LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

2/25/2009

ROKOK..OH..ROKOK..



:mSad:perasaan sayu dan sedih bila melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan dugaan...maksiat dimerata tempat,tak kira lelaki atau perempuan,masing2 melakukan kerosakan dan kekotoran di bumi Allah yang suci murni ini...apakah digelar negara Islam jika pemimpin sendiri yang sentiasa melakukan kemungkaran???tepuk dada tanyalah iman masing2..

oklah,kembali kepada niat asal penulis,saya ingin mengutarakan sedikit ketidakpuashatian yang melanda diri ini sejak akhir2 ini.mesti saudara-saudari tahu apakah yang penulis mahu utarakan daripada gambar di atas.ya!!!memang gejala merokok sekarang sudah semakin menular di kalangan mereka yang bergelar manusia..kalau dulu,kita lihat mereka yang merokok adalah dikalangan ahli korporat@orang2 berada kerana disebabkan nilai yang tinggi.tetapi sekarang bukan setakat orang kaya bahkan semua pihak termasuklah mereka yang masih berada di bangku sekolah lagi.:mStudy:

APAKAH PUNCA INI TERJADI???

kalau nak bercakap tentang kesan merokok,tidaklah saya mampu dengan ilmu yang secetek hanya.sudah banyak doktor2 memberi nasihat dan mendedahkan akibat@kesan merokok,jadi sepatutnya kita yang berakal tidakkah merasakan perlu hindari tabiat yang buruk itu??atau kita membodohkan,memekakkan telinga dan membutakan mata hati kita dengan segala teguran,nasihat dsb???:mKenyang:


"ALA...KITA MEROKOK SEBAB NAK CARI RAMAI KAWAN JER..."
"TAK ROCKLA KALAU TAK MEROKOK..."
"MEROKOK NAMPAK BERGAYA.."


itu antara alasan2 yang kita bleh dengar dari mereka yang merokok.banyak lagi alasan2 yang tak masuk dek akal.penulis pun tak faham apakah yang mereka agung2kan dengan rokok.sedangkan merokok membahayakan kesihatan.tidakkah mereka terbaca firman Allah
(ولا تلقوا بأيديكم الى التهلكه )

"Dan janganlah kamu meletakkan diri kamu dalam kebinasaan"

penulis tidak hairan jika yang merokok di kalangan para jahilin tapi yang membengangkan penulis dan mengejutberukkan penulis ialah dikalangan pelajar Azhari contohnya.tidakkah mereka faham akan ayat tadi??jika perbuatan mereka dilihat oleh orang awam,tidakkah akan menyebabkan mereka memandang rendah akan pelajar Azhari..wahai pelajar Azhari,kamu adalah ulamak dan ulamak adalah pewaris Nabi.....
jadi,sedarlah kamu semua....tepuk dada..tanya iman masing2..:mThinking:

penulis dengan rasa berharap sangat agar kawan2 yang sudah terjebak dengan gejala merokok ni menghindarkan diri dan berhenti dari merokok..kerana seperti yang tertulis di kotak rokok"merokok membahayakan kesihatan"

kata nabil raja lawak...."LU PIKIR LA SENDIRIK!!!"

wallahu a'lam

p/s: maaf sekiranya penulis ade mengguris hati sesapa..tapi penulis tak berniat nak sakitkan
hati sapa2..cuma sayangkan sahabat2 sekalian..

2/23/2009

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.


Pelajar cemerlang akan:Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apayang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum.
-tidak ponteng kelas.

Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

Tahu teknik merangsang memori:-
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
-Sentiasa awal dan mendahului:-persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

Pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul-memberikan tumpuan sepenuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
-Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
-Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
-Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
-Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
-Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).

Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

-Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
-Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
-Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Tahu petua mengulang kaji-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul-fikir dan ingat kembali isi utama-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain-buat rumusan
-jawab soalan-tampal maklumat yang rumit di dinding-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.
-Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

Tahu petua-petua agar tidak lupa:-
-jangan makan kepala ikan-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri

Tahu kemahiran mengingat:-
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajahgunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti

Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui.
Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga
-cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

layari..link

2/19/2009

Tarbiyah Ruhiyyah

Manusia adalah terdiri daripada dua elemen penting. Jasadiyah dan Ruhiyyah. Kedua-dua elemen ini memerlukan makanan yang seimbang supaya ia boleh terus berfungsi dengan baik. Namun, apa yang mahu saya jadikan titik fokus ialah makanan bagi Ruhiyyah. Kerana saya percaya, bila bercerita tentang makanan jasadiyah, secara spontan kita akan membayangkan makanan-makanan yang enak-enak dan lazat-lazat. Malah, setiap hari kita tidak pernah terlupa untuk mengisi dan membekalkan jasadiyah kita dengan bekalan yang secukupnya.

Anda tahu apa makanan Ruhiyyah? Makanan Ruhiyyah adalah Tarbiyah. Satu fakta yang penting, tidak ramai manusia yang berjaya membekalkan Ruhiyahnya dengan tarbiyah. Tarbiyah Ruhiyyah.

Istilah Tarbiyah Ruhiyyah ini dipelopori oleh Sheikh Said Hawa. Namun sebenarnya ia sudah lama wujud. Nabi s.a.w adalah Murobbi Tarbiyah yang agung. Markaz Tarbiyah Nabi s.a.w telah melahirkan Rijaluddakwah seperti Zaid b. Harithah, Ali b. Abi Thalib, Mus'ab b. Umair dan yang lain-lain yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mempertahankan Islam. Antara method Tarbiyah Nabi s.a.w yang terdapat dalam Alquran ialah :

1. Yatlu 'alaihim Quran (Mengajar mereka tentang Al-Quran)
2. Tazkiyyah (Membersihkan diri mereka daripada apa sahaja jenis kotoran)




Markaz Tarbiyah Nabi s.a.w telah melahirkan Ruhban Fillail Wa Furson Finnahar (Rahib di malam hari dan kuda perang di siang hari). Juga, ia telah berjaya mengeluarkan produk-produk berjenama 'Combat' yang tidak mencintai dunia dan tidak takut mati. Walaupun sibuk dengan agenda dakwah dan perjuangan, namun hubungan dengan Allah tetap dijaga sebaiknya. Semakin rapat dhubungan kita dengan Allah, semakin mudah perjalanan perjuangan.

Dalam membicarakan soal Tarbiyah Ruhiyyah, masalah penting yang mesti kita 'cakna' ialah masalah hati. Sahabat ana selalu mengingatkan,

"Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Bila hati kotor, maka tiadalah pandangan Alah buat kita."

Hati kita cuma satu, jika hati yang satu ini tidak dapat kita jaga supaya sentiasa akur dengan nilai Islam, maka sebenarnya kita akan gagal menggerakkan seluruh jasad kita untuk Islam. Jika hati yang satu ini gagal mengingati Allah, malah diberikan utama kepada manusia, maka kita gagal memberi bekalan yang berzat kepada Ruhiyyah kita. Jika hati yang sekeping ini kita calitkan dengan calitan noda dan dosa, maka kita akan gagal memandu seluruh kehidupan kita untuk cinta hakiki.

Maka, apa yang perlu kita lakukan untuk memperkuatkan Ruhiyyah kita dengan Tarbiyah?

1. Mendampingi Allah
2. Meletakkan cintasebulatnya kepada Allah
3. Cinta Rasul,sahabatnya dan para ulama
4. Kasih kepada saudara mukmin semata-mata kerana Allah
5. Mengingati mati.

Ruhiyyah yang tidak cukup ditarbiyyah akan melahirkan pejuang yang tidak istiqamah berjuang di jalan Allah. Seperti kereta yang kehabisan bateri, manakan bisa bergerak. Ia hanya terlantar kaku selamanya, melainkan ia diisi oleh pemilik kereta. Maka, fikir-fikirkanlah

dipetik daripada:layyinulharir

2/16/2009

BarraH!!!!!

:mThinking:cmne ek nak mula..tajuk tu dah gempaq dah..tapi xtau nak menulis lak..ish,ni la kelemahan yang ada pada diri penulis...berlagak nak menulis konon..huhu..tapi xpelah,cuba sikit demi sikit.
sekarang ni dah jadi ahli qaryah baru walidain,kebetulan dapat jiran melayu,orang kedah(k.G)...baik pulak tuh.:mGelak:.sebelum ni,semua jiran arab..terasa macam tinggal berdua je kat satu bangunan..maklumlah,masing-masing buat hal sendiri...orang bandar katekan.:mNgumpat:
memanglah seronok,ape taknye...jika penulis ada urusan di luar,xla tinggal isteri kesayangan sorang2 di rumah...:mHihi:

tapi...perancangan Allah lebih hebat..

xsampai sebulan kami berjiran,akhirnya jiran tu dah kene BaRRAH!!(halau keluar) dari rumahnya..kesian betul,diberi notis 48jam untuk mengosongkan rumah..ish3..:mSad:zalim macam israel..xdapat nak rase berjiran dengan orang melayu lagi..
hati tertanya2 kenapa mereka dibarrah???:what:
tanya punya tanya,banyaklah sebab tuan rumah jadikan alasan untuk membarrahkan mereka,antaranya:
1) dituduh sebagai markaz
2) dituduh tinggal ramai dan melebihi had(x betul pun tuduhan die)
3) macam2 lagi lah...

kalau ikutkan,xkan bergoyang pokok kalau xde angin yang meniup...:mMuka:so,kesimpulan yang dapat penulis buat ialah mesti ade yang berdengki.kenapa penulis kate begitu??sebenarnya dihadapan rumah K.G iaitu bersebelahan dengan rumah penulis ade sekeluarga yang suka ambil berat tentang keadaan sekeliling:mNgumpat:. memang terlampau peka hinggakan boleh disimpulkan sebagai 'busy body'.memang betul ape yang dipesan orang tuan rumah penulis kepada penulis sebelum masuk ke rumah sekarang ni,katanya"jage2 skit dengan jiran arab kamu tu"

khulasohnya(kesimpulan)...cakap banyak dah tak gune sebab jiran penulis dahpun kene keluar.mmg sedih yang amat.didoakan kepada k.G n k.M sabar dalam ujian kat mesir ni.

pengajaran dari cerita ni:
1) 'Busy Body' akhlak yang amat tercela
2) elakkan daripada mengumpat..hehe:mHihi:banyak dosa yang akan dapat jika mengumpat
3) sabar dan tabah dalam menghadapi ujian di bumi anbiya'.

oklah,itu saja untuk kali ini..kalau ada teguran,silakan dan biarlah secara berhikmat...syukran n massalamah...:mSurrender:
**************************************************************************

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

syeikh sayyid Qutub



Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini
Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

2/15/2009

seloka aurat




dalam keluarga wajib tekankan
ilmu dan nasihat juga pendidikan
kalau tak ikut gunalah rotan
demi laksanakan perintah tuhan

aurat ditutup mestilah lengkap
tudung litup pun orang cakap
mini telekong pun orang cakap
elok dipandang tak payahpun 'make up'

sekurang-kurangnya berbaju kurung
lebih elok jubah mengurung
kaki pula mesti bersarung
ditumit kaki syaitan bertarung

kalau wanita menutup aurat
orang jahat tak berani ngorat
bahkan boleh menjadi ubat
orang memandang boleh bertaubat

pakaian moden??memanglah hebat
harganya mahal walaupun ketat
walaupun cantik tetapi singkat
orang memakaipun nampak pusat

berseluar ketat bajupun ketat
jarangnya pulak boleh dilihat
orang memakai terus dilaknat
oleh Allah,Rasul dan Malaikat



apa yang aneh bila dipandang
lengan pendek tapi bertudung
nampak seperti orang yang kudung
mata terpandang kaki tersadung

lagilah aneh bila difikir
baju kebaya tudung berukir
nampak dada iman terjungkir
kain terbelah peha terukir

bila ditanya kenapa begitu
dikata fesyennya dah macam tu
didalam hati niat tertentu
menggoda jantan sudahlah tentu

menutup aurat boleh berfesyen
tapi jangan menunjuk eksyen
sesuaikan diri ikut profesyen
kalau dilaknat tak guna sesen

kalau nak make up biarlah padan
jangan terlebih bila berdandan
minyak wangi cuba elakkan
bedak dan gincu sekadar keperluan

kasut tinggi cuba jauhi
kerana ia melahirkan bunyi
boleh menarik perhatian lelaki
perbuatan ini dibenci ILAHI

apatah lagi menghentakkan kaki
menarik perhatian orang lelaki
melenggok punggung menggoda hati
ustaz melihat pun separuh mati


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2/07/2009

Masjid dikunjungi bukan kerana kecantikannya

MASJID Nabi s.a.w. yang dibina dari pohon kurma serta tanah mentah yang dibuat berbentuk blok, kemudiannya menghadapi perubahan dan baik pulih dari masa ke semasa. Saidina Osman bin Affan r.a. turut menyumbangkan tenaga dan fikiran ke arah perubahan-perubahan itu.

Pengukuhan semula struktur binaan masjid disebut sebagai 'At-Tasyyid'adalah suatu keperluan, bahan-bahan yang mudah rosak seperti pohon kurma dan tanah yang dijadikan dinding tidak tahan lama dan mudah rosak. Para khalifah terbabit dengan kerja at-Tasyyid disebabkan pengunjung masjid yang semakin meningkat dari masa ke masa maka pembesaran juga dilakukan terhadap masjid Nabi s.a.w.. Sebab itu 'at-tasyyid' terus berlaku sejak zaman khalifah hingga bila-bilapun. Semua itu dilakukan oleh pihak berkuasa pada zaman masing-masing mengikut keperluan dan keupayaan.

Adapun 'tasyyid' sememangnya suatu usaha yang wajar dan dipandang baik oleh kebanyakan ulama'. Nabi s.a.w. membina masjid dengan cara yang amat sederhana kerana baginda supaya bangunan masjid itu dapat segera dimanfaatkan, kerana ia sangat diperlukan dengan seberapa segera bagi pengukuhan aqidah dan pembangunan masyarakat Islam Madinah yang baru. 'At-tasyyid' selaras dengan keperluan Islam dan tidak menjejaskan tujuan pembinaan masjid, malah mendatangkan banyak manfaat kepada umat Islam.


sekadar hiasan



Selain dari 'tasyyid', dilakukan juga usaha menghias dan mengindahkan masjid ('Zahrafah'), seperti membuat pelbagai ukiran dan awan larat. Adakah zahrafah atau mengias masjid itu suatu usaha yang direstu oleh Islam, sedangkan hiasan masjid dalam apa bentuk sekalipun tidak tergolong sebagai suatu keperluan.

Dalam perkara 'zahrafah' atau menghias masjid ini, telah ijtimak para ulama ' bahawa perbuatan itu dianggap makruh. Malah terdapat juga di kalangan ulama' yang membenci perbuatan menghias masjid, sehingga sampai ke peringkat mengharamkan perbuatan tersebut kerana dianggap membazir. Tidak terdapat di kalangan ulama' yang mengharuskan perbuatan menghias masjid.

Walaupun ulama' tidak sepakat tentang penetapan hukum, malah berlaku khilaf antara yang menghukumkan makruh dan yang menghukumkan haram. Namun para ulama' telah sepakat dari segi menetapkan bahawa tidak boleh menggunakan wang tabung masjid bagi mengadakan hiasan dan ukiran pada masjid. Jika usaha menghias masjid hendak dilaksanakan, mereka mesti mencari sumber lain untuk menampung perbelanjaan itu.

Khilaf ulama' sekiranya ukiran-kiran masjid itu dibiayai dari wang saku pembuat masjid itu sendiri, ada ulama' yang mengharuskan. Tetapi ada ulama' yang melarang perbuatan tersebut, sikap keras ulama' yang menentang usaha membuat ukiran dalam masjid menunjukkan betapa golongan ulama' ini sangat membenci untuk mengadakan perkara-perkara yang tiada mempunyai dalil dari Rasulullah.

Masjid sewajarnya bersih dari sebarang anasir yang boleh mengganggu ketenangan jiwa para pengunjungnya yang hendak menumpukan fikiran hanya kepada Allah SWT sahaja. Sebab itu apabila seseorang mendirikan solat, mereka berikrar untuk menghadapkan perhatiannya hanya kepada Allah SWT yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi.Tarik perhatian orang ramai kepada masjid bukan disebabkan oleh kecantikan masjid. Jika kecantikan masjid menjadi bahan tarikan, kemungkinan masjid akan hanya menjadi tarikan kepada pelancong yang hanya mengkagumi binaannya.


Oleh
TUAN GURU HJ. NIK ABD. AZIZ NIK MAT


p/s :
~ bersamalah kita imarahkan masjid2 yang dibina.
~ contoh teladan yang terbaik ialah Nabi Muhammad S.A.W..

2/03/2009

t=v1+v2 ,Cara meningkatkan traffic dan popularity dengan cepat dan alami.

Mohon baca baik-baik lalu terapkan dengan benar....

Sebuah filosofi mengatakan "Honesty is The Best Policy (Kejujuran adalah politik/strategi terbaik)" , inilah yang akan kita buktikan.... apakah konsep kejujuran bisa kita olah menghasilkan traffic dan popularity yang lebih hebat dari konsep rumit para expert webmaster atau pakar SEO..?... Saya yakin bisa asal konsep ini di jalankan dengan benar..., bila ini di terapkan pada web anda sesuai ketentuan maka:
-Web anda akan kebanjiran traffic pengunjung secara luar biasa hari demi hari, tanpa perlu repot-repot memikirkan SEO atau capek-capek promosi keberbagai tempat di dunia internet.
-Web anda akan kebanjiran backlink secara luarbiasa hari demi hari, tanpa perlu repot-repot berburu link keberbagai tempat di dunia internet.

Jika Albert Einstein memakai persamaan e=mc2 untuk menggabungkan potensi masa dan kecepatan cahaya untuk menghasilkan energi nuklir yang luar biasa itu ,maka kita akan memakai persamaant=v1+v2 untuk mnggabungkan potensi web saya dan web anda untuk menghasilkan traffic dan popularity yang luar biasa pula.

Jika Einstein menggunakan atom plutonium dan uranium untuk membuat bom nuklir, maka kita menggunakan Kejujuran dan ketepatan untuk membuat bom traffic dan popularity ini.

Yang perlu anda lakukan adalah ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buat posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste posting ini dari kalimat Copy mulai disinisampai kalimat Selesai, dan juga diberi berjudul : t=v1+v2 ,Cara meningkatkan traffic dan popularity dengan cepat dan alami.

2. Selanjutnya Copy atau buat KALIMAT SAKTI yang ada di bawah nomor 3 ini lalu pasang di web anda pada bagian yang paling mudah dilihat pengunjung, misalnya di bagian atas sidebar

3. Pindahkan atau ganti link atau alamat url posting (disini-1) dengan alamat url anda dan (disini-2) dengan alamat postingan URL saya, untuk mengetahui alamat url posting saya dan posting yang anda buat adalah bisa dengan meng-klik judul/title posting yang kita buat ini lalu copy address bar nya

Berikut tulisan "KALIMAT SAKTI" yang perlu anda pasang di bagian web anda (setelah di ganti link url-nya sesuai ketentuan di atas)

"Ingin meningkatkan traffic pengunjung dan popularity web anda secara cepat dan tak terbatas...? Serahkan pada saya..., Saya akan melakukannya untuk anda GRATIS...!..Klik disini-1 dan disini-2"

-Jadi setelah KALIMAT SAKTI ini di letakan di web anda maka: jika pengunjung meng-klik link disini-1akan menuju link posting anda, dan jika meng-klik disini-2 akan menuju link posting saya...dan seterusnya kan terus terjadi mata rantai yang tak terputus seperti itu...

4. Selesai, siapkan counter tracker dan pengecek link misalnya sitemeter dan technorati untuk melihat hasil banjir traffic dan linkback web anda.

Apa itu t=v1+t2...?
t : Jumlah traffic yang akan di peroleh web anda dalam suatu hari
v1 : Jumlah pengunjung web anda dalam suatu hari
v2: Jumlah pengunjung yang dimiliki v1 (pengunjung dari pengunjung web anda) dalam suatu hari.

Traffic:
Misalnya, web saya ini atau web anda dalam sehari memiliki rata-rata pengunjung 50 orang.., dan semuanya menerapkan konsep kita ini (KALIMAT SAKTI) dengan benar, dan dari 50 orang itu masing-masing memiliki 50 orang pula pengunjung dari blog-nya , maka web kita akan berpeluang di kunjungi 50 ditambah 50 x 50 orang pada hari itu = 2550 orang , dan akan berpeluang terus meningkat pula hari demi hari ,karena setiap hari selalu ada pengunjung baru di dunia internet, setiap hari juga ada blogger atau web baru di dunia internet...BUKTIKAN

Popularity:
Misalnya, web kita memiliki pengunjung 50 orang dalam suatu hari, dan semuannya menerapkan konsep ini , maka dalam hari itu web anda akan mendapatkan 100 linkback ke web anda, yaitu sebuah link pada KALIMAT SAKTI dan sebuah link pada link saya di kalikan 50. dan akan berpeluang meningkat terus hari demi hari....

Kenapa perlu di buat link link anda dan link saya pada posting...?
...hal ini untuk menjaga keabadian link kita, karena seperti kita tau link pada posting lebih kecil kemungkinannya terhapus....

Bisakah kita berbuat tidak fair atau tidak jujur menyabotase konsep ini, misalnya "menghilangkan semua link asal" lalu di isi dengan web/blog kita sendiri...? ....Bisa, dan konsep ini tidak akan menjadi maksimal untuk membuktikan Kejujuran adalah strategi/politik terbaik.....Tapi saya yakin bahwa kita semua tak ingin menjatuhkan kredibilitas diri sendiri dengan melakukan tindakan murahan seperti itu...

2/02/2009

Ghanimah(harta rampasan perang)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Watch more Google Video videos on AOL Video

~terima kasih~

Sekalung kesyukuran saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana saya sudah selamat berpindah ke rumah baru..walaupun pelbagai rintangan dan halangan telah dihadapi..namun,segalanya mengajar erti kehidupan sebenar..alhamdulillah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dikesempatan ini juga,saya ingin memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan yang telah terlibat dalam proses pemindahan itu kerana telah menyusahkan kalian semua..semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian dengan pahala yang berlipat ganda.

saya cukup berterima kasih kepada kalian kerana banyak membantu saya,tanpa saudara2 kalian,saya tidak tahu bagaimana keadaan saya..semoga ukhwah di antara kita semua semakin dekat..

Wallahua'lam...wassalam..

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget