LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

6/28/2008

kembara mursyid??Perjalanan??..apakah yang dimaksudkan dengan tema blog aku ini??? sememangnya penulisan bukanlah satu minat bagi aku..tapi..kenapa menceburi bidang blog ini??kenapa??mengapa??dan bagaimana??..seribu persoalan bermain dalam fikiranku..layakkah aku menceburi bidang ini?sedangkan yang pasti beribu-ribu orang,beratus-ratus orang pasti melayari blog aku ini.. malu?takut?dan pelbagai persoalan lagi menjengah dalam benakku yang dah serabut dengan tugas2 sebagai seorang pimpinan..astaghfirullah,tak baik salahkan tugas..."ish..jadi pimpinan pun sempat lagi bermain dengan blog?.."mesti persoalan tersebut akan terpacul dari mulut ahli persatuanku..aku berfikir..termenung..adakah salah aku mengadakan blog aku tersendiri??..itu hak aku..tak salah rasenye..tp persepsi orang lain?mesti berbeza..setiap orang pasti mempunyai pandangan berbeza..tak mengapalah..asalkan aku buat semua ini bukan nak mendedahkan aib atau ape-ape yang salah disisi syara'..cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman pan menerima pandangan atau pendapat daripada orang lain..sebagai manusia,aku ini insan yang lemah..sentiasa memerlukan kepada dorongan dan pimpinan daripada sahabat2..tidaklah yang bernama pimpinan adalah 100% sempurna..tetapi hanyalah satu taklifan untuk menjalankan visi dan misi sesebuah pertubuhan atau persatuan...semua manusia adalah sama..yang membezakan manusia dan ape yang dilihat oleh Sang Pencipta hanyalah Taqwa dan Iman seseorang..tak kisahla sejauh mane kebaikan seseorang jika tidak beriman dan bertaqwa pasti mendapat murka Allah..okeh,berbalik kepada tema blog ini..aku memilih nama kembara mursyid adalah bertepatan dengan makna 'mursyid'..petunjuk dan kembara adalah perjalanan..jadi..motif sebenar adalah..perjalanan hidup seorang hamba yang dahagakan petunjuk yakni petunjuk dan hidayah daripada Ilahi..itulah hakikat sebenar dan tujuan penciptaan blog ini..pada mulanya aku ragu2 untuk mencipta blog ini..tp,selepas mendapat kata semangat dari seorang sahabat..katanya"awak boleh dan saya percaya awak mampu buat"=)so,dengan semangat yang berkobar2..aku mencipta blog ini..walaupun aku tahu aku akan mendapat kritikan dan ejekan daripada kawan2..tp tak mengapalah..mulut tempayang bolehla aku tutup..tp mulut orang?biar jela..oklah, itulah sedikit sebanyak tentang idea dan asal usul blog ini dicipta..sekian..wassalam(ss)

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget