LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

7/31/2009

Terima Kasih Ustaz

S
elamat bersara diucapkan buat ustaz Ibrahim....terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan



Tanggal 26 Julai 2009, SMAASZA kehilangan sebutir bintangnya yang sentiasa menyinar, perginya Ustaz Him dari bumi SMAASZA. Tuan Hj. Ibrahim bin Yusop yang terkenal dengan suara merdu tarannumnya telah bersara wajib pada umur 56 tahun. Beliau yang menetap di Marang mendapat pendidikan awal di SK Marang kemudian meyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Marang dan SMAASZA serta Kolej Islam Kelang. Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dari UKM pada tahun 1979. Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1980, di SM Bakri, Muar Johor kemudian bertukar ke SMAASZA pada tahun 1982 dan di SMA Marang pada tahun 1952, kembali berkhidmat semula di SMAASZA pada tahun 2004 sehingga 2009.






Dalam wasiat terakhir kepada anak-anak SMAASZA, beliau menekankan kepada kepentingan menutut ilmu kerana dengan ilmulah makhluk akan kenal kepada Khaliqnya disamping ilmu juga dapat merubah martabat seseorang samada di dunia mahupun akhirat.
Kami, warga SMAASZA sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian Ustaz di samping keluarga tercinta. Ilmu, pengalaman dan sumbangan Ustaz amat kami hargai...Terima kasih Ustaz....

sumber : nadi fotografi

**********

Terima kasih buat Ust Ibrahim di atas jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami selama ini..walaupun kita berjauhan,namun doa mengiringi persaraan ustaz...disini saya ingin memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya menjadi anak didik ustaz banyak kesilapan yang dilakukan dan mengguris hati ustaz....

Ustaz Him ini memang menakjubkan dan membuat saya kagum dengan sifat dan pendiriaannya serta sifat tawadhu'nya...tidak dinafikan ustaz Him merupakan seorang yang meminati seni tarannum dan mampu membaca tarannum dengan baik...masih teringat di ingatan memori ketika menjadi anak didik ustaz...

banyak nasihat dan teguran yang membina selalu diberikan di dalam kelas. boleh diibaratkan seperti teguran seorang ayah kepada anaknya...teguran yang senang dan mudah diterima oleh semua pelajar..begitulah sedikit sebanyak yang boleh diceritakan disini...diharapkan agar Ustaz Him sentiasa dinaungi oleh Allah S.W.T dan menjalani kehidupan persaraan dengan aman dan damai...

akhir kalam..sekali lagi ucapan Terima kasih banyak ustaz dan maaf atas segala kesilapan....doakan kejayaan kami semua...baarakallahu fiik...[syams]

post signature



7/30/2009

tutorial Nuffnang!

T
utorial nuffnang buat mereka yang tak tahu..hehe

Nuffnang

sumber : http://www.scribd.com/doc/13737489/Nuffnang

post signature



Kita juara...



A
lhamdulillah...piala malaysia sudahpun berakhir pada hari semalam...selama dua hari saya berkampung di muhafazah Zaqaziq untuk bersama-sama pemain bagi skuad Terengganu. banyak kenangan yang telah kami cipta di Zaqaziq...sememangnya ukhuwwah yang terjalin amat membuatkan saya menyayangi semua sahabat2 yang begitu banyak kerenah dan aksi...

pada tahun ini,kami hanya mampu meraih satu piala sahaja,iaitu piala sumbangsih...namun begitu,saya merasakan kami membawa satu lagi piala buat anak-anak Terengganu..apakah dia piala itu????



Piala yang saya maksudkan ialah 'PIALA UKHUWWAH' yang mana piala ini tidak akan kita dapat kita beli di mana-mana.Namun ukhuwwah yang ada di kalangan anak-anak terengganu,terutamanya skuad terengganu ketika di zaqaziq cukup untuk saya katakan bahawa ukhuwwah anak-anak Terengganu sangat mantop...

di sini,saya ingin mengucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak mengajar saya indahnya ukhuwwah ini terutamanya:

1) akh Zubir(Damanhur)
2) akh Basri
3) akh Duan Abdul
4) akh Syahid
5) akh Duan sabik
6) akh Akmal
7) akh Yieng
8) akh Zulhilmi
9) akh Nuruddin
10)akh Syam(Damanhur)
11)akh Tarmizi alkambodia(hehe)
12)akh Ayie
13)akh Mannan
14)akh Soleh
15)akh Wahab
16)akh Ajis
17)akh Wahab
18)akh Aiman
19)akh Hafiz(abg Mannan)
20)akh Duan(S/U KPT)
21)dan semua yang duk rumah ust aiman zaqaziq

semoga ukhuwwah antara kita sentiasa mekar hendakNYA...insyaAllah..dan juga satu ingatan buat sahabat-sahabat..satu persoalan yang ingin saya lontarkan,memang ukhuwwah antara sesama kita(orang ganu) sudah utuh,tapi bagaimanakah pula ukhuwwah antara kita dengan orang luar dari Terengganu??saya harap,ukhuwwah kita tidak terbatas dengan kenegerian dan keloghatan...semoga kita tergolong di kalangan orang- orang yang mengasihi sesama saudara walaupun berbeza negeri,loghat dsb..


TAHNIAH
sekali lagi buat pemain skuad Terengganu..semoga tahun-tahun berikutnya kita mampu untuk meraih kemenangan lagi,insyaAllah...

post signature



7/27/2009

Terima Award...hehe

T
erima kasih..itulah ungkapan yang mampu saya ucapkan kepada saudara Fadzrulhisyam di atas kurniaan award yang begitu menarik dan 'macho'...semoga pemberian award ini merupakan satu titik permulaan bagi ukhuwwah sesama kita...semoga hubungan kita terjalin erat dan mendapat keredhaanNYA..insyaAllah....

Inilah Award yang saya maksudkan..cantik dan menarik bukan???hehe..sahabat2 semua jangan jeles ye...masuk ni..ntah award yang ke berapa dah kembara dapat..papepun..terima kasih skali lagi saya ucapkan kepada saudara Fadzrul...:D


p/s: sape2 nak award jugak..boleh layari blog beliau..jangan segan silu...cara senang..just klik kat award tu..pastu,anda akan berada di blog beliau..sekian...ilalliqa'....

post signature



7/26/2009

tahniah skuad Penyu Mesir

T
ahniah di ucapkan kepada semua pemain pasukan terengganu yang berjaya merampas piala sumbangsih dalam kejohanan piala Malaysia pada hari ini.kejayaan ini sebagai titik permulaan dan peniup semangat kepada semua pemain untuk terus menjulang dan mengejar kejayaan pada perlawanan yang akan datang.





Di sini,saya mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang sedang berjuang di muhafazah Zaqaziq.insyaAllah kalau ade rezeki kita berjumpa hari selasa nanti...teruskanlah berjuang dan janganlah lupa hadaf utama dan perkara yang paling penting iaitu tautan ukhuwwah antara kita.jadikanlah ini peluang keemasan untuk kita eratkan silaturrahim sesama pemain,mahupun sesama pelajar,lebih senang saya katakan,sebagai adik beradik di bumi mesir ini...

sekian...peteh..ganu..peteh...chayok3!!!...Allahuakbar!!(aiseh..silap padang nih..huhu)..:P

sebarang maklumat semasa mengenai kejohanan Piala Malaysia sila layari blog rasminya di alamat http://bolapmram.blogspot.com....ilaalliqo'...(^_^)

post signature



7/24/2009

baby menguji walidnya...aduyai...

U
jian ketika mengandung amatlah menguji kesabaran si suami..apa tidaknya,orang kata,apa yang diidamkan oleh isteri perlu dipenuhi sebab takut anak yang bakal lahir nanti sentiasa meleleh air liurnya..(isk..betul ke?ntahla labu..huhu)...mengidam memang menjadi kebiasaan si ibu yang mengandung...macam-macam yang diidamkan..nak tak nak,mesti tunaikan juga...si suami???oommm.. sabarrr..jelarr..(cara mengurangkan ketensenan)


kenapakah terkeluarnya posting begini???

baiklah...baru-baru ini baby menguji tahap sanggup berkorban walidnya dengan meminta untuk makan ubi,kalau di sebelah Ganu,kitorang memanggilnya ubi steler(name standard xtaw ape..)..walaupun ianya nampak senang dicari dan dijumpai,itu sudah tentu jika berada di Malaysia...tapi yang menjadi cabaran ialah kami sekarang berada di bumi Mesir..ubi ini hanya banyak didapati jika berada dalam musim dingin(sejuk)..sekarang sudahpun memasuki musim panas..so,itulah cabarannya...fuhh...musing ketang(pening kepala) si walid mencari-cari ubi ini...sekitar kawasan penempatan rakyat Malaysia dan juga di beberapa muhafazah yang kebetulan mengikuti lawatan exco KPT namun pencarian hampa..kemungkinan bukan harinya ubi itu dijual...

Pencarian ubi itu diketahui oleh sahabat baik saya dari Indonesia,akhi Masdar yang kebetulan terbaca status ym saya...beliau juga turut berusaha mencari di sekitar bu'uth(kawasan penginapan pelajar wafidin arab) namun tidak juga diketemui...dan secara kebetulan,seorang rakannya daripada Filipina juga mempunyai isteri yang mengidamkan perkara yang sama,iaitu ubi steler...huhu..akhirnya ubi steler yang dicari2 dapat dijumpai...kawan dari Filipina itu mendapatkan ubi itu daripada sebuah muhafazah yang agak terpencil dan jauh dari kaherah...Subhanallah..begitu indah perancangan Allah.

Di sini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya akhi Masdar,Indonesia yang amat mengambil berat akan diri ini.juga saudara dari Filipina yang turut membantu.sungguh indah persaudaraan yang kamu semua tunjukkan..terasa kerdil dan malunya diri ini menjadi sahabat kamu semua...semoga persaudaraan kita semua terus terjalin erat...sesungguhnya saya mengasihi kamu semua...

juga saya ingin mengucapkan tahniah buat akhi masdar atas kejayaannya di dalam imtihan baru2 ini (result kontrol..harap tak berubah lagi) ..semoga anda terus berjaya hingga ke akhir hayat,insyaAllah...

p/s : baby..dahla mintak yang pelik2 ye..hehe..mintaklah ish(roti arab) ke...cili ke...hik3..:P

post signature



7/19/2009

Pernah Makan Daging Manusia?? v.1

Bismillah Walhamdulillah..

T
ajuk posting kali ini agak kurang senang dibaca kerana ianya mungkin sudah menjadi satu tabiat dan perkara yang sudah serasi dengan mereka yang bergelar insan. Namun begitu,saya teruskan juga menulis tajuk ini kerana pesan Nabi S.A.W…”berkatalah benar sekalipun ianya pahit.”
Sejenak kita merenung Firman Allah S.W.T dalam surah al-hujurat ,ayat 12 yang berbunyi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ






Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Hujurat ayat 12)

soalan cepu emas buat sahabat-sahabat: Pernahkah anda semua makan daging saudara kamu?
hah..anda janganlah terkejut dengan soklan saya ini,bukanlah saya ni jenis yang makan orang..tapi maksud saya ialah pernahkah anda mengumpat/ghibah saudara anda?sesungguhnya mengumpat/ghibah ini diumpamakan seperti memakan daging saudara sendiri...cubalah perhatikan video di bawah ini...semoga mendapat iktibar:



Apakah Maksud ghibah??

Rasullah (S.A.W) telah memberi pengertian mengumpat sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya.marah benci dan sebagainya.

****************************************************

Bercakap tentang ghibah/mengumpat ni,cuba kita renung dan muhasabah diri kita,pernahkah kita membuka aib kawan-kawan kita???astaghfirullah…sememangnya itu adalah tabiat kita,sekalipun saya yang mengetahui akibat ghibah ini,namun kerapkali melakukannya…betapa hina dan lemahnya diri ini…semoga Allah jauhkan diri kita semua dari perbuatan mengumpat/ghibah ini…amiin.

Apakah perkara yang boleh terjadinya umpatan/ghibah ini???

=> Kekurangan fizikal - seperti juling, hitam, terlalu pendek, terlalu gemuk, tempang dan sebagainya

=> Keturunan seseorang - keturunan fasik, seseorang yang hina dina atau keburukan lain dalam keturunan seseorang.

=> Pekerti seseorang - Bakhil, suka menonjol milik/jasanya, pemarah, pengecut, lemah pendirian dan sebagainya.

=> Kelakuannya - Pencuri, pembohong, peminum arak, pengkhianat, zalim, lemah ibadat seperti cuai sembahyang, puasa zakat, membiarkan orang tuanya dll.

=> Keperibadiannya - Tidak sopan/biadap, banyak cakap, kuat makan dll. Serta lain-lain perkara yang melibatkan menceritakan hal orang jika beliau tahu marah samada dalam bentuk kata, lisan, celaan, isyarat, tulisan yang bermaksud mengumpat.

to be continue.....sabar ye..hehe :P


post signature



7/16/2009

Ekspo Gempak PMRAM 09'


E
GP 09' kini kembali....sahabat-sahabat yang berminat bolehlah merujuk segala maklumat dan info-info terkini menerusi laman web ini...(egp-pmram.blogspot.com)

video promosi EGP 09'....layanz....




post signature



EXCHANGE BANNER SAHABAT-SAHABAT MAYA

B
AGI SESIAPA YANG INGIN BANNERNYA TERSENARAI DI SINI..SILALAH TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA DI RUANGAN KOMENTAR..SYUKRAN!

© Bersama Ustaz Ismail


Blog Gadis Melayu


Misziera





Komuniti Blogger Azhari

AlongArman






T O Q K I Z O N E - Deskripsi


BlogMalaysia.com


Pro-Tajdid Segar

Powered by BannerFans.com


Powered by BannerFans.com



Powered by BannerFans.com





Photobucket

post signature

7/09/2009

Semakin Hambar



Y
a Allah....semakin hari semakin malas rasanya nak menggedik mengedit blog ini...dan semakin hari jugak blog kesayangan kembara ni menjadi ketandusan pengunjung..huhu..sedih tu memang agak sedih...tapi kesedihan itu tidak layak untuk aku ungkapkan...ape yang pasti orang kate..."ko tak edit/update blog ko pesal??" haa..mesti ungkapan itu yang keluar dari mulut setiap pembaca.

teruskan membaca luahan hati kembara..ngee~



Apa sudah jadi???.


entahlah...nak cakap pun tidak kena...kemungkinan sudah lama meninggalkan blog ni..maklumlah,semenjak kebelakangan ini,kesibukan melanda kembara...berblog ini tidak boleh ditinggalkan.ianya seperti merajuk kot...tapi ianya tidak boleh lawan dengan yang satu ni...apa dia? AL-QURAN...kalau blog pun seperti merajuk...Quran apatah lagi...barangsiapa yang meninggalkan baca Quran..sudah tentu Quran semakin jauh dari kita...

Sehari kita tidak membaca Quran...Seminggu ia menjauh dari kita...seminggu kita tidak membaca Quran..Sebulan ia menjauh dari kita..dan begitulah seterusnya..oleh itu..janganlah kita sibukkan diri dengan perkara lain dan melupakan kitab suci dan juga mukjizat Nabi Muhammad yang masih kekal sehingga hari ini.

setakat ini sahaja coretan kembara kali ini...sambil2 mencari semangat dan idea...semangat sahabat-sahabat amat diperlukan..jumpa lagi..wslm





post signature



7/03/2009

Kembali T'senarai..TQ Rdhanz

K
embaramursyid kembali tersenarai dalam penyumbang kepada blog buku nota.setelah tergelincir pada bulan mei yang lepas,akhirnya kembara sudah kembali tersenarai...sememangnya pada bulan mei yang lepas,kembara jarang melawat blog buku nota disebabkan imtihan yang berlaku.juga kerana buku nota tidak terupdate..(hehe..jgn mare ust rdhanz)..sebab tu kembara malas untuk walking2 ke sana..huhu..

inilah upahnya bila dah tersenarai dalam laporan buku nota pada bulan jun ini...:



kawan2 pun boleh mendapatkan award ni setiap bulan asalkan kawan2 selalu menjenguk bolg buku nota...ini sahaja laporan dan ucapan terima kasih buat saudara Rdhanz...teruskan perjuangan dalam dunia siber..semoga Allah sentiasa memberkatimu....:D

post signature

Damai Nan Indah

K
epekatan Malam Dihiasi Rembulan

Siang Pula Datang Bersama Sinaran Mentari
Dalam Resahnya Hati Ini
Ku Turutkan Langkah Kaki
Tak Terasa Ku Lalui
Jalan Yang Berliku-Liku

Ku Jatuhkan Pandangan
Ku Lihat Jurang Dalam
Penuh Dengan Onak Duri
Yang Amat Mengerikan

Ku Dongakkan Kepala
Ku Lihat Langit Tinggi
Terbentang Luas Tiada Bertepi

Cahaya-Mu Indah Menyinari Hidupku Ini
Kasih-Mu Tambah Memupuk Iman Di Jiwaku
Dengan Cahaya-Mu Terang Pelita Di Hatiku
Syiar-Mu Membuat Musuh-Mu Terpaku

Kalam-Mu Indah Terdengar Merdu Di Telinga
Mehnah-Mu Itu Mengajar Menyedarkanku
Kasih-Mu Oh Tuhan Membuat Hatiku Merindu
Ku Rasa Indah Di Dalam Rahmat-Mu.

post signature

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget