LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

5/31/2009

Jom Join KBT...

Bismillah Walhamdulillah..

Hehe..kali ini kembara ingin mempromosikan dan mengiklankan sedikit tentang KBT.buat saudara D@us Entertainment..kembara mintak izin untuk promote yer..huhu..




Tentunya sahabat2 tertanya2 apakah yang dimaksudkan dengan KBT ni kan?...
KBT ini bukanlah singkatan daripada Kelab Bujang Terlajak...tetapi ianya adalah satu alternatif kepada semua sahabat-sahabat yang berasal dari Negeri Terengganu yang menceburkan diri di dalam dunia IT ini....KBT ialah singkatan daripada Komuniti Bloggers Terengganu(KBT).


Komuniti Bloggers Terengganu


Kelab ini ditubuhkan untuk menyatukan para blogger yang berasal dari Terengganu di bawah satu bumbung..buat stakat ini,KBT ini masih dalam peringkat perkembangan kerana baru ditubuhkan..dan saudara-saudara jangan salah anggap bahawa kembara yang menubuhkannya...ianya adalah alternatif dan idea dari saudara D@us Entertainment.

kembara melihat ini adalah satu jalan yang baik bagi blogger2 Terengganu khususnya yang bergelar Da'ie untuk sama2 mempertingkatkan empayar dakwah dan menyampaikab dakwah kita kepada semua masyarakat khususnya di Terengganu sendiri.

oleh itu,kembara dengan senang hati mengajak semua blogger terengganu untuk sama2 sama menyertai KBT ini...semoga Islam terus berkembang,insyaAllah...

post signature

Durian Runtuh


aiseymen...tetibe je dapat anugerah lagi...terima kasih ye si puteri durian.ops..namanya miss durian runtuh...award yang diberikan untuk pengunjungnya.jadi,oleh kerana kembara sudah mengunjung blognya,dengan senang hati dan muka tak malu kembara menyambar award itu..hehesetan

apa kata kembara??

alahai..tak terkata la jawabnya...al-maklumlah..sekarang ni bukannya berada di tanah air tercinta...buah durian plak bukannya ada di negara mesir ni...kalau tanya arab...diorang tak tau ape itu durian..tapi tak pelik dan hairanlah sebab kat sini xde durian..ish miss durian nih..buat orang terliur jer...huhu..blur

okehla..pekse2 ni xleh nak celoteh panjang2...okeh..jumpa lagi..peace

post signature

5/30/2009

TQ seloka melayu

Bismillah walhamdulillah...



sudah sekian lama kembara tidak merasa dapat award..kali ini,kembara dengan senang hatinya mengambil award dari blog seloka melayu.kenapa blog ini dinamakan seloka melayu yer?em..kalau dilihat dari namanya pun sudah tentu dapat mengagak...empunya blog ini sangat meminati seloka.dan jika dilihat setiap artikel posting yang dikeluarkannya pasti mempunyai pantun. Kembara amat tertarik dengan cara beliau.semoga teruskan usaha anda memartabatkan seloka melayu.

untuk akhirnya,kembara ingin mengucapkan bebanyak terima kasih buat blog seloka melayu atas award yang diberikan...love kembara amat menghargainya...peluk



post signature

5/29/2009

Dengo Sini Ambe Nok Kabo

Bismillah walhamdulillah...

Ketika sedang menyiapkan diri untuk menghadapi imtihan hari esok,tiba2 terlintas di benak kepala otak saya ni satu idea untuk disampaikan kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang berada di luar sana.perkara ini mungkin dah ramai yang sedar dan tahu,tapi tiadalah salah andaiku membangkitkan ianya kembali agar menjadi peringatan buat diri ini serta kawan2 seakidahku.


gambar runtuhan:sekadar hiasan


Baiklah,semalam saya berchatting dengan abang saya yang berada di Malaysia.beliau merupakan seorang guru.perbualan kami berkisar tentang fenomena yang berlaku di Malaysia itu sendiri...berkenaan jenayah dan perkara2 pelik yang boleh saya anggap sebagai bncana yang menimpa kita,warga Malaysia....yang terkini,runtuhan bangunan yang merupakan bekas supermarket,kes buang bayi di Terengganu,Mat rempit..dan lain2 lagi..apa yang terlintas di benak saya....

Apakah puncanya ini semua berlaku?


adakah salah ibu mengandung?

salah guru yang mengajar?

salah kawan2 yang mempengaruhi?

salah SIAPA????



sahabat2 semua,jika kita perhatikan dan kita renungkan balik,memang betul ini adalah ketentuan yang Allah timpakan kepada kita...tapi adakah Allah menjadikannya sebagai suatu perkara yang sia2??tentunya tidak,Allah jadikan ini semua kerana ada sesuatu yang Allah mahu kita betulkan.


APA DIA????


kita kaji balik,

Adakah setiap suruhan dan larangan Allah kita laksanakan??

Adakah hukum hakam Allah kita amalkan??

Adakah kita mengikut landasan yang benar??

macam-macam lagi persoalan yang boleh kita timbulkan untuk mencari dimana silapnya kita dalam kehidupan kita selaku hamba Allah di muka bumi ini.



Sepanjang pengetahuan saya yang begitu cetek dan penglihatan saya berkenaan gaya hidup kita warga Malaysia ialah sikap sambil lewa kita terhadap undang-undang atau peraturan yang mana telah ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Baik dari segi solatnya,hukum hakamnya,amar makruf Nahi mungkarnya,pemerintahan...dan macam2 lagi yang mana semua itu telah disuruh dan diajarkan oleh Baginda S.A.W.

Dalam mengatasi semua kecacatan ini,semua pihak berperanan penting,baik pemerintah,pendakwah,individu dan sesiapa sahaja.tidak perlulah saya huraikan peranan masing-masing dan sudah pasti,seorang pemerintah akan tahu akan tugas dan peranannya dalam mendaulatkan syariat Islam.dan semua individu haruslah peka agar pemerintah yang dipilih layak untuk memimpin kita semua ke jalan yang diredhai Allah..dan bukanlah pemerintahan yang bersifat materialistik semata-mata.

saya tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak dan ini merupakan tanggungjawab kita semua,jikalau kita semua sepakat dan sentiasa berada dalam suasana mentaati akan larangan dan suruhan Allah,sudah pasti,semua gejala ini dapat kita bendung dan tiadalah kemurkaan Allah kepada kita semua.ingatlah,jika MURKA Allah turun,tiada siapa yang akan terlepas,tok guru,baik ustaz,baik ustazah,baik mat rempit.baik minah rempit,baik..baik..dan baik...sesiapapun akan terlibat dalam bencana kemurkaan Allah itu.

Akhirnya....sama-samalah kita memuhasabah diri kita,sejauh manakah kita melaksanakan tuntutan Islam agar Allah tidak memurkai kita semua....pikir2kanlah wahai saudara2 sekalian..wassalam


~p/s~

- maaf jika ada tersalah bahasa dan kata

- buka minda dan hati kita agar dapat terima nasihat walaupun ianya begitu pahitbising

post signature

5/27/2009

Pernahkah Anda Mengetuk Hati Anda???

Bismillah walhamdulillah,

kali ni nak berkongsi sedikit dengan kawan dan untuk sama-sama mengoreksi diri kita yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan. sememangnya ilmu yang bertakung di dadaku tidaklah mampu menandingi ke'arifan dan ketinggian ilmu mereka yang diluar sana.tidak kurang yang hebat dalam perjuangan.tapi begitulah adat dan ajaran Nabi S.A.W tatkala menyampaikan dakwah kepada semua ummat Islam.tidaklah disyaratkan untuk kita menjadi sempurna barulah kita dibolehkan untuk menyampaikan.perkara ini sering menjadi anggapan dan alasan bagi kita untuk mengelakkan diri dari menyampaikan yang hak.dan terkadang-kadang kita lebih suka mendiamkan diri dan menjadi seperti perabot yang pegun terpaku.

Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat-riwayat"
difahami dari maksud sabda baginda bahawa kita wajib menyampaikan sesuatu perkara walaupun dengan sepotong ayat.

ketika saya sedang mengulang bacaan untuk peperiksaan semalam di Masjid Al Azhar bersama beberapa sahabat dari negeri kedah,terlihat sahabat-sahabat menumpukan pandangan mereka ke satu arah...lalu untuk mengetahui apa yang berlaku,saya memalingkan kepala untuk turut sama menjuruskan pandangan ke arah yang menjadi tumpuan sahabat2 dan jemaah di dalam masjid itu..

kelihatan segerombolan jemaah sedang memikul sesuatu di atas bahu mereka dan adakah saudara2 tahu apakah yang mereka sedang pikul?inilah jawapannya...


bersediakah anda semua???cukuplah ini sbg ingatan..


setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi saat kematian.semua ini adalah realiti dan bukannya fantasi.semuanya telah dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang mulia.cumanya kita yang sentiasa melupakan perkara ini.

Oleh itu,untuk menghadapi saat kematian ini,kita mestilah mempersiapkan diri kita agar kita mampu soalan-soalan SPM yang akan dilontarkan nanti.jikalau soalan peperiksaan bolehlah kita 'menggoreng' atau 'menghentam kromo' aje,tapi soalan-soalan yang akan ditanya selepas kematian adalah soalan yang jawapannya bergantung kepada persediaan dan amalan serta ketaatan kita sewaktu di muka bumi ini.

Jika ditanya berkenaan soalan peperiksaan,ada antara kita yang menjawab "bolehlah..sekadar je" atau bahasa tganunya"skoda je",tidak kurang juga mereka yang menjawab dengan "aku goreng je". Tapi adakah soalan yang bakal ditanya di SPM atau (Sijil Padang Mahsyar) boleh kita menggoreng seperti peperiksaan di dunia???semestinya tidak saudara2 kerana disana yang berkata2 atau menjawab setiap persoalan bukanlah lidah kita,akan tetapi anggota2 yang terlibatlah akan menjawabnya..


Mata kita akan menjawab kemana arah pandangan kita sewaktu dimuka bumi ini,adakah pandangan kita sentiasa disucikan dengan melihat maksiat atau sebaliknya??

Tangan kita pula menceritakan apakah amalan yang kita lakukan ketika hidup di alam fana ini,adakah sentiasa membantu kearah kebaikan atau sebaliknya??

Begitulah yang dilakukan oleh anggota2 kita yang lain.sementara lidah kita yang banyak memutarbelitkan kata2,yang selalu menuturkan kata-kata dusta,hanyalah kaku dan tidak seperti di dunia satu ketika dulu..

Ingatlah sahabat2,hidup di dunia sementara,pintu rahmat dan maghfirah Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba2Nya sementara belum tibanya hari Kiamat.Allah sentiasa memberi peringatan kapada hamba2Nya agar kita sentiasa berada dekat padaNya,oleh itu,janganlah "membutakan mata","memekakkan telinga" untuk melihat dan mendengar peringatan itu.

Akhir kalam,sama2lah kita mengetuk hati dan fikiran kita agar kita tidak terus terlalai dan tenggelam dengan nikmat dunia yang hanya sementara.


"antara tanda Allah benci kepada hambanya ialah menyibukkan mereka dengan sesuatu yang tidak bermanfaat"


saya berdoa agar kita semua tidak tergolong di dalam golongan dibenci Allah dan semoga Allah tetapkan hati kita dalam keimanan dan maghfirahnya sehinggalah kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kita bersedia untuk menghadapinya.amin.

post signature

5/25/2009

HaNg Tue!!!



Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

post signature

5/24/2009

Awat nih???!!!


Arrggghhh!!!tensen...huhuputuscinte


aduss..kenapa jadi cmni??tension
dah dua tiga posting buat..tapi kat blog kawan2 still xberubah post yang terdahulu...nerd
cbe kawan2 tgok gambar kat bawah ni..ni kat blog isteri saya...still tertulis mengenai posting 6 hari yang lepas..fikir



ni dah masuk kali kedua kes camni terjadi pada kembara...yang dulu sekejap je..tapi yang ini dah masuk 2,3 posting dibuat..tapi still jadi cmni gak....sape ade idea???adacall

mood: tensen+boring+geram+etc

post signature

5/22/2009

Mertua VS menantu

Bismillah walhamdulillah...

lame sudah membiarkan blog ini bersawan...kali ini kembara ingin berkongsi satu cerita yang menarik buat sahabat2 yang tengah pening2 mentelaah matapelajaran bagi peperiksaan yang bakal dihadapi...marilah sama2 kita hilangkan kepeningan dan keboringan kita dengan melayan satu cerita yang agak sempoi ni...tapi ade jugak pengajaran dan tauladan yang boleh kita ambil dari peristiwa ini...

baiklah..sape yang nak hilangkan boring,boleh teruskan bacaan anda...sengihnampakgigi


terima kasih sudi menyambung pembacaan anda....

Baiklah,kita mulakan ceritanya..

kembara teringat satu kisah yang mana melibatkan seorang mertua dan seorang menantu yang tidak sekepala.mertua saling mencari silap menantunya dan begitulah sebaliknya..



Ceritanya begini,seorang pemuda yang bernama kamal(bkn nama sebenar) baru sahaja berkahwin dan belum mempunyai rumahnya sendiri.oleh itu,dia terpaksa menumpang di rumah mertuanya.malangnya si kamal ini orangnya kuat makan,mertuanya selalu merungut berasnya cepat habis.beras yang 20kg,tak sampai seminggu dah habis...ish3..kamal2...penat


Semenjak kamal berada di rumahnya,segala barangan dapur sangat cepat surut..kamal betul2 menghabiskan beras...huhugelakguling.tetapi si kamal ni mempunyai kebaikan juga..si kamal ni bolehla dikatakan alim sedikit daripada mertuanya,kamal tidak pernah tinggalkan sembahyang,dan ini berlainan daripada bapa mertuanya yang tidak pernah sembahyang..masyaAllah...takbole..waktu Maghrib,seronok depan tv sampailah waktu Isyak,pastu sambung tgok berita lak,pastu,makan,pastu tidur..esoknya bangun pukul 8 pg dan terus menuju ke kedai kopi...bersembang,sehinggalah tengahhari.balik makan,kemudian tidur...petangnya pulak pergi ke kedai kopi lagi....bermain dam,berborak2..alahai...begitulah perangai bapa mertua kamal ni pada setiap hari...


Oleh kerana masing2 mempunyai kelemahan ni lah yang menyebabkan masing2 tidak berani untuk menegur satu sama lain,si menantu tidak berani menegur bapa mertua,mertua tidak berani menegur menantu...tetapi bapa mertua kamal ini selalu mencari helah dan idea untuk mengenakan si kamal ni...pada satu hari.....

Bapa mertua kamal mengajak kamal berlawan dam haji dengannya:

mertua : kamal, bapak boringlah...jom lawan dam haji ngan bapak,nak?
kamal : boleh juga pak,lagipun saya tengah boring jugak nih..

kamal menyahut cabaran bapa mertuanya tanpa mengesyaki apa2. Sejurus sahaja bermain,bapa mertuanya sengaja membiarkan si kamal ini makan buah damnya...dia hulur,kamal terus makan....hulur lagi...kamal makan lagi...dan hulur lagi...kamal tidak membazir dan terus makan...dan lagi...dan lagi..

mertua : eh ko ni kamal,kuat makan betul laa...agak- agaklaa...(sambil
tersenyum sinis)
kamal : dalam hati(alamak,bapak mertua aku perli aku daa...gigil..mentang2lah
aku ni kuat makan...)

kamal senyap berfikir....tapi tak ape...kamal terus diam tanpa bersuara....mereka tamat permainan pertama...

mereka terus bermain set kedua...bapa mertuanya hulur...kamal tidak makan..tak macam set pertama,kamal dah bijak sedikit..hulur lagi..kamal tidak makan....hulur lagi..kamal tetap tidak makan...kena makan dek bapak mertuanya...jika dia tidak makan,mestilah kena tangkap dek bapak mertuanya...(sapa tak tahu main dam aji..tak fahamla cerita ni..huhujelir)
....kemudian bapak mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...Apa lagi..peluang bagi kamal kenakan bapa mertuanya...."ehh....???Orang yang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji kerrr....??? merah padam muka bapak mertuanya...dia nak perli menantunya si kamal,last2 dia yang terkena...haha..padan dengan mukagelakguling

Pengajarannya??? :
1) tegurlah dengan berhikmah hingga tidak membawa kepada pergaduhan
2) ubah dan perbaiki diri sebelum mengubah orang lain
3) sama2 sedar akan kelemahan diri
4) carilah sendirik pengajarannye ye..huhu..nk sambung study lak..k...


wassalam...rindu
jangan tensen2 lagi yer...hihi..

post signature

5/14/2009

Hai mat rempit..awas!!!

Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok... oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.. maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.


Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la" Atan pon menjawab, "ala mak ni... Atan kan superman, takkan ader paper nyer. lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer.. kannyer jauh sgt pon". Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan... "


Kunci moto pon di pulas... vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dr umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor monyet yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan... .maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..


gambar : sekadar hiasan


Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu. Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik... ... dan tanpa bertanya dan berpikir ape2 pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala atan dengan menghentap balik ke 180 darjah..


Tibe2 pakcik itu mendapati atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memangla kepala die cam pusing ke belakang. (PAKAI baju TERBALIK LER)... Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.


pengajarannyer: Mat Motor ... ... ... ... ... ... ... .jangan suka pakai jaket terbalik

post signature

5/10/2009

Renungkan sejenak...adakah kita???

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan .....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


post signature


Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget