Popular Posts

3/31/2009

Khas Buat Ariff...

"dari luar nampak ceria,hakikatnya?Allah taala mengetahui"


"Khas buat ariff.."begitulah bunyinye tulisan saya pada kali ini...Mohd Arif atau lebih senang dengan paggilan Ariff ini merupakan anak saudara saya.ada sesuatu yang saya ingin berkongsi dengan saudara-saudara semua mengenai kisah sedih yang menimpa beliau.sebelum itu,saya ingin bawakan sedikit biodata Ariff:

Nama: MOHD ARIFF BIN SATA
Umur: 14 tahun
Adik beradik: 2 orang(anak yang kedua)
Pengajian: tingkatan dua Sek.Men.Keb.Ajil.Trg


Disini saya ingin menceritakan sejarah dan ujian yang menimpa Ariff.sejak dari kecil lagi, Ariff ini mengalami beberapa masalah kesihatan.sememangnya jika dilihat dari segi luaran, Ariff ini merupakan seorang yang amat ceria dan menceriakan sesiapa sahaja terutamanya ibundanya yang tercinta.


Ariff ini memang senang didekati dan mendekati orang lain. Saudara-mara,sahabat handai,guru-guru serta doktor-doktor yang mengubatinya memang senang dengan perangai Ariff ini. Boleh dikatakan akhlak yang ada pada Ariff ini adalah akhlak yang ‘mahmudah’. Namun begitu,insan yang berusia 14 tahun ini sedang menanggung kesengsaraan yang disebabkan kesan daripada penyakit yang dihidapi dahulu ketika masih kecil. Disimpulkan serba sedikit kesengsaraan yang dihadapi oleh insan ini:



Ketika kecil:

  • Beliau pernah mengalami masalah saluran air kecil yang tersumbat
  • Mengalami jangkitan kuman pada paru-paru
  • Sentiasa berulang-alik ke hospital Kubang Kerian(doktor pakar)
  • Dua-tiga kali dibedah

sememangnya sedari kecil, Ariff ni memang ‘tersohor’ dikalangan para doktor pakar kerana masalah kesihatan yang dialaminya merupakan antara masalah yang baru diketemui oleh para pakar perubatan.

Sekarang :

  • Masalah saluran air kecil sudah normal
  • Kesan ubatan dan operation mula timbul
  • Tulang kaki mengalami masalah dan menyebabkan kesukaran serta kesakitan ketika berjalan(tulang mereput)
  • Ingatan semakin merosot
  • Pelajaran terganggu

Begitulah serba sedikit yang mampu saya nyatakan disini.jika dikira,memang banyak lagi kesengsaraan yang dihadapi oleh beliau.apabila mendapat berita mengenai beliau, saya amat kaget dan sukar mempercayai apa yang dikhabarkan . "berat telinga mendengar,berat lagi tuan yang merasa"

Untuk pengetahuan kalian, Ariff ini dilahirkan dalam keadaan yatim yang mana ayahnya meninggalkan ibunya sewaktu Ariff masih dalam kandungan.Tambahan lagi,ayahnya tidak mengakui bahawa Arif adalah anaknya serta nafkah Arif dan kakak sulongnya langsung tidak dipedulikan bekas ayahnya...alangkah kejam dan zalim seorang ayah yang bersikap demikian.


Ibu Ariff, Napisah Hj Sidik,(40 thn) merupakan seorang ibu tunggal yang telah berkahwin dengan seorang buruh sawit. Beliau adalah seorang yang sangat tabah menghadapi pelbagai ujian,beliau mengorbankan zaman persekolahannya bagi menjaga adik-adik. Sekarang,beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap bagi menampung mereka anak beranak.pendapatan suami barunya yang tidak seberapa hanya mampu menampung sedikit cuma kewangan mereka. Sekarang,Napisah sedang bekerja direstoran bagi menampung kos perubatan Ariff.

Ariff yang sentiasa memerlukan rawatan doktor pakar sekarang ini sememangnya memerlukan perbelanjaan yang cukup besar dan amat membebankan. Tambahan lagi,Hospital Kubang Kerian yang jauh dari kediaman mereka menambahkan lagi kos perubatan.

Oleh itu,dengan masalah yang ditimbulkan,saya mengharapkan agar coretan yang tidak seberapa ini menjadi faktor yang menyumbang kepada kemudahan mereka anak beranak. Saya mengharapkan ada golongan yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Sumbangan anda semua saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

"setiap amal kebajikan akan dibalas dengan beribu ganjaran disisi Allah S.W.T"

mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi:
Napisah Hj Sidik:+60139584619(Malaysia)
akaun
Tabung Haji : 630501041911561

@
Mohd Syamshul Hj Sidik:+20114485597(Mesir)
@
Napisah Bt Hj Sidik,
35 Kampung Merbau Pulas,

Jalan Dato' Amar,
21800 Ajil,Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia.



8 comments:

  1. Ariff ni anak sedare enta ke?mudah2an Allah memberi kekuatan utk beliau dan ibunya dlm m'hadapi ujian yg berat ini..

    ReplyDelete
  2. ye,anak saudara yang paling rapat n paling baik ngan ana..mudah2han macam tu lah..amin..sebar2kan cerita ini.mane tau ade yang sudi membantu..syukran

    ReplyDelete
  3. semoga Allah sentiasa melindungi beliau..hanya doa mampu dipanjatkan.

    ReplyDelete
  4. assalaamualaikum.
    ariff ni pernah cuba tak menjalani terapi seperti alat terapi bios 9001 diperbuat dr jepun .dlm surat khabar metro kelmarin ada iklan pasal terapi ini.
    terapi ini boleh digunakan oleh org yg tiada penyakit kanser,mengandung,pakai apa-apa alat elektronik dlm badan seperti bateri jantung.
    ramai pesakit jantung dpt memulihkan penyakit mereka.
    utuk maklumat lanjut boleh baca di blog saya
    sy hanya dpt mcadangkan sahaja

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua yang mendoakan adik Ariff.Mudah2an adik Ariff tabah dan sabar dalam hadapi ujian ni.tolong sebar2kan berita ni ye,mane tau ade yang sudi menghulurkan bantuan..
    buat Abirah..terima kasih atas pandangan yang agak baik tu..nnti saya bagitau keluarga adik Ariff ye..terima kasih skali lagi..

    ReplyDelete
  6. nk tnye..ade tak mok die@toqki@tok nyang ke, sape2 la yg ade pnykit cam die.. sebab simptom2 die mmg biase.. cume punca terjadinya simptom2 tu tak tahu.. mgkin sbb genetik...kalu ade, baik bgtahu kat doc...

    ReplyDelete
  7. untuk DR> setakat pengetahuan saya,keluarga saya takde yang berpenyakit macam die...cmenye adakah sekiranya seorang berkahwin dengan sepupu akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan genetik?boleh doktor huraikan??dan sekiranya boleh berlaku begitu,kemungkinan besar itu yang menyebabkan adik Ariff tu bermasaalah begitu..wallahua'lam..thanks doktor..

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget