LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

11/04/2010

PERKHIDMATAN PEJABAT POS,AJIL,HULU TRG-TERUK!

Assalamualaikum wbt.

    Ape khabar sahabat2 blogger dan pembaca sekalian? harap2 anda sentiasa dalam keadaan baik dan sihat walafiat. sudah lama rasanya alfaqir tidak membuat coretan sendiri di blog ini,hanya buat copy paste je..hehe,bukannye ape..kadang2 hidup kita ini memerlukan kita utamakan yang lebih penting dari yang penting..(^_^)..

    Kali ini alfaqir ingin berkongsi satu perkara yang dirasakan amat perlu untuk kita ambil berat dan cuba atasinya. Kemungkinan ade pihak yang akan melenting tentang ape yang akan alfaqir bicarakan,namun.."berkatalah benar sekalipun ianya pahit"..sama-sama lapangkan dada dan tenangkan fikiran.

PEJABAT POS MALAYSIA





    Dua tiga hari yang lepas, alfaqir kebetulan diminta oleh kakak untuk menyimpan duit di pejabat pos, sebenarnya alfaqir sudah lama tidak menjejakkan kaki di pejabat pos di kawasan alfaqir tinggal ni,ajil-sebuah pekan yang berada di daerah hulu terengganu.Ajil juga merupakan laluan untuk ke kuala berang,jalan jerangau-jabor dan juga laluan untuk ke kuala terengganu jika dari kuala berang.

    Sebelum ini, alfaqir pernah mendengar keluhan orang ramai yang ada di sekeliling kawasan ajil ini berkenaan kelemahan perkhidmatan di pejabat pos itu. alfaqir cuba untuk berhusnu zhon dengan tidak mengambil berat sangat akan hal tersebut, tetapi malangnya perkara yang digembar-gemburkan terjadi di hadapan alfaqir sendiri. Alfaqir amat kecewa dengan sikap pegawai pejabat pos yang bertugas di situ.




PANAS BARAN

    Antara sikap yang dapat alfaqir ceritakan di sini ialah sikap panas baran yang ada pada pegawai pos di situ. ceritanya apabila seorang wanita yang berbangsa cina membuat urusan ibunya di kaunter, ibu si wanita itu ada tetapi sedang berada di luar..dari situlah timbulnya 'bebelan' dari si pegawai itu.apakah itu yang sepatutnya pegawai itu buat?susah sangat ke untuk berlembut?anda nilailah sendiri ye..:)

'BUSY BODY'

    sikap yang sepatutnya ada pada seorang pegawai kerajaan ialah telus,amanah,sedia berkhidmat. Namun ape yang berlaku di sini ialah sebelum giliran alfaqir untuk membuat urusan,adalah di hadapan alfaqir dua beranak yang ingin mengeluarkan duit dari akaun masing-masing dan jumlah yang dikeluarkan tidaklah banyak. Masing-masing hanya mengeluarkan sedikit wang dari akaun yang berbeza walaupun duit dalam akaun dikatakan banyak(kata pegawai). Sikap pegawai yang busy body itu telah membebel kerana dikatakan sudah menyusahkannya.kenapa perlu pegawai itu berkata dan membebel sedemikian,tidakkah itu sudah menjadi tanggungjawab dan tugas dia?anda semua nilailah sendiri..

    Ada lagi beberapa sikap yang tidak cantik bagi seorang pegawai kerajaan.alfaqir harap sekiranya ada pegawai2 di luar sana yang bersikap sedemikian,berubahlah agar kita tidak tergolong antara golongan yang menjadi penghuni NERAKA..

"MEMBANGUN BERSAMA KESYUMULAN ISLAM"


post signature

1 comment:

  1. pejabat pos ajil memang teruk!!!! saya sendiri akuinya..posmen pemalas!!!! segala pembayaran bil tertangguh oleh kerana bil tak sampai ke rumah saya!!! benci posmen pemalas!!!!

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget