LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

10/29/2009

4 oktober 2008 detik terakhir kita bersama

S
ebak dan sedih bila mengenangkan pemergian insan tersayang..lebih2 lagi apabila sudah lama kerinduan yang disimpan ingin dilepaskan pada suatu hari nanti...namun,segala kerinduan yang dipendam dek kejauhan ini akhirnya terpaksa aku tenggelamkannya di aliran 'sungai nil'..ya Allah..maha hebat ujianMU kepada keluarga kami...namun kami redha ya Allah...moga ujianMU ini memberi satu kebaikan dalam hidup kami..

Ya..mungkin akan ada yang mengatakan,"sabarlah, kami juga pernah melalui peristiwa yang sama,kami juga ada kehilangan adik beradik yang kemalangan"...memang benar ianya sama bagi kamu,tapi bagi kami tidak,
ukhuwwah kekeluargaan antara kami begitu ampuh dan utuh jika nak dibandingkan dengan hubungan kekeluargaan orang lain pada masa kini yang lebih bersikap 'keakuan'.benar,bukan semua yang bersikap sedemikian,namun inilah kebanyakan yang berlaku pada zaman sekarang.



Sudah lebih kurang seminggu ku biarkan blog ini bersawang...tiada semangat dan setiap kali membuka internet..perkara utama yang aku terjah ialah blog warasatusyahidah...blog ini didedikasikan khas buat dua orang anak saudara kami yang bernama khaulah solehah dan jugak 'afaf al-husna...dua insan kecil yang belum mengerti apa2 mengenai kehilangan...di blog inilah aku mendapat pelbagai cerita mengenai arwah sebelum ianya pergi bertemu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Jikalau dalam blog tersebut ada mengatakan bahawa abg mie pernah jumpa dengan arwah ketika hari raya aidilfitri yang lepas(1430H) namun,bagiku
4 Oktober 2008 M bersamaan 4 Syawal 1429 H adalah hari terakhir sebelum kami berpisah buat selamanya pada tarikh 14 Oktober 2009...ya..setahun sudah kami tidak bersua...dan setahun jugak kami sempat berbual melalui talian telefon hanya dua kali...hari 4 Oktober adalah hari 'sambut menantu' di rumah kami di Kampung Merbau Pulas,Ajil...walaupun arwah tidak sempat untuk bersama2 hingga majlis selesai kerana esokkanya arwah akan mengajar..namun,kepulangannya untuk meraikan detik bahagia adiknya amat kuhargai...

Arwah kak zie meninggalkan banyak kenangan buatku...antara kenangan yang paling tidak mampu kulupakan ialah perangai kak zie yang selalu menarik telingaku...dia kata telingaku lembik dan adalah tanda2 budak nakal...memang dalam keluarga,aku adalah adik yang agak nakal...selepas ini..tiada lagi insan yang akan buat kepadaku seperti kak zie...wahai kak zie...adikmu ini memang nakal...kenapa kak zie pergi sebelum adik sempat meminta ampun dan maaf dengan kak zie...kak zie..adik banyak buat silap ngan kak zie...maafkan adik ye kak...T_T

Tapi...tidakku sangka...perpisahan kami buat selamanya adalah pada hari itu...Ya, 4 Okt...itulah hari terakhir kami bersalaman...itulah hari terakhir kumencium tangannya...itulah hari terakhir kumelihat senyumannya...itulah hari terakhir taujihat2 yang kuterima daripada arwah...itulah kali terakhir kumelambai2 kpdnya...semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat buat arwah kak zie...bersemayamlah dengan tenang ye kak zie...moga amalan yang dilakukan sepanjang hidupmu dapat membawa dirimu ke jannatul firdaus...insyaAllah ukhuwwah yang kita bina kita bertemu kembali di 'sana' nanti..amin...

post signature



10/18/2009

Tragedi maut...

K
u biar gambar yang berbicara kerana diriku kelu untuk bersuara........


akhbar harian metro(jumaat 16 oktober 2009)




gambar kancil yang dipandu oleh kakakku...hancur...


bahagian depan yang rosak teruk akibat bertembung face to face dengan proton wira penyangak!!!



inilah proton wira si budak bawah umur tu...geram!!!!


p/s : hati2 di jalan raya...jgn jadi sebab orang lain merana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

post signature



10/10/2009

Sekitar MAT dan Mesyuarat Timbal Terima

S
alam perjuangan buat semua blogger dan sahabat2 sekalian,alhamdulillah...Mesyuarat Agung Tahunan KPT [Keluarga Penuntut-penutut Terengganu] sudahpun selesai pada hari rabu 7 oktober 2009 baru-baru ini...alhamdulillah segala pujian dan syukur diungkapkan pada Ilahi kerana dengan izin dan petunjukNYA maka perjalanan MAT pada hari tersebut berjalan dengan lancar...kehadiran ahli-ahli juga turut menggamatkan dan menjayakan program tahunan tersebut.dan buat julung2 kalinya saya berada di hadapan para ahli KPT setelah selama dua tahun saya menjadi pimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir,...terasa juga akan kegusaran dan gabra dalam diri ini...selama seharian kami bermusyawarah,pelbagai persoalan ditimbulkan oleh ahli KPT menunjukkan bahawa kecaknaan para ahli terhadap persatuan yang menaungi mereka.


gambar banner Mesyuarat Agung Tahunan[MAT] kali-45,ust Idham buat ni..chomel op?? :D



Jom layan gambar-gambar sekitar MAT dan Mesyuarat Timbal Terima[penyerahan fail]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KPT 7 OKTOBER 2009



sedang dibedah siasat oleh para ahli..huhu...tenang2...:P



fokus kepada persoalan dan perbincangan yang ahli utarakan...mesti YDP berpeluh2 tu..haha



sy,ust idham,ust duan[sedang menumpukan 500% fikiran]-perasan x sorang ganjil??hehe..:P


uish..sempat lagi posing tuh...ust soleh menung jauh napok...huhu



inilah barisan AJKT sesi 2008/2009



khusyuknye ust idham menulis...ye ke tu??ngee~


MESYUARAT TIMBAL TERIMA 9 OKTOBER 2009



sedang memberi taklimat tugasan biro perumahan kepada ust kamal...ust kamal,chayok2 sesi depan ye...:)



penyerahan fail kepada ust kamal....jalankan tugas dengan baik ye dik kamal..(^_^)



antara barisan exco(AJKT) sesi 2009/2010



peralihan tugas biro informasi kepada exco baru...



mantan biro kebudayaan dan kesenian dan sukan[BKKS],ust duan abdul memberi taklimat tugasan BKKS



cubaan menjadi jurugambar profesional..haha..:P (ust manan termenung memikirkan masalah ummat)



penyerahan fail BKKS kepada ust soleh(ust soleh menerima dengan syahdunya..huhu)



ust hadi,mantan Timb.Yang Dipertua melihat telatah adik2 exco baru..hehe..



penerangan jabatan bendahari oleh ust soleh yang begitu semangat kepada bendahari yang baru...

p/s : gambar MAT(sedut dari khairulidham.blogspot.com)-jgn mrh ye ust idham..huhu

post signature



10/09/2009

Diorang buat khemah tanpa izin 'SAYE'...





**********

inilah bukti yang sebetul2nya antara tindakan dan kekurang ajaran sedara-sedara kita di PRK N31 Bagan Pinang.

anda semua boleh nilainya dengan sendiri ye... sedikit laporan yang dipetik dari laman web perakexpress.com....lihat + bukak mata luas2 + fikir = jawapannya ade pada saudara2 semua...

=============================================

Kejadian berlaku apabila penduduk Taman Dato Samad membantah pemasangan khemah untuk Majlis Hi-Tea Pakatan Rakyat. Sebelum bertindak untuk merobohkan khemah, mereka terlebih dahulu telah mempukul petugas-petugas Parti PAS yang sedang memasang Bendera di sekitar kawasan berkenaan. Seorang mangsa lebam di mata dan lain-lain mengalami keceraan ringan.

Ramai yang berada di lapangan melaporkan punca sebenar kes ini berlaku adalah untuk membalas dendam terhadap kejadian pukul Ahli Putra Malaysia Dato Abdul Azeez yang mengalami kecederaan tisu lembut.

Laporan Polis telah dibuat oleh mangsa dan juga pihak pengurusan Jentera Pilihanraya Parti PAS di IPD Port Dickson pada sebelah petang.

=============================================

sumber : perakexpress

post signature

Inilah Bukti 'DATO' Kena TIBAI...



***********

jika sebelum ini,heboh dengan peristiwa yang 'dato' ni kene tibai dek budak2(pembangkang). tapi hari ini nampak dah akan kepalsuan yang diada2kan oleh pihak yang terbabit...sama2lah kita fikirkan jika kita punyai akal dan iman....:)

post signature

10/06/2009

KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA KPT TERHADAP PERISTIWA SAMBUTAN MAHASISWA BARU

KENYATAAN RASMI YANG DI-PERTUA TERHADAP PERISTIWA SAMBUTAN MAHASISWA BARU


S
alam hormat daripada kami Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir yang sentiasa peka terhadap apa yang berlaku ke atas kami sebagai Anak-Anak Terengganu yang dinafikan hak untuk menyambut mahasiswa-mahasiswa baru yang tiba ke mesir beberapa hari lepas.

Sebagai sebuah badan kebajikan anak-anak negeri (BKAN), maka semestinya badan ini bertanggungjawab penuh ke atas kebajikan sesiapa sahaja dari kalangan Anak-Anak Terengganu yang berada di mesir ini untuk mendapatkan pertolongan dan kebajikan daripada kami.

Malangnya apa yang berlaku disebaliknya iaitu dinafikan hak oleh pihak yang berkenaan untuk menguruskan kedatangan mahasiswa-mahasiswa baru di bawah Yayasan Terengganu sepertimana kebiasaan yang berlaku zaman berzaman.



Kronologi-kronologi yang berlaku bolehlah tuan-tuan merujuk blog-blog yang disiarkan oleh ahli-ahli KPT untuk pengetahuan umum. Cuma di sini saya ingin menyatakan kekesalan dan dukacita terhadap apa yang berlaku daripada peristiwa-peristiwa berikut :

1. Amaran pihak berkenaan kepada salah seorang exco supaya tidak pergi menghadirkan diri ke lapangan terbang untuk menyambut mahasiswa baru.

2. AJK sambutan telah dilantik oleh pihak berkenaan daripada kalangan BUKAN anak-anak Terengganu (daripada kumpulan ISMA dan lain-lain).

3. Pengabaian kebajikan mahasiswa yang baru tiba :

- Terus dibawa jaulah ke sekitar kaherah dan ke Sinai (yang sepatutnya diberi masa rehat terdahulu kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan cuaca, keadaan dan sebagainya.
- Pengabaian terhadap makan dan minum sehingga ada yang mengadu lapar kepada kami.
- Tiada khidmat musyrif sepenuh masa sebagaimana yang disediakan oleh kami zaman berzaman yang menyebabkan keselamatan tidak terjamin.

4. Maklumat yang tidak tepat disampaikan kepada mahasiswa baru mengenai penempatan bahawa tiada kekosongan bilik di Asrama Terengganu kerana mahasiswa-mahasiswa lama tidak mahu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. Maka disini saya nyatakan bahawasanya kami telah menyediakan bilik-bilik untuk penginapan kepada semua yang baru tiba termasuk juga kepada rombongan yang kedua tiba bukan sepertimana maklumat yang diberikan.

5. Pengabaian terhadap waktu-waktu solat menyebabkan sebahagian mahasiswa baru terpaksa menqadakan solat.

6. Menyembunyikan tarikh ketibaan mahasiswa-mahiswa baru daripada KPT dan menyembunyikan program-program mereka daripada pengetahuan KPT, akan tetapi yang peliknya kenapa ia dipelopori oleh kumpulan-kumpulan ISMA dan orang perseorangan yang dipilih oleh pegawai dan bukan dari persatuan anak Terengganu sendiri?

Maka dengan berlakunya peristiwa-peristiwa seperti ini , Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ingin menyatakan kekesalan dan amat dukacita terhadap kejadian ini yang sepatutnya ia tidak berlaku sekiranya tiada campur tangan dari pihak luar akan tetapi kerana campur tangan inilah berlakunya keadaan yang tidak stabil.

Maka di sini kami ingin menyatakan mesej dan memberi teguran dan peringatan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya tidak lagi mengulangi perkara ini untuk tahun-tahun akan datang dan ianya mesti bertindak dengan kebijaksanaan dan perlu melihat keadaan semasa bukan semata-mata mengikut kepentingan seseorang atau sesuatu pihak yang menyebabkan ia memburukkan suasana dan juga memburukkan diri kita sendiri.

Kepada ahli-ahli KPT khasnya yang bertungkus-lumus untuk menjayakan sambutan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan atas komitmen yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan oleh ahli. Dan untuk umumnya saya mengharapkan sokongan penuh daripada ahli-ahli kepada KPT terhadap kenyataan ini dan juga sokongan penuh terhadap agenda-agenda dan aktiviti-aktiviti yang akan dibawa pada masa akan datang.

Sekian sahaja, wassalam.

MOHD SHAFIZI BIN ISMAIL
Yang Di-Pertua
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu 08/09



sumber asal : InFoKPT

post signature



Sepatutnya Macam Inilah...

Penerima biasiswa k'jaan boleh sokong pembangkang: Khalid


P
enerima biasiswa dan bantuan kerajaan boleh menyokong pembangkang kerana bantuan yang disalurkan itu bukannya datang dari poket para pemimpin tetapi dari sumber kekayaan negara, kata seorang pemimpin PAS Khalid Samad.

Beliau, yang juga ahli jawatankuasa lajnah politik parti itu, berkata soal "berterima kasih" - seperti yang sering diuar-uarkan pemimpin BN dalam kempen-kempen pilihanraya - hanya akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang terdesak.

"Saya rasa kita perlu berterima kasih, pertama sekali kepada tuhan, sebab itulah kita perlu taat kepada perintahnya dan mendukung perjuangan politik yang telah ditetapkannya kepada kita," kata ahli parlimen PAS itu.



Beliau seorang penerima biasiswa kerajaan ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada hujung 1970-an.

"Nombor dua, kita mesti berterima kasih kepada negara sebab duit yang digunakan untuk biasiswa kita itu bukanlah daripada poket mana-mana individu, tetapi daripada kekayaan negara," kata Khalid, graduan Universiti Leeds dalam bidang kejuruteraan petroleum.

"Sebab itulah kita mesti mengejar agenda yang bertujuan ke arah menjadikan negara lebih baik," katanya lagi dalam satu temuramah eksklusif dengan Malaysiakini pada hujung minggu lalu.

Khalid, ahli parlimen Shah Alam, berkata penerima biasiswa kerajaan yang kemudiannya menjadi penyokong dan pemimpin pembangkang dulu tidak dipandang serong, tidak seperti yang berlaku pada hari ini.

Boleh terima biasiswa

Dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang sedang berlangsung sekarang, isu "berterima kasih" juga dilihat sering digunakan pemimpin BN dalam ceramah-ceramah untuk meraih sokongan daripada pengundi di kawasan tersebut.

"Saya tidak melihat apa-apa percanggahan dan saya rasa pada masa itu, pemimpin-pemimpin pada masa itu ada pemahaman seperti ini.

"Hanya apabila mereka menjadi terdesak dan mereka sendiri tahu bahawa mereka (bukan seorang pemimpin) yang baik untuk negara ini, barulah mereka menggunakan hujah seperti ini.

Tambahnya lagi, seseorang yang mengambil pendirian berbeza juga diterima, malah dihormati ketika era kepimpinan perdana menteri kedua dan ketiga, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

"Pada masa itu, anda boleh menerima biasiswa dan kemudian buatlah apa yang anda fikir baik untuk negara. Mereka akan cuba yakinkan anda bahawa mereka melakukan khidmat yang baik untuk negara, tetapi jika anda tidak bersetuju, pendapat itu diterima, malah juga dihormati pada tahap tertentu," katanya, menceritakan pengalamannya ketika mula bergiat dalam gelanggang politik nasional.

"Ketika saya balik (daripada melanjutkan pelajaran pada 1979), saya melapor diri untuk bertugas dan diberikan pilihan sama ada untuk menyertai Petronas atau Sirim, kedua-duanya baru ditubuhkan pada masa itu.

Bertanding pilihan raya

"Saya memilih untuk menyertai Petronas kerana mereka lebih (terlibat) dalam minyak dan gas. Tetapi saya tidak pernah ditanya mengenai penglibatan saya dalam PAS ketika saya di Petronas.

"Pada masa itu, saya telah memegang jawatan seperti ahli jawatankuasa pusat untuk sayap Pemuda PAS sejak 1983," tambahnya.

Jelasnya lagi, beliau hanya meletak jawatan daripada syarikat berkaitan kerajaan itu pada 1986 kerana ingin bertanding kerusi parlimen Kuala Krai dalam pilihan raya umum pada tahun berkenaan.

"Pegawa-pegawai Petronas memberitahu saya bahawa tidak ada sebab-sebab yang memerlukan saya untuk letak jawatan.

"Tetapi saya rasa saya tidak mahu memalukan pengurusan Petronas untuk menghadapi situasi di mana saya bertanding sebagai calon pembangkang dan saya rasa tidak adil untuk mereka, jadi saya letak jawatan pada 1986 dan bertanding," kata Khalid.

Jelasnya lagi, beliau tidak pernah disoal siasat oleh mana-mana pegawai Petronas mengenai penglibatannya bersama parti Islam sebelum itu.

"Jadi tidak ada sesiapa yang siasat atau persoal etika mengenai penglibatan saya sebelum itu, dan saya rasa ramai yang terkejut mengapa saya sanggup tinggalkan Petronas, tetapi mereka hormati keputusan saya untuk berbuat demikian," tambahnya.


sumber asal : Malaysiakini

post signature



10/05/2009

Pesan Dari Jauh

D
iceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi. Entah siapa nama sebenar, tapi orang ramai biasa memanggilnya Bahiyah. Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada yang sunat apalagi yang wajib. Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menuggu waktu solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.



Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku yang selalu aku kenang! Wahai Tuhan tempatku mengadu! Wahai Tuhan tempatku berpegang di kala hidupku dan dikala matiku! Janganlah Engkau hinaku di saat-saat kematian, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!”



Doa yang selalu diucapkannya penuh khusyuk dan sungguh-sungguh. Tiada berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini menjumpai Tuhan tempatnya berpegang. Anak lelakinya tergolong anak yang soleh. Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa’. Setiap malam dan hari jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.

Pada suatu malam, si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal itu.

Wahai ibu! Bagaimana keadaanmu?” tanya si anak setelah memberi salam.

“Wahai anakku! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan, kedukaan, dan kesengsaraan yang amat dahsyat. Alhamdulillah, keadaanku di alam barzakh dalam keadaan baik. Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku. Ia dibuat daripada sundus dan istabarak. Hal ini berterusan sehingga hari kiamat."

Wahai ibuku! Adakah sesuatu pesanan untukku?” tanya anak yang bermimpi. Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetap meneruskan amalan yang telah dilakukannya selama ini, yakni berziarah ke kuburnya, membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuknya. Katanya, kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkan.



Sebaik saja anaknya datang, akan terdengar suara memanggil: “Wahai Bahiyah! Ini anakmu datang. Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!” Katanya pula, bukan saja dirinya yang berbahagia, tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut gembira dan menerima manfaat. Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya. Selepas bermimipi demikian, dia tetap meneruskan amalannya, yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur.

Pada suatu malam, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya itu, dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya. “Siapa kalian ini? Dan apa pula hajatmu datang ke sini?” tanya anak soleh.

“Kami adalah ahli-ahli kubur, datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu. Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur.” jawab mereka. Sejak itu, anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat, dan dia membacakan ayat-ayat Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu. Radiallahu anhum.

******

* Semoga kisah wali Allah ini menjadi pedoman untuk kita. Bagi yang ibubapanya sudah kembali ke rahmatullah, sama-samalah berdoa untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para ahli kubur yang lain. Bagi yang ibubapanya masih berada di sisi, berdoalah keampunan dan kesejahteraan hidup untuk mereka dan tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia*

Wallahua’lam..

*******

* Kisah Wali-wali Allah karya Syaikul Imam Abdullah bin Asad Ali


sumber asal : iluvislam dihantar oleh : chOcoluVeeditor

post signature



10/02/2009

Selamat Ulang Tahun Sayang....

Y
ang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA BUAT ISTERIKU YANG DICINTAI...

semoga suka duka yang telah kita lalui selama setahun ini lebih mematangkan kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..dan juga permata yang bakal kita temui nanti menjadi seorang mata rantai kepada perjuangan Islam,insyaAllah..

terima kasih buat isteriku atas segala pengorbanan yang telah dibuat selama ini,semoga Allah taala akan membalasnya dengan SyurgaNYA..amin...dan juga maaf jika selama ini ada tersalah kata dan membuat sayang terasa...:D

Ya Allah..jadikanlah kami hambaMU yang bertaqwa
Ya Allah..berkatilah ikatan perkahwinan ini hingga ke SyurgaMU ya Allah...
Ya Allah..lindungilah keluarga kami dari segala bencana dan musibah..
Ya Allah..thabatkan hati kami dalam perjuangan di jalanMu..
Ya Allah..Kurniakan kami anak-anak yang soleh..
Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa kami...
Amin ya Robbal 'Alamin..

post signature



Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget