LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

4/03/2009

Perkembangan Terkini Mohd Ariff

Bismillahirrahmanirrahim...
segala pujian dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi di atas kurnian nikmat yang begitu melimpah ruah..sedikit perkongsian buat sahabat2 mengenai berita adik Mohd Ariff yang sebelum ini pernah saya postkan mengenai kisah sedih yang menimpa adik Modh Ariff ini...bagi yang belum membaca kisah adik ini,bolehlah klik disini

seketika tadi saya baru menghubungi ibu kepada adik Mohd Ariff untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai keadaan adik Ariff.banyak jugak maklumat yang diperolehi daripada perbualan saya dengan ibu adik ariff.antaranya saya ingin menyebutkan keadaan adik Ariff ini...

baru-baru ini Ariff ini telah membuat pemeriksaan darah di Hospital Besar Kuala Terengganu
dan insyaAllah 27hb ini akan mengambil keputusan ujian darah tersebut.pemeriksaan darah ini dijalankan bagi memastikan agar tekanan darah berada pada paras yang normal.


"adik Ariff yang selalu mengimarahkan surau di kampung"


untuk pengetahuan sahabat2,pembedahan Ariff ini masih tidak boleh dilakukan kerana tahap hemoglobin dalam badannya masih pada tahap rendah dan perlu ditangguhkan sehingga tahap normal.

pembedahan yang akan dilakukan kepada adik Ariff ini adalah untuk mengerat tulang yang reput dan menggantikan dengan tulang sokongan.ini bertujuan menghalang tulang asal daripada terus mereput dan mengurangkan kesengsaraan yang ditanggung oleh adik Ariff.

selain berdoa,tiada apa yang mampu dilakukan oleh ibunya,Napisah Hj Sidik untuk mengubati anaknya tersebut.sama2lah kita berdoa agar Allah memudahkan dan meringankan beban keluarga mereka.sesiapa yang ingin membantu bolehlah merujuk kepada link ini.

sekian sahaja untuk perkembangan terkini adik Ariff ini dan insyaAllah perkembangan selanjutnya akan dimuatkan dalam blog saya yang tidak seberapa ini..semoga usaha saya ini mendapat restu dan redha Allah..wassalam

1 comment:

  1. Salam.

    Rasa simpati amat sangat pada Ariff, kebetulan namanya serupa dengan nama anak bujang Tie yang berusia 16 tahun...

    Mudah2an Ariff terus tabah dan cepat sembuh. Tie akan doakan untuknya....

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget