LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

7/03/2008


Perjalanan…………………Itulah lafaz yang pasti terlintas dalam setiap diri manusia…kerana perjalanan itu cukup luas pengertiannya..perjalanan yang terlintas di sudut otak kecilku ialah perjalanan menuju kasih dan rahmat Ilahi..mampukah aku sebagai insan kerdil mendapat perjalanan yang aku impikan??? Sesungguhnya perjalanan hidup seorang insan yang bernama hamba telah pun diberitakan oleh yang maha kuasa dalam kalamNya yang Agung sebagaimana termaktub dalam surah al-Mu’minuun bermula ayat 13 hingga ayat 16…

*****************************************************************************
13. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;
14. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
15. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
16. Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.


*****************************************************************************
Begitulah betapa cantik dan moleknya pengaturan Sang Pencipta..maka.seharusnya kita melazimi syukur dan tasbih memuji serta mlafazkan terima kasih kepada Rabbul Izzati yang telah banyak memberi rahmat dan kurniaNya kepada kita semua tanpa apa-apa...Alhamdulillah..Subhanallah..Allahuakbar.. Perjalanan hidup seorang hamba sudah pastinya akan menghadapi pelbagai rintangan dan onak duri serta tipu daya..lagi-lagi bila adanya satu golongan yang mana telah berjanji dengan Allah akan menyesatkan dan menyelewengkan hidup manusia daripada jalan yang lurus..itulah dia SYAITAN laknatullahi alaih..ya Allah kami berlindung denganMu dari Syaitan yang direjam…jauhkanlah kami dari tipu daya dan godaannya…amiin. Perjalanan hamba mestilah berlandaskan dustur Ilahi dan sunnah Rasulullah s.a.w..sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud”Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara,kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya,iaitu al Quran dan Sunnah pengajaranKu”(riwayat)..mereka yang mengaku sebagai ummat Islam belum tentu adalah beriman dan orang yang beriman sudah pastinya ialah Islam..oleh itu mereka yang muslim belum boleh berbangga dengan keislamannya dan mereka perlu mencukupkan syarat untuk mereka mendapat pengiktirafan sebagai seorang hamba Allah yang BERIMAN dengan menambahkan keimanan mereka.barulah hidup mereka akan aman dunia dan akhirat.. -ss-

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget