LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

2/04/2010

Indahnya kenangan...tapi apa jadi sekarang??

basmalah


Memori silam pastinya menarik dan lucu jika diingatkan balik..lagi-lagi apabila kenangan yang kita alami tidak lagi wujud pada masa sekarang ini dek kerana kemajuan yang semakin mendada di persada bangsa...setelah menjadi rakan facebook bagi group (sek2 t'ganu kite), alfaqir seringkali mendapat mesej mutiara2 kata dan juga cerita2 teladan yang boleh menjadi pengiktibaran buat alfaqir...alhamdulillah..tahniah dan syabas buat group itu dan semoga thabat dalam meneruskan dakwah2 Islam.insyaAllah.

Baru-baru ini,alfaqir menerima lagi mesej daripada group tersebut yang berkisar tentang memori bagi mereka yang lahir tahun 80-an...jika diingat kembali,tahun 80-an merupakan tahun kemunculan alfaqir di bumi Allah ini...kebanyakan memori dari ingatan alfaqir berkenaan zaman lampau agak samar dan kabur dari benak fikiran alfaqir,mujurlah ada yang mengingatkan kembali...terima kasih ye.

Inilah antara mesej yang diterima alfaqir buat tatapan sahabat2..:

Kepada budak-budak yang lahir pada tahun 80an mesti ingat mase sekolah rendah dulu:
• Kat skola ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak. -aku tak beli buku, susu kotak tu ade la.. macam sedap je susu tu
• Kat library, budak-budak memang baca buku tapi just tengok gamba je. Bila ada program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku. -ahahaha
• RMT kat sekolah makan tak best, tp yg berduit pon join RMT, x phm…. -itu la pasal, tepape entah!


• Pakai pensel box yg bole bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah die. -aku nye warna merah, canggih beb masa tu. tapi aku tertingal kat sekolah lepas tu dah hilang dah, orang kebas.
• Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. padahal itu fungsi sebenar, untuk padam! -aku selalu kalah main.. ces!
• Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. -ni aku takda, tapi pernah nampak member punya.
• Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ. -hehehe. adalah sesekali dia pengang !
• Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. -biasalah budak jahat mesti kena rotan. aku baik masa tu
• Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Aku suka melukis masatu.. jadi wakil sekolah beb, lawan peringkat negeri sponsored by nestle. hehehe
• Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. -Ni lagi kelakar, kumpul duit raya ngn duit sunat, beli game microgenius Rm400.. tape die mahal 69ringgit.. masatu duit 3kali ganda dari skang beb.. habis duit kumpul aku.. super contra, super mario, street fighter, memang game paberet ulang sampai 80 kali agknyer!!
• Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca. -Ahahhaa.. mak aku ade belikan jam ni.. memang top la jam ni masa tu
• Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak… -Ada budak nangis sebelum kene inject, tp lepastu gelak terbahak-bahak.. nasib baik aku tahan nangis, takde lah malu.
• Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon. -Aku selalu beli gak, dalam die ade biskut coklat.. ahaha
• Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat tv boleh tembak alien tu… -memang kelakar, sekali bila pakai tengah ujan lampu dah takde sedih betol)
• Siri kartun: power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. -Sudah tentulah.. kartun pujaan zamantu.. kakak pulak sebuk layan cite cina ape name hero die Leon Lai Meng.
Jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan benda-benda ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kite yg permanent. huhuhu
Walaupun tidak semua yang tersebut di atas adalah memori alfaqir..namun alfaqir tersenyum sendiri ketika membaca memori2 itu..sungguh indah dan menarik...lucu pun ade..sekarang??semua itu sudah tiada lagi disekeliling anak2 muda dan kanak2...semua permainan sudah canggih2 dan terkehadapan..

Tapi itulah hakikatnya.walaupun segalanya semakin canggih...kehidupan semakin selesa,apakah kita dapat lihat akhlak anak2 muda seperti dulu???buka mata lihatlah sekeliling anda sekarang..keadaan amat merisaukan kita.

Kebelakangan ini, alfaqir sering terbaca dalam blog seorang guru,pendakwah2...mereka membicarakan tentang masalah sosial dikalangan muda-mudi zaman sekarang...sungguh teruk dan memalukan agama,bangsa dan negara...alfaqir amat risau jika anak alfaqir juga terkesan dengan perkara yang tidak elok ini,(na3uzubillahi min zaalik)

Peranan siapakah semua ini?em..sudah tentu orang akan saling menuding jari..sedar atau tidak, itu semua adalah tanggungjawab kita bersama...dari institusi kekeluargaan(ibubapa),sekolah,kerajaan dan pihak2 lain.Bangkitlah dan sedarlah wahai manusia dari mimpi ngeri..kita kembalikan kegemilangan Islam yang telah lama diimpikan..insyaAllah,jika tertegaknya kalimah Allah,taqwa akan terus menjadi panduan hidup dan menjadi guideline kepada kita khususnya anak2 muda yang kian alpa dimakan kemajuan..

post signature

2 comments:

  1. Salam akhi fidd din. Tersentuh pada frasa ini:

    "Kat skola ada salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak. -aku tak beli buku, susu kotak tu ade la.. macam sedap je susu tu"

    akak suka sangat susu dan tak miss beli susu tu.akak pernah tengok kawan akak duk pegang je duit je sambil terkebil2 tengok kami beli susu. duit dia tak cukup, dengan kasutnya berlubang yang ditampal.Dia seorang yang bisu tapi dia faham kalau kita cakap apa.masa tu akak darjah satu.kebetulan akak ada lebih,akak beriknya...nampak sangat dia gembira

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget