LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

7/13/2008

Arab VS ROKOK!



Baru2 ini,aku mempunyai urusan di hayyu sabi'(seksyen 7).dalam perjalanan dari hayyu asyir(seksyen 10) ke sabi' adalah lebih kurang 2-3 km.aku bertegur sapa dengan seorang pemuda arab yang kelihatan agak mesra.mmg dah jadi hobi arab menyakat orang asing,lagi2 yang berbadan kecil seperti aku nih..walaupun badan kecil,mulut aku pun boleh tahanlah kalu bab sound2 nih..silap gaya dan cara,mmg orang akan berasa ati..tp itu adalah diri aku.kalau dilayan baik,aku akan bersikap baik..dan begitulah sebaliknya..okeh,berbalik kepada tajuk kali ni,Arab VS ROKOK..semasa aku berada dalam kenderaan menuju sabi',berlakulah perbualan diantara aku dan seorang pemuda arab..perbualan ini sudah diterjemah bagi menjimatkan mase dan tenaga..hehe=)




aku : Assalamualaikum..(ketika naik tramco)
penumpang lain :waalaikummussalam..
....................................................................................
arab : sedara,kamu hisap rokok??

aku : tak..haram atasku..
arab : kenapa?kamu tahu tak,rokok ni best sangat...
aku :leih(knp)??
arab : kamu tau tak,kalu kite hisap rokok..kite akan rase tenang dan segala masalah akan hilang.
aku :ooo..kaman(lagi)?
arab :em..lagi aku rase bangge sebab hisap rokok,sebabnye aku rase bergaya..
aku :ooo..kidah(begitu)..
isma' ya akhil karim(dgrlah wahai sedaraku yang mulia)..
kamu islam kan?
arab :alhamdulillah,saya muslim
aku :alhamdulillah,dgr aku nak cakap sesuatu..
begini,Islam adalah agama yang terbaik,Islam juga telah meletakkan garis panduan sebagai seorang muslim.adab.akhlak dan sebagainya..kamu mengatakan yang hisap rokok boleh menenangkan hati dan menghilangkan masalah,sebetulnya Allah pernah berfirman yang maksudnya"hanya dengan mengingati Allah akan melapangkan hati"
adakah kamu tidak tahu semua itu ya akhi?
arab :ya,betul ape yang kamu katekan itu..
aku :alhamdulillah,kamu boleh menunaikan solat bagi mendapatkan ketenangan..banyak lagi cara lain yang boleh kamu lakukan selain daripada menghisap rokok wahai sedaraku...
arab :kidah sah ya akhi(betul tu sedara)..

belum pun sempat aku bercakap banyak,aku rupanya dah sampai ke tempat yang dituju..aku memberitahu driver utk berhenti..aku mengucapkan salam kpd arab tadi dan semua yang berada dalam kenderaan itu..aku sempat melirik kpd mak cik arab yang berada di belakang aku ketika dalam tramco td..die tersenyum..rupanya satu tramco dengar aku berhujah dengan arab tadi...aku pun membalas senyuman dan aku rase amat gembira dapat memberi peringatan kepada saudaraku sesama Islam walaupun sering aku merasakan yang aku tidak layak untuk memberi nasihat kepada orang lain....terpulanglah kalau die nak dengar atau tidak,tapi aku dah jalankan tanggungjawabku..alhamdulillah...

ini adalah antara pengalaman ketika mengharungi perjalanan hidup di bumi Anbiya'..alhamdulillah walaupun hanya seketika,aku berjaya menutup mulut arab yang begitu berbangga kerana menghisap rokok.. kerana kebenaran pasti akan terserlah walau apa jua tohmahan yang datang...Ingatlah wahai saudara2 ku..ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN... wsalam..

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget