LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

2/15/2009

seloka aurat




dalam keluarga wajib tekankan
ilmu dan nasihat juga pendidikan
kalau tak ikut gunalah rotan
demi laksanakan perintah tuhan

aurat ditutup mestilah lengkap
tudung litup pun orang cakap
mini telekong pun orang cakap
elok dipandang tak payahpun 'make up'

sekurang-kurangnya berbaju kurung
lebih elok jubah mengurung
kaki pula mesti bersarung
ditumit kaki syaitan bertarung

kalau wanita menutup aurat
orang jahat tak berani ngorat
bahkan boleh menjadi ubat
orang memandang boleh bertaubat

pakaian moden??memanglah hebat
harganya mahal walaupun ketat
walaupun cantik tetapi singkat
orang memakaipun nampak pusat

berseluar ketat bajupun ketat
jarangnya pulak boleh dilihat
orang memakai terus dilaknat
oleh Allah,Rasul dan Malaikat



apa yang aneh bila dipandang
lengan pendek tapi bertudung
nampak seperti orang yang kudung
mata terpandang kaki tersadung

lagilah aneh bila difikir
baju kebaya tudung berukir
nampak dada iman terjungkir
kain terbelah peha terukir

bila ditanya kenapa begitu
dikata fesyennya dah macam tu
didalam hati niat tertentu
menggoda jantan sudahlah tentu

menutup aurat boleh berfesyen
tapi jangan menunjuk eksyen
sesuaikan diri ikut profesyen
kalau dilaknat tak guna sesen

kalau nak make up biarlah padan
jangan terlebih bila berdandan
minyak wangi cuba elakkan
bedak dan gincu sekadar keperluan

kasut tinggi cuba jauhi
kerana ia melahirkan bunyi
boleh menarik perhatian lelaki
perbuatan ini dibenci ILAHI

apatah lagi menghentakkan kaki
menarik perhatian orang lelaki
melenggok punggung menggoda hati
ustaz melihat pun separuh mati


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget