LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

1/31/2009

kawan kita...

Di samping perhubungan manusia dengan Allah, Islam menitikberatkan juga perhubungan antara manusia dengan manusia. Allah s.w.t berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112).

Apabila disebut, perhubungan baik dengan manusia, maka skop perhungan itu bukan di kalangan manusia semata, tetapi meliputi alam_makhluk yang bernyawa dan yang tidak bernyawa_yang ternyata merupakan komponan atau mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan manusia.

Sudah menjadi kenyataan, apabila tidak ada perhubungan baik antara manusia dengan alam, misalnya sekelompok manusia melakukan kerosakan di mana-mana di atas muka bumi ini, maka berlakukah gejala alam yang bukan saja mejejaskan kehidupan kelompok manusia itu sendiri malah kelompok-kelompok manusia yang lain.

Pemeliharaan alam ini jelas menjadi kewajipan dan tanggungjawab manusia, kerana Allah menjadikan manuisa sebagai khlifah di muka bumi ini (Maksud ayat 30, surah al-Baqarah).

Dalam konteks perhubungan baik antara sesama manusia, Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), dan Kami jadikan kalian berbagai bangsa dan suku agar kalian saling kenal-mengenali (antara satu sama lain)”. (al-Hujurat : 13).


"ukhwah itu indah"


Perhubungan manusia dengan Allah pula merupakan tujuan pokok manusia didiciptakan-Nya. Allah berfirman, bermaksud, “Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada-Ku”. (al-Dzariat : 56).

Tentang perhubungan baik yang khusus antara sesama manusia di kalangan ummah, iaitu persaudaraan seagama (ukhuwah Islamiyyah), Islam memperuntukkan peraturan atau undang-undang dalam sistem kehidupan sosial yang adil dan harmoni yang disebut sebagai Syari'at Islamiyyah. Semua perkara dalam hal ini terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan, semuanya adalah untuk kebaikan, kebajikan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia seluruhnya, di dunia dan akhirat.

Untuk kesejahteraan ummah, Islam menganjurkan penganutnya agar saling menjalinkan kasih sayang (mahabbah), hormat-menghormati, bekerjasama, bertimbangrasa, tolong-menolong, nasihat-menasihati, berbaik-baik sangka antara satu sama lain.

Antara firman-firman Allah yang berkaitan ialah: ”Hai orang-orang beriman, janganlah berolok-olok satu kaum kepada kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diprolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan itu), jangan juga wanita-wanita kepada wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada wanita-wanita (yang mengolok-olokkan itu), janganlah kalian mencela diri kalian sendiri dan janganlah kalian panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk.… Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?". (al-Hujurat : 11 dan 12).

Demikianlah, larangan Allah. Umat islam, bukan sahaja dilarang daripada melakukan perlakuan atau tindakan yang boleh mencederakan fizakal atau mengorbankan nyawa orang lain, tetapi juga ditegah daripada melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menyinggung atau menyakiti hati atau boleh memutuskan tali perhubungan.

Sebaliknya, Islam menekankan galakan agar manusia melakukan apa sahaja perbuatan yang akan menyenangkan hati dan membahagiakan kehidupan manusia yang lain. Sehinggakan senyuman kepada seseorang itu dikira sebagai satu sedekah (Maksud Hadis).


"satukan hati,tautkan mahabbah"-KPT


Islam menggalakkan perpaduan ummah. Allah berfirman, mafhumnya : "Sesungguhnya segala orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara yang bersengketa". (al-Hujurat : 10).

Rasulullah bersabda, "mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"; dan "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

Untuk mengekalkan perpaduan ummah, Islam melarang sebarang perbuatan yang merupakan penindasan, penipuan atau penganiyaan antara satu sama lain, seperti rasuah, menyorok barang jualan, menabur fitnah, menghadu-dumba, makan riba, makan harta anak yatim dan sebagainya. Dilarang juga umat Islam melayani nafsu dan membiarkan hati dijangikiti penyakit mazmumah seperti hasad, tamak, riyak, 'ujub, takabbur dan sebagainya.

Di samping mendatangkan manfaat duniawi, jalinan persaudaraan sesama penganut Islam itu juga akan menghasilkan manfaat ukhrawi. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Barangsiapa menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga".

Mu'az bin Jabal meriwayaatkan: Rasulullah bersabda (maksudnya): "Suatu kelompok manusia pada hari kiamat kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arasy. Wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul-qadar. Waktu itu manusia panik sedangkan mereka tidak berasa panik dan manusia takut padahal mereka tidak berasa takut. Mereka itu adalah aulia Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir".

Lalu Mu'az bertanya: "Siapakah aulia itu, ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah". (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Allah berfirmaan pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'".

Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahnkan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah (Maksud Hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik).

Oleh : Muhammad Isa al-Jambuli

P/S :

~selalulah berbuat baik dengan rakan2...hatta mereka sentiasa melayanmu dengan buruk...

~menjaga tatatutur dengan sahabat2...umpama kata org tua2..."jangan kerana mulut,badan binasa"

*************************************************************************************

1/29/2009

tugas Vs imtihan

~~~imbasan 3 minggu yang lalu~~~

Dalam kehangatan dan kekalutan untuk menghadapi imtihan fasa pertama,tentunya masing2 tekun mengadap kitab2 kuliah dan menghadamkan dalam dada sebagai persiapan untuk berperang di medan imtihan nanti...tapi bagi seorang yang mempunyai amanat lain pula situasinya..huhu...begitulah yang berlaku tiga minggu yang lalu...dalam persedian utk imtihan fasa pertama,aku mendapat satu misi penting pertama selepas pegawai negeri pulang ke tanah air.

Mmg dah menjadi tugas aku sebagai biro perumahan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu.tugas aku melibatkan masalah kerosakan rumah2 ahli khususnya.sementara pegawai baru datang,aku kenelah ambil berat tentang kebajikan sahabat2 di asrama Terengganu.baru-baru ini,berlaku black out di sebuah rumah akhawat(pljr.pempuan) di rumah Terengganu.selepas diberitahu oleh timbalanku,aku meminta tolong sahabatku untuk bergegas ke tempat kejadian,cewah..macam 991 lak..maklumlah,aku sekarang tak tinggal di rumah terengganu lagi,sejak bergelar mutazawwij ni...terpaksalah menetap di luar asrama.so,kenelah mintak bantuan orang lain dulu...beselah,hero lambat sikit..hihi..
~~~~~~~~~

setelah sampai di rumah tersebut,aku dimaklumkan yang fius rumah itu terbakar..masyaAllah..nasib baik tak terbakar rumah.boleh dikatakan punca terbakar fius itu ialah disebabkan penggunaan voltan yang tinggi dalam rumah itu.difahamkan oleh ahli bait rumah itu bahawa mereka ada menggunakan 'heater'.mmg seronok mggunakan heater,tambah2 musim sejuk ni..tapi,jika berlebihan penggunaannya.ia akan merbahaya(kalam Us.Ismail-pembantu terbaik biro perumahan)..contohnya..mcm dah terjadi kat rumah akhawat nih..



~inilah akibat penggunaan voltan yang tinggi~




selepas mendapatkan fius yang baru dari kedai elektrik berdekatan,segala masalah dan kerosakan yang berlaku dapat diatasi...segalanya dengan bantuan sahabat-sahabat aku yang sangat mengutamakan kebajikan sahabat2 di mesir ini..terima kasih kepada mereka berdua(Us.ismail+Us.nasir)


sempat lagi posing tuh...ikhlaskan niat tuh..huhu


Us.Nasir yang malu2..hehe~~


p/s :~buat sahabat2.jangan gunakan elektrik dengan berlebihan..risikonya tinggi
~kalau fius dah 'tendang' ,jangan angkat lagi..pastikan dulu puncanya...sebab mmg
fius direka automatik,jika ada masalah,ia akan tendang sendiri(khususnya akhawat)
~terima kasih kepada yang banyak membantu..Allah sahaja yang mampu membalasnya..



Akhlak


kembara1731.com

1/28/2009

buatmu Muslimah

WAHAI MUSLIMAHKU
KETAHUILAH...BERSINARNYA NURUL ISLAM
YANG MENERANGI KEKELAMAN MALAM
MENJANJIKAN KETINGGIAN DARJAT


KEWANITAANMU
ENGKAU YANG DIIBARATKAN BUNGA YANG MEKAR

DI TAMAN LARANGAN ISLAM

KEHIJAUAAN DAUN-DAUNNYA
IBARAT
KETENANGAN YANG KAU MILIKI
KEHARUMAN BUNGANYA IBARAT

KEINDAHAN BUDIMU
KEPUTIHAN KELOPAKNYA
IBARAT
KEIKHLASAN DALAN PERJUANGAN


INGATLAH MUSLIMAHKU

ENGKAULAH SEINDAH PERHIASAN
NAMUN ENGKAU JUGA SEBURUK-BURUK
FITNAH DUNIA
HIASILAH PERIBADIMU

INDAHKAN PEKERTIMU

SEBAGAIMANA CONTOH MUSLIMAH SOLEHAH

KEHORMATAN TERJAGA

MARUAH MU SENTIASA TERBELA


SEMOGA KEIKHLASANMU

SEIKHLAS KHADIJAH

CERDIK MU SECERDIK AISYAH

KELEMBUTAN MU SELEMBUT FATIMAH

DAN CINTAMU SEHEBAT

CINTA RABBANI RABIATUL ADAWIAH

AYUH MUSLIMAHKU...


BANGUNLLAH

TERUSKAN LANGKAH MU

BUKALAH MATAMU

TINGGALKAN MIMPI-MIMPI INDAHMU

BERJUANGANLAH DEMI KETINGGIAN AD-DINMU

NESCAYA SINAR TERANG
MENANTI MU DI HADAPAN



"wanita adalah perhiasan,sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

1/23/2009

stungun!!!???

p/s :FOR YOUR INFORMATION, latest weapon used thief's.
THIS IS VERY IMPORTANT. NO MATTER HOW BUSY YOU ARE, YOU MUST
GIVE YOURSELF AT LEAST 3 MINUTES TO READ THIS!




I just thought to let know what my doctor told me recently. I don't think she was lying and neither am I, so please pass this on to your friends. Her clinic is in SS2 and you know how congested that place is.

One morning a few months ago in broad daylight, a girl was getting into her car when a few men approached her with what looked like a torchlight. Quite harmless looking. They pressed the "torchlight" into her back and immediately she went limp and very pale. So she wouldn't be able to fight back, they slashed her thigh with a parang and sped away in her car.

There were many people around and they quickly took her to the nearest clinic which was my doctor's clinic. There were two doctors at that time and they managed to stitch up her wound but the girl remained pulse-less and still pale as paper. No pulse, no BP (blood pressure). Just like dead.

My doctors were confused as to how one wound on the thigh made the girl almost like dead? They managed to revive her and save her life.

After some checking around, the doctors found out what actually happened was that the girl was made unconscious not by a torchlight but actually a high voltage weapon. I forgot how many watts she mentioned. 1000? Anyway, it was high enough to kill a person by electrocution.

It seems this weapon is from China . It's not rampant yet in Malaysia , but with this thing, a person can rob, rape, kill, kidnap, and practically do anything to you. My doctor said that if the girl weren't taken to the clinic immediately she would have died because there was no pulse on her.

So please just beware of your surroundings, if anybody is lurking around with a torchlight-thingy and approaches you, just scream or run away. Better to be embarrassed than ZAPPED and fried, right? Take care.



This item is called "stungun".

6 ciri mulia

Hidup seharian orang bersikap ikhlas akan sentiasa bahagia dan
tenang kerana perlakuannya tidak mudah dipengaruhi hasutan syaitan
dan iblis. Mereka juga tergolong manusia yang reda dengan ketentuan
ilahi. Justeru ALLAH SWT akan menganugerahkan enam ciri (keutamaan)
dalam hidupnya iaitu :

1) Jarang kecewa terhadap dunia. Orang ikhlas tidak mengharapkan
apapun dan daripada sesiapapun. Kenikmatan baginya bukan daripada
usaha mendapatkan tapi cara mempersembahkan. Sebaliknya, orang tidak
ikhlas akan banyak kecewa dalam hidup kerana banyak berharap
daripada manusia dan makhluk lain.

2) Tidak leka dengan penghargaan. Bagi orang ikhlas, dipuji atau
dicaci sama saja asalkan apa yang dilakukan benar dan lurus niatnya.

3) Tidak membezakan amal besar dan amal kecil. Orang ikhlas tidak
sibuk melihat besar kecilnya amal. Ia hanya sibuk dengan apa yang
disukai ALLAH. Tidak ada yang kecil di hadapan ALLAH. Yang kecil
hanya amal yang tidak ikhlas.

4) Nikmat berbuat amal. Kebahagiannya bukan dari mendapatkan pujian,
namun daripada amal ikhlasnya. Kerana itu, orang ikhlas akan
bersisikap istiqamah dalam ibadat.

5) Tidak bersikap membezakan. Orang ikhlas tidak berjuang untuk
sesuatu kumpulan tertentu. Ia berjuang hanya untuk ISLAM. Kumpulan
hanya alat untuk mencapai tujuan.

6) Tidak ditipu syaitan. ALLAH SWT mengabadikan ucapan iblis dalam
AL QURAN. "pasti aku akan menyesatkan mereka (manusia) semuanya
kecuali hamba-hambaMU yang ikhlas" (surah AL HIJR, ayat 39 dan 40 ).

BAGIMANA AGAR KITA BOLEH IKHLAS? CARANYA MUDAH DAN TIDAK PERLU
MENGELUARKAN BELANJA. TUMPUKAN FIKIRAN DAN AMAL KITA HANYA UNTUK
ALLAH. BERFIKIRLAH BAGAIMANA AGAR AMAL KITA DITERIMA ALLAH. USAH
MENGHARAP BALASAN DARIPADA JASA, PUJIAN, ATAU KEUNTUNGAN. LAKUKAN
YANG TERBAIK, SAMPAIKAN DENGAN CARA TERBAIK, BERIKAN YANG TERBAIK
DENGAN HATI TERBAIK..... .

{Petikan daripada K.H. Abdullah Gymnastiar}

1/22/2009

Mutiara Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

Qad kafani ‘Ilmu Rabbi

قد كفاني علم ربي

قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي

Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku

مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Daripada permintaan dan usahaku

فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي

Doa serta permohonanku

شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي

Sebagai bukti pada kefakiranku

فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو

Oleh kerana rahsia itu aku berdoa

فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي

Pada saat aku senang dan susah

أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي

Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku

ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي

Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي

Wahai tuhanku yang memiliki aku

أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي

Kau Maha tahu akan keadaanku

وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي

Dan apa yang berada dalam hatiku

مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي

Dari kesedihan dan kesibukanku

فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ

Maka tolonglah aku dengan kelembutan

مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي

Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي

Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba

قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي

Sebelum lenyap kesabaran hamba

يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا

Wahai pemberi pertolongan dengan segera

مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا

Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu

يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي

Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan

بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا

Dengan apa-apa yang kami harapkan semua

يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا

Wahai yang Maha dekat, dan menjawab

يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا

Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي

Aku mengaku akan kelemahanku

وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي

Dan ketaatan serta kesedihanku

لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ

Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu

فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي

Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku

وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ

Pada lembah kurnia-Mu aku berada

فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي

Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana

ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم

Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي

Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي

Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي

Sepanjang malam dan siangku

حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat

فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي

Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي

Tenteramkanlah rahsia dan hatiku

مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ

Dari kebimbangan dan pergolakannya

فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي

Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan

وشِعَارِي ودِثَارِي

Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget