"kita tidak mampu menjadi sempurna,tetapi kita hanya mampu menjurus kepada kesempurnaan.."
Popular Posts
-
H utang tag daripada blog syamujahidah ,dah lame beliau memberikan tag ini,tapi tak sempat untuk membuatnya..ini baru tag yang pertama,ada s...
-
H airan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berke...
11/08/2010
PErHaTiAn PeNTiNg BuaT pARa FaCEBookER
11/04/2010
PERKHIDMATAN PEJABAT POS,AJIL,HULU TRG-TERUK!
Ape khabar sahabat2 blogger dan pembaca sekalian? harap2 anda sentiasa dalam keadaan baik dan sihat walafiat. sudah lama rasanya alfaqir tidak membuat coretan sendiri di blog ini,hanya buat copy paste je..hehe,bukannye ape..kadang2 hidup kita ini memerlukan kita utamakan yang lebih penting dari yang penting..(^_^)..
Kali ini alfaqir ingin berkongsi satu perkara yang dirasakan amat perlu untuk kita ambil berat dan cuba atasinya. Kemungkinan ade pihak yang akan melenting tentang ape yang akan alfaqir bicarakan,namun.."berkatalah benar sekalipun ianya pahit"..sama-sama lapangkan dada dan tenangkan fikiran.
10/28/2010
Isu Penindasan Zakat Pelajar-pelajar Terengganu Di Mesir
Senyum Dalam Tangis
Mungkin ramai yang tidak mengetahui disebalik keceriaan dan ketenangan wajah anak-anak Terengganu di Mesir sebenarnya mempunyai seribu kedukaan dan kesakitan yang terpaksa ditelan saban hari. Semuanya berpunca daripada penyalahgunaan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu Timur Tengah, Encik Kamal Bin Abdullah yang juga merupakan bekas ADUN Sura, Dungun Terengganu.
Untuk makluman semua, disini sudah ada persatuan pelajar yang juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang diberi nama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT). KPT telah ditubuhkan semenjak Tahun 1946, yang bertanggungjawab menaungi seluruh anak-anak Terengganu di Mesir. Sepanjang pemerintahan atau dibawah seliaan KPT, pelajar-pelajar hidup dengan aman dan tenang tanpa berlaku sebarang konflik dan kejadian yang tidak diingini. Namun suasana itu berubah bila beberapa orang pegawai di hantar kesini.
Hal Ehwal Pelajar jadi Hal Ehwal Politik
8/29/2010
Sekitar Majlis Berbuka Puasa Di Qoryahku
p/s : maaf kerana gambar berbuka tidak dapat disiarkan...xsempat nak amik gambar..sibuk layan tamu..huhu
: berbuka pada petang itu dengan nasik berlauk daging singgang dan daging goreng beserta sedikit tambahan sampingan...
semoga kerjasama dan permuafakatan yang dibuat mendapat limpahan rahmat Allah dan keampunan Allah S.W.T...amen...
Tidak faham agama punca polemik- TGNA
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.
Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.
Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.
Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.
Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.
sumber : harakahdaily
8/28/2010
MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN
Berita Harian, March 1, 2008
PELANCONGAN keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat. Banyak negara sudah melancarkan kempen tahun melawat di negara masing-masing turut mempromosikan pusat keagamaan sebagai destinasi pelancongan.
Malaysia turut mengambil langkah sama, tetapi tidak dinafikan usaha itu terutama menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan menjadi isu negatif di kalangan masyarakat yang beranggapan kedatangan pelancong terutama bukan beragama Islam boleh menjejaskan kesucian masjid yang menjadi rumah Allah.
Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasarkan
pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)
Masjid lain pula pada pandangan ulama Syafi’iyah adalah diharuskan jika bertujuan baik. Ulama ini berpegang pada hadis sahih diriwayatkan Bukhari, menjelaskan bahawa sekumpulan tentera Islam yang baru kembali dari medan perang Nejad membawa seorang tawanan perang bernama Tsumamah Utsaal dari Bani Hanifah yang ketika itu belum beragama Islam dan mengikatnya pada tiang dalam sebuah masjid.
Kemudian Rasulullah SAW menuju kepada tawanan itu seraya bersabda: “Lepaskanlah Tsumamah.” Kemudian Tsumamah berangkat menuju ke kebun kurma berdekatan masjid dan mandi. Selepas itu Tsumamah masuk semula ke dalam masjid sambil melafazkan kalimah dua syahadah menjadi seorang muslim.”
Berdasarkan hadis itu nyata bahawa jika tindakan membawa seseorang bukan Islam ke dalam masjid menjadi satu kesalahan tentu sekali Rasulullah SAW akan menegur tindakan sahabat membawa masuk Tsumamah ke dalam masjid itu.
Bagaimanapun bagi menjamin dan memelihara kesucian masjid, pihak pengurusan perlu membuat peraturan sesuai umpamanya dimestikan menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa sesuai yang tidak mengganggu umat Islam menunaikan ibadat.
Dari aspek pelancongan, kita dapati Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia. Pada musim haji sahaja kira-kira 3 juta umat Islam mengunjungi Makkah dan Madinah.
Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun. Perbelanjaan besar umat Islam itu memberi peluang perniagaan yang besar kepada penduduk Arab Saudi.
Walaupun masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita tidak sehebat di Arab Saudi, tetapi ia berpotensi besar untuk menarik pelancong terutama orang bukan Islam menziarahi masjid dan tempat sejarah Islam yang ada di negara kita.
Berdasarkan pemerhatian, perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.
Bagi umat Islam, daya tarikan ini kelihatan perkara biasa, tetapi bagi orang bukan Islam adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam kerana nyata suasana ketenangan rumah Allah itu berbeza dengan suasana rumah ibadat agama lain.
Di sebalik kecenderungan besar pelancong bukan Islam terhadap produk pelancongan berasaskan keagamaan ini, maka sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan memperluaskan pengetahuan mengenai Islam melalui pelancongan.
Bagaimanapun bukan mudah untuk menarik pelancong datang menziarahi masjid kecuali pihak pengurusan masjid mampu mengambil langkah tertentu seperti menyediakan maklumat berkenaan sejarah penubuhan masjid, persekitaran bersih dan ceria serta kemudahan tandas selesa.
Begitu juga fungsi dalaman masjid, menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang selesa, menjalankan promosi luas kepada masyarakat setempat dan perkhidmatan pemandu pelancong selain menyediakan ruangan pameran serta galeri.
Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.
Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.
Selari dengan usaha memakmurkan masjid ini, maka marilah kita merenungi firman Allah bermaksud: “Bahawasanya yang memakmurkan masjid ialah orang yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka yang memakmurkan masjid itu mendapat hidayah daripada Allah.” (Surah at-Taubah, ayat 18)
Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tarikh : 23 April 2008
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan
Editor : PRO JAKIM
Hits : 3048
sumber : JAKIM
3/20/2010
Syaikh Ahmad Thayyib ditunjuk sebagai Syaikhul Azhar Baru
Syaikh Ahmad Thayyib ditunjuk sebagai Syaikhul Azhar Baru
Jumaat,03 Rabiuts Tsani 1431 H - 19 Maret 2010
P
residen Mesir Hosni Mubarak mengeluarkan dekrit yang berisi pengangkatan Dr Ahmed Mohamed Ahmed Al-Tayeb sebagai syekh Al-Azhar, menggantikan Syekh Mohamed Sayed Tantawi, yang meninggal pekan lalu, menurut kantor berita MENA.
Perwakilan Berita tersebut mengatakan bahwa Presiden Mesir "19/3/2010 Jumat lalu mengeluarkan Keputusan Presiden No 62 tahun 2010 perihal pengangkatan Yang Mulia Dr Ahmed Mohammed Ahmed Al-Tayeb syekh Al-Azhar."
Syaikh Thayyib telah memangku jabatan rektor Universitas Al-Azhar sejak tahun 2003, jabatan yang beliau pegang setelah sebelumnya menjadi Mufti Negara.
Universitas Al-Azhar yang berkaitan erat dengan masjid Al Azhar, yang juga didirikan pada abad kesepuluh dinilai sebagai pusat yang paling penting bagi pendidikan Islam Sunni didunia.
Syekh Al-Azhar sebelumnya, Mohamed Sayed Thanthawi, meninggal Rabu lalu di Arab Saudi dalam usia 81 tahun setelah menderita serangan jantung.
Institusi Al-Azhar beberapa kali mengeluarkan fatwa untuk membimbing kaum Muslim.
Presiden Mesir biasanya mengangkat Syaikhul Azhar untuk seumur hidup.
Presiden Mesir mengeluarkan keputusannya sementara menjalani masa penyembuhan setelah operasi di Jerman pada tanggal 6 Maret lalu.
(sumber:alarabiya.net)
Terjemahan oleh : http://www.voa-islam.com
2/03/2010
Buurika Laka Fil Mauhub
Segala pujian hanya bagi Allah yang tidak putus-putus memberi nikmat kepada hamba-hambanya yang sering lupa kepada kebaikan dan sifat Maha Pemurah Sang Khaliqnya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Saidina Muhammad Nabi terakhir yang membawa rahmat buat sekalian alam.
Alhamdulillah, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) sekali lagi riuh rendah dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata berkat ikatan bahagia pasangan Ustaz Rafzan Bin Abdul Razak dengan zaujahnya,Ustazah Fatimah Salwani Binti Abdullah. Putera sulung mereka itu lahir pada 2 januari 2010 pada jam 7.00 malam waktu Mesir.
Anak adalah cahaya mata dan anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya.Maka adalah disunatkan untuk kita sebagai orang Islam bergembira dan bersyukur dengan kurniaan Allah ini dengan menyebarkan tentang khabar gembira ini dengan kaum kerabat dan sahabat handai serta jiran tetangga sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Dan juga digalakkan juga mana-mana orang Islam yang mendengar berita gembira(kelahiran anak) supaya mengucapkan tahniah kepada ibubapa bayi tersebut.Telah ditanya Hasan Al-Basri mengenai ucapan tahniah ini,lalu beliau menjawab; maka katakanlah olehmu :
Ataupun mana-mana ucapan yang bermaksud memberi berkat dan kebaikan.
Mengikut “قول الأوجه” waktu mengucapkan tahniah hanya berterusan dalam masa tiga hari sahaja iaitu setelah dia mengetahui,jika seseorang itu berada dalam musafir maka waktunya bermula setelah dia kembali dari musafirnya.
Oleh itu,di kesempatan ini,alfaqir dan zaujah ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Rafzan dan Ustazah Fatimah Salwani di atas kelahiran putera sulung semalam...dengan ucapan:
----------------------------------------------------
*rujukan : kertas kerja oleh Al- Fadhil Haji Muhamad Aziz Che Man
1/14/2010
Terima Kasih Sahabat2 dan Para Pimpinan
Genaplah seminggu kelahiran cahaya mata alfaqir yang sulung...terasa baru lagi peristiwa di hospital yang banyak memberi pengalaman buat alfaqir dan zaujah...alangkah cepatnya masa berlalu,hari ini sudah 14 januari 2010,berbaki sehari lagi buat alfaqir untuk menumpukan perhatian untuk imtihan fasa pertama sesi ini..jika nak dihitung usaha untuk imtihan kali ini amatlah sedikit,Allah..bagaimanalah ingin menjawab soalan2 doktor nanti...em...terserahlah pada yang Maha Esa..sesungguhnya kali ini alfaqir membuat tawakkal tanpa usaha yang setimpal,moga2 sudilah kiranya Allah membantu alfaqir kali ini..insyaAllah.
seperti yang dijanjikan,apabila genap tujuh hari,alfaqir ingin mengumumkan tentang nama puteri sulung alfaqir...sebenarnya nama ini sudah dibincangkan sebelum lahirnya puteri kami itu,setelah membuat scan ultrasound dan diberitahu ianya perempuan,terus kami mencari2 nama yang sesuai bagi puteri kami...Akhirnya..kami suami isteri bersepakat untuk meletakkan nama puteri kami itu dengan nama......
[ AISYA NURUL AIN BINTI MOHD SYAMSHUL BIN SIDIK BIN MUHAMMAD ]
Selama seminggu ini,kerap kali alfaqir dan zaujah ditanya2 mengenai nama baby oleh sahabat2 di mesir ini atau dari Malaysia...oleh itu,kali ini,alfaqir mengisytiharkan nama baby perempuan kami telah diberi nama seperti tertera di atas..insyaAllah.
Bermula kelahiran Aisya,ramai sahabat sahabiah yang datang membantu dan menziarahi,achik2 KPT yang datang membantu zaujah alfaqir dalam menjaga Aisya dan zaujah serta membantu alfaqir dalam penyediaan makanan bagi zaujah alfaqir,almaklumlah,alfaqir masih keletihan setelah dua malam tidak cukup tidur,alhamdulillah,pihak persatuan Keluarga Penuntut Terengganu[KPT] melalui Unit Kebajikan telah menyusun jadual bagi akhawat untuk bergilir2 datang ke rumah alfaqir...memang alfaqir amat menghargai dan bersyukur kerana adanya persatuan yang bersungguh2 menjaga kebajikan pelajar...
Selain sahabat2 dan sahabiah2 terengganu,ada juga dikalangan sahabat2 alfaqir yang turut hadir bagi berkongsi kegembiraan dengan alfaqir...terima kasih sahabat2 terutamanya ahli usrah PMRAM alfaqir,(Nat kedah,Ucop selangor,Hasan selangor,Amin perak,Ijan N9/KL,maaf jika ada tertinggl) ...juga buat rakan2 study group yang dari perbagai negeri...kehadiran antum memberi semangat pada alfaqir.tidak lupa juga buat sahabat seangkatan alfaqir dari Terengganu,ammu pi(lutfi),ammu wan(marwan),ammu Din(aizuddin),ammu Mang(othman),Ammu Zubir...alfaqir menunggu giliran kamu pula untuk menimang baby...tapi knelah cari jodoh cepat2...hehe..
Keperihatinan dan kegembiraan pimpinan mendapat seorang mujahidah menyeru mereka turut serta menziarahi Aisya...rumah alfaqir telah dikunjungi oleh sebilangan besar pimpinan pelajar di peringkat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) dan juga KPT. Walaupun ada dikalangan pimpinan yang akan menhadapi imtihan keesokan harinya,namun masih sempat meluangkan masa bagi menziarahi kami,rasa terharu dan bangga mendapat para pimpinan seperti mereka.terima kasih banyak2 alfaqir ucapkan buat antum semua.moga Allah memberkati usaha kalian dan memberi kejayaan buat kalian di dunia dan akhirat.insyaAllah..
- Sedikit gambar sekitar kunjungan Pimpinan Badan Pengurus PMRAM:
- Ini pula sekitar kunjungan pimpinan KPT :
sekian sahaja post alfaqir buat ketika ini..insyaAllah menyusul lagi selepas ini,insyaAllah..
salam imtihan dan salam perjuangan buat semua sahabat2 dan sahabiah2...moga kejayaan milik kita bersama..Allahuakbar!!!
1/09/2010
7 jan 2010...Puteriku lahir ke dunia fana...Alhamdulillah
segala puji hanya bagi Tuhan yang menjadikan sekalian Alam,yang menghidupkan dan mematikan,yang memberi nikmat dan menarik nikmat...selawat dan salam ke atas junjungan besar Saidina Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam..
Alhamdulillah,tanggal 7 januari 2010 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi alfaqir dan zaujah apabila permata yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya memperdengarkan tangisannya dikala jemaah subuh di masjid usai menyembah Allah yang Esa...
Kesyukuran dan kegembiraan yang diperolehi ditunjukkan dengan sembah dan sujud syukur alfaqir pada Yang Maha Esa.buat mase skrg,alfaqir tidak sempat rasenye untuk menceritakan detik2 ketika sebelum,semasa dan selepas kelahiran.disini alfaqir hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar baby yang baru kenal alam yang fana ini...cukuplah alfaqir copy cerita dari web KPT yang sudahpun terlebih dahulu men'interview' alfaqir...terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak..semoga Allah membalas jasa kalian dengan rezeki dan rahmat yang melimpah ruah..amin ya robbal 'alamin.....
10/09/2009
Inilah Bukti 'DATO' Kena TIBAI...
jika sebelum ini,heboh dengan peristiwa yang 'dato' ni kene tibai dek budak2(pembangkang). tapi hari ini nampak dah akan kepalsuan yang diada2kan oleh pihak yang terbabit...sama2lah kita fikirkan jika kita punyai akal dan iman....:)
10/06/2009
KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA KPT TERHADAP PERISTIWA SAMBUTAN MAHASISWA BARU
S
alam hormat daripada kami Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir yang sentiasa peka terhadap apa yang berlaku ke atas kami sebagai Anak-Anak Terengganu yang dinafikan hak untuk menyambut mahasiswa-mahasiswa baru yang tiba ke mesir beberapa hari lepas.
Sebagai sebuah badan kebajikan anak-anak negeri (BKAN), maka semestinya badan ini bertanggungjawab penuh ke atas kebajikan sesiapa sahaja dari kalangan Anak-Anak Terengganu yang berada di mesir ini untuk mendapatkan pertolongan dan kebajikan daripada kami.
Malangnya apa yang berlaku disebaliknya iaitu dinafikan hak oleh pihak yang berkenaan untuk menguruskan kedatangan mahasiswa-mahasiswa baru di bawah Yayasan Terengganu sepertimana kebiasaan yang berlaku zaman berzaman.
Kronologi-kronologi yang berlaku bolehlah tuan-tuan merujuk blog-blog yang disiarkan oleh ahli-ahli KPT untuk pengetahuan umum. Cuma di sini saya ingin menyatakan kekesalan dan dukacita terhadap apa yang berlaku daripada peristiwa-peristiwa berikut :
1. Amaran pihak berkenaan kepada salah seorang exco supaya tidak pergi menghadirkan diri ke lapangan terbang untuk menyambut mahasiswa baru.
2. AJK sambutan telah dilantik oleh pihak berkenaan daripada kalangan BUKAN anak-anak Terengganu (daripada kumpulan ISMA dan lain-lain).
3. Pengabaian kebajikan mahasiswa yang baru tiba :
- Terus dibawa jaulah ke sekitar kaherah dan ke Sinai (yang sepatutnya diberi masa rehat terdahulu kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan cuaca, keadaan dan sebagainya.
- Pengabaian terhadap makan dan minum sehingga ada yang mengadu lapar kepada kami.
- Tiada khidmat musyrif sepenuh masa sebagaimana yang disediakan oleh kami zaman berzaman yang menyebabkan keselamatan tidak terjamin.
4. Maklumat yang tidak tepat disampaikan kepada mahasiswa baru mengenai penempatan bahawa tiada kekosongan bilik di Asrama Terengganu kerana mahasiswa-mahasiswa lama tidak mahu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. Maka disini saya nyatakan bahawasanya kami telah menyediakan bilik-bilik untuk penginapan kepada semua yang baru tiba termasuk juga kepada rombongan yang kedua tiba bukan sepertimana maklumat yang diberikan.
5. Pengabaian terhadap waktu-waktu solat menyebabkan sebahagian mahasiswa baru terpaksa menqadakan solat.
6. Menyembunyikan tarikh ketibaan mahasiswa-mahiswa baru daripada KPT dan menyembunyikan program-program mereka daripada pengetahuan KPT, akan tetapi yang peliknya kenapa ia dipelopori oleh kumpulan-kumpulan ISMA dan orang perseorangan yang dipilih oleh pegawai dan bukan dari persatuan anak Terengganu sendiri?
Maka dengan berlakunya peristiwa-peristiwa seperti ini , Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ingin menyatakan kekesalan dan amat dukacita terhadap kejadian ini yang sepatutnya ia tidak berlaku sekiranya tiada campur tangan dari pihak luar akan tetapi kerana campur tangan inilah berlakunya keadaan yang tidak stabil.
Maka di sini kami ingin menyatakan mesej dan memberi teguran dan peringatan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya tidak lagi mengulangi perkara ini untuk tahun-tahun akan datang dan ianya mesti bertindak dengan kebijaksanaan dan perlu melihat keadaan semasa bukan semata-mata mengikut kepentingan seseorang atau sesuatu pihak yang menyebabkan ia memburukkan suasana dan juga memburukkan diri kita sendiri.
Kepada ahli-ahli KPT khasnya yang bertungkus-lumus untuk menjayakan sambutan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan atas komitmen yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan oleh ahli. Dan untuk umumnya saya mengharapkan sokongan penuh daripada ahli-ahli kepada KPT terhadap kenyataan ini dan juga sokongan penuh terhadap agenda-agenda dan aktiviti-aktiviti yang akan dibawa pada masa akan datang.
Sekian sahaja, wassalam.
MOHD SHAFIZI BIN ISMAIL
Yang Di-Pertua
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu 08/09
sumber asal : InFoKPT
9/29/2009
Adik2 Baru dibiarkan Tanpa Musyrif
A
lhamdulillah,rupenye ramai yang mengikuti perkembangan situasi yang berlaku kepada adik2 baru.saya mintak maaflah kerana lambat menyambung cerita adik2 baru ni kerana disana adanya komitmen lain yang perlu saya utamakan.insyaAllah kali ini saya cuba menyambung kesinambungan yang berlaku kepada adik2 baru.
Baiklah,hari pertama berakhir dengan sebahagian adik2 baru ditempatkan di rumah Serawak,di villa Terengganu(rumah tamu) dan juga seramai 8 orang adik2 baru ditempatkan di Walidain(rumah sewa yang agak jauh dari asrama Terengganu).
Manakala,hari kedua bermulanya pengembaraan adik2 baru ke sekitar Qaherah. Dalam kepenatan oleh kerana baru sahaja sampai,adik2 sudahpun dibawa berjalan-jalan dan berpening lalat dengan hiruk pikuk kota Qaherah yang dihiasi dengan pelbagai gelagat arab dan juga suasana yang jauh berbeza dengan negara kita Malaysia. Keadaan cuaca yang semakin menjengah ke musim sejuk juga membimbangkan kesihatan adik2 baru.
Perjalanan pada hari kedua tersebut yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berlarutan sehinggalah lebih kurang jam 10.00 malam barulah terlihat kelibat mereka pulang. Keadaan adik-adik cukup menyedihkan kerana masing-masing keletihan yang amat. Kebetulan sekumpulan adik2 yang menetap di Walidain ingin pulang ke rumah mereka, saya menahan seorang adik untuk bertanyakan khabar mereka,ternyata rungutan kepenatan dan tidak puas hati dengan pengurusan keluar dari mulutnya.
Saya bertanyakan kepadanya adakah tidak ada di kalangan mereka yang merungut kepada PEGAWAI akan kepenatan mereka itu,dijawabnya bahawa sudah beberapa kali rungutan dan keluhan adik2 kepada PEGAWAI dan petugas2nya namun tidak dihiraukan akan rungutan mereka. Mereka tetap dengan kekerasan mereka untuk ‘melarikan adik2’ daripada abang2 lama. Dimanakah kebajikan para pelajar yang sepatutnya menjadi aspek/tujuan utama pegawai berada di Mesir ini??
Oleh kerana ketinggalan dibelakang,saya menawarkan diri untuk menghantar adik itu pulang ke rumahnya,dibimbangi kegelapan malam membawa bermacam2 ancaman lagi2 khusus kepada adik2 baru. Ketika dalam perjalanan,kami sempat berkenalan dan berbual sedikit sebanyak mengenai keadaan adik2 baru. Dalam perbicaraan itu,saya sempat bertanya kenapa pegawai tidak menempatkan adik2 baru di asrama Terengganu?dan jawapan yang diberikan oleh adik itu menyentap hati dan jantung saya,apakah dia jawapannya?
“pegawai cakap,abang2 lama tak mahu keluar dan tiada tempat untuk adik2 baru,jadi kene tunggu abang2 keluar/balik dulu baru kami boleh masuk ke asrama”
Itulah jawapan yang adik itu berikan,ya Allah...begitu begitu kejam abang2 lama ini dimata adik2 baru?dan kenapa fitnah sedemikian yang PEGAWAI titlekan kepada abang2 lama? Sungguh sedih dan geram hati ini apabila mendengar jawapan adik tadi. Demi Allah yang maha mengetahui,kami sudahpun menyediakan tempat untuk didiami oleh adik2 baru ini.untuk pengetahuan saudara/i di luar sana,bukan semata-mata omong kosong saya lafazkan, perkara ini disaksikan abang-abang lama yang berada di Asrama Darul Iman. Sehari sebelum adik2 tiba,operasi membersih dan gotong-royong bagi menyiapkan penginapan adik2 baru sudah dilakukan. Dan segala macam persiapan sudah disiapkan. Tapi kenapa abang2 lama juga dipersalahkan? Tidakkah pegawai yang bertugas tahu akan kekosongan di rumah2 asrama Terengganu dan boleh diisikan dengan pelajar baru?kenapa masih menempatkan adik2 dirumah selain asrama Terengganu? Persoalan2 ini hanya pegawai yang boleh menjawabnya.
Saya tiba di rumah sewa adik2 baru,sebahagian adik2 yang kepenatan terus membaringkan diri di atas katil. Dua tiga orang adik menemani saya dan berbual2 tentang kehidupan di Mesir ini,walaupun tidaklah begitu banyak pengalaman saya di sini,bolehlah sekadar menggambarkan kepada adik2 kehidupan di perantauan ini bukanlah semudah dan sesantai yang disangka. Kesihatan,keselamatan merupakan aspek utama perbualan kami pada waktu itu.
Ketika sedang enak bersembang dan bersuai kenal dengan adik2,tiba-tiba seseorang mengetuk pintu. Kelihatan adik2 risau dan bimbang kalau2 yang datang itu mata-mata pegawai atau pembantu pegawai. Dengan tenang,saya menyuruh adik2 membuka pintu itu,bukannya salah pun saya berkenal2an dengan adik baru,tiada alasan untuk saya dimarahi...sejurus kemudian,terdengar kalam ammiyyah(bahasa arab mesir) diluar sana. Rupa-rupanya seorang warga arab sedang bercakap dengan seorang adik baru. Adik yang belum mampu memahami kalam arab tersebut tergagap2 untuk menjawab soalan arab tersebut dan hanya mampu menjawab “ana la ‘arif”(saya tidak tahu)
Kemudian datanglah abang lama ni yang kebetulan ada di rumah itu(sayala tu..huhu) dan memulakan percakapan dengan arab itu. Dikenali dengan nama Khalid,beliau merupakan tuan bangunan yang didiami oleh adik2 tersebut. Tujuannya datang adalah untuk meminta duit siyanah yang tertunggak semenjak bulan november 2008(sekarang sept 2009) lebih kurang setahun tidak dibayar,jika dihitung agak banyak bayarannya. Tapi saya tidak mengizinkan adik2 membayarnya dan cuba merujuk kepada saudara pembantu pegawai yang rupa2nya juga tidak tahu apa2 mengenai pengurusan rumah tersebut.
Akhirnya saya memberikan nombor telefon pembantu pegawai itu dan biarkanlah mereka yang uruskan,saya sudah bantu apa yang patut, oleh kerana mempunyai urusan di asrama,saya terpaksa meninggalkan adik2 untuk membiarkan mereka berehat dek seharian berjalan-jalan. Sebelum keluar,saya sempat memesan agar tidak memberikan apa2 duit atau membuka pintu sekiranya ada warga arab yang datang. Saya sangat terkilan dengan PENGURUSAN pegawai yang hanya membiarkan adik2 baru yang belum boleh berbicara dengan warga arab tanpa seorang mas’ul@musyrif. Apakah akan berlaku sekiranya saya tiada pada waktu itu? Kemungkinan adik2 itu terpaksa membayar duit yang begitu banyak kepada arab tersebut. Mungkin inilah Allah ingin membuka kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kepada adik-adik.
Bersambung...
9/26/2009
kami pelajar senior Terengganu tiada hak bermesra dengan adik2 baru
ismillah walhamdulillah
....sambungan...
6.20 malam – oleh kerana adik-adik baru kelihatan kepenatan setelah perjalanan jauh dari Malaysia,selepas mereka siap daripada minum ringan,kami abang2 lama dan juga USMB yang turut ke airport menjemput adik-adik untuk ke musolla yang berada di tingkat 2 bagi menunaikan solat maghrib berjamaah bersama-sama. Adik2 menuruti jemputan kami tersebut,mungkin kerana sudah penat dapat juga mereka merehatkan dan menyegarkan badan bila sudah berwuduk nanti,tapi setelah mereka naik melepasi satu tingkat,kelihatan mereka kembali turun menuju ke bawah dan difahamkan bahawa pegawai mahu berbicara dengan adik2 baru tersebut di dalam galeri yang berada di halaman depan asrama Terengganu.
Kami hanya khuatir yang pelajar-pelajar ini tidak sempat untuk menunaikan solat maghrib memandangkan waktu maghrib lebih kurang jam 7.10 malam. Kami menyuarakan pandangan kami kepada pembantu pegawai dan akhirnya kami tidak boleh berbuat apa2 dengan alasan itu hanyalah arahan pegawai.
Dari pandangan kami,pada waktu itu terlebih afdhal untuk adik2 solat dahulu memandangkan waktu yang semakin semput...lagi pulak,kalau nak berbicara dengan adik2 atau memberi nasihat,apalah salahnya TUAN PEGAWAI turut sama naik ke musolla dan bolehla beri taklimat dan sebagainya nasihat kepada adik2 baru itu,namun segalanya dilihat semakin kusut dan berterabur.adik2 juga semakin pening dengan situasi yang berlaku.
Dan dalam kekalutan yang berlaku itu,terdengar satu saranan daripada seorang yang dikenali sebagai Iman Besar yang turut sama datang bersama rombongan adik2 baru dari Malaysia itu agar menjamakkan solat maghrib dan isyak....satu lagi kekeliruan yang dibuat kepada adik2...sebetulnya mengikut pendapat ahlul sunnah wal jamaah, apabila kita sudah sampai dan menetap ke tempat yang dituju,solat jamak tidak boleh lagi didirikan..entah pendapat manalah yang dibawa imam tersebut
Selepas solat isyak - semua senior2 Terengganu berkumpul di halaman asrama dan masing2 bengang dengan situasi yang berlaku...masing2 mempersoalkan beberapa soalan ini :
1) Mengapakah tugas menyambut adik2 baru pegawai tidak serahkannya kepada senior2 dan kepada orang2 yang tidak dikenali?
2) Kenapa turut melibatkan seorang ahli UMNO dari negeri Pahang yang tiada hubungkait langsung dengan adik2 baru?
3) Kenapa adik2 tidak ditempatkan di asrama Terengganu sedangkan disana terdapat banyak bilik yang kosong dan kurang penghuninya.
4) Kenapa kami di ‘warning’ agar tidak mengganggu adik2 baru yang alasannya mereka daripada tajaan yayasan?
5) Bukankah kami pelajar senior Terengganu ASLI dan bukan CELUP(hanya mengibar bendera Terengganu di Airport) juga kami ada hak untuk bermesra dengan adik2 baru?
6) Dan pelbagai persoalan lagi yang boleh kawan2 tambahkan selepas ini..
Malam itu kami hanya sempat berjumpa dengan adik ketika menyambutnya di halaman asrama kemudian selepas itu,adik2 ditempatkan dan DIKUNCI ditempat2 yang BERASINGAN kononnya tidak mahu pelajar lama menghasut adik2..entah apalah yang kami hendak hasut kepada adik2 ini,begitulah situasi yang berlaku pada hari pertama ketibaan adik2 pengajian Islam dan Perubatan tajaan yayasan Terengganu. Kami dinafikan hak sebulat2nya untuk menjaga kebajikan dan memberi layanan bagi keselesaan adik2 baru.
Dan kejadian di malam itu juga,dua orang adik yang kehausan keluar untuk membeli air di sebuah kedai arab,oleh kerana tiada musyrif mereka telah ditipu oleh arab dan telah membeli air tersebut dengan harga LE20.00 yang biasanya harga air tersebut tidak lebih dari LE5.00. Perasaan kesian dan geram kepada pihak pengurusan makin membarah di hati senior2...kebajikan adik2 baru terabai dan juga keselamatan mereka merisaukan kami.
bersambung....
9/16/2009
Rasul Melayu Tidak Berpuasa!!!
HAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.
"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.
"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.
"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.
Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.
Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.
Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.
Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.
"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.
"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya.
sumber : Mstar
Sepandai2 rasul melayu bersembunyi..akhirnya tertangkap juga...sudahlah kena tangkap..tak pose pulak tuh..hadui..ape nak jadikla dengan kahar ni...tapi yang herannya ramai jugak yang percaya dia ni rasul..musykil2..huhu
dalam penangkapan itu,si kahar ni ada meminta untuk memberi ruang padanya bagi mendapatkan peguambela untuk dirinya..ish,kawan2 ingat tak mase dulu2 kahar kena tangkap??seingat saya, dia tak mahu peguam bela dengan alasan dia adalah rasul dan hanya dia yang mampu membela dirinya sendiri,habis tu sekarang?bagaimana kahar wei?kenapa mahu cari peguam??kalau kamu kata kamu mampu sangat bela dirimu..nampak sangatlah akan kebohongan kerasulan kamu wahai si kahar!
oleh itu sahabat2..semuanya sudah jelas lagi nyata akan 'kelebongan' atau kepalsuan kerasulan si kahar ini...sape2 yang sudah jadi ummat si kahar cepat2lah sedar dan kembalilah ke jalan yang lurus dan jalan yang diredhai Allah...
9/15/2009
Lihat sejadah berdiri 8 jam..MasyaAllah..
luqmanhakim.abrahim
@kosmo.com.my
P
ASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.
Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.
| |
| GAMBAR sejadah berdiri yang sempat dirakamkan oleh Mohd. Faizal di rumahnya di Repek, Pasir Mas semalam. |
Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.
Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.
Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.
MasyaAllah...Subhanallah...Allahuakbar...sesungguhnya hal ini bukanlah suatu yang mustahil berlaku dan bukannya susah untuk Sang Pencipta untuk mengadakannya...cukup dengan perkataan 'kun' maka jadilah sesuatu itu...
Allah Subhanahu Wa Ta'ala ingin membuktikan kepada kita semua bertapa Agung dan maha hebat kuasaNYA..jadi,apakah kita mengambilnya sebagai pengajaran???amat rugilah jika kita hanya memandang perkara itu dengan remeh temeh...semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala....insyaAllah..
9/07/2009
Gambar ayah lepas Excident...huhu
nilah keadaan ayah saya bila terlibat dalam kemalangan baru ni...gambar ini dihantar oleh abg mie..terima kasih abg...
tiada kata yang keluar dari mulut ini...hanya tatapan dengan sayu dan sedih...sahabat2 tgokla sendiri...tidak banyak gambar yang dihantar kepada saya..cukuplah sekadar dapat melihat keadaan ayah macam mana...


























