LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

4/29/2009

AwArd tuk Semua Follower n pengunjung Bertuah!!!

Bismillah Walhamdulillah...

kali ini kembara plak nak bagi penghargaan kepada semua mereka yang terserempak dengan blog kembara dan especially award ini buat semua FOLLOWER kembara..so,kepada mereka yang menjadi follower kembara,jangan segan silu ambil anugerah yang tidak seberapa ini..

award ini adalah atas sokongan dan semangat isteri kembara,so,kembara buatlah award ni kepada semua..hehe..ok...terima kasih semua yang memberi sokongan kepada kembara..semoga Allah rahmati kalian..






p/s :Sila copy&paste kod di atas ke dalam blog antum sekalian
terima kasih...luv u all

Opss..sebelum kembara terlupa,sape yang dah ambil award,post komen dibawah ini ye..hehe..TQ

post signature


3636363636363636363636

SUka Suki MAma SII..Ariey(HAPDATE!!!)

Bismillah walhamdulillah..
ari ni xde mende yang nak diceritakan..cuma sejak akhir2 ini kembara mendapat beberapa anugerah daripada rakan2 blogger yang baru dikenali.sememangnya sekarang memang rancak para blogger memberikan anugerah kepada follower2 mereka bagi meningkatkan lagi trafik mereka...


post ini adalah update dari post sebelum ini kerana kembara dapat satu anugerah lagi..tgok kat bawah tuh..hehe..



ini adalah anugerah pertama yang diperolehi kembara..anugerah ini datangnya daripada mamaqaypo..entahla nama sebenarnya ape..tapi xpelah...janji dapay anugerah...ahakz..
sape2 nak anugerah..jadiklah follower mamaqaypo ni yerk..hehehe
layari: http://zimilekedah.blogspot.com.














Dan ini adalah anugerah kedua yang kembara perolehi..juga dari blogger baru diterokai..
layari sukasuki hidopku















Haaa...ini award yang terbaru kembara dapat..terima kasih buat SII(Sederhana Itu Indah)...lawa award die ni..hehe..baru je jadik follower die..xsangka lak dah dapat award..tenkiu2..hik3..













oklah..dah habis award yang kembara dapat...kepada semua penganjur yang bagia award..terima kasih banyak2..semoga kita dapat jalinkan ukhuwah bersama dan menyebarkan dakwah Islamiyah..amin...




Ahah!!!..alhamdulillah..dapat lagi award...terima kasih buat eriey.semoga ukhuwwah kita akan berputik dan berkekalan hingga ke akhir hayat..insyaAllah...
post signature

Photobucket
NGEEEE......:)

4/28/2009

Apakah Ini Wabak Pemusnah Umat Manusia?

Selsema Babi : Apakah Ini Wabak Pemusnah Umat Manusia?


ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.

"Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.

Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.

Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.

Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP

dipetik daripada : Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok

post signature


pilihlah sahabat anda...

Maka janganlah kamu bersahabat dengan orang yang jahat perangainya,iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia diransang oleh hawa nafsu syahwatnya.Dan Saidina Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika dia hendak meninggal dunia sambil berkata: Wahai anakku ;Apabila kamu mahu bersahabat dengan seseorang, maka bersahabatlah dengan orang yang:

1) Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka dia akan memelihara engkau.


2) Apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai dirimu


3) Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menanggung kesusahanmu


4) Apabila engkau menolong dia nescaya dia akan membalas kebaikanmu


5) Apabila dia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya dia akan mengambil berat tentangmu


6) Apabila dia melihat pada dirimu akan kejahatan,nescaya dia menutup kejahatan itu

7) Apabila engkau berkata nescaya dia membenarkan perkataanmu


8) Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya dia menolong engkau


9) Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu nescaya dia akan mengalah.




post signature


4/27/2009

hibanya hati...

+60139584619
6:01 AM
27/4/2009
"arf smkn kronik.kuman tlh mrbk ke htnye.ari rabu ni dktr akn buat pmbdhan scpt mgkn.ari rabu ni kene jupe dktr pkr n hntr HUSM kbg krian.doa2 gtk ke arf.
ye.... "

Itulah mesej yang diterima seawal pagi isnin(27/4/2009)....hati terasa sayu dan hiba,mata mula menjadi pedih ntah kenapa...tanganku terus mencapai tetikus dan menekan software evoiz yang telah ku install sejak beberapa bulan yang lalu...

"please hold while I try to locate the person you are calling"


ish...ntah brape kali operator ulang benda yang sama..memang sah evoiz ada masalah ni..
cmne ni..nak telefon xboleh plak..aduss..tensen2.
around.terus aku mencapai enset dan menghantar mesej kat akak bertanyakan kondisi ariff serta berkenaan pembedahan yang akan dilakukan..

kak menjawab bahawa akak belum pasti nak izinkan pembedahan itu atau tidak,pembedahan itu akan dilakukan untuk membuang tulang 'pinggul'(em..tulang yang mane ye??) dan akan digantikan dengan tulang besi...sememangnya berat bagi seorang ibu untuk melihat kesengsaaan yang dihadapi oleh anaknya...kalau saya pun teragak2 jugak untuk mengizinkan pembedahan itu..semoga akak dapat membuat keputusan yang sebaik2nya..

saya memohon sahabat2 yang pernah mengikuti kondisi mohd ariff ini dari mula2 cerita yang saya hebahkan mendoakan agar Allah memberi kesihatan kepada Mohd Ariff ini dan semoga Allah tabahkan hati Ibunya dalam mnghadapi ujian ini..semoga doa sahabat2 dimakbulkan Allah...terima kasih..

p/s: bagi sesiapa yang belum membaca mengenai Mohd Ariff ini boleh klik disini(cerita 1) dan disini(cerita 2)

post signature

4/26/2009

Ayah dan Ibu..huwaa..

sebagai tatapan dan renungan buat sahabat2 yang akan menduduki pepriksaan fasa kedua...sama2lah kita tingkatkan usaha dan tenaga kita bagi menjulang thaqafah...ingatlah jasa ibubapa kita di kampung halaman...ish..mau menitik air mata nih kalau dengar sorang2..hayatilah dendangan lagu 'ayah dan ibu' daripada allahyarham Sudirman....




Ayah dan ibu

Ayah dan ibu

Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapat melihat bulan dan matahari

Ayah dan ibu

Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi

Ayah dan ibu..

Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu

Ayah dan ibu

Wali-wali keramat

Pada mereka kita beri hormat

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat

Supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat







"Ya Allah,ampunkanlah dosa kami,dosa kedua ibubapa kami,dosa isteri kami,dosa saudara2 kami,dan dosa seluruh ummat islam,amin"

semoga lagu ini menjadi inspirasi dan taujihat untuk kita sama2 berusaha dengan bersungguh2 demi mencapai kejayaan...be the best n bitaufik wannajah buat semua sahabat2...doakan kejayaan bersama...

post signature

4/24/2009

KeMaTiAn...

In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.

Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan husnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan su'ul-khatimah.

Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud:

"Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:

Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya
Kedua: berlenang air matanya dan
Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis

Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia."

(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)

Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.

Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam husnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.

Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya. Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya.

Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.

Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya.

Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus.

Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.

Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.

Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.

Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.

post signature

4/23/2009

Perhatian buat semua pelajar Tganu Qaherah!!!

GOTONG-ROYONG PERDANA




Tarikh :28 Rabiul awal 1430H/24 April 2009

Masa : 6.00 pagi(selepas bacaan Kahfi)

Tempat : Semua Syaqqah dan Imarah Darul Iman

SEMUA SAHABAT-SAHABIAH AHLI TERENGGANU DIMINTA HADIR DAN MEMBERIKAN KERJASAMA UNTUK KESELESAAN KITA BERSAMA

Anjuran : Biro Perumahan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) 08/09


post signature

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget