LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

6/17/2009

Petua Menjadi Orang Yang Disenangi

Bismillah Walhamdulillah

sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi oleh rakan-rakan, keluarga, dan masyarakat sekeliling terutamanya sebagai seorang pemimpin. Bagaimanakah kita boleh menjadikan diri kita disenangi dan disukai oleh orang-orang disekeliling kita???mungkin beberapa perkara ini boleh dijadikan sebagai tips atau panduan untuk menjadikan diri kita disenangi dan disukai:


hidup indah tanpa sengketa

teruskan bacaan anda



1) Buangkan ego diri yang menjadi pemisah antara kemesraan dengan orang lain.cubalah rasakan bahawa diri kita dan diri orang lain adalah sama sahaja.cara ini memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan baik

2) Usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting.
keinginan menjadi orang yang penting merupakan sifat semulajadi insan dan
rangsangan yang paling berkesan pada sifat manusia.Antaranya,setiap orang mesti
menginginkan agar kata2nya dipertimbangkan dan dihargai.setiap orang mahu dirinya dianggap penting dalam sesuatu lingkungan,walaupun kecil dan setiap orang juga ingin mendengar penghargaan yang tulus ikhlas.

3) Jika berbuat kesalahan dengan orang lain,jadikan sikap meminta maaf sebagai amalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri;"maaf,ibu tidak sengaja"atau sebagainya...pengamalan sebegini secara tidak langsung akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu,lazimilah mengucapkan "maaf", "tolong", "terima kasih" dan sebagainya.


sikap pemarah sikap tercela


4) Anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki sesuatu keistimewaan yang tidak ada pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoaan kita dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian ataupun ketika dikhalayak ramai.

5) Jadilah seorang pendengar yang baik
Untuk memahami seseorang,kita perlu mendengar perbincangan mereka sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

semoga sedikit perkongsian ini dengan sahabat-sahabat dapat menjadikan kita semua disukai dan disenangi
oleh semua yang berada di sekeliling kita...semoga kita semua tergolong di antara hamba-hambaNYA yang
sentiasa mendapat naungan rahmat Allah.amin.sekian,wslm

post signature



10 comments:

  1. Good tips..thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. hurm...sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada...semoga manfaat bersama..;;)

    ReplyDelete
  3. petua2 nie memang patut diamalkan semua org...byk kebaikkan y boleh diambil oleh semua org...semga semua dpt amalkan selalu...

    ReplyDelete
  4. tahniah dik..kalu bukan ko orang yang nak pertahankan bangsa agama dan negara kita sape lagi,jangan percaya cakap pembangkap sebab depa ni pandai mengkritik jer..hargailah jasa pemimpin kita sedangkan kita tak pernah buat jasa pun lagi

    ReplyDelete
  5. salam ,
    jadilah seorg yg pemaaf...itu biasanya utk kata2 kluar di mulut saja. tapi pd kata hati...hanya tuhan yg tahu.

    thank for info.

    ReplyDelete
  6. --> all yang sudi komen:

    Terima kasih atas komentar anda semua...:x

    ReplyDelete
  7. salam...
    boleh ambil untuk menjadi seorang nurse yang disenangi... :)http://kendhin.890m.com/emoticon/hi.gif
    http://kendhin.890m.com/emoticon/hi.gif
    Insya Allah...
    terima kasih .....

    ReplyDelete
  8. :))jadilah seorang yang ego..hahaha(gelak jahat)

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget