupa untuk memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.semoga Allah membantu kita semua dalam usaha mencapai kejayaan dan mardhatillah..

    minta juga sahabat2 doakan kami agar kami berdua dapat menghadapi kedua2 ujian dengan baik dan mendapat pertolongan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

    "SALAM PERJUANGAN DAN SALAM IMTIHAN''..siiru 'ala barakatillah..amin


    post signature


    10/06/2009

    KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA KPT TERHADAP PERISTIWA SAMBUTAN MAHASISWA BARU

    KENYATAAN RASMI YANG DI-PERTUA TERHADAP PERISTIWA SAMBUTAN MAHASISWA BARU


    S
    alam hormat daripada kami Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir yang sentiasa peka terhadap apa yang berlaku ke atas kami sebagai Anak-Anak Terengganu yang dinafikan hak untuk menyambut mahasiswa-mahasiswa baru yang tiba ke mesir beberapa hari lepas.

    Sebagai sebuah badan kebajikan anak-anak negeri (BKAN), maka semestinya badan ini bertanggungjawab penuh ke atas kebajikan sesiapa sahaja dari kalangan Anak-Anak Terengganu yang berada di mesir ini untuk mendapatkan pertolongan dan kebajikan daripada kami.

    Malangnya apa yang berlaku disebaliknya iaitu dinafikan hak oleh pihak yang berkenaan untuk menguruskan kedatangan mahasiswa-mahasiswa baru di bawah Yayasan Terengganu sepertimana kebiasaan yang berlaku zaman berzaman.



    Kronologi-kronologi yang berlaku bolehlah tuan-tuan merujuk blog-blog yang disiarkan oleh ahli-ahli KPT untuk pengetahuan umum. Cuma di sini saya ingin menyatakan kekesalan dan dukacita terhadap apa yang berlaku daripada peristiwa-peristiwa berikut :

    1. Amaran pihak berkenaan kepada salah seorang exco supaya tidak pergi menghadirkan diri ke lapangan terbang untuk menyambut mahasiswa baru.

    2. AJK sambutan telah dilantik oleh pihak berkenaan daripada kalangan BUKAN anak-anak Terengganu (daripada kumpulan ISMA dan lain-lain).

    3. Pengabaian kebajikan mahasiswa yang baru tiba :

    - Terus dibawa jaulah ke sekitar kaherah dan ke Sinai (yang sepatutnya diberi masa rehat terdahulu kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan cuaca, keadaan dan sebagainya.
    - Pengabaian terhadap makan dan minum sehingga ada yang mengadu lapar kepada kami.
    - Tiada khidmat musyrif sepenuh masa sebagaimana yang disediakan oleh kami zaman berzaman yang menyebabkan keselamatan tidak terjamin.

    4. Maklumat yang tidak tepat disampaikan kepada mahasiswa baru mengenai penempatan bahawa tiada kekosongan bilik di Asrama Terengganu kerana mahasiswa-mahasiswa lama tidak mahu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. Maka disini saya nyatakan bahawasanya kami telah menyediakan bilik-bilik untuk penginapan kepada semua yang baru tiba termasuk juga kepada rombongan yang kedua tiba bukan sepertimana maklumat yang diberikan.

    5. Pengabaian terhadap waktu-waktu solat menyebabkan sebahagian mahasiswa baru terpaksa menqadakan solat.

    6. Menyembunyikan tarikh ketibaan mahasiswa-mahiswa baru daripada KPT dan menyembunyikan program-program mereka daripada pengetahuan KPT, akan tetapi yang peliknya kenapa ia dipelopori oleh kumpulan-kumpulan ISMA dan orang perseorangan yang dipilih oleh pegawai dan bukan dari persatuan anak Terengganu sendiri?

    Maka dengan berlakunya peristiwa-peristiwa seperti ini , Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ingin menyatakan kekesalan dan amat dukacita terhadap kejadian ini yang sepatutnya ia tidak berlaku sekiranya tiada campur tangan dari pihak luar akan tetapi kerana campur tangan inilah berlakunya keadaan yang tidak stabil.

    Maka di sini kami ingin menyatakan mesej dan memberi teguran dan peringatan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya tidak lagi mengulangi perkara ini untuk tahun-tahun akan datang dan ianya mesti bertindak dengan kebijaksanaan dan perlu melihat keadaan semasa bukan semata-mata mengikut kepentingan seseorang atau sesuatu pihak yang menyebabkan ia memburukkan suasana dan juga memburukkan diri kita sendiri.

    Kepada ahli-ahli KPT khasnya yang bertungkus-lumus untuk menjayakan sambutan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan atas komitmen yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan oleh ahli. Dan untuk umumnya saya mengharapkan sokongan penuh daripada ahli-ahli kepada KPT terhadap kenyataan ini dan juga sokongan penuh terhadap agenda-agenda dan aktiviti-aktiviti yang akan dibawa pada masa akan datang.

    Sekian sahaja, wassalam.

    MOHD SHAFIZI BIN ISMAIL
    Yang Di-Pertua
    Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu 08/09



    sumber asal : InFoKPT

    post signature



    10/02/2009

    Selamat Ulang Tahun Sayang....

    Y
    ang tulus ikhlas
    Ingin sekali sekala dirinya dibalas
    Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

    Yang selalu memberi
    Ingin sekali sekala jadi penerima
    Cukup dengan salam dan manis doa

    Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
    Dan leburkan saja serpihan calar derita

    Selamat ulang tahun sayang
    Kini kau bersayap, pergilah terbang
    Rentaslah langit cita cita mu
    Harap nanti kita kan bertemu


    Selamat ulang tahun sayang
    Janganlah engkau tak terbang pulang
    Ku nanti penuh kerinduan
    Selamat tinggal, selamat jalan

    Aku hanya inginkan engkau setia
    Kerana setia yang mencipta bahagiamu



    SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA BUAT ISTERIKU YANG DICINTAI...

    semoga suka duka yang telah kita lalui selama setahun ini lebih mematangkan kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..dan juga permata yang bakal kita temui nanti menjadi seorang mata rantai kepada perjuangan Islam,insyaAllah..

    terima kasih buat isteriku atas segala pengorbanan yang telah dibuat selama ini,semoga Allah taala akan membalasnya dengan SyurgaNYA..amin...dan juga maaf jika selama ini ada tersalah kata dan membuat sayang terasa...:D

    Ya Allah..jadikanlah kami hambaMU yang bertaqwa
    Ya Allah..berkatilah ikatan perkahwinan ini hingga ke SyurgaMU ya Allah...
    Ya Allah..lindungilah keluarga kami dari segala bencana dan musibah..
    Ya Allah..thabatkan hati kami dalam perjuangan di jalanMu..
    Ya Allah..Kurniakan kami anak-anak yang soleh..
    Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa kami...
    Amin ya Robbal 'Alamin..

    post signature



    9/16/2009

    kad raye dari Faarihin

    T
    erima kasih buat saudari Faarihin atas kad raye yang ala-ala katun gtu..hehe..walaubagaimanapun,ianya kreatif dan menarik..saya sangat menghargainya..selamat hari raya juga buat kamu ye faarihin..semoga ceria2 selalu..buat kueh raye banyak2..nnti bolehler bawak isteri saye jalan2 rumah kamu...hehe..


    [Raya6.jpg]

    Tenkiu bery2 much ye faarihin...:D


    post signature

    kad raye dari Along

    T
    erima kasih diucapkan buat alongarman...moga ceria2 sokmo dan sentiasa maju dalam hidup...selamat hari raya aidilfitri juga diucapkan buat along...:D





    kad raye yang amat cantik..hehe..:D


    post signature



    9/11/2009

    4 Award for me???TQ nuranuraniku

    A
    lhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..segala puji dan syukur ku panjatkan kepada Allah Azza wajall di atas nikmat sihat dan hidup sehingga saat ini dan alhamdulillah hari ini akan masuk hari yang ke -22 ramadhan...subhanallah..allahuakbar...maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan hati orang2 mukmin bagi sesiapa yang dikehendakiNYA..

    jika kita membuat bakti kepada manusia sudah tentunya kita amat gembira dan berterima kasih kepada mereka dengan memberinya ganjaran berbentuk hadiah@cenderahati dsb tetapi adakah kita sedar bahawa disana Allah menjanjikan ganjaran yang
    TERLEBIH hebatnya jika kita melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA






    Award yang bertimbun2 ini datangnya dari seorang blogger indonesia yang blognya bernama Nuranuraniku. saya tidak tahu bagaimanakah kiranya hendak ambil award yang mana satu..sebab banyak sangat awardnya..so,saya ambil keputusan untuk kaut semuanya..haha..tamak tak saya???haha..memang tamak lagi haloba..kawan2 jangan buat macam saya ye..huhu..


    Di kesempatan ini..ribuan terima kasih buat saudari Nura di atas kesudiannya memberi award pada saya yang tak seberapa ini..semoga ukhuwwah selamanya...juga ucapan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin..

    post signature



    Kad Rayer dah??...hehe

    S
    ungguh cepat masa yang berlalu..sedar tak sedar dah masuk fasa yang ke tiga ramadhan..banyak lagi amalan yang belum ditingkatkan ni...Ya Allah...lemahnya iman didadaku...kalau dimuhasabah balik amalan yang telah dilakukan..pendek kate orang "Balik Awal laa".....huhu

    orang kata...barang yang lepas jangan dikenang...tapi dalam beberapa perkara..barang yang lepas mesti dikenang..contohnya muhasabah amalan..kita kena mengenang dan meninjau balik amalan yang telah dilakukan di masa yang lalu agar kita dapat mengubahnya kepada yang terlebih baik..



    Seperti entri kak maiyah mengenai kematian suaminya di bulan ramadhan yang lalu amat menyedihkan dan memilukan hatiku...tapi itulah taqdir dan perjalanan yang Allah telah tentukan...kita sebagai hamba haruslah tabah dan redha dengan segala ketentuanNYA...dan semoga kak maiyah sabar dan tabah hadapi ujian itu..ameen

    seperti tajuk di atas, e-kad raya yang pertama yang saya dapat selama berkecimpung dalam dunia blogger ini adalah datangnya dari kak maiyah....so,sebab itulah intro tadi mengenai kak maiyah..hehe...saya nak ucapkan terima kasih banyak2 buat kak maiyah sebab susah2 je bagi kad raye..hehe,tapi saya amat hargainya...terima kasih ye..pemurah betul kak maiyah ni..:D

    inilah e-kad yang cantek tu...

    hah..kamu semua jangan jeles ye...kalau tak nak jeles..lawatilah blog kak maiyah ni..insyaAllah klu ade rezeki anda..dapatla kad raye ni...

    lastly...thanks a lot buat kak maiyah n semoga terus maju dan sentiasa dibawah jagaan Rabbul Jalil...n "SENYUM SOKMO2 DEH"




    post signature



    9/06/2009

    alhamdulillah...dah keluar wad

    A
    lhamdulillah..segala puji dan syukur bagi Allah yang memberi nikmat kesihatan dan pelbagai macam nikmat buat semua hambanya...sekadar perkongsian buat sahabat2 yang membaca entri saya yang lepas(ayah xcident)...alhamdulillah,sekarang ayah saya sudahpun keluar dari wad selepas ditahan sehari semalam di Hospital Hulu Terengganu.

    Berkat doa rakan-rakan,dan juga doa dibulan yang barakah ini,ayah saya sudah semakin sembuh,hanya muka dan beberapa bahagian badan yang masih bengkak...saya hanya fikirkan ianya hanya luka kecil,insyaAllah...(nk sedapkn hati..huhu)

    terima kasih kawan2 yang doakan ayah saya dan semoga Allah memberkati kamu semua...juga semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna agar ibadah puasa dapat dilalui dengan sempurna..ameen..

    post signature



    8/25/2009

    Tahniah dan Takziah buat Hj Salleh Man

    T
    ahniah dan syabas saya ucapkan kepada Haji Salleh Man yang baru memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 25 ogos 2009. Kemenangan yang baru diperolehi ini membuktikan bahawa peluang Islam untuk kembali GAH di mata masyarakat Malaysia semakin cerah...juga ini membuktikan kesedaran masyarakat Islam di Malaysia akan keinginan mereka perubahan dalam negara tercinta,Malaysia..



    Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada Haji Salleh Man atas bebanan tugas dan amanah yang semakin bertambah, telus dan jujurlah dalam melaksanakan tugas anda,InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersam orang2 yang membantu Islam.semoga Allah membantu ISLAM dimuka bumi Malaysia,amiin..

    KEPUTUSAN RASMI


    : 9618
    : 5067
    MAJORITI : 4551
    JUMLAH UNDI ROSAK : 83

    sumber : http://prkn11penang.pas.org.my/

    TAKBIRx3!!!!

    post signature



    8/19/2009

    e-kad Ramadhan

    A
    lhamdulillah,selaut kesyukuran dilafazkan buat Sang Pencipta alam,puji dan syukur dipanjatkan kehadratNya kerana masih lagi memberi peluag diri yang hina ini untuk menghadapi Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi.semoga Allah S.W.T memberi kesihatan,ketenangan serta hidayah yang berterusan agar Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan baik..


    Alhamdulillah,sehingga hari ini,kembara telah menerima dua e-kad ramadhan dari dua orang blogger yang begitu baik hati dan peka dengan peminat2nya..hehe..semoga Allah berikan mereka dan semua ummat Islam kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa tanpa gangguan dan sebagainya..

    e-kad yang pertama datangnya daripada qalamhazin dan inilah rupanya e-kad beliau...:


    e-kad yang simple dan cantik,tapi sebelum tu,mintak maaflah buat empunya e-kad ini,sebab saya telah mencacatkannya dengan membuang satu lambang di hujung bawah sebelah kanan..rasanya tidak perlulah saya bagitahu apakah lambang yang berada di situ,yang pasti,lambang itu boleh membawa fitnah dan keraguan...pape hal pun,terima kasih atas e-kadnya ye...:)


    e-kad yang kedua datangnya daripada saudari Daniera.terima kasih di atas e-kad yang menarik ini ye,memang saya minat warna hijau..hehe,sebab tu xsabar2 nak buat posting ni...inilah e-kad yang dimaksudkan...:



    buat semua yang sudi memberi e-kad kepada kembara,terima kasih banyak2 saya ucapkan dan semoga Ramdhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua dan semoga kita semua tergolong di antara orang2 yang beruntung dan dijauhkan dari mereka-mereka yang rugi..amin...

    akhir kata,dua rangkap pantun dari saya buat semua:

    "Putri Melayu memakai gelang.
    Berbaju indah dari kain satin.
    Ramadhan mubarak kini menjelang.
    Mohon maafkan zahir dan batin."

    anak dara memakai gelang,
    gelang dipakai dipergelangan tangan,
    bulan puasa datang menjelang,
    khilaf dan salah mohon dimaafkan


    SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBAARAK

    post signature



    8/04/2009

    Debaran Berakhir

    A
    lhamdulillah,setinggi-tinggi penghargaan dirafa'kan kehadrat Ilahi di atas kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai dan rahmatNYA yang sentiasa melimpah ruah .

    Debaran natijah akhirnya berakhir pada hari ini, 4 Ogos 2009. keputusan imtihan bagi tahun 3 telahpun keluar dan ditampal di kuliah. Sememangnya detik ini amat digeruni dan dibaimbangi oleh semua orang termasuklah diri yang dhaif ini...ramai yang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah S.W.T. agar keputusan yang bakal menjelma tidak menghampakan hasrat dan harapan keluarga di tanah air dan juga harapan diri sendiri untuk menggapai kejayaan dalam peperiksaan.



    Keputusan yang diumumkan pada hari ini melebarkan senyuman dan melapangkan hati saya dan juga sahabat-sahabat seperjuangan lain khususnya :

    akhi Marwan
    akhi Aizuddin
    akhi Ajis
    akh Kembara

    Alhamdulillah,dengan berkat dan rahmat dari Ilahi,kami berempat dari tahun 3 syariah pada semester lepas akan bersama-sama naik ke semester seterusnya untuk sama-sama berjuang dalam tahun empat...

    TAHNIAH!!! buat semua rakan-rakan yang berjaya dalam imtihan yang lalu dan bagi mereka yang tidak berjaya, takziah saya ucapkan..ingatlah, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya...

    Nasib dan Ketentuannya...YA,semua ini adalah nasib dan rezeki yang Allah berikan...semua perkara sudah di aturkan olehNYA..redha dan SYUKURLAH dengan ketentuanNYA..

    p/s : kawan-kawan..jumpa di tahun empat next year ye...
    -buat zaujah tercinta,jangan risau...insyaAllah natijah syg pun akan gempak juga nanti ...doa banyak2..huhu (^_^)

    post signature



    7/31/2009

    Terima Kasih Ustaz

    S
    elamat bersara diucapkan buat ustaz Ibrahim....terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan



    Tanggal 26 Julai 2009, SMAASZA kehilangan sebutir bintangnya yang sentiasa menyinar, perginya Ustaz Him dari bumi SMAASZA. Tuan Hj. Ibrahim bin Yusop yang terkenal dengan suara merdu tarannumnya telah bersara wajib pada umur 56 tahun. Beliau yang menetap di Marang mendapat pendidikan awal di SK Marang kemudian meyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Marang dan SMAASZA serta Kolej Islam Kelang. Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dari UKM pada tahun 1979. Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1980, di SM Bakri, Muar Johor kemudian bertukar ke SMAASZA pada tahun 1982 dan di SMA Marang pada tahun 1952, kembali berkhidmat semula di SMAASZA pada tahun 2004 sehingga 2009.






    Dalam wasiat terakhir kepada anak-anak SMAASZA, beliau menekankan kepada kepentingan menutut ilmu kerana dengan ilmulah makhluk akan kenal kepada Khaliqnya disamping ilmu juga dapat merubah martabat seseorang samada di dunia mahupun akhirat.
    Kami, warga SMAASZA sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian Ustaz di samping keluarga tercinta. Ilmu, pengalaman dan sumbangan Ustaz amat kami hargai...Terima kasih Ustaz....

    sumber : nadi fotografi

    **********

    Terima kasih buat Ust Ibrahim di atas jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami selama ini..walaupun kita berjauhan,namun doa mengiringi persaraan ustaz...disini saya ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya menjadi anak didik ustaz banyak kesilapan yang dilakukan dan mengguris hati ustaz....

    Ustaz Him ini memang menakjubkan dan membuat saya kagum dengan sifat dan pendiriaannya serta sifat tawadhu'nya...tidak dinafikan ustaz Him merupakan seorang yang meminati seni tarannum dan mampu membaca tarannum dengan baik...masih teringat di ingatan memori ketika menjadi anak didik ustaz...

    banyak nasihat dan teguran yang membina selalu diberikan di dalam kelas. boleh diibaratkan seperti teguran seorang ayah kepada anaknya...teguran yang senang dan mudah diterima oleh semua pelajar..begitulah sedikit sebanyak yang boleh diceritakan disini...diharapkan agar Ustaz Him sentiasa dinaungi oleh Allah S.W.T dan menjalani kehidupan persaraan dengan aman dan damai...

    akhir kalam..sekali lagi ucapan Terima kasih banyak ustaz dan maaf atas segala kesilapan....doakan kejayaan kami semua...baarakallahu fiik...[syams]

    post signature



    7/30/2009

    Kita juara...



    A
    lhamdulillah...piala malaysia sudahpun berakhir pada hari semalam...selama dua hari saya berkampung di muhafazah Zaqaziq untuk bersama-sama pemain bagi skuad Terengganu. banyak kenangan yang telah kami cipta di Zaqaziq...sememangnya ukhuwwah yang terjalin amat membuatkan saya menyayangi semua sahabat2 yang begitu banyak kerenah dan aksi...

    pada tahun ini,kami hanya mampu meraih satu piala sahaja,iaitu piala sumbangsih...namun begitu,saya merasakan kami membawa satu lagi piala buat anak-anak Terengganu..apakah dia piala itu????



    Piala yang saya maksudkan ialah 'PIALA UKHUWWAH' yang mana piala ini tidak akan kita dapat kita beli di mana-mana.Namun ukhuwwah yang ada di kalangan anak-anak terengganu,terutamanya skuad terengganu ketika di zaqaziq cukup untuk saya katakan bahawa ukhuwwah anak-anak Terengganu sangat mantop...

    di sini,saya ingin mengucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak mengajar saya indahnya ukhuwwah ini terutamanya:

    1) akh Zubir(Damanhur)
    2) akh Basri
    3) akh Duan Abdul
    4) akh Syahid
    5) akh Duan sabik
    6) akh Akmal
    7) akh Yieng
    8) akh Zulhilmi
    9) akh Nuruddin
    10)akh Syam(Damanhur)
    11)akh Tarmizi alkambodia(hehe)
    12)akh Ayie
    13)akh Mannan
    14)akh Soleh
    15)akh Wahab
    16)akh Ajis
    17)akh Wahab
    18)akh Aiman
    19)akh Hafiz(abg Mannan)
    20)akh Duan(S/U KPT)
    21)dan semua yang duk rumah ust aiman zaqaziq

    semoga ukhuwwah antara kita sentiasa mekar hendakNYA...insyaAllah..dan juga satu ingatan buat sahabat-sahabat..satu persoalan yang ingin saya lontarkan,memang ukhuwwah antara sesama kita(orang ganu) sudah utuh,tapi bagaimanakah pula ukhuwwah antara kita dengan orang luar dari Terengganu??saya harap,ukhuwwah kita tidak terbatas dengan kenegerian dan keloghatan...semoga kita tergolong di kalangan orang- orang yang mengasihi sesama saudara walaupun berbeza negeri,loghat dsb..


    TAHNIAH
    sekali lagi buat pemain skuad Terengganu..semoga tahun-tahun berikutnya kita mampu untuk meraih kemenangan lagi,insyaAllah...

    post signature



    7/27/2009

    Terima Award...hehe

    T
    erima kasih..itulah ungkapan yang mampu saya ucapkan kepada saudara Fadzrulhisyam di atas kurniaan award yang begitu menarik dan 'macho'...semoga pemberian award ini merupakan satu titik permulaan bagi ukhuwwah sesama kita...semoga hubungan kita terjalin erat dan mendapat keredhaanNYA..insyaAllah....

    Inilah Award yang saya maksudkan..cantik dan menarik bukan???hehe..sahabat2 semua jangan jeles ye...masuk ni..ntah award yang ke berapa dah kembara dapat..papepun..terima kasih skali lagi saya ucapkan kepada saudara Fadzrul...:D


    p/s: sape2 nak award jugak..boleh layari blog beliau..jangan segan silu...cara senang..just klik kat award tu..pastu,anda akan berada di blog beliau..sekian...ilalliqa'....

    post signature



    7/26/2009

    tahniah skuad Penyu Mesir

    T
    ahniah di ucapkan kepada semua pemain pasukan terengganu yang berjaya merampas piala sumbangsih dalam kejohanan piala Malaysia pada hari ini.kejayaan ini sebagai titik permulaan dan peniup semangat kepada semua pemain untuk terus menjulang dan mengejar kejayaan pada perlawanan yang akan datang.





    Di sini,saya mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang sedang berjuang di muhafazah Zaqaziq.insyaAllah kalau ade rezeki kita berjumpa hari selasa nanti...teruskanlah berjuang dan janganlah lupa hadaf utama dan perkara yang paling penting iaitu tautan ukhuwwah antara kita.jadikanlah ini peluang keemasan untuk kita eratkan silaturrahim sesama pemain,mahupun sesama pelajar,lebih senang saya katakan,sebagai adik beradik di bumi mesir ini...

    sekian...peteh..ganu..peteh...chayok3!!!...Allahuakbar!!(aiseh..silap padang nih..huhu)..:P

    sebarang maklumat semasa mengenai kejohanan Piala Malaysia sila layari blog rasminya di alamat http://bolapmram.blogspot.com....ilaalliqo'...(^_^)

    post signature



    Followers

    [:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


    ShoutMix chat widget