LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

11/08/2010

Aktiviti ketika hujan...:)

     Musim hujan dan banjir sudah rancak di Malaysia kite ni, 'operasi pembersihan' oleh yang Maha Esa membawa rahmat dan kebaikan kepada semua ummat manusia, namun berapa ramaikah antara kita yang sentiasa mensyukuri nikmat2nya?moga2 Allah menggolongkan kita antara mereka yang bersyukur..amin.



     Bila hujan turun, ikan2 di sungai dan parit2 mulalah galak bermain-main. Si anak-anak muda di kampung2 jugak tidak kurang galaknya untuk memukat dan memancing ikan, aktiviti ini hanya bagi mereka yang berminat sahaja,jika tidak,pukat/pancing ikan di pasar je..hehe..

     Hari2 minggu dihabiskan alfaqir dan adik2 bradik yang lain untuk mencari rezeki di sungai2 sambil menghabiskan masa lapang bersama-sama. Di samping menjimatkan wang, menangkap ikan sungai jugak sangat best sebabnya kita makan hasil titik peluh kita sendiri dan ikan-ikan di sungai kat kampung2 ni masih lagi tidak dicemari oleh sisa2 toksid yang merbahaya..ikan-ikan sungai pun tidak kurang lazatnye..(^_^)


2/04/2010

Indahnya kenangan...tapi apa jadi sekarang??

basmalah


Memori silam pastinya menarik dan lucu jika diingatkan balik..lagi-lagi apabila kenangan yang kita alami tidak lagi wujud pada masa sekarang ini dek kerana kemajuan yang semakin mendada di persada bangsa...setelah menjadi rakan facebook bagi group (sek2 t'ganu kite), alfaqir seringkali mendapat mesej mutiara2 kata dan juga cerita2 teladan yang boleh menjadi pengiktibaran buat alfaqir...alhamdulillah..tahniah dan syabas buat group itu dan semoga thabat dalam meneruskan dakwah2 Islam.insyaAllah.

Baru-baru ini,alfaqir menerima lagi mesej daripada group tersebut yang berkisar tentang memori bagi mereka yang lahir tahun 80-an...jika diingat kembali,tahun 80-an merupakan tahun kemunculan alfaqir di bumi Allah ini...kebanyakan memori dari ingatan alfaqir berkenaan zaman lampau agak samar dan kabur dari benak fikiran alfaqir,mujurlah ada yang mengingatkan kembali...terima kasih ye.

Inilah antara mesej yang diterima alfaqir buat tatapan sahabat2..:

Kepada budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat mase sekolah rendah dulu:
• Kat skola ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak. -aku tak beli buku, susu kotak tu ade la.. macam sedap je susu tu
• Kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gamba je. Bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku. -ahahaha
• RMT kat sekolah makan tak best, tp yg berduit pon join RMT, x phm…. -itu la pasal, tepape entah!


• Pakai pensel box yg bole bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah die. -aku nye warna merah, canggih beb masa tu. tapi aku tertingal kat sekolah lepas tu dah hilang dah, orang kebas.
• Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. padahal itu fungsi sebenar, untuk padam! -aku selalu kalah main.. ces!
• Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. -ni aku takda, tapi pernah nampak member punya.
• Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ. -hehehe. adalah sesekali dia pengang !
• Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. -biasalah budak jahat mesti kena rotan. aku baik masa tu
• Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Aku suka melukis masatu.. jadi wakil sekolah beb, lawan peringkat negeri sponsored by nestle. hehehe
• Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. -Ni lagi kelakar, kumpul duit raya ngn duit sunat, beli game microgenius Rm400.. tape die mahal 69ringgit.. masatu duit 3kali ganda dari skang beb.. habis duit kumpul aku.. super contra, super mario, street fighter, memang game paberet ulang sampai 80 kali agknyer!!
• Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca. -Ahahhaa.. mak aku ade belikan jam ni.. memang top la jam ni masa tu
• Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak… -Ada budak nangis sebelum kene inject, tp lepastu gelak terbahak-bahak.. nasib baik aku tahan nangis, takde lah malu.
• Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon. -Aku selalu beli gak, dalam die ade biskut coklat.. ahaha
• Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tv boleh tembak alien tu… -memang kelakar, sekali bila pakai tengah ujan lampu dah takde sedih betol)
• Siri kartun: power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. -Sudah tentulah.. kartun pujaan zamantu.. kakak pulak sebuk layan cite cina ape name hero die Leon Lai Meng.
Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kite yg permanent. huhuhu
Walaupun tidak semua yang tersebut di atas adalah memori alfaqir..namun alfaqir tersenyum sendiri ketika membaca memori2 itu..sungguh indah dan menarik...lucu pun ade..sekarang??semua itu sudah tiada lagi disekeliling anak2 muda dan kanak2...semua permainan sudah canggih2 dan terkehadapan..

Tapi itulah hakikatnya.walaupun segalanya semakin canggih...kehidupan semakin selesa,apakah kita dapat lihat akhlak anak2 muda seperti dulu???buka mata lihatlah sekeliling anda sekarang..keadaan amat merisaukan kita.

Kebelakangan ini, alfaqir sering terbaca dalam blog seorang guru,pendakwah2...mereka membicarakan tentang masalah sosial dikalangan muda-mudi zaman sekarang...sungguh teruk dan memalukan agama,bangsa dan negara...alfaqir amat risau jika anak alfaqir juga terkesan dengan perkara yang tidak elok ini,(na3uzubillahi min zaalik)

Peranan siapakah semua ini?em..sudah tentu orang akan saling menuding jari..sedar atau tidak, itu semua adalah tanggungjawab kita bersama...dari institusi kekeluargaan(ibubapa),sekolah,kerajaan dan pihak2 lain.Bangkitlah dan sedarlah wahai manusia dari mimpi ngeri..kita kembalikan kegemilangan Islam yang telah lama diimpikan..insyaAllah,jika tertegaknya kalimah Allah,taqwa akan terus menjadi panduan hidup dan menjadi guideline kepada kita khususnya anak2 muda yang kian alpa dimakan kemajuan..

post signature

1/09/2010

7 jan 2010...Puteriku lahir ke dunia fana...Alhamdulillah

Bismlillah Walhamdulillah,

segala puji hanya bagi Tuhan yang menjadikan sekalian Alam,yang menghidupkan dan mematikan,yang memberi nikmat dan menarik nikmat...selawat dan salam ke atas junjungan besar Saidina Muhammad Sallallahu A'laihi Wasallam..


Alhamdulillah,tanggal 7 januari 2010 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi alfaqir dan zaujah apabila permata yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya memperdengarkan tangisannya dikala jemaah subuh di masjid usai menyembah Allah yang Esa...








Kesyukuran dan kegembiraan yang diperolehi ditunjukkan dengan sembah dan sujud syukur alfaqir pada Yang Maha Esa.buat mase skrg,alfaqir tidak sempat rasenye untuk menceritakan detik2 ketika sebelum,semasa dan selepas kelahiran.disini alfaqir hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak gambar baby yang baru kenal alam yang fana ini...cukuplah alfaqir copy cerita dari web KPT yang sudahpun terlebih dahulu men'interview' alfaqir...terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak..semoga Allah membalas jasa kalian dengan rezeki dan rahmat yang melimpah ruah..amin ya robbal 'alamin.....

Untuk melihat gambar baby lagi,sila klik sini(ke kembara's gallery) 

*************************************************

Kaherah, 7 Januari 2009 – Hospital Taufiqiyah bergema dengan suara tangis seorang puteri yang baru melihat dan menghirup nafas dunia. Maka segala puja dan puji hanya layak untuk Allah s.w.t, yang telah mengurniakan nikmat kepada hambanya. Syukur juga kepada Allah kerana bekas Ahli Jawatankuasa Tadbir Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (AJKT KPT) sesi 2008/09, Ust Mohd Syamshul bin Sidek serta pasangannnya Ustzh Wan Noor Mursyidah atas nikmat yang Allah limpahkan dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga pasangan ini.

Ust Syamshul ketika dihubungi oleh KPT melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan merasa gembira kerana isteri beliau selamat melahirkan seorang puteri yang bakal menjadi mujahidah menegakkan syiar Islam. Puteri seberat 2.9 kilogram yang masih belum diberi nama itu selamat dilahirkan pada pagi khamis, bersamaan 21 Muharram 1431Hijrah, awal daripada tarikh yang dijangkakan, iaitu pada 21 Januari ini.

 



Beliau sempat menceritakan bagaimana perasaan cemas saat menanti kehadiran cahaya mata buat kali pertama. Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. Katanya lagi, doa, selawat dan tawakkal tidak putus-putus diungkapkan ketika menanti diluar bilik bedah. Ustazah kemudiannya dimasukkan ke dewan bedah tepat jam 5.40 pagi selepas sahaja azan subuh dilaungkan. Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya terdengarlah suara seorang bayi selamat dilahirkan. Air mata kesyukuran tanpa disedari menitis perlahan, ujarnya lagi.

Beliau merakamkan penghargaan buat Ust Azizi dan zaujah, Ust Sabri Yamin dan zaujah yang banyak memberi semangat dan khidmat nasihat. Ust Ismail yang turut menemani beliau selepas pembedahan, dan juga semua yang terlibat. Semoga Allah berikan kejayaan dalam imtihan buat mereka semua. Jazakumullah khairan jazak ucapnya mengakhiri perbualan.





Seluruh AJKT, HEWI dan Ahli KPT memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana kedua-duanya (Ustzh dan bayi) selamat melahir dan dilahirkan. Tahniah juga kerana kini sudah bergelar Abi dan Ummi. Semoga dengan kehadiran ahli baru ini, Allah limpahkan rezeki dan kebahagiaan hingga ke akhir hayat dan mendoakan agar puteri kalian menjadi anak yang solehah.

Oleh: Unit Berita Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT)


post signature


1/06/2010

Sahabat..Kau Telah Pergi Dulu...

Bismillahirrahmanirrahim...segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menghidupkan dan mematikan..tiada kudrat dan upaya bagi insan yang lemah ini selain semuanya hak mutlak Allah Subhanahu Wa Ta'ala..baru-baru ini,seorang lagi sahabat yang dikenali oleh alfaqir telah terlebih dahulu pulang ke pangkuan Rabbul 'Izzati..tanggal 2 januari 2010 merupakan satu tarikh yang amat menggamit perasaan keluarga,sanak saudara,sahabat2 sekuliah,dan sahabat2 sengkatan dengan arwah...Ustaz Hidayatus Saufi Bin Khalid
Saudara Hidayatus Saufi atau lebih kukenali dan mesra dengan panggilan Ustaz Sufi telah meninggalkan dunia yang fana ini untuk berpindah ke alam lain. Diri alfaqir tidaklah begitu mengenali Ustaz Sufi ini,pun begitu,keramahan dan sifat mesra yang ada pada Allahyarham membuatkan siapa sahaja yang berdamping dengannya merasa begitu akrab dan tidak janggal walaupun baru mengenali beliau.








Persahabatan alfaqir dengan Arwah bermula apabila kami dipertemukan sewaktu menjalani kursus persedian ke Mesir(BTN) yang diadakan di KUIS,Selangor...itupun belum mengenali dengan lebih dekat dengan Arwah..Arwah merupakan antara yang aktif dalam kursus tersebut dan pernah menjadi pengerusi forum(lupe..forum @ debat) bermula dari situ,alfaqir mula mengagumi akan kepetahan arwah dalam berbicara...dengan lenggok gaya dan bahasa yang digunakan menjadikan sifat kepimpinan dan kematangan arwah terserlah.




 
Arwah yang banyak aktif dalam program di peringkat PMRAM




Ketika sampai ke Mesir...kami bersua kembali tatkala menyertai program2 anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM)..dalam program2 ukhwah PMRAM inilah alfaqir semakin mengenali diri Arwah dan menjalinkan persahabatan kerana Allah...bersama2 dalam perjuangan di bumi Mesir ini,suka dan duka pernah kami rasai bersama walaupun seketika...namun semuanya terasa begitu manis...


Alfaqir begitu terkejut apabila mengetahui bahawa arwah sedang tenat di ICU kerana kuman/keracunan makanan.Hanya selang setengah jam..alfaqir terbaca status YM seorang kawan mengenai kematian Arwah,hati bagai diragut dan disambar petir..hanya lafaz "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" yang mampu alfaqir ungkapkan dengan perasaan sebak dan sedih.







Selalunya insan yang baik,disayangi ramai akan segera dipanggil mengadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana tentunya Allah Subhanahu Wa Ta'ala lebih menyayangi insan tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar Rohnya dilimpahi Rahmat dan Kurnia dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan digolongkan dalam hamba2NYA yang beriman dan bertaqwa...amen ya robbal a'lamin.


Yang pergi tetap pergi,yang hidup kena teruskan perjalanan hidup...hari ini hari beliau,esok,lusa,tulat,dan hari2 seterusnya mungkin hari kita pula meninggalkan dunia yang fana ini..cukuplah ''tazkiratul maut" sebagai peringatan untuk diri kita yang sering lupa akan Sang Khaliq. Tiada apa2 yang ada pada diri kita hanyalah milikNYA...sama2lah kita bermuhasabah akan kebajikan dan kebaikan yang telah kita lakukan...adakah mampu kita melepasi titian "SIROT" andaikata kita dipanggil mengadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam keadaan mengejut??? tepuk dada..tanyalah diri dan iman masing2..


Wallahua'lam

p/s :
  1. sedih dengan pemergian Arwah
  2. Al-Fatihah buat Arwah
  3. alfaqir amat mengagumi arwah..
  4. persiapkan diri kita untuk menghadapi Maut yang tidak tahu waktunya..
  5. boleh layari berita mengenai arwah di link2 di bawah ini..

    post signature

    10/29/2009

    4 oktober 2008 detik terakhir kita bersama

    S
    ebak dan sedih bila mengenangkan pemergian insan tersayang..lebih2 lagi apabila sudah lama kerinduan yang disimpan ingin dilepaskan pada suatu hari nanti...namun,segala kerinduan yang dipendam dek kejauhan ini akhirnya terpaksa aku tenggelamkannya di aliran 'sungai nil'..ya Allah..maha hebat ujianMU kepada keluarga kami...namun kami redha ya Allah...moga ujianMU ini memberi satu kebaikan dalam hidup kami..

    Ya..mungkin akan ada yang mengatakan,"sabarlah, kami juga pernah melalui peristiwa yang sama,kami juga ada kehilangan adik beradik yang kemalangan"...memang benar ianya sama bagi kamu,tapi bagi kami tidak,
    ukhuwwah kekeluargaan antara kami begitu ampuh dan utuh jika nak dibandingkan dengan hubungan kekeluargaan orang lain pada masa kini yang lebih bersikap 'keakuan'.benar,bukan semua yang bersikap sedemikian,namun inilah kebanyakan yang berlaku pada zaman sekarang.



    Sudah lebih kurang seminggu ku biarkan blog ini bersawang...tiada semangat dan setiap kali membuka internet..perkara utama yang aku terjah ialah blog warasatusyahidah...blog ini didedikasikan khas buat dua orang anak saudara kami yang bernama khaulah solehah dan jugak 'afaf al-husna...dua insan kecil yang belum mengerti apa2 mengenai kehilangan...di blog inilah aku mendapat pelbagai cerita mengenai arwah sebelum ianya pergi bertemu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

    Jikalau dalam blog tersebut ada mengatakan bahawa abg mie pernah jumpa dengan arwah ketika hari raya aidilfitri yang lepas(1430H) namun,bagiku
    4 Oktober 2008 M bersamaan 4 Syawal 1429 H adalah hari terakhir sebelum kami berpisah buat selamanya pada tarikh 14 Oktober 2009...ya..setahun sudah kami tidak bersua...dan setahun jugak kami sempat berbual melalui talian telefon hanya dua kali...hari 4 Oktober adalah hari 'sambut menantu' di rumah kami di Kampung Merbau Pulas,Ajil...walaupun arwah tidak sempat untuk bersama2 hingga majlis selesai kerana esokkanya arwah akan mengajar..namun,kepulangannya untuk meraikan detik bahagia adiknya amat kuhargai...

    Arwah kak zie meninggalkan banyak kenangan buatku...antara kenangan yang paling tidak mampu kulupakan ialah perangai kak zie yang selalu menarik telingaku...dia kata telingaku lembik dan adalah tanda2 budak nakal...memang dalam keluarga,aku adalah adik yang agak nakal...selepas ini..tiada lagi insan yang akan buat kepadaku seperti kak zie...wahai kak zie...adikmu ini memang nakal...kenapa kak zie pergi sebelum adik sempat meminta ampun dan maaf dengan kak zie...kak zie..adik banyak buat silap ngan kak zie...maafkan adik ye kak...T_T

    Tapi...tidakku sangka...perpisahan kami buat selamanya adalah pada hari itu...Ya, 4 Okt...itulah hari terakhir kami bersalaman...itulah hari terakhir kumencium tangannya...itulah hari terakhir kumelihat senyumannya...itulah hari terakhir taujihat2 yang kuterima daripada arwah...itulah kali terakhir kumelambai2 kpdnya...semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat buat arwah kak zie...bersemayamlah dengan tenang ye kak zie...moga amalan yang dilakukan sepanjang hidupmu dapat membawa dirimu ke jannatul firdaus...insyaAllah ukhuwwah yang kita bina kita bertemu kembali di 'sana' nanti..amin...

    post signature



    10/10/2009

    Sekitar MAT dan Mesyuarat Timbal Terima

    S
    alam perjuangan buat semua blogger dan sahabat2 sekalian,alhamdulillah...Mesyuarat Agung Tahunan KPT [Keluarga Penuntut-penutut Terengganu] sudahpun selesai pada hari rabu 7 oktober 2009 baru-baru ini...alhamdulillah segala pujian dan syukur diungkapkan pada Ilahi kerana dengan izin dan petunjukNYA maka perjalanan MAT pada hari tersebut berjalan dengan lancar...kehadiran ahli-ahli juga turut menggamatkan dan menjayakan program tahunan tersebut.dan buat julung2 kalinya saya berada di hadapan para ahli KPT setelah selama dua tahun saya menjadi pimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir,...terasa juga akan kegusaran dan gabra dalam diri ini...selama seharian kami bermusyawarah,pelbagai persoalan ditimbulkan oleh ahli KPT menunjukkan bahawa kecaknaan para ahli terhadap persatuan yang menaungi mereka.


    gambar banner Mesyuarat Agung Tahunan[MAT] kali-45,ust Idham buat ni..chomel op?? :D



    Jom layan gambar-gambar sekitar MAT dan Mesyuarat Timbal Terima[penyerahan fail]

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KPT 7 OKTOBER 2009



    sedang dibedah siasat oleh para ahli..huhu...tenang2...:P



    fokus kepada persoalan dan perbincangan yang ahli utarakan...mesti YDP berpeluh2 tu..haha



    sy,ust idham,ust duan[sedang menumpukan 500% fikiran]-perasan x sorang ganjil??hehe..:P


    uish..sempat lagi posing tuh...ust soleh menung jauh napok...huhu



    inilah barisan AJKT sesi 2008/2009



    khusyuknye ust idham menulis...ye ke tu??ngee~


    MESYUARAT TIMBAL TERIMA 9 OKTOBER 2009



    sedang memberi taklimat tugasan biro perumahan kepada ust kamal...ust kamal,chayok2 sesi depan ye...:)



    penyerahan fail kepada ust kamal....jalankan tugas dengan baik ye dik kamal..(^_^)



    antara barisan exco(AJKT) sesi 2009/2010



    peralihan tugas biro informasi kepada exco baru...



    mantan biro kebudayaan dan kesenian dan sukan[BKKS],ust duan abdul memberi taklimat tugasan BKKS



    cubaan menjadi jurugambar profesional..haha..:P (ust manan termenung memikirkan masalah ummat)



    penyerahan fail BKKS kepada ust soleh(ust soleh menerima dengan syahdunya..huhu)



    ust hadi,mantan Timb.Yang Dipertua melihat telatah adik2 exco baru..hehe..



    penerangan jabatan bendahari oleh ust soleh yang begitu semangat kepada bendahari yang baru...

    p/s : gambar MAT(sedut dari khairulidham.blogspot.com)-jgn mrh ye ust idham..huhu

    post signature



    9/29/2009

    Adik2 Baru dibiarkan Tanpa Musyrif

    Sambungan lagi....

    A
    lhamdulillah,rupenye ramai yang mengikuti perkembangan situasi yang berlaku kepada adik2 baru.saya mintak maaflah kerana lambat menyambung cerita adik2 baru ni kerana disana adanya komitmen lain yang perlu saya utamakan.insyaAllah kali ini saya cuba menyambung kesinambungan yang berlaku kepada adik2 baru.

    Baiklah,hari pertama berakhir dengan sebahagian adik2 baru ditempatkan di rumah Serawak,di villa Terengganu(rumah tamu) dan juga seramai 8 orang adik2 baru ditempatkan di Walidain(rumah sewa yang agak jauh dari asrama Terengganu).



    Manakala,hari kedua bermulanya pengembaraan adik2 baru ke sekitar Qaherah. Dalam kepenatan oleh kerana baru sahaja sampai,adik2 sudahpun dibawa berjalan-jalan dan berpening lalat dengan hiruk pikuk kota Qaherah yang dihiasi dengan pelbagai gelagat arab dan juga suasana yang jauh berbeza dengan negara kita Malaysia. Keadaan cuaca yang semakin menjengah ke musim sejuk juga membimbangkan kesihatan adik2 baru.

    Perjalanan pada hari kedua tersebut yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berlarutan sehinggalah lebih kurang jam 10.00 malam barulah terlihat kelibat mereka pulang. Keadaan adik-adik cukup menyedihkan kerana masing-masing keletihan yang amat. Kebetulan sekumpulan adik2 yang menetap di Walidain ingin pulang ke rumah mereka, saya menahan seorang adik untuk bertanyakan khabar mereka,ternyata rungutan kepenatan dan tidak puas hati dengan pengurusan keluar dari mulutnya.

    Saya bertanyakan kepadanya adakah tidak ada di kalangan mereka yang merungut kepada PEGAWAI akan kepenatan mereka itu,dijawabnya bahawa sudah beberapa kali rungutan dan keluhan adik2 kepada PEGAWAI dan petugas2nya namun tidak dihiraukan akan rungutan mereka. Mereka tetap dengan kekerasan mereka untuk ‘melarikan adik2’ daripada abang2 lama. Dimanakah kebajikan para pelajar yang sepatutnya menjadi aspek/tujuan utama pegawai berada di Mesir ini??

    Oleh kerana ketinggalan dibelakang,saya menawarkan diri untuk menghantar adik itu pulang ke rumahnya,dibimbangi kegelapan malam membawa bermacam2 ancaman lagi2 khusus kepada adik2 baru. Ketika dalam perjalanan,kami sempat berkenalan dan berbual sedikit sebanyak mengenai keadaan adik2 baru. Dalam perbicaraan itu,saya sempat bertanya kenapa pegawai tidak menempatkan adik2 baru di asrama Terengganu?dan jawapan yang diberikan oleh adik itu menyentap hati dan jantung saya,apakah dia jawapannya?

    “pegawai cakap,abang2 lama tak mahu keluar dan tiada tempat untuk adik2 baru,jadi kene tunggu abang2 keluar/balik dulu baru kami boleh masuk ke asrama”

    Itulah jawapan yang adik itu berikan,ya Allah...begitu begitu kejam abang2 lama ini dimata adik2 baru?dan kenapa fitnah sedemikian yang PEGAWAI titlekan kepada abang2 lama? Sungguh sedih dan geram hati ini apabila mendengar jawapan adik tadi. Demi Allah yang maha mengetahui,kami sudahpun menyediakan tempat untuk didiami oleh adik2 baru ini.untuk pengetahuan saudara/i di luar sana,bukan semata-mata omong kosong saya lafazkan, perkara ini disaksikan abang-abang lama yang berada di Asrama Darul Iman. Sehari sebelum adik2 tiba,operasi membersih dan gotong-royong bagi menyiapkan penginapan adik2 baru sudah dilakukan. Dan segala macam persiapan sudah disiapkan. Tapi kenapa abang2 lama juga dipersalahkan? Tidakkah pegawai yang bertugas tahu akan kekosongan di rumah2 asrama Terengganu dan boleh diisikan dengan pelajar baru?kenapa masih menempatkan adik2 dirumah selain asrama Terengganu? Persoalan2 ini hanya pegawai yang boleh menjawabnya.

    Saya tiba di rumah sewa adik2 baru,sebahagian adik2 yang kepenatan terus membaringkan diri di atas katil. Dua tiga orang adik menemani saya dan berbual2 tentang kehidupan di Mesir ini,walaupun tidaklah begitu banyak pengalaman saya di sini,bolehlah sekadar menggambarkan kepada adik2 kehidupan di perantauan ini bukanlah semudah dan sesantai yang disangka. Kesihatan,keselamatan merupakan aspek utama perbualan kami pada waktu itu.

    Ketika sedang enak bersembang dan bersuai kenal dengan adik2,tiba-tiba seseorang mengetuk pintu. Kelihatan adik2 risau dan bimbang kalau2 yang datang itu mata-mata pegawai atau pembantu pegawai. Dengan tenang,saya menyuruh adik2 membuka pintu itu,bukannya salah pun saya berkenal2an dengan adik baru,tiada alasan untuk saya dimarahi...sejurus kemudian,terdengar kalam ammiyyah(bahasa arab mesir) diluar sana. Rupa-rupanya seorang warga arab sedang bercakap dengan seorang adik baru. Adik yang belum mampu memahami kalam arab tersebut tergagap2 untuk menjawab soalan arab tersebut dan hanya mampu menjawab “ana la ‘arif”(saya tidak tahu)

    Kemudian datanglah abang lama ni yang kebetulan ada di rumah itu(sayala tu..huhu) dan memulakan percakapan dengan arab itu. Dikenali dengan nama Khalid,beliau merupakan tuan bangunan yang didiami oleh adik2 tersebut. Tujuannya datang adalah untuk meminta duit siyanah yang tertunggak semenjak bulan november 2008(sekarang sept 2009) lebih kurang setahun tidak dibayar,jika dihitung agak banyak bayarannya. Tapi saya tidak mengizinkan adik2 membayarnya dan cuba merujuk kepada saudara pembantu pegawai yang rupa2nya juga tidak tahu apa2 mengenai pengurusan rumah tersebut.

    Akhirnya saya memberikan nombor telefon pembantu pegawai itu dan biarkanlah mereka yang uruskan,saya sudah bantu apa yang patut, oleh kerana mempunyai urusan di asrama,saya terpaksa meninggalkan adik2 untuk membiarkan mereka berehat dek seharian berjalan-jalan. Sebelum keluar,saya sempat memesan agar tidak memberikan apa2 duit atau membuka pintu sekiranya ada warga arab yang datang. Saya sangat terkilan dengan PENGURUSAN pegawai yang hanya membiarkan adik2 baru yang belum boleh berbicara dengan warga arab tanpa seorang mas’ul@musyrif. Apakah akan berlaku sekiranya saya tiada pada waktu itu? Kemungkinan adik2 itu terpaksa membayar duit yang begitu banyak kepada arab tersebut. Mungkin inilah Allah ingin membuka kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kepada adik-adik.

    Bersambung...


    post signature



    9/26/2009

    kami pelajar senior Terengganu tiada hak bermesra dengan adik2 baru

    B
    ismillah walhamdulillah

    ....sambungan...

    6.20 malam – oleh kerana adik-adik baru kelihatan kepenatan setelah perjalanan jauh dari Malaysia,selepas mereka siap daripada minum ringan,kami abang2 lama dan juga USMB yang turut ke airport menjemput adik-adik untuk ke musolla yang berada di tingkat 2 bagi menunaikan solat maghrib berjamaah bersama-sama. Adik2 menuruti jemputan kami tersebut,mungkin kerana sudah penat dapat juga mereka merehatkan dan menyegarkan badan bila sudah berwuduk nanti,tapi setelah mereka naik melepasi satu tingkat,kelihatan mereka kembali turun menuju ke bawah dan difahamkan bahawa pegawai mahu berbicara dengan adik2 baru tersebut di dalam galeri yang berada di halaman depan asrama Terengganu.



    Kami hanya khuatir yang pelajar-pelajar ini tidak sempat untuk menunaikan solat maghrib memandangkan waktu maghrib lebih kurang jam 7.10 malam. Kami menyuarakan pandangan kami kepada pembantu pegawai dan akhirnya kami tidak boleh berbuat apa2 dengan alasan itu hanyalah arahan pegawai.

    Dari pandangan kami,pada waktu itu terlebih afdhal untuk adik2 solat dahulu memandangkan waktu yang semakin semput...lagi pulak,kalau nak berbicara dengan adik2 atau memberi nasihat,apalah salahnya TUAN PEGAWAI turut sama naik ke musolla dan bolehla beri taklimat dan sebagainya nasihat kepada adik2 baru itu,namun segalanya dilihat semakin kusut dan berterabur.adik2 juga semakin pening dengan situasi yang berlaku.

    Dan dalam kekalutan yang berlaku itu,terdengar satu saranan daripada seorang yang dikenali sebagai Iman Besar yang turut sama datang bersama rombongan adik2 baru dari Malaysia itu agar menjamakkan solat maghrib dan isyak....satu lagi kekeliruan yang dibuat kepada adik2...sebetulnya mengikut pendapat ahlul sunnah wal jamaah, apabila kita sudah sampai dan menetap ke tempat yang dituju,solat jamak tidak boleh lagi didirikan..entah pendapat manalah yang dibawa imam tersebut

    Selepas solat isyak - semua senior2 Terengganu berkumpul di halaman asrama dan masing2 bengang dengan situasi yang berlaku...masing2 mempersoalkan beberapa soalan ini :

    1) Mengapakah tugas menyambut adik2 baru pegawai tidak serahkannya kepada senior2 dan kepada orang2 yang tidak dikenali?

    2) Kenapa turut melibatkan seorang ahli UMNO dari negeri Pahang yang tiada hubungkait langsung dengan adik2 baru?

    3) Kenapa adik2 tidak ditempatkan di asrama Terengganu sedangkan disana terdapat banyak bilik yang kosong dan kurang penghuninya.

    4) Kenapa kami di ‘warning’ agar tidak mengganggu adik2 baru yang alasannya mereka daripada tajaan yayasan?

    5) Bukankah kami pelajar senior Terengganu ASLI dan bukan CELUP(hanya mengibar bendera Terengganu di Airport) juga kami ada hak untuk bermesra dengan adik2 baru?

    6) Dan pelbagai persoalan lagi yang boleh kawan2 tambahkan selepas ini..


    Malam itu kami hanya sempat berjumpa dengan adik ketika menyambutnya di halaman asrama kemudian selepas itu,adik2 ditempatkan dan DIKUNCI ditempat2 yang BERASINGAN kononnya tidak mahu pelajar lama menghasut adik2..entah apalah yang kami hendak hasut kepada adik2 ini,begitulah situasi yang berlaku pada hari pertama ketibaan adik2 pengajian Islam dan Perubatan tajaan yayasan Terengganu. Kami dinafikan hak sebulat2nya untuk menjaga kebajikan dan memberi layanan bagi keselesaan adik2 baru.

    Dan kejadian di malam itu juga,dua orang adik yang kehausan keluar untuk membeli air di sebuah kedai arab,oleh kerana tiada musyrif mereka telah ditipu oleh arab dan telah membeli air tersebut dengan harga LE20.00 yang biasanya harga air tersebut tidak lebih dari LE5.00. Perasaan kesian dan geram kepada pihak pengurusan makin membarah di hati senior2...kebajikan adik2 baru terabai dan juga keselamatan mereka merisaukan kami.

    bersambung....

    post signature



    Pegawai + Pelajar senior + Adik2 Baru

    B
    ismillah walhamdulillah..

    Jika diikutkan hati ini,memang tidak mahu menulis dan mengulas tentang situasi yang berlaku di bumi Mesir ini.bukannya mahu berdiam diri,namun keterbatasan dalam pimpinan anak-anak Terengganu sedikit sebanyak membuat diri ini berfikir banyak kali untuk menulis isu ini.Oleh kerana saya mendapat permintaan dari sahabat-sahabat yang sedang bercuti dan berada di Malaysia,mereka ingin mengetahui keadaan disini.Saya akan cuba menceritakan sedikit sebanyak kejadian yang sedang berlaku sekarang.




    24 september 2009

    KEDATANGAN ADIK-ADIK BARU TAJAAN YAYASAN KE MESIR

    Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu atau lebih dikenali dengan KPT amat gembira untuk menyambut kedatangan adik2 ini yang. Sememangnya setiap tahun KPT akan menerima kedatangan adik2 baru dari Malaysia..tidak kiralah dari jurusan Pengajian Islam ataupun Perubatan,semuanya dari Terengganu.Seperti tahun-tahun sebelumnya, jawatankuasa Unit Sambutan Mahasiswa/i Baru (USMB) dirangka sebagai persediaan KPT untuk menyambut kedatangan adik2 baru.
    Segala persiapan dibuat oleh USMB termasuklah tempat penginapan untuk adik2 baru, persediaan jamuan dan sebagainya,semuanya dirangka dan disusun untuk menjaga kebajikan dan keselesaan adik2 baru bila tibanya di bumi Mesir ini...ketika persediaan penginapan ini,berlaku sedikit kerumitan apabila pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu memberi arahan untuk mengosongkan paras satu bagi diletakkan adik2 baru..dalam masa dua hari sebelum adik2 sampai ,pelajar-pelajar paras satu terpaksa mengosongkan rumah mereka namun,arahan itu tidak dilaksanakan oleh kerana semua yang berada di paras satu adalah mereka yang bergelar manusia dan tidak mudah untuk pindah dalam masa yang singkat.perkara ini menimbulkan kemarahan pegawai khususnya.

    Manakala di pihak Ajk USMB sudah mencari jalan keluar dengan menyusun atur kedudukan pelajar2 baru di rumah2 yang kurang berpenghuni dan bersama-sama dengan abang2 senior.perkara ini bukanlah perkara baru,dan ianya sudah wujud lama dahulu.bukanya untuk membuli adik2 baru,tapi sebagai keselesaan,apabila bersama abang2,sudah semestinya akan ada nasihat atau tunjuk ajar pada adik2 akan cara hidup di bumi Mesir ini yang suasana dan caranya amat berbeza dari Malaysia.


    MENYAMBUT ADIK2 DI AIRPORT

    Jam 2.00 petang...kami dari barisan kepimpinan KPT dan juga Ahli jawatankuasa pelaksana USMB bersiap sedia untuk bertolak ke airport bagi menyambut kedatangan adik2 baru tersebut.Perasaan gembira dalam diri abang2 ini memang dapat dilihat dari raut wajah mereka,dan mungkin kenangan bersama adik2 dibangku sekolah membuatkan lagi hati abang2 membuak2 untuk bertemu adik2..namun,perasaan kami mula menurun dan keliru apabila seorang sahabat mengatakan bahawa pegawai tidak membenarkan kami ke Airport untuk menyambut adik2 baru..terdapat sedikit unsur ugutan ketika pegawai berkata kepada sahabat itu..

    2.30 petang - Arahan tadi tidak menghalang kami untuk terus pergi bagi menyambut kedatangan adik2 baru...kami bertolak dengan menaiki dua buah van.

    4.00 petang - setelah menghadapi berbagai kesesakan dan kesesatan,kami tiba di airport. Alhamdulillah,walaupun kami terlambat,adik2 masih belum keluar dari balai ketibaan...kelihatan disana beberapa pelajar yang tidak dikenali oleh kami(pelajar Terengganu) memegang bendera negeri kami,Terengganu Darul Iman..apabila diselidiki,mereka itulah pelajar-pelajar yang akan membantu pegawai bagi menyambut adik2 baru..kebanyakan dari mereka bukanlah dari negeri Terengganu.kami cukup terkilan kerana adik2 baru bakal disambut oleh mereka yang langsung tidak mencerminkan syakhsiah pelajar Azhari..bagaimanakah persepsi adik2 nanti memandangkan sememangnya persepsi masyarakat melayu sekarang memandang enteng akan pelajar2 Azhari..barulah kami faham kenapa kami tidak dibenarkan untuk turut sama ke airport.

    5.15 petang - alhamdulillah,adik2 mula keluar dari balai ketibaan...kami juga turut menyambut dengan perasaan yang gembira..setelah bertegur sapa,adik2 dibawa menaiki bas untuk ke Asrama Darul Iman,Haiyyu Asyir.

    6.00 malam - ketibaan adik2 baru disambut oleh abang2 lama yang sudah siap sedia menanti di halaman Asrama Darul Iman..flash dan video terpancar kesana kesini walaupun pemegang kamera dan video cam entah dari mana asalnya,perkara ini juga menimbulkan persoalan di kalangan abang2 senior..tidak dihiraukan kamera dan video...adik2 baru kami jamukan dengan air dan sedikit kuih...alhamdulillah semuanya dapat melegakan kehausan di tekak masing2.

    6.20 malam - tggu sambungannya nanti....penat menaip..huhu



    post signature



    9/06/2009

    alhamdulillah...dah keluar wad

    A
    lhamdulillah..segala puji dan syukur bagi Allah yang memberi nikmat kesihatan dan pelbagai macam nikmat buat semua hambanya...sekadar perkongsian buat sahabat2 yang membaca entri saya yang lepas(ayah xcident)...alhamdulillah,sekarang ayah saya sudahpun keluar dari wad selepas ditahan sehari semalam di Hospital Hulu Terengganu.

    Berkat doa rakan-rakan,dan juga doa dibulan yang barakah ini,ayah saya sudah semakin sembuh,hanya muka dan beberapa bahagian badan yang masih bengkak...saya hanya fikirkan ianya hanya luka kecil,insyaAllah...(nk sedapkn hati..huhu)

    terima kasih kawan2 yang doakan ayah saya dan semoga Allah memberkati kamu semua...juga semoga Allah memberikan kesihatan yang sempurna agar ibadah puasa dapat dilalui dengan sempurna..ameen..

    post signature



    Ayah Xcident...

    S
    ekeping mesej ym daripada abg mie di Johor menyentap jiwa dan fikiranku...YA ALLAH...mesej yang hanya dua patah kata menimbulkan pelbagai persoalan di kepala otakku..huhu,yelah mesej berbunyi "Ayoh eksiden"...saya percaya sesiapa sahaja akan turut merasai perasaan yang sama macam saya rasa.

    Dengan segera saya telefon ke Malaysia untuk bertanya khabar ayah...mula2 telefon rumah,tapi hanya anak sedara yang ada..yang lain katanya di hospital...terus saya telefon henset mak(huhu..canggih mak saya skrg)...kedengaran suara mak yang serak2 basah(samada suara lps menangis@xcukup tido)...pada mulanya mak agak terkejut dengan panggilanku..memang mak tidak mahu anaknya risau..lagi2 orang jauh macam saya ni...



    Saya terus bertanyakan mengenai ayah..khabarnya ayah kemalangan selepas balik dari berbuka puasa di Masjid Tok Randuk,Ajil semalam(5.9.09)..ayah menaiki motosikal manakala 'lawannya' sebuah van...mak seperti tidak mahu melebarkan percakapannya walaupun saya menghujani emak dengan seribu pertanyaan...mungkin perasaan sedih dan tidak mahu menambahkan risau saya agaknya...'ketidakjelasan' suara turut menghalang kami bercakap lebih lama...lagipun mak sedang menguruskan 'hal' dengan pihak 'van' yang mungkin menuntut ganti rugi...

    Ayah sekarang sedang berada di wad...dengarnye ayah tidak sedarkan diri juga selepas kemalangan, tapi alhamdulillah..sekarang sudah sedar..harapnya tidak ada ape2 yang berlaku dan juga efek2 lain..insyaAllah..


    Doakan agar segalanya selamat...

    post signature



    8/28/2009

    suasana itu..amatku rindui

    SALAM RAMADHAN KAREEM....

    B
    ila tibanya ramadhan,sudah tentu kita mahu buat yang terbaik agar ianya memberi seribu manfaat kepada kita,baik dari segi amalan mahupun dari segi ibadahnya...ramadhan kali ini saya menyambutnya dengan isteri tercinta di bumi anbiyak,namun begitu,hati ini agak teringin untuk bersama-sama dengan keluarga tersayang...

    hari ini sudah memasuki hari yang ketujuh ramadhan..'klip pah,klip pah'..sudahpun tujuh hari kita semua berpuasa..begitu cepat masa berlalu..sudah brape helaikah lembaran Al-Quran kita habiskan pembacaannya?sudah berapa kalikah kita bangun solat malam(-yang tido lps berbuka utk solat isyak dan terawih tidak termasuk ye)?berapa 'RM'@ 'RIYAL' @ 'JUNAIH' @ 'POUND' @ 'RUPIAH' sudah kita laburkan sebagai saham akhirat kelak? dan banyak lagi soalan-soalan yang kita boleh tanyakan pada diri kita sendiri..bak kate orang,tepuk dada tanyalah iman masing2...


    Pengalaman berpuasa di tanah air amat berbeza dengan berpuasa di tanah arab...jika dibandingkan suasana ramadhan di tanah air dan tanah arab,sudah tentu terlebih baik biahnya di tanah arab, baik dari penghayatan ramadhannya,dari segi ibadahnya dan macam2 lagi...tapi bukannlah bermaksud saya mengatakan mereka yang berpuasa di tanah air teruk,anda jangan salah faham ye,saya bimbang,sekarang ini sememangnya putar belit kenyataan berlaku di sana-sini sehinggakan ada yang sanggup menghina ulamak(nauzubillah).jika ayat yang digunakan boleh menyebabkan kekeliruan,nanti akan adalah pihak yang cuba menokok tambah dan menjadikannya isu...huhu

    Baiklah,sebenarnya apa yang saya nak berkongsi dengan sahabat2 semua adalah pengalaman berpuasa ketika ramadhan lepas.ramadhan lepas saya berada di tanah air kerana akan melangsungkan pernikahan selepas aidilfitri,yang menjadi pengalaman manis adalah berbuka puasa di surau/masjid(bakal naik taraf)...dengan diketuai oleh abg sulong saya,kami dan beberapa orang kampung termasuklah beberapa orang budak(anak penakan saya) menghidupkan suasana berbuka di surau. masing-masing membawa makanan dari rumah dan berbuka di surau bersama2...suasana sebegitu amat menyeronokkan.banyak kelebihan yang saya nampak dari pelaksanaan sebegini...antaranya ialah :

    1) mengeratkan silaturrahim
    sudah tentu keakraban dan pertalian saudara sesama muslim akan bertambah erat,dengan suasana gurau senda dan telatah yang pelbagai menambahkan lagi rasa seronok untuk berpuasa,secara tidak langsung ianya menarik minat kanak2 muda untuk berpuasa sama-sama.

    2) menghidupkan surau/masjid
    sememangnya bulan ramadhan di negara kita ramai yang tidak faham konsep pentarbiyahan dibulan ramadhan,bila tibanya waktu berbuka,berapa 'keratkah' kita melihat surau yang ada jemaah pada waktu maghrib?,kalau adapun,beberapa orang sahaja,lagi malang surau/masjid yang hanya ada imam dan bilal sahaja..kita lihat pula pada waktu subuh dibulan ramadhan,wah..begitu ramai jemaah,kerana apa?semuanya bangun sebab nak bersahur,kalau tak makan sahur...nanti tak tahan nak berpuasa..nah,bila habisnya bulan ramadhan...cuba kita perhatikan di surau/masjid...err...bagaimana rasanya ya?cubalah fikirkan sendiri..

    dengan suasana yang kami adakan di surau kami itu,ianya menampakkan kemeriahan dan 'hidupnya' suasana di surau kami.alhamdulillah..

    3) juadah pelbagai jenis
    ya...inilah di antara kelebihan lain yang saya nampak..oleh kerana masing-masing membawa makan sendiri,makanan itu akan dikongsikan bersama,kalau ada empat orang dan masing2 membawa satu jenis makanan yang berbeza jenis,sekarang sudah ada 4 jenis makanan,yang miskin mahupun yang kaya dapat makan bersama..untung kan??tidak perlu kita bersusah payah membeli dan membazir duit untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa...

    4) semangat bertambah
    bila dah masing2 semangat...akan timbullah suasana dan semangat menjalani ibadah puasa itu...perkara yang dilakukan secara berjamaah@beramai2 mampu menaikkan semangat seseorang untuk terus melakukan kebaikan..

    haa...itulah sahaja kelebihan yang saya nampak dari suasana berbuka puasa di surau yang telah saya dan beberapa orang kampung saya hidupkan...wah,begituku rindui suasana itu..semoga tahun ini pun suasana itu tetap wujud walaupun diriku tidak bersama kalian...

    semoga pengalaman ini dapat memberi manfaat kepada semua sahabat handai sekalian..jika ade kekurangan,harap dimaafkan..siiru ala barakatillah...

    SELAMAT BERPUASA DAN TUNAIKANLAH ZAKAT....

    post signature



    8/14/2009

    imam ramadhan....@!#%@^

    R
    amadhan semakin menghampiri..terasa baru sahaja menyambut raya tahun lepas,sekarang dah nak puase pulak,bercakap mengenai puase ni,saya teringat satu kisah lawak yang mengandungi beberapa pengajaran buat kita semua yang bergelar muslim. sebelum bercerita,sudahkah anda semua bersedia untuk menghadapi madrasah ramadhan nanti?semoga ramadhan kali ini terlebih baik dari ramadhan sebelumnya...baiklah,kembali kepada cerita asal.....seperti biasa,menjelangnya ramadhan,orang kampung akan mula mencari imam bagi mengemudi solat tarawih di masjid2 dan jugak surau2...





    di sebuah kampung ni,terdapatlah seorang tok imam yang selalu menjadi imam di kampungnya, akan tetapi,pada tahun tersebut beliau mendapat tugasan untuk menjadi imam sebuah masjid di bandar.tidak dapat tidak,beliau terpaksa menerima tugasan tersebut.oleh kerana ramadhan semakin hampir,beliau runsing dan risau kerana tiada siapa di kampung itu yang biasa menggantikannya pada bulan ramadhan untuk solat tarawih.

    pada satu hari, tok imam tersebut mula mencari jalan bagaimana untuk mencari penggantinya...kemudian,datanglah satu akal untuk mengadakan satu temuduga tergempar bagi mencari calon imam..lantas tok imam tersebut mula mengadakan iklan secara meluas bagi menarik ramai calon untuk datang temuduga.

    Tiba sudah hari temuduga,ramailah dikalangan pemuda,orang tua,mat rempit dan mat lepak tertarik untuk mencuba nasib menjadi imam :

    temuduga 1( mat rempit )

    mat rempit : assalamualaikum warahmatullahi wabarakaaaatuhh!!
    tok imam : waalaikummussalam,sila duduk...
    mat rempit : terima kasih tok (begitu beradab dan bersopan)
    tok imam : soalam pertama,kamu kenal tak fatihah? (tok imam kampung,sebutan ringkas)

    mat rempit : uish..kenal sangatla tok...biasa sangatla dengan fatihah tu..
    tok imam : baiklah, cuba kamu nyatakan ciri-ciri fatihah tu
    mat rempit : dia cmni tok, rambut panjang sampai bahu, muka cantik, potongan...pergh marvelous tok!!

    tok imam : fatihah mane yang kamu sebut ni??
    mat rempit : fatihah anak pak dolah kat hujung kampung sana tok...
    tok imam : #@%&^*&!@

    temuduga pertama sudah nampak ciri2 kegagalan mat rempit untuk menjadi imam..belumpun tanya bab solat,dah out...huhu...tinggallah beberapa golongan lagi yang ingin mendapatkan jawatan imam tarawih. datang pulak mengadap tok imam seorang mat lepak.

    temuduga 2 (mat lepak)

    tok imam : silakan duduk
    mat lepak : mekasih tok
    tok imam : kamu tahu tak baca doa qunut?
    mat lepak : tau tok..nak suruh saya baca ker?
    tok imam : haa..baguslah kalau kamu tahu,sebab nnti imam tarawih pun ade jugak bacaan qunut,baiklah..cuba kamu baca

    mat lepak : er..tok,nak qunut panjang ke pendek??
    tok imam : aik? qunut ade panjang ade pendek pulak? (mungkin tambah qunut nazilah,sebab tu panjang). tak apelah,cuba baca qunut pendek dulu..

    mat lepak : baik tok...Qunut! ha,cmne tok?canteek kan?!
    tok imam : uih..cantik sangat! cuba baca yang panjang plak..
    mat lepak : Quuuuunnnnuuuuuuuuttt! pergh lapan rakaat tu! camna tok?
    tok imam : rosak pemikiran budak2 nih..aduss..failed!



    begitulah temuduga yang berlaku..memang menduga tok imam! setelah beberapa orang yang datang temuduga,masih kegagalan yang didapati..sehinggalah datang seorang yang berpakaian jubah,berserban di kepala dan mengelubung kepala dan berburdah(yang diletakkan atas bahu). daripada gaya dan perwatakan,jelas sudah mencukupi kriteria dan ciri2 yang diidamkan.

    setelah ditemuduga,ternyata pemuda tersebut mampu untuk menjadi imam,maka terpilihlah pemuda tersebut untuk menjadi ketua solat tarawih pada tahun tersebut. legalah hati tok imam kerana sudah mendapat penggantinya.

    tibalah hari dimana pemuda tersebut bertugas menjadi imam.sepanjang solat tarawih itu, orang kampung sangat suka dan gembira kerana suara pemuda yang menjadi imam itu sangat merdu dan menghiburkan telinga semua jamaah.sehinggalah selesai solat semuanya berjalan lancar,kemudian datang seorang penduduk kampung ingin beramah mesra dengan pemuda tersebut :

    org kampung : Assalamualaikum imam.
    imam muda : Waalaikummussalam.
    org kampung : bestla kamu jadi imam.saya suka dengar kamu baca ayat2 Quran tadi..menusuk kalbu.em..
    imam muda : oh..janganlah puji lebih2 sebabnya tadi tu saya takde air sembahyang lagi,kalau ade..lagilah power saya jadi imam..
    org kampung : erk!!!..@#!?:P{"/&^......

    PENGAJARAN :

    1 - dekatkanlah diri kita dengan ilmu pengetahuan kerana sudah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menimba ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.

    2 - jangan melihat kebaikan dan penampilan seseorang dari luaran sahaja,tilik dan kajilah sesuatu sebelum menghukumnya.

    3 - pemuda2 perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat

    4 - persedian sebelum masuk ke dalam masyarakat,sudahkah ustaz2 azhari dan ustazah azhariah kita sudah bersedia??

    5 - tugas imam bukanlah mudah,juga perlu mengetahui hukum hakam yang melibatkan solat.

    6 - pilihlah pemimpin yang benar2 mampu memimpin masyarakat ke jalan yang betul,bukan main ikut sedap je pilih pemimpin!


    sekian,itu sahaja celoteh saya pada kali ini,semoga anda semua terhibur di samping timbalah pengajaran2 yang ade sedikit itu,moga ianya manfaat kita bersama...wslm

    post signature



    7/31/2009

    Terima Kasih Ustaz

    S
    elamat bersara diucapkan buat ustaz Ibrahim....terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan



    Tanggal 26 Julai 2009, SMAASZA kehilangan sebutir bintangnya yang sentiasa menyinar, perginya Ustaz Him dari bumi SMAASZA. Tuan Hj. Ibrahim bin Yusop yang terkenal dengan suara merdu tarannumnya telah bersara wajib pada umur 56 tahun. Beliau yang menetap di Marang mendapat pendidikan awal di SK Marang kemudian meyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Marang dan SMAASZA serta Kolej Islam Kelang. Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dari UKM pada tahun 1979. Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1980, di SM Bakri, Muar Johor kemudian bertukar ke SMAASZA pada tahun 1982 dan di SMA Marang pada tahun 1952, kembali berkhidmat semula di SMAASZA pada tahun 2004 sehingga 2009.






    Dalam wasiat terakhir kepada anak-anak SMAASZA, beliau menekankan kepada kepentingan menutut ilmu kerana dengan ilmulah makhluk akan kenal kepada Khaliqnya disamping ilmu juga dapat merubah martabat seseorang samada di dunia mahupun akhirat.
    Kami, warga SMAASZA sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian Ustaz di samping keluarga tercinta. Ilmu, pengalaman dan sumbangan Ustaz amat kami hargai...Terima kasih Ustaz....

    sumber : nadi fotografi

    **********

    Terima kasih buat Ust Ibrahim di atas jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami selama ini..walaupun kita berjauhan,namun doa mengiringi persaraan ustaz...disini saya ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya menjadi anak didik ustaz banyak kesilapan yang dilakukan dan mengguris hati ustaz....

    Ustaz Him ini memang menakjubkan dan membuat saya kagum dengan sifat dan pendiriaannya serta sifat tawadhu'nya...tidak dinafikan ustaz Him merupakan seorang yang meminati seni tarannum dan mampu membaca tarannum dengan baik...masih teringat di ingatan memori ketika menjadi anak didik ustaz...

    banyak nasihat dan teguran yang membina selalu diberikan di dalam kelas. boleh diibaratkan seperti teguran seorang ayah kepada anaknya...teguran yang senang dan mudah diterima oleh semua pelajar..begitulah sedikit sebanyak yang boleh diceritakan disini...diharapkan agar Ustaz Him sentiasa dinaungi oleh Allah S.W.T dan menjalani kehidupan persaraan dengan aman dan damai...

    akhir kalam..sekali lagi ucapan Terima kasih banyak ustaz dan maaf atas segala kesilapan....doakan kejayaan kami semua...baarakallahu fiik...[syams]

    post signature



    7/30/2009

    Kita juara...



    A
    lhamdulillah...piala malaysia sudahpun berakhir pada hari semalam...selama dua hari saya berkampung di muhafazah Zaqaziq untuk bersama-sama pemain bagi skuad Terengganu. banyak kenangan yang telah kami cipta di Zaqaziq...sememangnya ukhuwwah yang terjalin amat membuatkan saya menyayangi semua sahabat2 yang begitu banyak kerenah dan aksi...

    pada tahun ini,kami hanya mampu meraih satu piala sahaja,iaitu piala sumbangsih...namun begitu,saya merasakan kami membawa satu lagi piala buat anak-anak Terengganu..apakah dia piala itu????



    Piala yang saya maksudkan ialah 'PIALA UKHUWWAH' yang mana piala ini tidak akan kita dapat kita beli di mana-mana.Namun ukhuwwah yang ada di kalangan anak-anak terengganu,terutamanya skuad terengganu ketika di zaqaziq cukup untuk saya katakan bahawa ukhuwwah anak-anak Terengganu sangat mantop...

    di sini,saya ingin mengucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak mengajar saya indahnya ukhuwwah ini terutamanya:

    1) akh Zubir(Damanhur)
    2) akh Basri
    3) akh Duan Abdul
    4) akh Syahid
    5) akh Duan sabik
    6) akh Akmal
    7) akh Yieng
    8) akh Zulhilmi
    9) akh Nuruddin
    10)akh Syam(Damanhur)
    11)akh Tarmizi alkambodia(hehe)
    12)akh Ayie
    13)akh Mannan
    14)akh Soleh
    15)akh Wahab
    16)akh Ajis
    17)akh Wahab
    18)akh Aiman
    19)akh Hafiz(abg Mannan)
    20)akh Duan(S/U KPT)
    21)dan semua yang duk rumah ust aiman zaqaziq

    semoga ukhuwwah antara kita sentiasa mekar hendakNYA...insyaAllah..dan juga satu ingatan buat sahabat-sahabat..satu persoalan yang ingin saya lontarkan,memang ukhuwwah antara sesama kita(orang ganu) sudah utuh,tapi bagaimanakah pula ukhuwwah antara kita dengan orang luar dari Terengganu??saya harap,ukhuwwah kita tidak terbatas dengan kenegerian dan keloghatan...semoga kita tergolong di kalangan orang- orang yang mengasihi sesama saudara walaupun berbeza negeri,loghat dsb..


    TAHNIAH
    sekali lagi buat pemain skuad Terengganu..semoga tahun-tahun berikutnya kita mampu untuk meraih kemenangan lagi,insyaAllah...

    post signature



    7/24/2009

    baby menguji walidnya...aduyai...

    U
    jian ketika mengandung amatlah menguji kesabaran si suami..apa tidaknya,orang kata,apa yang diidamkan oleh isteri perlu dipenuhi sebab takut anak yang bakal lahir nanti sentiasa meleleh air liurnya..(isk..betul ke?ntahla labu..huhu)...mengidam memang menjadi kebiasaan si ibu yang mengandung...macam-macam yang diidamkan..nak tak nak,mesti tunaikan juga...si suami???oommm.. sabarrr..jelarr..(cara mengurangkan ketensenan)


    kenapakah terkeluarnya posting begini???

    baiklah...baru-baru ini baby menguji tahap sanggup berkorban walidnya dengan meminta untuk makan ubi,kalau di sebelah Ganu,kitorang memanggilnya ubi steler(name standard xtaw ape..)..walaupun ianya nampak senang dicari dan dijumpai,itu sudah tentu jika berada di Malaysia...tapi yang menjadi cabaran ialah kami sekarang berada di bumi Mesir..ubi ini hanya banyak didapati jika berada dalam musim dingin(sejuk)..sekarang sudahpun memasuki musim panas..so,itulah cabarannya...fuhh...musing ketang(pening kepala) si walid mencari-cari ubi ini...sekitar kawasan penempatan rakyat Malaysia dan juga di beberapa muhafazah yang kebetulan mengikuti lawatan exco KPT namun pencarian hampa..kemungkinan bukan harinya ubi itu dijual...

    Pencarian ubi itu diketahui oleh sahabat baik saya dari Indonesia,akhi Masdar yang kebetulan terbaca status ym saya...beliau juga turut berusaha mencari di sekitar bu'uth(kawasan penginapan pelajar wafidin arab) namun tidak juga diketemui...dan secara kebetulan,seorang rakannya daripada Filipina juga mempunyai isteri yang mengidamkan perkara yang sama,iaitu ubi steler...huhu..akhirnya ubi steler yang dicari2 dapat dijumpai...kawan dari Filipina itu mendapatkan ubi itu daripada sebuah muhafazah yang agak terpencil dan jauh dari kaherah...Subhanallah..begitu indah perancangan Allah.

    Di sini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya akhi Masdar,Indonesia yang amat mengambil berat akan diri ini.juga saudara dari Filipina yang turut membantu.sungguh indah persaudaraan yang kamu semua tunjukkan..terasa kerdil dan malunya diri ini menjadi sahabat kamu semua...semoga persaudaraan kita semua terus terjalin erat...sesungguhnya saya mengasihi kamu semua...

    juga saya ingin mengucapkan tahniah buat akhi masdar atas kejayaannya di dalam imtihan baru2 ini (result kontrol..harap tak berubah lagi) ..semoga anda terus berjaya hingga ke akhir hayat,insyaAllah...

    p/s : baby..dahla mintak yang pelik2 ye..hehe..mintaklah ish(roti arab) ke...cili ke...hik3..:P

    post signature



    6/17/2009

    Petua Menjadi Orang Yang Disenangi

    Bismillah Walhamdulillah

    sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi oleh rakan-rakan, keluarga, dan masyarakat sekeliling terutamanya sebagai seorang pemimpin. Bagaimanakah kita boleh menjadikan diri kita disenangi dan disukai oleh orang-orang disekeliling kita???mungkin beberapa perkara ini boleh dijadikan sebagai tips atau panduan untuk menjadikan diri kita disenangi dan disukai:


    hidup indah tanpa sengketa

    teruskan bacaan anda



    1) Buangkan ego diri yang menjadi pemisah antara kemesraan dengan orang lain.cubalah rasakan bahawa diri kita dan diri orang lain adalah sama sahaja.cara ini memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan baik

    2) Usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting.
    keinginan menjadi orang yang penting merupakan sifat semulajadi insan dan
    rangsangan yang paling berkesan pada sifat manusia.Antaranya,setiap orang mesti
    menginginkan agar kata2nya dipertimbangkan dan dihargai.setiap orang mahu dirinya dianggap penting dalam sesuatu lingkungan,walaupun kecil dan setiap orang juga ingin mendengar penghargaan yang tulus ikhlas.

    3) Jika berbuat kesalahan dengan orang lain,jadikan sikap meminta maaf sebagai amalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri;"maaf,ibu tidak sengaja"atau sebagainya...pengamalan sebegini secara tidak langsung akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu,lazimilah mengucapkan "maaf", "tolong", "terima kasih" dan sebagainya.


    sikap pemarah sikap tercela


    4) Anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki sesuatu keistimewaan yang tidak ada pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoaan kita dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian ataupun ketika dikhalayak ramai.

    5) Jadilah seorang pendengar yang baik
    Untuk memahami seseorang,kita perlu mendengar perbincangan mereka sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

    semoga sedikit perkongsian ini dengan sahabat-sahabat dapat menjadikan kita semua disukai dan disenangi
    oleh semua yang berada di sekeliling kita...semoga kita semua tergolong di antara hamba-hambaNYA yang
    sentiasa mendapat naungan rahmat Allah.amin.sekian,wslm

    post signature



    6/12/2009

    "Akibat nila setitik,rosak susu sebelanga"

    Bismillah walhamdulillah…

    Ketika sedang mengembara melihat karya-karya para sahabat,saya tertarik dengan satu komen yang kononnya ingin berdakwah dan menggunakan nama sebagai pendakwah. Tapi saya terkesima dengan cara dakwah yang digunakannya, sememangnya dakwah amat dituntut dan menjadi kewajiban setiap muslim tapi kena di ingat bahawa cara berdakwah amat penting untuk menarik sasaran dakwah kita. Jangan kita menjadi seperti kata bidalan "akibat nila setitik,rosak susu sebelanga.


    Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 125 :

    أدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (النحل : ١٢٥)


    Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk(an-Nahl : 125).




    Cara berdakwah yang tidak betul akan menyebabkan lahirnya persepsi buruk masyarakat terhadap para pendakwah khususnya mereka yang benar-benar ikhlas dan mengikut cara yang betul dalam berdakwah.jika kita teliti pada zaman sekarang,persepsi buruk ini sudahpun banyak dan menular di mata masyarakat dan juga meniti dibibir-bibir manusia.

    Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan.


    Pertama

    Berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.


    Kedua

    Serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.


    Ketiga

    Berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.


    Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.

    Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.

    Pertama

    Orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana.


    Kedua

    Orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.


    Ketiga

    Orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.


    Oleh itu,kita mestilah menjaga cara berdakwah dan juga maruah pendakwah. Sama-samalah kita perbaiki maruah pendakwah yang semakin hambar dan persepsi masyarakat terhadap pendakwah…

    Masyarakat juga perlu meneliti dengan baik pendakwah yang sebenar atau pendakwah yang hanya memakai topeng sebagai pendakwah.

    [Ibnu siddiq]


    post signature



    Followers

    [:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


    ShoutMix chat widget