LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

4/06/2009

JaNg@nLaH bErBuRuk SaNgKa...

Setiap orang tidak dapat lari dari kesilapan...samada kesilapan yang telah dilakukan,sedang dilakukan mahupun yang bakal dilakukan. Maka tidak hairanlah jika ada diantara kita melihat kisah silam seseorang dengan penuh kejijikan disebabkan kehidupan lampaunya walaupun kehidupannya sekarang sudah berada pada jalan yang benar dan lurus. Sifat membuka aib atau mencari kesilapan seseorang merupakan antara sifat mazmumah yang tidak patut ada pada seseorang muslim yang mengaku beriman pada Allah taala dan mereka yang menyintai Baginda S.A.W. Sifat ini amat dimurkai oleh Sang Pencipta dan perkara ini telah dijelaskan dalam kitabNya.

Firman Allah bermaksud:
"Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani."
(Surah Al-Hujurat: ayat 12)


Berdasarkan mafhum ayat di atas,jelaslah kepada kita bahawa sifat buruk sangka dan mengumpat kesalahan dan keaiban sesama saudara kita. Kita selaku hamba Allah yang tidak dapat lari dari kesilapan tentunya banyak terdapat kecacatan pada diri kita.janganlah kita menganggap kita tidak pernah melakukan kesilapan dan terasa bahawa hidup kita sempurna kerana disana tentunya terdapat kesilapan yang kita lakukan samada secara kita sedar mahupun tidak. Oleh itu,sebaik-baik mereka yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat dan memohon keampunan dari Allah,tetapi itu hanya adalah dosa atau kesilapan yang kita lakukan kepada Allah,dan sekiranya dosa yang kita lakukan melibatkan sesama manusia,tidak dapat tidak kita mesti memohon kemaafan dari saudara kita tersebut dan jika tidak,dosa kita tidak akan terhapus begitu sahaja.




Kita semua perlu ingat, bahawa Nabi S.A.W yang ma’sum dan dijamin masuk Syurga sentiasa memohon keampunan dan taubat kepada Allah tidak kurang daripada 70 kali sehari. Kita macam mana???

• “Kita yang sentiasa lalai dan meremehkan tanggungjawab kita selaku hamba Allah,adakah kita sentiasa bertaubat???” • “Kita yang sentiasa mengumpat dan mengeji kesilapan dan keaiban saudara kita,berapa kali kita istighfar dan minta maaf??” • “kita yang sentiasa berada dalam kemaksiatan,berapa kali kita bertaubat???” • “kita yang sentiasa melukakan hati saudara-saudara kita,adakah kita sedar???”
• Dan sebagainya persoalan yang mungkin boleh kita bina untuk sama-sama kita muhasabah balik diri kita...


Saya amat bersetuju dengan artikel seorang sahabat yang bertajuk “buanglah silam itu” amat kena dan bertepatan dengan artikel saya pada kali ini. Entah kenapa hati ini terlonjak-lonjak hendak menulis artikel sebegini,pelbagai anggapan mungkin bermain di minda saudara-saudara semua,tapi yang pasti tujuan saya menulis artikel kali ini adalah sebagai nasihat bagi al-faqir yang hina ini dan sebagai perkongsian dengan sahabat-sahabat seperjuagan . Al-faqir yang hina ini juga mempunyai kisah silam yang agak teruk jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat semua,tapi itu semua telah berlalu,semoga ianya menjadi pengajaran bagi diri Al-faqir ini dan diampunkan oleh Allah taala.


Justeru itu,saya menyeru sahabat-sahabat semua agar sama-samalah kita koreksi diri kita yang hina lagi kotor ini untuk sama-sama kita bersihkan hati dan diri kita sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir dan sebelum kita dihisab di hadapan Allah taala. Sama-samalah kita memohon keampunan dan taufik hidayah dari Ilahi agar mengurniakan kepada kita akhlak yang terpuji lagi disenangi oleh semua makhluk.
Akhirnya,saya al-faqir yang hina dan lemah ini memohon ampun dan maaf kepada saudara-saudara sekiranya diri ini pernah beranggapan buruk dan melakukan kesilapan pada kalian semua. Saya harap kesalahan saya dapat diampunkan dan dimaafkan oleh kalian. Semoga Allah merahmati dan mengasihi kita semua..amiin..wassalam.
senyum

3 comments:

  1. salam saudara~

    mula tak berburuk sangka, namun apabila org itu mula menimbulkan syak wasangka, maka mulah timbul pertanyaan. Kemudian lama2 jd kemusykilan dan terus hilang kepercayaan.

    namun yg penting kita kena berhati2 dalam apa jua tindakan dan kelakuan.
    sentiasa sabar dan memaafkan org lain. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget