"kita tidak mampu menjadi sempurna,tetapi kita hanya mampu menjurus kepada kesempurnaan.."
Popular Posts
-
H utang tag daripada blog syamujahidah ,dah lame beliau memberikan tag ini,tapi tak sempat untuk membuatnya..ini baru tag yang pertama,ada s...
-
H airan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahhari itu. 1September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berke...
7/29/2008
Malu Semalunya..
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru.
Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap-luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya dia...!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya, ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya... stationerynya la... tong
sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!!
Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang nie. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk.. masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar besar...juta juta...pura-pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah...sibuk sikit... maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar... kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??!! Dengan selamba pelanggan itu kata...
"Err...boss...saya ni dari Syarikat Telekom ...datang nak sambung wayar talipon...!!
Agak korang laaa...camana eh reaksi pemuda tu...kalau lah kena kat aku...bengang beb... MALUUUUU...semalu-malunya!!!!!!!!!!!! Tak sanggup tengok muka mamat Telekom tu.....Gerenti kengkawan dia berdekah-dekah tergelak bila diorang dengar cerita mamat tu..
So, ingat tu..jangan bohong, jangan berlagak. Ok, tu jer...wassalam
Satu Kebetulan???
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua! Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
"Saya bekerja di Twin Star Enterprised".
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!". "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua.
"Saya kerja di 3M Corporation".
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ketiga, "Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,
"Saya bekerja di Seven-Eleven"
7/24/2008
UKHUWWAH FAYYOUMI
Baru2 ni, persatuan aku telah mengadakan jaulah(lawatan) ke Fayyoum.salah satu tempat perlancongan di bumi mesir ni..bolehla dikatakan satu2nya tempat dimana disitu terdapat air terjun...begitulah hebatnya kuasa Sang Pencipta.siapa sangka di kawasan padang pasir sebegini terdapat jugak air terjun..SUBHANALLAH..bile melihat akan kehebatan ciptaan tuhan pastinya terungkap di bibir rase takjub dan memuji2 Sang Pencipta..walaupun perjalanan ke fayyoum memang memenatkan..tapi kepenatan kami akhirnya terubat dengan keindahan alam yang menggamit rase dan hati sesape saje yang melihatnya.dengan permandangan yang menarik ketika dalam perjalanan ke Fayyoum..dengan celoteh kawan2 memang memberikan suasana dan pengalaman yang cukup indah dan sebagainya.
Begitulah ukhuwah yang terbina antara kami pelajar2 azhari di bumi anbiya'.walaupun berjauhan dengan keluarga,kerinduan tersebut dapat dihilangkan dengan adanya sahabat2 yang sudah pastinya setiap orang mempunyai pelbagai kerenah dan celoteh...aku bersyukur pada Ilahi kerana aku berpeluang menjalinkan ukhwah dengan sahabat2..antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah yang first dah tentu mandi-manda..hehe..n then kami adakan sedikit BBQ...selepas itu kami terus ke bandar Fayyoum dan merehatkan badan dan minda serta menunaikan kewajipan sebagai hamba.selepas itu kami meneruskan perjalanan ke kebun mangga..em,inilah paling melucukan bagi kami...begini,daripada mula masuk ke Fayyoum kami di iringi dengan anggota keselamatan..begitu rapi keselamatan kami dijaga..tetapi kami agak terikat dengan peraturan dan kerenah polis tu.apabila kami meneruskan perjalanan ke kebun mangga...kami mengekori polis tersebut kerana kami tidak mengetahui arah ke kebun tersebut..nak dijadikan lawak..kerana driver kami tidak mengetahui arah ke kebun mangga itu,lalu beliau bertanya kepada polis yang mengiringi kami itu...
Dngan penuh yakin dan semangat,polis itu membawa kami ke tempat yang hendak dituju..sejurus kemudian,bas yang dinaiki berhenti..kami tertanya2..dimanakah kebun mangga tersebut????lalu polis tadi keluar dan berkata"ni lah mangga yang kamu cari..(sambil tangannya menunjuk ke arah gerai mangga di tepi jalan..)huh..mmg pandai arab ni buat lawak..aku rase mmg kalah apek..bas yang kami naik riuh dengan gelak tawa.kemudian selepas berbincang dengan polis tersebut..kami pun terus dibawa ke kebun mangga yang berdekatan.kami sampai jugak ke kebun mangga walaupun tersalah tempat...
selepas itu,kami teruskan perjalanan balik ke kaherah..seharian berjaulah mmg memenatkan.tapi kegembiraanyang dirasa mengatasi kepenatan kami.dalam perjalanan pulang..kami menghadapi musibah..dimana tayar bas yang kami naiki pecah..kami bersyukur kerana tayar yang pecah ialah tayar belakang.jadi,risiko terbabas adalah kurang.tak dapat dibayangkan jika tayar hadapan yang pecah...selepas sejam tergendala di tepi jalan...akhirnya kami dapat teruskan perjalanan juga..segala musibah dapat diatasi.kebetulan kedai tayar hanya sekadar 1km dari tempat kejadian.
akhirnya kami sampai ke Kaherah dengan selamat...alhamdulillah.selain daripada dapat merehatkan minda,jaulah yang dijalankan ini dapat memupuk ukhuwah yang baik di antara kami.begitulah manusia...saling memerlukan antara satu sama lain.manusia tidak boleh hidup keseorangan...manusia mesti hidup dengan berjemaah,kerana sifat manusia penuh dengan kekurangan...jika tanpa jemaah..manusia akan senang hanyut..ALAIKUM BILJAMAAH..itu sahaja pengalaman yang ingin dikongsi bersama..moga terhibur dan dapat ambil peringatan mane2 yang dirasekan berguna..wassalam(ss)
SANTAPAN ROHANI...
TBerikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.
1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.
6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12. Mengajar adalah belajar.
13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.
16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.
21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.
31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.
33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.
35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.
36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.
37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.
38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
7/22/2008
Durian Oh Durian......

Apabila melangkah ke penghujung tahun,sememangnya merupakan mase yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang amat minat pada ‘raja buah’ atau lebih dikenali dengan DURIAN.yang mempunyai kebun durian sendiri akan berangan-angan menjadi orang kaya baru,yang jauh akan mengorbankan duit yang banyak kerana durian yang diminati,itulah hebatnya cinta durian.mampu menggilakan sesapa saja.
7/13/2008
Arab VS ROKOK!

Baru2 ini,aku mempunyai urusan di hayyu sabi'(seksyen 7).dalam perjalanan dari hayyu asyir(seksyen 10) ke sabi' adalah lebih kurang 2-3 km.aku bertegur sapa dengan seorang pemuda arab yang kelihatan agak mesra.mmg dah jadi hobi arab menyakat orang asing,lagi2 yang berbadan kecil seperti aku nih..walaupun badan kecil,mulut aku pun boleh tahanlah kalu bab sound2 nih..silap gaya dan cara,mmg orang akan berasa ati..tp itu adalah diri aku.kalau dilayan baik,aku akan bersikap baik..dan begitulah sebaliknya..okeh,berbalik kepada tajuk kali ni,Arab VS ROKOK..semasa aku berada dalam kenderaan menuju sabi',berlakulah perbualan diantara aku dan seorang pemuda arab..perbualan ini sudah diterjemah bagi menjimatkan mase dan tenaga..hehe=)
aku : Assalamualaikum..(ketika naik tramco)
penumpang lain :waalaikummussalam..
....................................................................................
arab : sedara,kamu hisap rokok??
aku : tak..haram atasku..
arab : kenapa?kamu tahu tak,rokok ni best sangat...
aku :leih(knp)??
arab : kamu tau tak,kalu kite hisap rokok..kite akan rase tenang dan segala masalah akan hilang.
aku :ooo..kaman(lagi)?
arab :em..lagi aku rase bangge sebab hisap rokok,sebabnye aku rase bergaya..
aku :ooo..kidah(begitu)..
isma' ya akhil karim(dgrlah wahai sedaraku yang mulia)..
kamu islam kan?
arab :alhamdulillah,saya muslim
aku :alhamdulillah,dgr aku nak cakap sesuatu..
begini,Islam adalah agama yang terbaik,Islam juga telah meletakkan garis panduan sebagai seorang muslim.adab.akhlak dan sebagainya..kamu mengatakan yang hisap rokok boleh menenangkan hati dan menghilangkan masalah,sebetulnya Allah pernah berfirman yang maksudnya"hanya dengan mengingati Allah akan melapangkan hati"
adakah kamu tidak tahu semua itu ya akhi?
arab :ya,betul ape yang kamu katekan itu..
aku :alhamdulillah,kamu boleh menunaikan solat bagi mendapatkan ketenangan..banyak lagi cara lain yang boleh kamu lakukan selain daripada menghisap rokok wahai sedaraku...
arab :kidah sah ya akhi(betul tu sedara)..
belum pun sempat aku bercakap banyak,aku rupanya dah sampai ke tempat yang dituju..aku memberitahu driver utk berhenti..aku mengucapkan salam kpd arab tadi dan semua yang berada dalam kenderaan itu..aku sempat melirik kpd mak cik arab yang berada di belakang aku ketika dalam tramco td..die tersenyum..rupanya satu tramco dengar aku berhujah dengan arab tadi...aku pun membalas senyuman dan aku rase amat gembira dapat memberi peringatan kepada saudaraku sesama Islam walaupun sering aku merasakan yang aku tidak layak untuk memberi nasihat kepada orang lain....terpulanglah kalau die nak dengar atau tidak,tapi aku dah jalankan tanggungjawabku..alhamdulillah...
ini adalah antara pengalaman ketika mengharungi perjalanan hidup di bumi Anbiya'..alhamdulillah walaupun hanya seketika,aku berjaya menutup mulut arab yang begitu berbangga kerana menghisap rokok.. kerana kebenaran pasti akan terserlah walau apa jua tohmahan yang datang...Ingatlah wahai saudara2 ku..ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN... wsalam..
7/03/2008

*****************************************************************************
13. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;
14. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
15. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
16. Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
*****************************************************************************
Begitulah betapa cantik dan moleknya pengaturan Sang Pencipta..maka.seharusnya kita melazimi syukur dan tasbih memuji serta mlafazkan terima kasih kepada Rabbul Izzati yang telah banyak memberi rahmat dan kurniaNya kepada kita semua tanpa apa-apa...Alhamdulillah..Subhanallah..Allahuakbar.. Perjalanan hidup seorang hamba sudah pastinya akan menghadapi pelbagai rintangan dan onak duri serta tipu daya..lagi-lagi bila adanya satu golongan yang mana telah berjanji dengan Allah akan menyesatkan dan menyelewengkan hidup manusia daripada jalan yang lurus..itulah dia SYAITAN laknatullahi alaih..ya Allah kami berlindung denganMu dari Syaitan yang direjam…jauhkanlah kami dari tipu daya dan godaannya…amiin. Perjalanan hamba mestilah berlandaskan dustur Ilahi dan sunnah Rasulullah s.a.w..sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud”Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara,kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya,iaitu al Quran dan Sunnah pengajaranKu”(riwayat)..mereka yang mengaku sebagai ummat Islam belum tentu adalah beriman dan orang yang beriman sudah pastinya ialah Islam..oleh itu mereka yang muslim belum boleh berbangga dengan keislamannya dan mereka perlu mencukupkan syarat untuk mereka mendapat pengiktirafan sebagai seorang hamba Allah yang BERIMAN dengan menambahkan keimanan mereka.barulah hidup mereka akan aman dunia dan akhirat.. -ss-