LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

11/08/2010

Aktiviti ketika hujan...:)

     Musim hujan dan banjir sudah rancak di Malaysia kite ni, 'operasi pembersihan' oleh yang Maha Esa membawa rahmat dan kebaikan kepada semua ummat manusia, namun berapa ramaikah antara kita yang sentiasa mensyukuri nikmat2nya?moga2 Allah menggolongkan kita antara mereka yang bersyukur..amin.



     Bila hujan turun, ikan2 di sungai dan parit2 mulalah galak bermain-main. Si anak-anak muda di kampung2 jugak tidak kurang galaknya untuk memukat dan memancing ikan, aktiviti ini hanya bagi mereka yang berminat sahaja,jika tidak,pukat/pancing ikan di pasar je..hehe..

     Hari2 minggu dihabiskan alfaqir dan adik2 bradik yang lain untuk mencari rezeki di sungai2 sambil menghabiskan masa lapang bersama-sama. Di samping menjimatkan wang, menangkap ikan sungai jugak sangat best sebabnya kita makan hasil titik peluh kita sendiri dan ikan-ikan di sungai kat kampung2 ni masih lagi tidak dicemari oleh sisa2 toksid yang merbahaya..ikan-ikan sungai pun tidak kurang lazatnye..(^_^)


8/29/2010

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Di Qoryahku

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT".....

18 ramadhan 1431H bersamaan 28 ogos 2010M
Kampung Merbau Pulas,Jalan Dato' Amar.
Ajil,Hulu Terengganu...

Para muslimat turut sama dalam gotong royong menyediakan juadah berbuka





antara ahli qoryah yang kepenatan selepas 'bergurau senda' dengan seekor lembu..habis lembu itu disiang2kan..huhu


kepenatan hilang dengan gurauan dan hilai tawa orang kampung..seronok.....


sebahagian sudah selesai..hanya sebahagian dan sisa2 yang berbaki di habiskan oleh veteren kampung kami...





adikku sayu melihat lembu yang sedang disiang2 utk dijadikan juadah berbuka...huhuhu..


kerat jangan tak kerat pok cik...hehe




p/s : maaf kerana gambar berbuka tidak dapat disiarkan...xsempat nak amik gambar..sibuk layan tamu..huhu
     : berbuka pada petang itu dengan nasik berlauk daging singgang dan daging goreng beserta sedikit tambahan sampingan...

semoga kerjasama dan permuafakatan yang dibuat mendapat limpahan rahmat Allah dan keampunan Allah S.W.T...amen...

post signature

1/18/2010

Lihatlah Lelaki Tua Ini...Subhanallah...

A 97 YEAR'S OLD MAN WRITES THE FULL BOOK OF HOLY QURAN ON 8 NUMBER'S OF EGGS..!






MasyaAllah...Subhanallah..Allahuakbar!!!



 

 

 

 

 

 

 

 

Akhirnya siaplah senaskhah Al-Quranul Karim di atas 8 biji telur..Subhanallah..Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan sedikit sahaja dari kelebihan2 yang ada padaNYA....


post signature


1/14/2010

Terima Kasih Sahabat2 dan Para Pimpinan

Bismillah Walhamdulillah..

Genaplah seminggu kelahiran cahaya mata alfaqir yang sulung...terasa baru lagi peristiwa di hospital yang banyak memberi pengalaman buat alfaqir dan zaujah...alangkah cepatnya masa berlalu,hari ini sudah 14 januari 2010,berbaki sehari lagi buat alfaqir untuk menumpukan perhatian untuk imtihan fasa pertama sesi ini..jika nak dihitung usaha untuk imtihan kali ini amatlah sedikit,Allah..bagaimanalah ingin menjawab soalan2 doktor nanti...em...terserahlah pada yang Maha Esa..sesungguhnya kali ini alfaqir membuat tawakkal tanpa usaha yang setimpal,moga2 sudilah kiranya Allah membantu alfaqir kali ini..insyaAllah.


seperti yang dijanjikan,apabila genap tujuh hari,alfaqir ingin mengumumkan tentang nama puteri sulung alfaqir...sebenarnya nama ini sudah dibincangkan sebelum lahirnya puteri kami itu,setelah membuat scan ultrasound dan diberitahu ianya perempuan,terus kami mencari2 nama yang sesuai bagi puteri kami...Akhirnya..kami suami isteri bersepakat untuk meletakkan nama puteri kami itu dengan nama......


[ AISYA NURUL AIN BINTI MOHD SYAMSHUL BIN SIDIK BIN MUHAMMAD ]
Selama seminggu ini,kerap kali alfaqir dan zaujah ditanya2 mengenai nama baby oleh sahabat2 di mesir ini atau dari Malaysia...oleh itu,kali ini,alfaqir mengisytiharkan nama baby perempuan kami telah diberi nama seperti tertera di atas..insyaAllah.


Bermula kelahiran Aisya,ramai sahabat sahabiah yang datang membantu dan menziarahi,achik2 KPT yang datang membantu zaujah alfaqir dalam menjaga Aisya dan zaujah serta membantu alfaqir dalam penyediaan makanan bagi zaujah alfaqir,almaklumlah,alfaqir masih keletihan setelah dua malam tidak cukup tidur,alhamdulillah,pihak persatuan Keluarga Penuntut Terengganu[KPT] melalui Unit Kebajikan telah menyusun jadual bagi akhawat untuk bergilir2 datang ke rumah alfaqir...memang alfaqir amat menghargai dan bersyukur kerana adanya persatuan yang bersungguh2 menjaga kebajikan pelajar...

Selain sahabat2 dan sahabiah2 terengganu,ada juga dikalangan sahabat2 alfaqir yang turut hadir bagi berkongsi kegembiraan dengan alfaqir...terima kasih sahabat2 terutamanya ahli usrah PMRAM alfaqir,(Nat kedah,Ucop selangor,Hasan selangor,Amin perak,Ijan N9/KL,maaf jika ada tertinggl) ...juga buat rakan2 study group yang dari perbagai negeri...kehadiran antum memberi semangat pada alfaqir.tidak lupa juga buat sahabat seangkatan alfaqir dari Terengganu,ammu pi(lutfi),ammu wan(marwan),ammu Din(aizuddin),ammu Mang(othman),Ammu Zubir...alfaqir menunggu giliran kamu pula untuk menimang baby...tapi knelah cari jodoh cepat2...hehe..

Keperihatinan dan kegembiraan pimpinan mendapat seorang mujahidah menyeru mereka turut serta menziarahi Aisya...rumah alfaqir telah dikunjungi oleh sebilangan besar pimpinan pelajar di peringkat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) dan juga KPT. Walaupun ada dikalangan pimpinan yang akan menhadapi imtihan keesokan harinya,namun masih sempat meluangkan masa bagi menziarahi kami,rasa terharu dan bangga mendapat para pimpinan seperti mereka.terima kasih banyak2 alfaqir ucapkan buat antum semua.moga Allah memberkati usaha kalian dan memberi kejayaan buat kalian di dunia dan akhirat.insyaAllah..

  • Sedikit gambar sekitar kunjungan Pimpinan Badan Pengurus PMRAM:


 semuanya punyai sifat kebapaan yang baik..:P

 
 besar nanti berjuang untuk Islam ye...,isyaAllah..:D

 
 sifat kebapaan yang ditunjukkan tuan Presiden PMRAM


  • Ini pula sekitar kunjungan pimpinan KPT :

 

 

 

 


sekian sahaja post alfaqir buat ketika ini..insyaAllah menyusul lagi selepas ini,insyaAllah..

salam imtihan dan salam perjuangan buat semua sahabat2 dan sahabiah2...moga kejayaan milik kita bersama..Allahuakbar!!!

post signature


1/06/2010

Gambar kak za kawen ni..baru upload..huhu

Gambar sekitar perkahwinan kakak kesayanganku...siti zaleha binti sidik bersama abang abu bakar...




Untuk melihat gambar dengan lebih banyak..anda boleh melayari kembara-galery dengan menekan (sini)...ok..layanzzz...huhu

post signature

10/10/2009

Sekitar MAT dan Mesyuarat Timbal Terima

S
alam perjuangan buat semua blogger dan sahabat2 sekalian,alhamdulillah...Mesyuarat Agung Tahunan KPT [Keluarga Penuntut-penutut Terengganu] sudahpun selesai pada hari rabu 7 oktober 2009 baru-baru ini...alhamdulillah segala pujian dan syukur diungkapkan pada Ilahi kerana dengan izin dan petunjukNYA maka perjalanan MAT pada hari tersebut berjalan dengan lancar...kehadiran ahli-ahli juga turut menggamatkan dan menjayakan program tahunan tersebut.dan buat julung2 kalinya saya berada di hadapan para ahli KPT setelah selama dua tahun saya menjadi pimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir,...terasa juga akan kegusaran dan gabra dalam diri ini...selama seharian kami bermusyawarah,pelbagai persoalan ditimbulkan oleh ahli KPT menunjukkan bahawa kecaknaan para ahli terhadap persatuan yang menaungi mereka.


gambar banner Mesyuarat Agung Tahunan[MAT] kali-45,ust Idham buat ni..chomel op?? :D



Jom layan gambar-gambar sekitar MAT dan Mesyuarat Timbal Terima[penyerahan fail]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KPT 7 OKTOBER 2009



sedang dibedah siasat oleh para ahli..huhu...tenang2...:P



fokus kepada persoalan dan perbincangan yang ahli utarakan...mesti YDP berpeluh2 tu..haha



sy,ust idham,ust duan[sedang menumpukan 500% fikiran]-perasan x sorang ganjil??hehe..:P


uish..sempat lagi posing tuh...ust soleh menung jauh napok...huhu



inilah barisan AJKT sesi 2008/2009



khusyuknye ust idham menulis...ye ke tu??ngee~


MESYUARAT TIMBAL TERIMA 9 OKTOBER 2009



sedang memberi taklimat tugasan biro perumahan kepada ust kamal...ust kamal,chayok2 sesi depan ye...:)



penyerahan fail kepada ust kamal....jalankan tugas dengan baik ye dik kamal..(^_^)



antara barisan exco(AJKT) sesi 2009/2010



peralihan tugas biro informasi kepada exco baru...



mantan biro kebudayaan dan kesenian dan sukan[BKKS],ust duan abdul memberi taklimat tugasan BKKS



cubaan menjadi jurugambar profesional..haha..:P (ust manan termenung memikirkan masalah ummat)



penyerahan fail BKKS kepada ust soleh(ust soleh menerima dengan syahdunya..huhu)



ust hadi,mantan Timb.Yang Dipertua melihat telatah adik2 exco baru..hehe..



penerangan jabatan bendahari oleh ust soleh yang begitu semangat kepada bendahari yang baru...

p/s : gambar MAT(sedut dari khairulidham.blogspot.com)-jgn mrh ye ust idham..huhu

post signature



Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget