LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

1/23/2009

6 ciri mulia

Hidup seharian orang bersikap ikhlas akan sentiasa bahagia dan
tenang kerana perlakuannya tidak mudah dipengaruhi hasutan syaitan
dan iblis. Mereka juga tergolong manusia yang reda dengan ketentuan
ilahi. Justeru ALLAH SWT akan menganugerahkan enam ciri (keutamaan)
dalam hidupnya iaitu :

1) Jarang kecewa terhadap dunia. Orang ikhlas tidak mengharapkan
apapun dan daripada sesiapapun. Kenikmatan baginya bukan daripada
usaha mendapatkan tapi cara mempersembahkan. Sebaliknya, orang tidak
ikhlas akan banyak kecewa dalam hidup kerana banyak berharap
daripada manusia dan makhluk lain.

2) Tidak leka dengan penghargaan. Bagi orang ikhlas, dipuji atau
dicaci sama saja asalkan apa yang dilakukan benar dan lurus niatnya.

3) Tidak membezakan amal besar dan amal kecil. Orang ikhlas tidak
sibuk melihat besar kecilnya amal. Ia hanya sibuk dengan apa yang
disukai ALLAH. Tidak ada yang kecil di hadapan ALLAH. Yang kecil
hanya amal yang tidak ikhlas.

4) Nikmat berbuat amal. Kebahagiannya bukan dari mendapatkan pujian,
namun daripada amal ikhlasnya. Kerana itu, orang ikhlas akan
bersisikap istiqamah dalam ibadat.

5) Tidak bersikap membezakan. Orang ikhlas tidak berjuang untuk
sesuatu kumpulan tertentu. Ia berjuang hanya untuk ISLAM. Kumpulan
hanya alat untuk mencapai tujuan.

6) Tidak ditipu syaitan. ALLAH SWT mengabadikan ucapan iblis dalam
AL QURAN. "pasti aku akan menyesatkan mereka (manusia) semuanya
kecuali hamba-hambaMU yang ikhlas" (surah AL HIJR, ayat 39 dan 40 ).

BAGIMANA AGAR KITA BOLEH IKHLAS? CARANYA MUDAH DAN TIDAK PERLU
MENGELUARKAN BELANJA. TUMPUKAN FIKIRAN DAN AMAL KITA HANYA UNTUK
ALLAH. BERFIKIRLAH BAGAIMANA AGAR AMAL KITA DITERIMA ALLAH. USAH
MENGHARAP BALASAN DARIPADA JASA, PUJIAN, ATAU KEUNTUNGAN. LAKUKAN
YANG TERBAIK, SAMPAIKAN DENGAN CARA TERBAIK, BERIKAN YANG TERBAIK
DENGAN HATI TERBAIK..... .

{Petikan daripada K.H. Abdullah Gymnastiar}

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget