"kita tidak mampu menjadi sempurna,tetapi kita hanya mampu menjurus kepada kesempurnaan.."
Popular Posts
-
H utang tag daripada blog syamujahidah ,dah lame beliau memberikan tag ini,tapi tak sempat untuk membuatnya..ini baru tag yang pertama,ada s...
-
H airan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berke...
2/26/2011
Hadapi Pilihanraya dengan Akhlak Islami
11/03/2010
buat teman2 dan pejuang2 di GALAS...
3/20/2010
LAWAK DAN PLAWOK
B
aru-baru ini,pelajar mesir skali lagi digemparkan dengan kematian seorang pelajar perubatan yang terjatuh dari tingkat 4...maka tersebarlah dengan cepatnya berita tentang kematian ini.tapi hari ini alfaqir ingin berkongsi satu cerita yang mana melibatkan kelab UMNO luar Negara.berita ini alfaqir ambil dari blog muraikini yang bertajuk "Berita Pelik : Kelab UMNO Mesir vs PMRAM vs Saksi Kejadian"...mungkin ramai yang sudah mengetahui akan cerita ini,tapi alfaqir sekadar membuat ini sebagai simpanan alfaqir...bagi yang belum tahu,jadikan ini sebagai pengajaran dan bukti akan sifat UMNO yang saudara2 boleh lihat nanti.
Sahabat2 perlu bandingkan berita dalam kedua-dua web di mesir ini.yang PERTAMA ialah sumber dari Kelab UMNO Luar Negara dan yang KEDUA ialah dari web pmram.org.PMRAM ialah satu badan kebajikan pelajar di bumi Mesir yang berdaftar di bawah jabatan kemasyarakatan Mesir.
sila perhatikan dan teliti berita ini:
PERTAMA(kelab UMNO luar negara) :
PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH
Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.
Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.
Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.
KEDUA(pmram.org) :
Pelajar Perubatan Cawangan Tanta Meniggal Dunia Di Iskandariah
ISKANDARIAH, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.
Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.
Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkubuiran selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.
ULASAN MURAIKINI :
Hakikatnya berita ini telah pun diketahui umum. Saya tidak pasti, samada berita yang disiarkan di dalam web Kelab UMNO itu adalah kes yang berlainan, ATAU berita tersebut salah. Sekiranya berita ini salah, maka suka untuk saya betulkan beberapa kesalahan tersebut.
1. Nama mangsa
Nama sebenar mangsa bukanlah Wan Farhan Bin Wan Han. Tetapi nama sebenar beliau ialah Mohd Sarhan bin Ahmad Khan.
2. Bagaimana boleh terjatuh?
Di dalam web Kelab UMNO mengatakan bahawa dia terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya, tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia boleh terjatuh.
3. Universiti Tanta, Kaherah?
Tidak pernah saya temui Universiti Tanta yang terletak di Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah. Buat malu.
4. Ahli Kelab UMNO membantu?
Entah. Tidak pula kelihatan ahli UMNO ketika pengebumian tersebut. Ketika solat jenazah juga tidak kelihatan. Entah.. Mungkin saya yang tidak ternampak. Anda boleh klik di sini
5. Tempat kejadian
Memang benar, mangsa jatuh dari tingkat 4. Tetapi ia berlaku di Iskandariah. Bukan di Kaherah sepertimana yang diberitakan di dalam Web Kelab UMNO.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
p/s : sama-sama sedekakan Al-Fatihah untuk Allahyarham. ~ Al-Fatihah ~
*plawok dalam bahasa tganu ialah dusta/bohong/tipu dan seangkatan dengannya.
*boleh rujuk blog ini :
- Muraikini(http://muraikini.blogspot.com)
- Amin Menulis(http://allgreenislamic.blogspot.com)
10/09/2009
Diorang buat khemah tanpa izin 'SAYE'...
inilah bukti yang sebetul2nya antara tindakan dan kekurang ajaran sedara-sedara kita di PRK N31 Bagan Pinang.
anda semua boleh nilainya dengan sendiri ye... sedikit laporan yang dipetik dari laman web perakexpress.com....lihat + bukak mata luas2 + fikir = jawapannya ade pada saudara2 semua...
=============================================
Kejadian berlaku apabila penduduk Taman Dato Samad membantah pemasangan khemah untuk Majlis Hi-Tea Pakatan Rakyat. Sebelum bertindak untuk merobohkan khemah, mereka terlebih dahulu telah mempukul petugas-petugas Parti PAS yang sedang memasang Bendera di sekitar kawasan berkenaan. Seorang mangsa lebam di mata dan lain-lain mengalami keceraan ringan.
Ramai yang berada di lapangan melaporkan punca sebenar kes ini berlaku adalah untuk membalas dendam terhadap kejadian pukul Ahli Putra Malaysia Dato Abdul Azeez yang mengalami kecederaan tisu lembut.
Laporan Polis telah dibuat oleh mangsa dan juga pihak pengurusan Jentera Pilihanraya Parti PAS di IPD Port Dickson pada sebelah petang.
=============================================
sumber : perakexpress
Inilah Bukti 'DATO' Kena TIBAI...
jika sebelum ini,heboh dengan peristiwa yang 'dato' ni kene tibai dek budak2(pembangkang). tapi hari ini nampak dah akan kepalsuan yang diada2kan oleh pihak yang terbabit...sama2lah kita fikirkan jika kita punyai akal dan iman....:)
10/06/2009
Sepatutnya Macam Inilah...
P
enerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad.
Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal "berterima kasih" - seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya - hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak.
"Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita," kata ahli parlimen PAS itu.
Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an.
"Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi daripada kekayaan negara," kata Khalid, graduan Universiti Leeds dalam bidang kejuruteraan petroleum.
"Sebab itulah kita mesti mengejar agenda yang bertujuan ke arah menjadikan negara lebih baik," katanya lagi dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada hujung minggu lalu.
Khalid, ahli parlimen Shah Alam, berkata penerima biasiswa kerajaan yang kemudiannya menjadi penyokong dan pemimpin pembangkang dulu tidak dipandang serong, tidak seperti yang berlaku pada hari ini.
Boleh terima biasiswa
Dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang sedang berlangsung sekarang, isu "berterima kasih" juga dilihat sering digunakan pemimpin BN dalam ceramah-ceramah untuk meraih sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.
"Saya tidak melihat apa-apa percanggahan dan saya rasa pada masa itu, pemimpin-pemimpin pada masa itu ada pemahaman seperti ini.
"Hanya apabila mereka menjadi terdesak dan mereka sendiri tahu bahawa mereka (bukan seorang pemimpin) yang baik untuk negara ini, barulah mereka menggunakan hujah seperti ini.
Tambahnya lagi, seseorang yang mengambil pendirian berbeza juga diterima, malah dihormati ketika era kepimpinan perdana menteri kedua dan ketiga, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
"Pada masa itu, anda boleh menerima biasiswa dan kemudian buatlah apa yang anda fikir baik untuk negara. Mereka akan cuba yakinkan anda bahawa mereka melakukan khidmat yang baik untuk negara, tetapi jika anda tidak bersetuju, pendapat itu diterima, malah juga dihormati pada tahap tertentu," katanya, menceritakan pengalamannya ketika mula bergiat dalam gelanggang politik nasional.
"Ketika saya balik (daripada melanjutkan pelajaran pada 1979), saya melapor diri untuk bertugas dan diberikan pilihan sama ada untuk menyertai Petronas atau Sirim, kedua-duanya baru ditubuhkan pada masa itu.
Bertanding pilihan raya
"Saya memilih untuk menyertai Petronas kerana mereka lebih (terlibat) dalam minyak dan gas. Tetapi saya tidak pernah ditanya mengenai penglibatan saya dalam PAS ketika saya di Petronas.
"Pada masa itu, saya telah memegang jawatan seperti ahli jawatankuasa pusat untuk sayap Pemuda PAS sejak 1983," tambahnya.
Jelasnya lagi, beliau hanya meletak jawatan daripada syarikat berkaitan kerajaan itu pada 1986 kerana ingin bertanding kerusi parlimen Kuala Krai dalam pilihan raya umum pada tahun berkenaan.
"Pegawa-pegawai Petronas memberitahu saya bahawa tidak ada sebab-sebab yang memerlukan saya untuk letak jawatan.
"Tetapi saya rasa saya tidak mahu memalukan pengurusan Petronas untuk menghadapi situasi di mana saya bertanding sebagai calon pembangkang dan saya rasa tidak adil untuk mereka, jadi saya letak jawatan pada 1986 dan bertanding," kata Khalid.
Jelasnya lagi, beliau tidak pernah disoal siasat oleh mana-mana pegawai Petronas mengenai penglibatannya bersama parti Islam sebelum itu.
"Jadi tidak ada sesiapa yang siasat atau persoal etika mengenai penglibatan saya sebelum itu, dan saya rasa ramai yang terkejut mengapa saya sanggup tinggalkan Petronas, tetapi mereka hormati keputusan saya untuk berbuat demikian," tambahnya.
sumber asal : Malaysiakini
9/12/2009
Ijtima' Aidil Fitri PAS Terengganu
PPNT dengan kerjasama DPPNT akan mengadakan Ijtima' aidilfitri.. jadi semua yang bergelar anak-anak negeri Terengganu yang belajar di perantauan ATAU mereka yang bekerja diluar negeri Terengganu adalah dengan segala sukacitanya dijemput ke majlis ini pada hari raye kedua... untuk maklumat lanjut bolehlah lihat gambar di bawah ni.. dan jangan lupe untuk menyebarkannya dikalangan sahabat2 anda dan maklumkan kat sahabat-sahabat anda untuk maklumkan kepada sahabat-sahabat mereka dan bagitahu kepada sahabat sahabat anda untuk memaklumkan kepada sahabat-sahabat mereka..huish..dah2..pening2..hehe.. jom kite pakat mari ramai2 memeriahkan majlis ini.. siiru ala barokatillah..
"MARI BLAKE DEH..KITE PAKAT TURUN BLAKE...BERREH...!!!!"
8/25/2009
Tahniah dan Takziah buat Hj Salleh Man
ahniah dan syabas saya ucapkan kepada Haji Salleh Man yang baru memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 25 ogos 2009. Kemenangan yang baru diperolehi ini membuktikan bahawa peluang Islam untuk kembali GAH di mata masyarakat Malaysia semakin cerah...juga ini membuktikan kesedaran masyarakat Islam di Malaysia akan keinginan mereka perubahan dalam negara tercinta,Malaysia..

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada Haji Salleh Man atas bebanan tugas dan amanah yang semakin bertambah, telus dan jujurlah dalam melaksanakan tugas anda,InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersam orang2 yang membantu Islam.semoga Allah membantu ISLAM dimuka bumi Malaysia,amiin..
KEPUTUSAN RASMI
| | : | 9618 |
| | : | 5067 |
| MAJORITI | : | 4551 |
| JUMLAH UNDI ROSAK | : | 83 |
sumber : http://prkn11penang.pas.org.my/
8/01/2009
Yusoff..Ayahde doakan yusoff sabar dan tabah
oa dan semangat saya utuskan buat salah seorang mangsa tangkapan FRU yang mula mengganas pada hari ini kerana ingin menghalang perhimpunan mansuhkan ISA
Yusof,salah seorang yang menjadi mangsa,merupakan anak saudara kepada saya...telah ditangkap oleh 'polis kepala merah' dan sekarang sedang dibawa ke penjara...
saya mendapat offline mesej dari seorang abang yang berada di Johor menyatakan bahawa Yusof telah ditangkap dan sedang dibawa ke penjara!saya mula menngeletar menahan kemarahan...apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Yusof?memang zalim...zalim dan zalim...walaupun berjauhan dari keluarga,namun kegusaran dan kesedihan keluarga tetap saya rasai..
Sejurus mendapat berita offline tersebut,saya menghantar mesej kepada semua sahabat-sahabat ym saya..namun saya ingin berkongsi satu teguran dari seorang sahabat maya yang ayatnya lebih kurang begini:
buat macam indon sudahla..tak perlu demonstrasi bang...
baiklah..itulah kata-kata yang si 'Dia' ini kata kepada saya...saya ingin tanya satu soalan kepada si 'dia' ni...betul ke negara kita negara demokrasi??
kalau jawapannya ialah betul negara kita negara demokrasi,dimana demokrasinya?tidakkah disana ada hak kita untuk menuntut keadilan?
sudahlah..saya tidak percaya bahawa kita benar-benar mengamalkan demokrasi.semuanya palsu dan mainan politik oleh kerajaan semata-mata...polis semuanya menjadi milik kerajaan dan menangkap manusia yang mahukan keadilan sesuka hati..
akhir kalam pada kali ini.saya doakan agar Allah menunjukkan kekuasaanya kepada semua yang menentang perjuangan orang Islam dan melaknat mereka yang menyokong dan mendokong perjuangan sekular dan zalim!!!!
TAKBIR!!!!
TAKBIR!!!!TAKBIR!!!!
TAKBIR!!!!TAKBIR!!!!TAKBIR!!!!
6/23/2009
Tiada Sengketa Tiada Kecewa....ALLAHUAKBAR!!!
ndahnya melihat mereka ini.sememangnya menyejukkan hati sesiapa sahaja yang memandang...kenapa boleh jadi begitu?tidak lain tidak bukan hanyalah kerana perjuangan yang mereka bawa..bukan kerana harta yang mereka miliki..bukan kerana pangkat yang mereka takhtai..dan juga bukan pengaruh yang mereka raihi...tapi semuanya kerana keizzahan ISLAM. Walaupun kadang-kadang berombak..tetapi akhirnya akan bercantum kembali...perjuangan Islam tiada akhirnya....teruskan berusaha!!!








