LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

6/24/2009

Dah Jumpa dah..ALHAMDULILLAH.....

A
LHAMDULILLAH....itulah lafaz yang terkeluar sebaik sahaja membaca komen dari mamaqaypo yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang dilaporkan hilang sudahpun ditemui...ini adalah sedikit kata-kata atau maklumat yang diketahui melalui blog saudari fariena1111....



"Salam...Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada kepada semua atas doa, sokongan dan bantuan yang diberikan tanpa henti. Alhamdulillah, anak-anak selamat dan sudah berada di rumah.

Ceritanya bermula... Zikri merajuk takut dimarahi atas keputusan peperiksannya dan mengambil keputusan untuk ke rumah sedara terdekat mereka. Nadia turut serta sebab tidak mahu tinggal seorang diri di rumah. Ada orang jumpa mereka wondering around dan bawa pulang ke rumahnya. Orang itu hendak hantar mereka pulang, tapi Zikri tak mahu sebab takut dimarahi oleh mamanya. Setelah melihat gambar mereka di internet, orang itu ambil keputusan tinggalkan Zikri dan Nadia di balai polis.Saya amat terharu atas bantuan yang diberikan terima kasih... "

- Puan Miza dan keluarga.

mungkin kita semua menganggap alasan kehilangan(kerana takut dimarahi) adalah kecil dan remeh..tapi benarkah begitu?TIDAK!! ini kerana,perkara sebegini tidak boleh di anggap remeh dan mesti dititikberatkan...jadi,semua ibu bapa mestilah peka dan mengawasi anak-anak agar kejadian sebegini tidak berlaku kepada diri sendiri atau orang lain...alhamdulillah dan tahniah kepada Puan Miza Sekeluarga.

post signature



8 comments:

  1. Alhamdulillah....

    Nasib ada family yg baik hati tu...

    kalau kena jumpa dgn org yg tak bertanggungjawab...apalah jadi kat nasib budak berdua tu...

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah..
    harap xde lg jd mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Budak kecil lain fikirannya. Orang dewasalah yang perlu tahu.

    ReplyDelete
  4. mak bapak tu kena jaga anak elok2, byk kes hilang anak sekrg.. x tahu apa nak jd dgn dunia sekarg nie...

    ReplyDelete
  5. ermmm teringat time sekolah dulu baru darjah satu... dapat keputusan peperiksaan yang pertama dapat nombor 2 ... beria-ria nangis takut kena marah ngan parent ... hehehe ... tup tup tak kena marah pun cuma pastu ayah lebih tegas bagi tuisyen tambahannya ...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semuanya selamat.

    Walau seteruk manapun keputusan peperiksaan anak2, janganlah marah2kan terlalu teruk sangat. Beri semangat agar mereka lebih berusaha. Bebudak sekarang bukan macam budak2 zaman makcik dolu2. Zaman kami, rotan jawabnya kalau ibu bapa tak puas hati dengan perangai kami. Sekarang ni, baru kena marah dah merajuk nak lari rumah. Yang susahnya ibu bapa juga. Jadinya, nak marah kena ikut peredaran suasana era kanak2 itu. Sikit masa nanti, nak marah kena buat rapping ngan anak2... hehehe gurau aja tu...

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  7. thanks for all coz sudi berkomentar di sini...;;)

    ReplyDelete
  8. hah! Dah jumpa! Alhamdulillah..

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget