LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

6/25/2009

27&28&29 jun...Mesti datang!!!


B
azaria Seri Iman datang lagi....kepada semua penduduk bumi kaherah dan seluruh pelusuk mesir ni dijemput untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi bazar Seri Iman 2009 kali ni...pelbagai menu menarik menanti anda...bagi mereka yang ingin merasai kehebatan tukang masak student mesir..bolehlah datang beramai2 nanti...

selain dapat menjamu selera...bazaria ini juga bermotifkan silaturrahim yang mesti kita hayati bagi mengeratkan ukhuwwah sesama manusia terutamanya hubungan persaudaraan sesama pelajar di tanah mesir ini...sahabat-sahabatlah adik beradik kita di perantauan ini...oleh itu..ukhuwwah sememangnya perlu dititikberatkan oleh semua lapisan samada perubatan mahupun pengajian Islam...semuanya sama dan tiada perbezaan...Siiru 'ala barakatillah...amin

Untuk sebarang maklumat lanjut..bolehlah layari InfoKPT....

post signature

6/24/2009

Special Thanks For Lionteen

Bismillah Walhamdulillah

T
erima kasih.. buat empunya blog lionteen di atas anugerah yang very cute dan sangat menarik...saya amat gembira dan menghargainya..44


ni lah award tuh..



kalau anda semua jeles ngan kembara dapat award ni..anda pergi la kat blog singa lion ni dan jadik follower...mesti dapat anugerah jugak..ngee~46

oklah...sekadar ucapan terima kasih dan penghargaan kepada lionteen...
wslm

post signature

Dah Jumpa dah..ALHAMDULILLAH.....

A
LHAMDULILLAH....itulah lafaz yang terkeluar sebaik sahaja membaca komen dari mamaqaypo yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang dilaporkan hilang sudahpun ditemui...ini adalah sedikit kata-kata atau maklumat yang diketahui melalui blog saudari fariena1111....



"Salam...Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada kepada semua atas doa, sokongan dan bantuan yang diberikan tanpa henti. Alhamdulillah, anak-anak selamat dan sudah berada di rumah.

Ceritanya bermula... Zikri merajuk takut dimarahi atas keputusan peperiksannya dan mengambil keputusan untuk ke rumah sedara terdekat mereka. Nadia turut serta sebab tidak mahu tinggal seorang diri di rumah. Ada orang jumpa mereka wondering around dan bawa pulang ke rumahnya. Orang itu hendak hantar mereka pulang, tapi Zikri tak mahu sebab takut dimarahi oleh mamanya. Setelah melihat gambar mereka di internet, orang itu ambil keputusan tinggalkan Zikri dan Nadia di balai polis.Saya amat terharu atas bantuan yang diberikan terima kasih... "

- Puan Miza dan keluarga.

mungkin kita semua menganggap alasan kehilangan(kerana takut dimarahi) adalah kecil dan remeh..tapi benarkah begitu?TIDAK!! ini kerana,perkara sebegini tidak boleh di anggap remeh dan mesti dititikberatkan...jadi,semua ibu bapa mestilah peka dan mengawasi anak-anak agar kejadian sebegini tidak berlaku kepada diri sendiri atau orang lain...alhamdulillah dan tahniah kepada Puan Miza Sekeluarga.

post signature



6/23/2009

Budak Hilang...Tolong Sebarkan!!!

S
alam Semua... Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke, facebook ke, dan Sebagainya..

KANAK-KANAK HILANG

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.


diambil daripada : Sweetlilly's Kitchen

post signature



Tiada Sengketa Tiada Kecewa....ALLAHUAKBAR!!!

I
ndahnya melihat mereka ini.sememangnya menyejukkan hati sesiapa sahaja yang memandang...kenapa boleh jadi begitu?tidak lain tidak bukan hanyalah kerana perjuangan yang mereka bawa..bukan kerana harta yang mereka miliki..bukan kerana pangkat yang mereka takhtai..dan juga bukan pengaruh yang mereka raihi...tapi semuanya kerana keizzahan ISLAM. Walaupun kadang-kadang berombak..tetapi akhirnya akan bercantum kembali...perjuangan Islam tiada akhirnya....teruskan berusaha!!!





special appreciate : minaq_jinggo

post signature



6/22/2009

Sekitar Majlis Kesyukuran 20 Jun 2009H

A
lhamdulillah,segala puji bagi Allah yang memberi segala nikmat dan rahmat...dah dua tiga hari rasanya blog ini kaku dari sebarang posting...sebenarnya beberapa kejadian telah berlaku pada saya dan menyebabkan kekurangan masa dan ketika untuk berada di hadapan laptop ni...apa-apa pun terima kasih kepada sahabat-sahabat yang still menjenguk saya disini...baiklah..posting kali ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dan menjayakan majlis kesyukuran kami yang diadakan di asyier baru-baru ini dan juga beberapa keping gambar sahabat-sahabat semua buat kenangan saya...


Saya amat terhutang budi kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam majlis tersebut...walaupun ada yang masih menduduki peperiksaan,namun turut menghadirkan diri bagi meraikan dan memeriahkan lagi majlis tersebut....spesel thanks to : Ustaz Ismail(tukang masak),Ustaz Kozi,Ustaz Rdhanz,Ustaz Syed Maarof,Ustaz Kamarul,Ustaz W.Faiza,Ustaz Wahab,Ustaz Rahman Mutie dan sahabat-sahabat lain yang turut membantu

tak lupa juga sahabiah-sahabiah yang turut membantu ketika majlis jamuan...
juga sahabat-sahabat yang hadir dan memeriahkan majlis kesyukuran tersebut..



proses mengupas bawang



mengisi polistrin dalam plastik



proses memotong daging


hati-hati ustaz...kene tangan kan..=P



ni plak..tgh masak nasi


Ust Nafizul yang serba serbi boleh...nk solat pun sempat lagi tolong..hehe..TQ



sedang menumis bawang


Ust Othman..dah nak balik mesia..semoga selamat pulang



pantauan dari ketua masakan..ngee~


sayur dah siap...



nasi pun dah masak...


still dalam proses..nyum3...



dipindah ke 'seberang' untuk dihidang oleh akhawat..:)


ucapan dari Ust Din sebelum pulang ke Malaysia..bukan bernasyid tuh...huhu



sahabat-sahabat yang turut menyerikan majlis..


menjamu selera...



exco sukan,Ust Khairuddin(yang sdg lihat kamera,baju hitam)..akan pulang ke Malaysia..semoga selamat semuanya..=)








apo kono nie...huhu..gelagak si cilik..




em...sibuk je YDP berbincang ngan mutazawwijin..ade pape ke....=p



selepas menjamu..masing-masing berborak-borak..dengan cara ini..ukhuwwah semakin teguh dan utuh..insyaAllah..;)


itulah sahaja celoteh saya untuk kali ini...saya memohon kemaafan kepada semua yang terlibat sekiranya ada kekurangan dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabiah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung..JAZAAKUMULLAHU KHAIRAN JAZAK. semoga Allah Taala sahaja yang akan membalas jasa kamu semua...wslm

post signature



6/19/2009

Sekalung Tahniah Buat Ust Razi Sekeluarga


Tahniah buat al fadhil ust Razi dan Zaujah..semoga dengan kelahiran mujahid yang selama ini dinanti menjadi sinar dan penambah keteguhan ikatan kasih sayang antum sekeluarga. Semoga kehidupan antum sekeluarga sentiasa di dalam naungan kasih sayang Allah S.W.T...

Ikhlas dari kami bertiga(skali ngan baby dlm perut..ngee~~....=P)



Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.




post signature



6/17/2009

Petua Menjadi Orang Yang Disenangi

Bismillah Walhamdulillah

sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi oleh rakan-rakan, keluarga, dan masyarakat sekeliling terutamanya sebagai seorang pemimpin. Bagaimanakah kita boleh menjadikan diri kita disenangi dan disukai oleh orang-orang disekeliling kita???mungkin beberapa perkara ini boleh dijadikan sebagai tips atau panduan untuk menjadikan diri kita disenangi dan disukai:


hidup indah tanpa sengketa

teruskan bacaan anda



1) Buangkan ego diri yang menjadi pemisah antara kemesraan dengan orang lain.cubalah rasakan bahawa diri kita dan diri orang lain adalah sama sahaja.cara ini memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan baik

2) Usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting.
keinginan menjadi orang yang penting merupakan sifat semulajadi insan dan
rangsangan yang paling berkesan pada sifat manusia.Antaranya,setiap orang mesti
menginginkan agar kata2nya dipertimbangkan dan dihargai.setiap orang mahu dirinya dianggap penting dalam sesuatu lingkungan,walaupun kecil dan setiap orang juga ingin mendengar penghargaan yang tulus ikhlas.

3) Jika berbuat kesalahan dengan orang lain,jadikan sikap meminta maaf sebagai amalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri;"maaf,ibu tidak sengaja"atau sebagainya...pengamalan sebegini secara tidak langsung akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu,lazimilah mengucapkan "maaf", "tolong", "terima kasih" dan sebagainya.


sikap pemarah sikap tercela


4) Anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki sesuatu keistimewaan yang tidak ada pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoaan kita dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian ataupun ketika dikhalayak ramai.

5) Jadilah seorang pendengar yang baik
Untuk memahami seseorang,kita perlu mendengar perbincangan mereka sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

semoga sedikit perkongsian ini dengan sahabat-sahabat dapat menjadikan kita semua disukai dan disenangi
oleh semua yang berada di sekeliling kita...semoga kita semua tergolong di antara hamba-hambaNYA yang
sentiasa mendapat naungan rahmat Allah.amin.sekian,wslm

post signature



Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget