LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

4/19/2009

Ahli Syurga & Ahli Neraka

Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Empat golongan wanita yang berada di Syurga adalah:

1. Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat yang haram dan berbakti kepada Allah dan suaminya.

2. Wanita yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang dalam kehidupannya bersama suaminya.

3. Wanita yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia memelihara lidahnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.

4. Wanita yang kematian suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia berkahwin kerana khuatir anak-anaknya akan disia-siakan.


Dan, empat golongan wanita yang berada di dalam Neraka adalah:

5. Wanita yang jelik mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memarahinya.

6. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberikan apa yang suaminya tidak mampu.

7. Wanita yang tidak menutup dirinya dari lelaki yang bukan mahram dan keluar dari rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).

8. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur. Ia cuai beribadah, tidak mengikut sunnah Rasulullah dan tidak taat kepada suaminya."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti akan Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tubuhnya."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: "Aku berdiri di Syurga, kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu Syurga kerana dihisab. Ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."

Sabda Rasulullah s.a.w. juga: "Aku lihat api Neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka adalah wanita."

post signature


No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget