Hangat salaman ayahanda masih membara
Mesra kucupan bonda membekam rasa
Celoteh saudara mara
Kian sayup menerawang ditelan angkasaraya
Antara baur pilu dan rasa syahdu
Ku turap puing-puing harapan
Moga…
Jejak musafir ini barakah
Semadilah rindu desa yang
Menongkah resah…
Aku kini di bumi mana
Asing terasa di bumi buana
Padang pasir berdebu
Berterbangan…
Sekitarnya ku pandang cerianya luntur
Berceracak Cuma konkrit gerutu
Koko kelabu mewarnai
Alam…
Bisikan mesra menyusur gegendang
Adikku…
Jauh sudah dirimu berkelana
Suasana baru kini permastautinanmu
Daerah gersang menyambut bahagia
Restui kembaramu…
Menerusi wasilah ulama’
Warisan para Anbiya’
Ukirlah senyumanmu
Di persada perlembahan Nil
Mulakan derap pertamamu
Dengan niat tulus ikhlas
Susuri ambang Al-Azhar bersama qudusnya
Doa harapan ayahbonda
Moga…
Masa depanmu gemilang
Memagar ummah
Tegar mendukung nusa jihad menjulang agama
No comments:
Post a Comment
1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >