Segala pujian hanya bagi Allah yang tidak putus-putus memberi nikmat kepada hamba-hambanya yang sering lupa kepada kebaikan dan sifat Maha Pemurah Sang Khaliqnya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Saidina Muhammad Nabi terakhir yang membawa rahmat buat sekalian alam.
Alhamdulillah, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu(KPT) sekali lagi riuh rendah dengan kelahiran seorang lagi cahaya mata berkat ikatan bahagia pasangan Ustaz Rafzan Bin Abdul Razak dengan zaujahnya,Ustazah Fatimah Salwani Binti Abdullah. Putera sulung mereka itu lahir pada 2 januari 2010 pada jam 7.00 malam waktu Mesir.
Gambar:kredit buat hewi KPT
Anak adalah cahaya mata dan anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya.Maka adalah disunatkan untuk kita sebagai orang Islam bergembira dan bersyukur dengan kurniaan Allah ini dengan menyebarkan tentang khabar gembira ini dengan kaum kerabat dan sahabat handai serta jiran tetangga sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Dan juga digalakkan juga mana-mana orang Islam yang mendengar berita gembira(kelahiran anak) supaya mengucapkan tahniah kepada ibubapa bayi tersebut.Telah ditanya Hasan Al-Basri mengenai ucapan tahniah ini,lalu beliau menjawab; maka katakanlah olehmu :
(بورك لك فى الموهوب , وشركت الواهب , وبلغ رشده , ورزقت بره)
Ataupun mana-mana ucapan yang bermaksud memberi berkat dan kebaikan.
Mengikut “قول الأوجه” waktu mengucapkan tahniah hanya berterusan dalam masa tiga hari sahaja iaitu setelah dia mengetahui,jika seseorang itu berada dalam musafir maka waktunya bermula setelah dia kembali dari musafirnya.
Oleh itu,di kesempatan ini,alfaqir dan zaujah ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Rafzan dan Ustazah Fatimah Salwani di atas kelahiran putera sulung semalam...dengan ucapan:
(بورك لك فى الموهوب , وشركت الواهب , وبلغ رشده , ورزقت بره)
----------------------------------------------------
*rujukan : kertas kerja oleh Al- Fadhil Haji Muhamad Aziz Che Man
No comments:
Post a Comment
1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >