LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

7/24/2008

UKHUWWAH FAYYOUMI


Baru2 ni, persatuan aku telah mengadakan jaulah(lawatan) ke Fayyoum.salah satu tempat perlancongan di bumi mesir ni..bolehla dikatakan satu2nya tempat dimana disitu terdapat air terjun...begitulah hebatnya kuasa Sang Pencipta.siapa sangka di kawasan padang pasir sebegini terdapat jugak air terjun..SUBHANALLAH..bile melihat akan kehebatan ciptaan tuhan pastinya terungkap di bibir rase takjub dan memuji2 Sang Pencipta..walaupun perjalanan ke fayyoum memang memenatkan..tapi kepenatan kami akhirnya terubat dengan keindahan alam yang menggamit rase dan hati sesape saje yang melihatnya.dengan permandangan yang menarik ketika dalam perjalanan ke Fayyoum..dengan celoteh kawan2 memang memberikan suasana dan pengalaman yang cukup indah dan sebagainya.


Begitulah ukhuwah yang terbina antara kami pelajar2 azhari di bumi anbiya'.walaupun berjauhan dengan keluarga,kerinduan tersebut dapat dihilangkan dengan adanya sahabat2 yang sudah pastinya setiap orang mempunyai pelbagai kerenah dan celoteh...aku bersyukur pada Ilahi kerana aku berpeluang menjalinkan ukhwah dengan sahabat2..antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah yang first dah tentu mandi-manda..hehe..n then kami adakan sedikit BBQ...selepas itu kami terus ke bandar Fayyoum dan merehatkan badan dan minda serta menunaikan kewajipan sebagai hamba.selepas itu kami meneruskan perjalanan ke kebun mangga..em,inilah paling melucukan bagi kami...begini,daripada mula masuk ke Fayyoum kami di iringi dengan anggota keselamatan..begitu rapi keselamatan kami dijaga..tetapi kami agak terikat dengan peraturan dan kerenah polis tu.apabila kami meneruskan perjalanan ke kebun mangga...kami mengekori polis tersebut kerana kami tidak mengetahui arah ke kebun tersebut..nak dijadikan lawak..kerana driver kami tidak mengetahui arah ke kebun mangga itu,lalu beliau bertanya kepada polis yang mengiringi kami itu...


Dngan penuh yakin dan semangat,polis itu membawa kami ke tempat yang hendak dituju..sejurus kemudian,bas yang dinaiki berhenti..kami tertanya2..dimanakah kebun mangga tersebut????lalu polis tadi keluar dan berkata"ni lah mangga yang kamu cari..(sambil tangannya menunjuk ke arah gerai mangga di tepi jalan..)huh..mmg pandai arab ni buat lawak..aku rase mmg kalah apek..bas yang kami naik riuh dengan gelak tawa.kemudian selepas berbincang dengan polis tersebut..kami pun terus dibawa ke kebun mangga yang berdekatan.kami sampai jugak ke kebun mangga walaupun tersalah tempat...


selepas itu,kami teruskan perjalanan balik ke kaherah..seharian berjaulah mmg memenatkan.tapi kegembiraanyang dirasa mengatasi kepenatan kami.dalam perjalanan pulang..kami menghadapi musibah..dimana tayar bas yang kami naiki pecah..kami bersyukur kerana tayar yang pecah ialah tayar belakang.jadi,risiko terbabas adalah kurang.tak dapat dibayangkan jika tayar hadapan yang pecah...selepas sejam tergendala di tepi jalan...akhirnya kami dapat teruskan perjalanan juga..segala musibah dapat diatasi.kebetulan kedai tayar hanya sekadar 1km dari tempat kejadian.


akhirnya kami sampai ke Kaherah dengan selamat...alhamdulillah.selain daripada dapat merehatkan minda,jaulah yang dijalankan ini dapat memupuk ukhuwah yang baik di antara kami.begitulah manusia...saling memerlukan antara satu sama lain.manusia tidak boleh hidup keseorangan...manusia mesti hidup dengan berjemaah,kerana sifat manusia penuh dengan kekurangan...jika tanpa jemaah..manusia akan senang hanyut..ALAIKUM BILJAMAAH..itu sahaja pengalaman yang ingin dikongsi bersama..moga terhibur dan dapat ambil peringatan mane2 yang dirasekan berguna..wassalam(ss)

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget