LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

8/28/2010

MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Oleh Ghafani Awang Teh
Berita Harian, March 1, 2008


PELANCONGAN keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat. Banyak negara sudah melancarkan kempen tahun melawat di negara masing-masing turut mempromosikan pusat keagamaan sebagai destinasi pelancongan.

Malaysia turut mengambil langkah sama, tetapi tidak dinafikan usaha itu terutama menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan menjadi isu negatif di kalangan masyarakat yang beranggapan kedatangan pelancong terutama bukan beragama Islam boleh menjejaskan kesucian masjid yang menjadi rumah Allah.

Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasarkan

pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)

Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi’iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid.

Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda: “Lepaskanlah Tsumamah.” Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim.”

Berdasarkan hadis itu nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk Tsumamah ke dalam masjid itu.

Bagaimanapun bagi menjamin dan memelihara kesucian masjid, pihak pengurusan perlu membuat peraturan sesuai umpamanya dimestikan menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa sesuai yang tidak mengganggu umat Islam menunaikan ibadat.

Dari aspek pelancongan, kita dapati Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia. Pada musim haji sahaja kira-kira 3 juta umat Islam mengunjungi Makkah dan Madinah.

Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun. Perbelanjaan besar umat Islam itu memberi peluang perniagaan yang besar kepada penduduk Arab Saudi.

Walaupun masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita tidak sehebat di Arab Saudi, tetapi ia berpotensi besar untuk menarik pelancong terutama orang bukan Islam menziarahi masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita.

Berdasarkan pemerhatian, perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.

Bagi umat Islam, daya tarikan ini kelihatan perkara biasa, tetapi bagi orang bukan Islam adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam kerana nyata suasana ketenangan rumah Allah itu berbeza dengan suasana rumah ibadat agama lain.

Di sebalik kecenderungan besar pelancong bukan Islam terhadap produk pelancongan berasaskan keagamaan ini, maka sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan memperluaskan pengetahuan mengenai Islam melalui pelancongan.

Bagaimanapun bukan mudah untuk menarik pelancong datang menziarahi masjid kecuali pihak pengurusan masjid mampu mengambil langkah tertentu seperti menyediakan maklumat berkenaan sejarah penubuhan masjid, persekitaran bersih dan ceria serta kemudahan tandas selesa.

Begitu juga fungsi dalaman masjid, menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, menjalankan promosi luas kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan pemandu pelancong selain menyediakan ruangan pameran serta galeri.

Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.

Selari dengan usaha memakmurkan masjid ini, maka marilah kita merenungi firman Allah bermaksud: “Bahawasanya yang memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka yang memakmurkan masjid itu mendapat hidayah daripada Allah.” (Surah at-Taubah, ayat 18)

Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tarikh : 23 April 2008
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan
Editor : PRO JAKIM
Hits : 3048

sumber : JAKIM


post signature

7/29/2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis?

"P ada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"


Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!



ALLAHUAKBAR!

kredit : pekdismersing

post signature

3/14/2010

SEPOSEN...

basmalah


Seposen…
Apakah yang ada pada nilai seposen??
Adakah begitu rendahnya nilai seposen??


Ya,jika kita amati betul2,secara sedar atau tidak kita kadang-kadang sering melupakan akan kelebihan dan berharganya nilai seposen.pernahkan sahabat-sahabat terdengar kata-kata sebegini?

“Alaa…seposen nak buat ape…”
“seposen jerr??”

Dan pelbagai lagi dialog-dialog yang kadang2 kita tak perasan yang kita sebenarnya memandang rendah dan memperkecilkan satu perkara yang amat bernilai sekiranya kita menghargai sesuatu.

Seposen orang kaya dan seposen orang miskin

Apakah perbezaan yang ada pada seposen orang kaya dan seposen orang miskin ek?





Seposen orang kaya:

Mungkin nilai seposen bagi orang yang berada merupakan satu nilai yang amat kecil dan tidak menjejaskan sedikitpun perasaan atau ketenangan jika hanya seposen hilang.
Duit seposen yang berada di tepi-tepi dinding rumah pastinya tidak menjadi perhatian bagi mereka yang sudah berada.

Seposen orang miskin :

Seposen amat besar dan berharga nilainya disisi orang yang miskin dan fakir.jika terjumpa seposen pastinya masing-masing berebut untuk mendapatkannya.

***************************************************

Baiklah,kenapakah alfaqir membicarakan berkenaan soal duit seposen ye?bukanlah kerana alfaqir ingin mengutuk dan memperkecilkan sifat orang kaya tetapi tujuan sebenar alfaqir membicarakan soal ini hanyalah untuk berkongsi dan sebagai peringatan buat diri alfaqir agar sesekali jangan memperkecilkan dan merendahkan sesuatu perkara yang lebih kecil atau kurang pada pandangan mata kita.

Seposen merupakan satu nilai yang mana amatlah begitu kecil dan nampak seolah-olah ianya tidak berharga dan berguna langsung dalam kehidupan. Jika itulah tanggapan kita semua maka adalah kita seorang yang sombong dan berbangga dengan kelebihan yang kita ada. Sombong adalah satu akhlak mazmumah yang mana ianya telah dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Taala dan juga Saidina Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Seposen berperanan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang tidak sempurna tanpanya.sebagai contoh: Seseorang mempunyai RM1999.90. untuk membeli sesuatu barang yang bernilai RM2000 maka tidak dapat tidak,ianya akan berusaha mendapatkan seposen sahaja lagi untuk memenuhi impiannya.RM1999.90 memerlukan seposen bagi melengkapkan nilai mereka menjadi RM2000. Nah,disitulah kita melihat akan betapa pentingnya nilai dan harga seposen yang dianggap kecil dan tak berharga.

Aplikasi dalam kehidupan

Sekecil nilai seposen,begitulah juga nilai manusia yang bersifat dengan kekurangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak usahlah diri merasa begitu angkuh sekiranya berada di atas atau terasa dirinya amat bernilai.umpama RM1999.90 tadi,setinggi mana nilai dan sebanyak mana jumlahnya,ia tidak mampu untuk mencapai RM2000 dengan dirinya sendiri melainkan dengan pertolongan dan bantuan sesuatu yang lemah dan kecil nilainya iaitu seposen.

Terkadang manusia merasa lupa diri apabila dirinya berada di atas dan langsung tidak mempedulikan mereka-mereka yang berada di bawah. Mereka itulah orang yang dikatakan sombong dan angkuh.

Konsep seposen juga boleh kita gunakan dalam persatuan atau mujtamak. Kita manusia saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain,tidak ada bezanya antara yang sempurna dan kurang sempurna. Memang dari segi zahirnya kita melihat akan perbezaan itu,namun,adakah kita boleh menjamin akan diri kita lebih baik darinya?semua itu hanyalah Allah yang mengetahuinya. Jadi,janganlah kita menjadi seorang yang sombong dan mudah lupa diri. InsyaAllah hidup kita akan selamat dunia dan akhirat.


“sesekali kita berada di atas,jenguklah dan intailah tempat asal kita iaitu di bawah”


post signature


2/04/2010

Indahnya kenangan...tapi apa jadi sekarang??

basmalah


Memori silam pastinya menarik dan lucu jika diingatkan balik..lagi-lagi apabila kenangan yang kita alami tidak lagi wujud pada masa sekarang ini dek kerana kemajuan yang semakin mendada di persada bangsa...setelah menjadi rakan facebook bagi group (sek2 t'ganu kite), alfaqir seringkali mendapat mesej mutiara2 kata dan juga cerita2 teladan yang boleh menjadi pengiktibaran buat alfaqir...alhamdulillah..tahniah dan syabas buat group itu dan semoga thabat dalam meneruskan dakwah2 Islam.insyaAllah.

Baru-baru ini,alfaqir menerima lagi mesej daripada group tersebut yang berkisar tentang memori bagi mereka yang lahir tahun 80-an...jika diingat kembali,tahun 80-an merupakan tahun kemunculan alfaqir di bumi Allah ini...kebanyakan memori dari ingatan alfaqir berkenaan zaman lampau agak samar dan kabur dari benak fikiran alfaqir,mujurlah ada yang mengingatkan kembali...terima kasih ye.

Inilah antara mesej yang diterima alfaqir buat tatapan sahabat2..:

Kepada budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat mase sekolah rendah dulu:
• Kat skola ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak. -aku tak beli buku, susu kotak tu ade la.. macam sedap je susu tu
• Kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gamba je. Bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku. -ahahaha
• RMT kat sekolah makan tak best, tp yg berduit pon join RMT, x phm…. -itu la pasal, tepape entah!


• Pakai pensel box yg bole bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah die. -aku nye warna merah, canggih beb masa tu. tapi aku tertingal kat sekolah lepas tu dah hilang dah, orang kebas.
• Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. padahal itu fungsi sebenar, untuk padam! -aku selalu kalah main.. ces!
• Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. -ni aku takda, tapi pernah nampak member punya.
• Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ. -hehehe. adalah sesekali dia pengang !
• Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. -biasalah budak jahat mesti kena rotan. aku baik masa tu
• Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Aku suka melukis masatu.. jadi wakil sekolah beb, lawan peringkat negeri sponsored by nestle. hehehe
• Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. -Ni lagi kelakar, kumpul duit raya ngn duit sunat, beli game microgenius Rm400.. tape die mahal 69ringgit.. masatu duit 3kali ganda dari skang beb.. habis duit kumpul aku.. super contra, super mario, street fighter, memang game paberet ulang sampai 80 kali agknyer!!
• Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca. -Ahahhaa.. mak aku ade belikan jam ni.. memang top la jam ni masa tu
• Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak… -Ada budak nangis sebelum kene inject, tp lepastu gelak terbahak-bahak.. nasib baik aku tahan nangis, takde lah malu.
• Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon. -Aku selalu beli gak, dalam die ade biskut coklat.. ahaha
• Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tv boleh tembak alien tu… -memang kelakar, sekali bila pakai tengah ujan lampu dah takde sedih betol)
• Siri kartun: power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. -Sudah tentulah.. kartun pujaan zamantu.. kakak pulak sebuk layan cite cina ape name hero die Leon Lai Meng.
Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kite yg permanent. huhuhu
Walaupun tidak semua yang tersebut di atas adalah memori alfaqir..namun alfaqir tersenyum sendiri ketika membaca memori2 itu..sungguh indah dan menarik...lucu pun ade..sekarang??semua itu sudah tiada lagi disekeliling anak2 muda dan kanak2...semua permainan sudah canggih2 dan terkehadapan..

Tapi itulah hakikatnya.walaupun segalanya semakin canggih...kehidupan semakin selesa,apakah kita dapat lihat akhlak anak2 muda seperti dulu???buka mata lihatlah sekeliling anda sekarang..keadaan amat merisaukan kita.

Kebelakangan ini, alfaqir sering terbaca dalam blog seorang guru,pendakwah2...mereka membicarakan tentang masalah sosial dikalangan muda-mudi zaman sekarang...sungguh teruk dan memalukan agama,bangsa dan negara...alfaqir amat risau jika anak alfaqir juga terkesan dengan perkara yang tidak elok ini,(na3uzubillahi min zaalik)

Peranan siapakah semua ini?em..sudah tentu orang akan saling menuding jari..sedar atau tidak, itu semua adalah tanggungjawab kita bersama...dari institusi kekeluargaan(ibubapa),sekolah,kerajaan dan pihak2 lain.Bangkitlah dan sedarlah wahai manusia dari mimpi ngeri..kita kembalikan kegemilangan Islam yang telah lama diimpikan..insyaAllah,jika tertegaknya kalimah Allah,taqwa akan terus menjadi panduan hidup dan menjadi guideline kepada kita khususnya anak2 muda yang kian alpa dimakan kemajuan..

post signature

2/03/2010

Buurika Laka Fil Mauhub

Bismillah walhamdulillah
Segala pujian hanya bagi Allah yang tidak putus-putus memberi nikmat kepada hamba-hambanya yang sering lupa kepada kebaikan dan sifat Maha Pemurah Sang Khaliqnya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Saidina Muhammad Nabi terakhir yang membawa rahmat buat sekalian alam.

Alhamdulillah, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) sekali lagi riuh rendah dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata berkat ikatan bahagia pasangan Ustaz Rafzan Bin Abdul Razak dengan zaujahnya,Ustazah Fatimah Salwani Binti Abdullah. Putera sulung mereka itu lahir pada 2 januari 2010 pada jam 7.00 malam waktu Mesir.

 
Gambar:kredit buat hewi KPT



Anak adalah cahaya mata dan anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya.Maka adalah disunatkan untuk kita sebagai orang Islam bergembira dan bersyukur dengan kurniaan Allah ini dengan menyebarkan tentang khabar gembira ini dengan kaum kerabat dan sahabat handai serta jiran tetangga sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:


Dan juga digalakkan juga mana-mana orang Islam yang mendengar berita gembira(kelahiran anak) supaya mengucapkan tahniah kepada ibubapa bayi tersebut.Telah ditanya Hasan Al-Basri mengenai ucapan tahniah ini,lalu beliau menjawab; maka katakanlah olehmu :

(بورك لك فى الموهوب , وشركت الواهب , وبلغ رشده , ورزقت بره)

Ataupun mana-mana ucapan yang bermaksud memberi berkat dan kebaikan.

Mengikut “قول الأوجه” waktu mengucapkan tahniah hanya berterusan dalam masa tiga hari sahaja iaitu setelah dia mengetahui,jika seseorang itu berada dalam musafir maka waktunya bermula setelah dia kembali dari musafirnya.

Oleh itu,di kesempatan ini,alfaqir dan zaujah ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Rafzan dan Ustazah Fatimah Salwani di atas kelahiran putera sulung semalam...dengan ucapan:


(بورك لك فى الموهوب , وشركت الواهب , وبلغ رشده , ورزقت بره)
Semoga dengan kelahiran putera sulung akan memberi cahaya rahmat dan menjadi pengikat kasih sayang antuma berdua...semoga diberi kesihatan untuk menjaga rezeki dari Allah tersebut.insyaAllah.


----------------------------------------------------
*rujukan : kertas kerja oleh Al- Fadhil Haji Muhamad Aziz Che Man

post signature

11/16/2009

KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA...

H
airan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.


gambar sekadar hiasan


" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik.. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

gambar sekadar hiasan

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana?" kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal,
Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja
kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.


Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
derhaka.

Wallahu'alam

*Sekalipun kisah diatas mungkin rekaan semata2,namun tidak salah kita ambil iktibar daripadanya.

sumber: emel dari seorang sahabat...

post signature



11/12/2009

Menangis...meraung...sampai bilakah....

B
ismillah walhamdulillah....

Setelah hampir sebulan pemergian salah seorang daripada ahli keluarga kami...begitu menyayat hati dan melukakan serta memeritkan apabila mengenangkan suka duka bersama yang telah dilalui oleh diri ini hampir 22 tahun..begitu banyak kenangan yang rasenya belum mampu kupadamkan dari ingatan ini..namun, derita dan sengsara atas kehilangan arwah harus kami telan walaupun ianya begitu pahit bagi kami..



Peristiwa yang terjadi sememangnya membawa beribu2 hikmah yang mana disembunyikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi menguji tahap keimanan hamba-hambaNYA...Ya Allah..maha hebat ujianMU bagi kami...Tetapkanlah hati kami dalam jalanMU ya Allah...sehingga saat ini..ungkapan takziah dan tiupan semangat dari sahabat2 khususnya dari isteri tercinta banyak membantu diri ini sabar dan redha dalam menghadapi ujian dan dugaan yang hebat ini.

Teringat kata2 seorang sahabat dari Indonesia yang turut bersimpati dengan dugaan yang menimpa diri ini...katanya" sabarlah syam,setiap cobaan pastinya ada hikmah dan mana tahu anak2 arwah yang kecil itu bakal menjadi mujahidah yang hebat yang mana mungkin seorang yang hebat tidak melalui jalan yang sukar,insyaAllah sama-sama doakan agar arwah bersama golongan soleh..amin"

Daripada semangat dan bantuan sahabat2...ianya banyak mengajar diri ini akan kekerdilan manusia yang hanya merupakan pinjaman dari Allah yang bersifat sementara...bukan diri ini tidak besedih atas pemergiaan arwah..namun,diri ini terasa begitu dhaif untuk tidak meredhai pemergiannya.tapi jika kita tidak bersedih atas pemergian arwah,bolehkah kita bersedih dengan asbab pemergian arwah???

Baiklah,jika asbab kematian arwah dengan kemalangan,maka,mungkin kita akan salahkan pemandu yang melanggar si arwah...tapi ingatkah kita akan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud.."jika telah sampai ajal kamu,maka tidak akan dipercepat atau diperlambatkan walaupun sesaat.." jadi,apakah yang boleh kita sedarkan hati dan perasaan disini...ya,sememangnya jika sudah sampai ajal maut seseorang itu..mestilah apa cara sekalipun dia akan pergi juga...hatta sedang tidur,sedang makan,sedang memandu,sedang..sedang dan pelbagai perbuatan lagi...

Oleh itu,sama2lah kita kembali kepada sang Khaliq yang maha mengetahui segala sesuatu kejadian dan Qada' serta Qadar yang telah ditetapkan di 'Luh Mahfuz" lagi...sedikit doa buat sanak saudara serta adik beradik yang berada di malaysia...harap semua dapat aminkan bersama...insyaAllah...

YA ALLAH,DARIMU KAMI DATANG DAN KEPADAMU JUALAH KAMI KEMBALI...YA ALLAH,TETAPKANLAH HATI2 KAMI DALAM MENGHADAPI SEGALA UJIAN DAN DUGAANMU YA ALLAH...PERMUDAHKAN DAN BANTULAH DIRI KAMI DALAM SEGALA URUSAN DAN PERJALAN HIDUP KAMI...ENGKAULAH SAHAJA YANG TAHU KEMAMPUAN KAMI SEMUA...

YA ALLAH...AMPUNKAN DAN LIMPAHKANLAH MAGHFIRAHMU KEPADA ALLAHYARHAMAH NAZIRAH...TEMPATKANNYA BERSAMA GOLONGAN SOLEHIN...YA ALLAH..JADIKANLAH KAMI SEMUA UMMATMU YANG REDHA DAN BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN CUBAAN YANG ENGKAU BERIKAN...JADIKANLAH KAMI SEMUA INSAN YANG BERTAQWA DAN MEMBUAT SESUATU PERKARA DENGAN LANDASAN IMAN DAN BUKANNYA EMOSI MENJADI KEPALA SEGALA PERBUATAN DAN LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN KURNIA BUAT KAMI SEMUA YANG HINA LAGI DHAIF INI...YA ALLAH..HANYALAH DIKAU TEMPAT KAMI SEMUA MEMINTA PERTOLONGAN DAN MEMOHON PETUNJUK..PERKENANKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH...YA ALLAH..YA ALLAH..YA ARHAMARRAHIMIN...AMIN YA ROBBAL A'LAMIN....

post signature



10/05/2009

Pesan Dari Jauh

D
iceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi. Entah siapa nama sebenar, tapi orang ramai biasa memanggilnya Bahiyah. Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada yang sunat apalagi yang wajib. Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menuggu waktu solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.



Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku yang selalu aku kenang! Wahai Tuhan tempatku mengadu! Wahai Tuhan tempatku berpegang di kala hidupku dan dikala matiku! Janganlah Engkau hinaku di saat-saat kematian, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!”



Doa yang selalu diucapkannya penuh khusyuk dan sungguh-sungguh. Tiada berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini menjumpai Tuhan tempatnya berpegang. Anak lelakinya tergolong anak yang soleh. Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa’. Setiap malam dan hari jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.

Pada suatu malam, si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal itu.

“Wahai ibu! Bagaimana keadaanmu?” tanya si anak setelah memberi salam.

“Wahai anakku! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan, kedukaan, dan kesengsaraan yang amat dahsyat. Alhamdulillah, keadaanku di alam barzakh dalam keadaan baik. Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku. Ia dibuat daripada sundus dan istabarak. Hal ini berterusan sehingga hari kiamat."

“Wahai ibuku! Adakah sesuatu pesanan untukku?” tanya anak yang bermimpi. Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetap meneruskan amalan yang telah dilakukannya selama ini, yakni berziarah ke kuburnya, membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuknya. Katanya, kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkan.



Sebaik saja anaknya datang, akan terdengar suara memanggil: “Wahai Bahiyah! Ini anakmu datang. Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!” Katanya pula, bukan saja dirinya yang berbahagia, tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut gembira dan menerima manfaat. Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya. Selepas bermimipi demikian, dia tetap meneruskan amalannya, yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur.

Pada suatu malam, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya itu, dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya. “Siapa kalian ini? Dan apa pula hajatmu datang ke sini?” tanya anak soleh.

“Kami adalah ahli-ahli kubur, datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu. Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur.” jawab mereka. Sejak itu, anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat, dan dia membacakan ayat-ayat Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu. Radiallahu anhum.

******

* Semoga kisah wali Allah ini menjadi pedoman untuk kita. Bagi yang ibubapanya sudah kembali ke rahmatullah, sama-samalah berdoa untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para ahli kubur yang lain. Bagi yang ibubapanya masih berada di sisi, berdoalah keampunan dan kesejahteraan hidup untuk mereka dan tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia*

Wallahua’lam..

*******

* Kisah Wali-wali Allah karya Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali


sumber asal : iluvislam dihantar oleh : chOcoluVeeditor

post signature



9/15/2009

Lihat sejadah berdiri 8 jam..MasyaAllah..


SHARIFAH NOR dan Mohd. Faizal menunjukkan sejadah yang didakwa berdiri di rumahnya di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.




P
ASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.



Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.


GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam.


Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.





*************************************

MasyaAllah...Subhanallah...Allahuakbar...sesungguhnya hal ini bukanlah suatu yang mustahil berlaku dan bukannya susah untuk Sang Pencipta untuk mengadakannya...cukup dengan perkataan 'kun' maka jadilah sesuatu itu...

Allah Subhanahu Wa Ta'ala ingin membuktikan kepada kita semua bertapa Agung dan maha hebat kuasaNYA..jadi,apakah kita mengambilnya sebagai pengajaran???amat rugilah jika kita hanya memandang perkara itu dengan remeh temeh...semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala....insyaAllah..


post signature



9/13/2009

Harta Pusaka Kita

M
enyebut mengenai harta pusaka,sudah tentu ramai dikalangan kita yang teruja dan tertarik dengannya.maklumlah kadang2 kita sanggup bergaduh adik beradik bila matinya seorang bapa yang mewariskan kekayaan dan harta benda yang banyak...hubungan adik beradik tidak lagi dihiraukan dan yang diutamakan hanyalah helah dan tipu daya juga kerakusan untuk mendapatkan harta yang ditinggalkan tersebut...nauzubillah...semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan...





bersembang mengenai harta pusaka..saya teringat satu kisah yang terjadi..

"seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan tiga buah syarikat besar yang semakin menjulang kegemilangan.si bapa tadi mempunyai tiga orang anak lelaki dan masing2 akhirnya mendapat warisan sebuah syarikat bagi tiap2 mereka.anak yang pertama menerima warisan syarikat itu tetapi tidak berminat untuk menguruskan syarikat tersebut...akhirnya dia menjual syarikat tersebut kepada orang lain.anak yang kedua pula menerima warisan itu dan menggunakan harta syarikat untuk kepentingannya sahaja dan tidak berusaha untuk mengembangkan syarikat itu..akhirnya syarikat itu jatuh bankrap.dan anak yang ketiga berlainan dari adik beradiknya yang lain,dia menerima warisan itu dan menjaganya serta berusaha untuk meningkatkan pencapaian dan kemajuan syarikat tersebut"


baiklah..berdasarkan cerita yang dibawakan tadi..jelaslah kepada kita...mana satukah yang terlebih baik dan afdhal menerima warisan syarikat itu...sudah tentu anak yang ketigalah orang yang paling jujur dan amanah dengan warisan yang ditinggalkan oleh ayahnya...ini kerana,disamping dia menjaga amanah yang diberikan,dia berusaha untuk mengembangkan dan meluaskan empayar syarikatnya untuk menjamin kekukuhan dan kestabilan syarikatnya..

baik..sekarang kita cuba alihkan pandangan kita dan kita kiaskan kisah tadi dalan kehidupan kita...watak2 yang disebut tadi cuba kita bayangkan ianya adalah :

bapa : Habibuna Wanabiyyuna Mustafa Sallallahualaihi wasallam
anak2 : Ummat Islam(kita semualah)
warisan : Mukjizat Agung yang Masih Kekal (Al-Quranul Karim)

bagaimana sahabat2 sekalian?mampukah kita letakkan diri kita dalam kisah tadi...jika mampu,di peringkat manakah kita berada?

adakah kita termasuk dalam golongan yang pertama?

atau kita termasuk dalam golongan yang kedua???

atau kita termasuk dalam golongan yang ketiga yang selalu menjaga kesucian dan keagungan Al-Quran dan berusaha meningkatkan penghayatan terhadap Al-Quran dan sebagainya.

Ingatlah sahabat-sahabat semua,kita adalah pewaris mukjizat Nabi Sallallahualaihi Wasallam iaitu Al-Quranul Karim. berusahalah untuk menjaga dan menghayati kalam Allah subhanahu Wata'ala...agar Al-Quran itu menjadi hujjah bagi kita ummat Islam dan bukannya hujjah ke atas kita semua...amat besarlah seksaan Allah bagi hambaNYA yang tidak bersyukur dan mengambil pengajaran...Semoga Allah meletakkan kita semua digolongan yang ketiga.insyaAllah.



Oleh itu, di hari dan bulan yang baik ini..sama-samalah kita hisab diri kita dan juga amalan kita dan tidak lupa juga penghayatan kita dalam bulan ramadhan yang akan melabuhkan tirainya hanya beberapa hari sahaja lagi.moga-moga segala amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan kali ini diterima dan dikira sebagai kebajikan dan diganjarkan pahala oleh Allah Subhanahu Wata'ala..
siiru 'ala barokatillah...

post signature



9/08/2009

Mahalnya Kasih Sayang Ibu

N
urse, boleh saya tengok bayi saya?" Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.



Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak.

Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah,masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya.

Ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU. Penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,



kredit buat : http://khyrulhycal313.blogspot.com

post signature



8/22/2009

A Healthy Ramadhan

One of the miracles of Islam is the month of Ramadhan, a month in which we can cleanse ourselves, not only spiritually, but physically as well. Ramadhan is a time of worship, but physical ailments can sometimes cause us to lose our spiritual focus. Here is some useful advice on how to avoid common problems that occur during Ramadhan.

'Detox' yourself
If you are in the habit of drinking several cups of tea, coffee or other drinks that contain caffeine, start cutting back one to two weeks before Ramadhan begins. Tea and coffee contain caffeine which is addictive and can cause severe headaches on withdrawal.

If you are a smoker, start cutting down the amount you smoke one to two weeks before Ramadhan. Ramadhan is an ideal month to stop smoking completely.




Ramadhan Diet

During Ramadhan, your diet should not differ very much from your normal diet and should be as simple as possible. The ideal diet should maintain your normal weight, neither decreasing nor increasing it during the month. However, if you are overweight, Ramadhan is an ideal time to lose weight.

To prepare for a long day of fasting, slow-digesting foods and foods with lots of fibre are better than fast-digesting foods. Slow-digesting foods last between 8 and12 hours, while fast-digesting foods last only for 2 to 4 hours.

- Slow-digesting foods contain grains and seeds. Examples are barley, wheat, oats, millet, semolina, beans, lentils, etc.; whole meal flour; whole meal pasta; unpolished rice. They are also known as complex carbohydrates.

- Fibrous foods contain bran, examples are cereals; whole wheat or whole meal flour; grains and seeds, such as beans and lentils; vegetables such as green beans, peas, marrow, spinach, beetroot leaves which are rich in iron, etc.; fruit with skin, dried fruit, especially dates, dried apricots, figs, prunes, etc.; nuts.

- Fast-digesting foods contain refined carbohydrates such as sugar, white flour, white rice, white pasta, etc.

The ideal diet is well-balanced, containing foods from each food group – fruits, vegetables, meat, chicken or fish, bread, cereals and dairy products.
What to Eat

- Eating complex carbohydrates for suhur will help you fast without feeling too hungry. Examples of complex carbohydrates are muesli, bran-rich cereals, whole meal or brown bread, beans, lentils, etc.;

- Soups can be an excellent source of slow-burning food and protein, especially if made from barley and wheat;

- Dates are an excellent source of sugar, fibre, carbohydrates, potassium and magnesium;
- Almonds are rich in protein and fibre and are not fatty. Ground almonds and milk make a healthy drink;

- Bananas are a good source of carbohydrates, potassium and magnesium;

- Eat oven-grilled samosas rather than fried samosas.
What to Drink

Drink as much water or fruit juices as possible between iftar and bedtime so that your body can adjust fluid levels for the next day.
What to Avoid

- Fried and fatty foods should be avoided, they cause indigestion, heartburn, weight problems and blood circulation problems;

- Spicy foods and sauces;

- Foods containing too much sugar and refined carbohydrates;

- Overeating at suhur and iftar;

- Caffeinated drinks like tea, coffee, fizzy drinks, etc.;

- Smoking.

Common Problems
Constipation

Constipation can cause piles (haemorrhoids), fissures (painful cracks in the anal canal) and indigestion with a bloated feeling.

Causes: Eating too many refined carbohydrates, drinking too little water and not eating enough fibre.

Remedy: Eat more fibre and complex carbohydrates, drink more water, use bran for baking, and use brown flour when making bread.

Indigestion and Wind

Causes: Overeating causes indigestion, as does eating too much fried and fatty food, spicy food and food that produces wind, for example, eggs, cabbage, lentils, beans, carbonated drinks.

Remedy: Do not overeat, and drink adequate amounts of water and fruit juices. Avoid fried and fatty foods. Add thymol or celery seeds to lentils and beans.

Lethargy (Low blood pressure)

Symptoms: Weakness, tiredness, lack of energy, dizziness, especially when getting up from a lying or sitting position, a pale appearance and feeling faint. This tends to occur at the end of the day when you need more energy for worship.

Causes: Not drinking enough water, not enough salt in the diet, not eating enough before the fast begins and at iftar.

Remedy: Increase fluid and salt intake. Eat enough to sustain you through the next day. Drink at least one litre of water between iftar and bedtime.

Caution: If you have high blood pressure you may need your medication adjusted for the month of Ramadhan. Diuretics should be avoided.

Headaches

Causes: Caffeine and tobacco withdrawal, doing too much during the day, hunger, stress, lack of sleep etc.

Remedy: Reduce or eliminate caffeine intake one or two weeks before Ramadhan. Herbal teas and decaffeinated coffee can help. Reorganise your schedule so that you have enough time to perform your usual chores and tasks, and make sure you have enough rest.

Low Blood Sugar

Symptoms: Weakness, dizziness, tiredness, poor concentration, trembling, inability to do physical activities, headaches and palpitations.

Causes: Excessive sugary foods, for example, refined carbohydrates especially in the morning before the fast begins (suhur).

Remedy: Reduce the amount of sugary foods and drinks you consume, especially for suhur. Eat more complex carbohydrates. This applies people who are not diabetics. Diabetics will need to adjust their medication during Ramadhan. Please consult your doctor.

Muscle Cramps

Causes: Not enough calcium or magnesium in the diet.

Remedy: Eat foods rich in above minerals, for example fruit and vegetables, dairy products, meat, dried fruit and dates.

Caution: If you are on medication for high-blood pressure or are prone to kidney stones, consult your doctor.

Heartburn, Gastritis, Hiatus Hernia and Peptic Ulcers

Heartburn comes as a burning pain in the stomach area and under the ribs radiating up the chest to the throat. Increased levels of acid in an empty stomach during Ramadhan can aggravate heartburn and ulcers.

Causes: Spicy foods, especially sauces, can cause this, as well as coffee, carbonated drinks, and fatty and fried foods.

Remedy: Avoid all the above foods. Do not overeat. Have a few small meals instead of one big meal, eat a little after iftar and another snack after the tarawih prayer for example.

Medication is available (Gaviscon and PPIs) to control acid levels in the stomach. These should be taken daily for the whole month of Ramadhan.

Kidney Stones

Kidney stones may not be noticed for months or even years after they are formed.

Causes: Some people are prone to produce stones in the kidney. Even if you are not prone, not drinking enough liquids to flush out the kidneys can cause stones to form.

Remedy: Drink lots of water between iftar and bedtime. If you are prone to kidney stones you must also decrease the amount of calcium you eat by avoiding calcium-rich foods such as dairy products.

Joint Pains

Causes: The extra prayers of Ramadhan can often increase the pressure on the knee joints. In the elderly and those suffering from arthritis, this may result in pain, stiffness, swelling and discomfort.

Remedy: Lose weight so that your knees do not have to carry extra load. Exercise your lower body before Ramadhan by walking 30 to 45 minutes three times a week so that your knees will be prepared for the additional strain.

Being physically fit will help you perform your prayers with ease.


credit : Ramadhanzone

post signature



8/14/2009

imam ramadhan....@!#%@^

R
amadhan semakin menghampiri..terasa baru sahaja menyambut raya tahun lepas,sekarang dah nak puase pulak,bercakap mengenai puase ni,saya teringat satu kisah lawak yang mengandungi beberapa pengajaran buat kita semua yang bergelar muslim. sebelum bercerita,sudahkah anda semua bersedia untuk menghadapi madrasah ramadhan nanti?semoga ramadhan kali ini terlebih baik dari ramadhan sebelumnya...baiklah,kembali kepada cerita asal.....seperti biasa,menjelangnya ramadhan,orang kampung akan mula mencari imam bagi mengemudi solat tarawih di masjid2 dan jugak surau2...





di sebuah kampung ni,terdapatlah seorang tok imam yang selalu menjadi imam di kampungnya, akan tetapi,pada tahun tersebut beliau mendapat tugasan untuk menjadi imam sebuah masjid di bandar.tidak dapat tidak,beliau terpaksa menerima tugasan tersebut.oleh kerana ramadhan semakin hampir,beliau runsing dan risau kerana tiada siapa di kampung itu yang biasa menggantikannya pada bulan ramadhan untuk solat tarawih.

pada satu hari, tok imam tersebut mula mencari jalan bagaimana untuk mencari penggantinya...kemudian,datanglah satu akal untuk mengadakan satu temuduga tergempar bagi mencari calon imam..lantas tok imam tersebut mula mengadakan iklan secara meluas bagi menarik ramai calon untuk datang temuduga.

Tiba sudah hari temuduga,ramailah dikalangan pemuda,orang tua,mat rempit dan mat lepak tertarik untuk mencuba nasib menjadi imam :

temuduga 1( mat rempit )

mat rempit : assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaaatuhh!!
tok imam : waalaikummussalam,sila duduk...
mat rempit : terima kasih tok (begitu beradab dan bersopan)
tok imam : soalam pertama,kamu kenal tak fatihah? (tok imam kampung,sebutan ringkas)

mat rempit : uish..kenal sangatla tok...biasa sangatla dengan fatihah tu..
tok imam : baiklah, cuba kamu nyatakan ciri-ciri fatihah tu
mat rempit : dia cmni tok, rambut panjang sampai bahu, muka cantik, potongan...pergh marvelous tok!!

tok imam : fatihah mane yang kamu sebut ni??
mat rempit : fatihah anak pak dolah kat hujung kampung sana tok...
tok imam : #@%&^*&!@

temuduga pertama sudah nampak ciri2 kegagalan mat rempit untuk menjadi imam..belumpun tanya bab solat,dah out...huhu...tinggallah beberapa golongan lagi yang ingin mendapatkan jawatan imam tarawih. datang pulak mengadap tok imam seorang mat lepak.

temuduga 2 (mat lepak)

tok imam : silakan duduk
mat lepak : mekasih tok
tok imam : kamu tahu tak baca doa qunut?
mat lepak : tau tok..nak suruh saya baca ker?
tok imam : haa..baguslah kalau kamu tahu,sebab nnti imam tarawih pun ade jugak bacaan qunut,baiklah..cuba kamu baca

mat lepak : er..tok,nak qunut panjang ke pendek??
tok imam : aik? qunut ade panjang ade pendek pulak? (mungkin tambah qunut nazilah,sebab tu panjang). tak apelah,cuba baca qunut pendek dulu..

mat lepak : baik tok...Qunut! ha,cmne tok?canteek kan?!
tok imam : uih..cantik sangat! cuba baca yang panjang plak..
mat lepak : Quuuuunnnnuuuuuuuuttt! pergh lapan rakaat tu! camna tok?
tok imam : rosak pemikiran budak2 nih..aduss..failed!



begitulah temuduga yang berlaku..memang menduga tok imam! setelah beberapa orang yang datang temuduga,masih kegagalan yang didapati..sehinggalah datang seorang yang berpakaian jubah,berserban di kepala dan mengelubung kepala dan berburdah(yang diletakkan atas bahu). daripada gaya dan perwatakan,jelas sudah mencukupi kriteria dan ciri2 yang diidamkan.

setelah ditemuduga,ternyata pemuda tersebut mampu untuk menjadi imam,maka terpilihlah pemuda tersebut untuk menjadi ketua solat tarawih pada tahun tersebut. legalah hati tok imam kerana sudah mendapat penggantinya.

tibalah hari dimana pemuda tersebut bertugas menjadi imam.sepanjang solat tarawih itu, orang kampung sangat suka dan gembira kerana suara pemuda yang menjadi imam itu sangat merdu dan menghiburkan telinga semua jamaah.sehinggalah selesai solat semuanya berjalan lancar,kemudian datang seorang penduduk kampung ingin beramah mesra dengan pemuda tersebut :

org kampung : Assalamualaikum imam.
imam muda : Waalaikummussalam.
org kampung : bestla kamu jadi imam.saya suka dengar kamu baca ayat2 Quran tadi..menusuk kalbu.em..
imam muda : oh..janganlah puji lebih2 sebabnya tadi tu saya takde air sembahyang lagi,kalau ade..lagilah power saya jadi imam..
org kampung : erk!!!..@#!?:P{"/&^......

PENGAJARAN :

1 - dekatkanlah diri kita dengan ilmu pengetahuan kerana sudah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menimba ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.

2 - jangan melihat kebaikan dan penampilan seseorang dari luaran sahaja,tilik dan kajilah sesuatu sebelum menghukumnya.

3 - pemuda2 perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat

4 - persedian sebelum masuk ke dalam masyarakat,sudahkah ustaz2 azhari dan ustazah azhariah kita sudah bersedia??

5 - tugas imam bukanlah mudah,juga perlu mengetahui hukum hakam yang melibatkan solat.

6 - pilihlah pemimpin yang benar2 mampu memimpin masyarakat ke jalan yang betul,bukan main ikut sedap je pilih pemimpin!


sekian,itu sahaja celoteh saya pada kali ini,semoga anda semua terhibur di samping timbalah pengajaran2 yang ade sedikit itu,moga ianya manfaat kita bersama...wslm

post signature



7/19/2009

Pernah Makan Daging Manusia?? v.1

Bismillah Walhamdulillah..

T
ajuk posting kali ini agak kurang senang dibaca kerana ianya mungkin sudah menjadi satu tabiat dan perkara yang sudah serasi dengan mereka yang bergelar insan. Namun begitu,saya teruskan juga menulis tajuk ini kerana pesan Nabi S.A.W…”berkatalah benar sekalipun ianya pahit.”
Sejenak kita merenung Firman Allah S.W.T dalam surah al-hujurat ,ayat 12 yang berbunyi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ






Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Hujurat ayat 12)

soalan cepu emas buat sahabat-sahabat: Pernahkah anda semua makan daging saudara kamu?
hah..anda janganlah terkejut dengan soklan saya ini,bukanlah saya ni jenis yang makan orang..tapi maksud saya ialah pernahkah anda mengumpat/ghibah saudara anda?sesungguhnya mengumpat/ghibah ini diumpamakan seperti memakan daging saudara sendiri...cubalah perhatikan video di bawah ini...semoga mendapat iktibar:



Apakah Maksud ghibah??

Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya.marah benci dan sebagainya.

****************************************************

Bercakap tentang ghibah/mengumpat ni,cuba kita renung dan muhasabah diri kita,pernahkah kita membuka aib kawan-kawan kita???astaghfirullah…sememangnya itu adalah tabiat kita,sekalipun saya yang mengetahui akibat ghibah ini,namun kerapkali melakukannya…betapa hina dan lemahnya diri ini…semoga Allah jauhkan diri kita semua dari perbuatan mengumpat/ghibah ini…amiin.

Apakah perkara yang boleh terjadinya umpatan/ghibah ini???

=> Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya

=> Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan seseorang.

=> Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya, pemarah, pengecut, lemah pendirian dan sebagainya.

=> Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak, pengkhianat, zalim, lemah ibadat seperti cuai sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.

=> Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap, kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang bermaksud mengumpat.

to be continue.....sabar ye..hehe :P


post signature



Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget