LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

7/22/2008

Durian Oh Durian......



Apabila melangkah ke penghujung tahun,sememangnya merupakan mase yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang amat minat pada ‘raja buah’ atau lebih dikenali dengan DURIAN.yang mempunyai kebun durian sendiri akan berangan-angan menjadi orang kaya baru,yang jauh akan mengorbankan duit yang banyak kerana durian yang diminati,itulah hebatnya cinta durian.mampu menggilakan sesapa saja.

Okeh,oleh kerana dah menyabut tentang durian,aku pun ade cerita pasal durian.al-maklumlah aku ni adalah orang kampung yang menetap berhampiran dengan hutan.tapi taklah sampai menjadi orang hutan..hehe…setiap tahun pokok durian yang ditanam di belakang dan dihadapan rumah aku akan berbuah.itulah yang pasti dtunggu oleh anak-anak saudara aku dan tak lupa aku sendiri.anak saudara aku mmg ramai,ibarat boleh buat dua battalion askar wataniah.huhu…berbalik kepada cerita durian..aku agak minat makan durian.lagi-lagi durian yang mak ayah yang tanam sendiri,kerana aku merasakan durian itu lebih sedap berbanding durian-durian yang dijual di kedai-kedai…


Tetapi…kali ini aku tak berkesempatan dengan musim durian di Malaysia kerana mengembara mencari ilmu di perantauan..amat pilu dan sedih bile mengenangkan saat durian menyentuh bibir dan saat lidahku merasa nikmat makan raja buah itu…lagi-lagi apabila makan durian tersebut dengan keluarga tersayang..amat menyeronokkan.pastinya banyak karenah dan celoteh yang akan menmbingitkan suasana rumahku dengan gelak tawa..oh..durian..kau salah satu wasilah untuk mengeratkan ukhuwah keluarga aku... Terkenang aku ketika berada di musim durian di Malaysia ,saat ini adalah saat dimana aku pastinya akan ditaklifkan sebagai penjaga kebun daripada ancaman luar..chewaah,macam askar la plak..maksud ancaman di sini ialah ancaman daripada sang tupai dan sang cik bek.cik bek name gelaran bagi b.a.b.i…tupai ancaman di atas pokok,manakala cik bek ancaman apabila buah itu gugur ke tanah..bermacam cara pernah aku lakukan untuk menhalau tupai dan cik bek.antaranya boleh aku sebutkan disini,aku dan adik-bradik yang lain pernah menjadi pembidas tupai yang hebat apabila banyak tupai yang berjaya ditumpaskan.aku juga pernah menggunakan mercun untuk menghalau tupai dan cik bek.al-maklumlah,aku ni kalau dah mari sifat malas,otak ni asyik duk pikir nak cari jalan mudah jela..guna mercun lagi senang.tak payah berlari-lari dan menyeksa tengkuk aku untuk melihat tupai di atas pokok.kadang-kadang habuk masuki mata..huh! pedih tu…


Itulah sedikit sebanyak yang aku mampu bagitau kat korang semua.banyak lagi yang aku nak cerita,tapi aku rase cukuplah setakat ini aku melelehkan air liur korang semua(khusus yang berada di mesir) dengan tajuk ni..’’DURIAN..OH…DURIAN..’’semoga cerita ini mampu mengingatkan kat korang semua pengalaman dan kenangan indah ketika berada di Malaysia.bagi yang berada di Malaysia,syukurlah anda kerana dapat menikmati kesedapan buah durian..makan tu ingatlah kat saudara-saudara kita yang lain..wassalam(ss)

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget