Popular Posts

2/19/2009

Tarbiyah Ruhiyyah

Manusia adalah terdiri daripada dua elemen penting. Jasadiyah dan Ruhiyyah. Kedua-dua elemen ini memerlukan makanan yang seimbang supaya ia boleh terus berfungsi dengan baik. Namun, apa yang mahu saya jadikan titik fokus ialah makanan bagi Ruhiyyah. Kerana saya percaya, bila bercerita tentang makanan jasadiyah, secara spontan kita akan membayangkan makanan-makanan yang enak-enak dan lazat-lazat. Malah, setiap hari kita tidak pernah terlupa untuk mengisi dan membekalkan jasadiyah kita dengan bekalan yang secukupnya.

Anda tahu apa makanan Ruhiyyah? Makanan Ruhiyyah adalah Tarbiyah. Satu fakta yang penting, tidak ramai manusia yang berjaya membekalkan Ruhiyahnya dengan tarbiyah. Tarbiyah Ruhiyyah.

Istilah Tarbiyah Ruhiyyah ini dipelopori oleh Sheikh Said Hawa. Namun sebenarnya ia sudah lama wujud. Nabi s.a.w adalah Murobbi Tarbiyah yang agung. Markaz Tarbiyah Nabi s.a.w telah melahirkan Rijaluddakwah seperti Zaid b. Harithah, Ali b. Abi Thalib, Mus'ab b. Umair dan yang lain-lain yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mempertahankan Islam. Antara method Tarbiyah Nabi s.a.w yang terdapat dalam Alquran ialah :

1. Yatlu 'alaihim Quran (Mengajar mereka tentang Al-Quran)
2. Tazkiyyah (Membersihkan diri mereka daripada apa sahaja jenis kotoran)




Markaz Tarbiyah Nabi s.a.w telah melahirkan Ruhban Fillail Wa Furson Finnahar (Rahib di malam hari dan kuda perang di siang hari). Juga, ia telah berjaya mengeluarkan produk-produk berjenama 'Combat' yang tidak mencintai dunia dan tidak takut mati. Walaupun sibuk dengan agenda dakwah dan perjuangan, namun hubungan dengan Allah tetap dijaga sebaiknya. Semakin rapat dhubungan kita dengan Allah, semakin mudah perjalanan perjuangan.

Dalam membicarakan soal Tarbiyah Ruhiyyah, masalah penting yang mesti kita 'cakna' ialah masalah hati. Sahabat ana selalu mengingatkan,

"Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Bila hati kotor, maka tiadalah pandangan Alah buat kita."

Hati kita cuma satu, jika hati yang satu ini tidak dapat kita jaga supaya sentiasa akur dengan nilai Islam, maka sebenarnya kita akan gagal menggerakkan seluruh jasad kita untuk Islam. Jika hati yang satu ini gagal mengingati Allah, malah diberikan utama kepada manusia, maka kita gagal memberi bekalan yang berzat kepada Ruhiyyah kita. Jika hati yang sekeping ini kita calitkan dengan calitan noda dan dosa, maka kita akan gagal memandu seluruh kehidupan kita untuk cinta hakiki.

Maka, apa yang perlu kita lakukan untuk memperkuatkan Ruhiyyah kita dengan Tarbiyah?

1. Mendampingi Allah
2. Meletakkan cintasebulatnya kepada Allah
3. Cinta Rasul,sahabatnya dan para ulama
4. Kasih kepada saudara mukmin semata-mata kerana Allah
5. Mengingati mati.

Ruhiyyah yang tidak cukup ditarbiyyah akan melahirkan pejuang yang tidak istiqamah berjuang di jalan Allah. Seperti kereta yang kehabisan bateri, manakan bisa bergerak. Ia hanya terlantar kaku selamanya, melainkan ia diisi oleh pemilik kereta. Maka, fikir-fikirkanlah

dipetik daripada:layyinulharir

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Salam Ukhuwah dari Ampang, Selangor.

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget