LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

5/29/2010

umma-united VS facebook??







Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "FB".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".



Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.

Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.

Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook..




Beberapa hari lepas, ada invitation email daripada beberapa sahabat saya. Ia merupakan jemputan untuk menyertai laman Umma United. Setelah mengisi beberapa butiran, siaplah sudah akaun Umma United saya. Saya mengambil sedikit masa untuk meneroka dan melihat ciri-ciri dan application yang ada dalamnya.

Alhamdulillah, saya dapati ianya baik dan mempunyai beberapa ciri islamik. Secara umumnya ia hampir sama dengan Facebook, terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi penambahan fungsi yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai jenis media. Antara ciri lain ialah wujudnya blog, peluang pekerjaan dan perkongsian.



Berkenaan pemiliknya, inilah perkara utama yang ingin saya ketengahkan pada kali ini. Jika Facebook, ia dikaitkan dengan pemiliknya (CEO) yang bernama Mark Zuckerberg, merupakan seorang pemuda yang dikatakan berketurunan Yahudi dan pernah melakukan penggodaman (hacking) ketika dia masih seorang mahasiswa. Penggodaman itu dilakukan untuk mendapatkan maklumat peribadi pelajar lain. Baru-baru ini pula banyak aduan dan rasa tidak puas hati oleh pengguna Facebook kerana ciri-ciri privacy Facebook yang agak ketat. Kelihatan seolah-olah pihak Facebook memang ingin mengambil data pengguna dengan begitu terperinci. Rujuk sini.



Setelah membuat pencarian dalam internet, saya telah menemui beberapa maklumat tentang pemilik atau CEO kepada laman "UU". Pemilik laman Umma United ialah seorang lelaki muslim yang bernama Emmanuel-Yamin Dubuc (Yamin). Berasal daripada Perancis, merupakan seorang usahawan, pakar ICT, media digital, teknologi maklumat dan kewangan. Mempunyai ijazah dalam bidang teknologi informasi dan pernah bekerja dengan Microsoft pada permulaan kerjayanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang penting dalam sebuah organisasi profesional muslim Eropah iaitu CEDAR. Rujuk sini.

Selain memiliki Umma United, beliau juga telah mengasaskan beberapa laman lain seperti Oumma dan Oumma Media. Umma United merupakan rangkaian sosial muslim antarabangsa yang pertama dan dimiliki oleh orang Islam. Alhamdulillah...

Akhir bicara, apa salahnya jika mereka yang menggunakan Facebook selama ini bertukar dan berhijrah kepada Umma United yang lebih jelas pemilikannya dan belum ada sebarang keraguan pada masa ini. Jadikan ia sebagai alternatif. Doakan semoga pengasas "umma" dipermudahkan untuk menguruskan laman tersebut dan dapat menjaga nilai-nilai Islam dalamnya supaya wujud biah solehah dalam Umma United.

Pesanan saya, sepertimana kita berhijrah daripada Facebook, begitu jugalah kita berhijrah kepada penggunaan yang lebih bermanfaat. Walaupun Umma United dimiliki oleh orang Islam dan mempunyai ciri-ciri Islam, ia tetap bergantung kepada cara kita menggunakannya. Saudara Emannuel Yamin telah melaksanakan tugasnya dengan mewujudkannya untuk tujuan dan cara yang baik, jadi kita pulalah yang perlu menggunakannya dengan tujuan dan cara yang baik juga.

Gunakannya untuk mengeratkan ukhuwwah, menyebarkan dakwah dan membangunkan daulah. Peliharalah ikhtilat (pergaulan) dengan sebaik-baiknya serta elakkan perkara-perkara yang boleh dianggap melampau seperti bersengkang mata dan meletakkan foto yang tidak sewajarnya.

Begitulah juga dengan maklumat atau gambar yang peribadi. Elakkan daripada mendedahkan data yang terlalu peribadi dalam dunia internet. Meskipun "UU" dimiliki oleh orang Islam, kita perlu ingat bahawa ramai lagi musuh Islam yang sedang memerhatikan dan sedang memantau. Apabila sudah sampai ke tahap kritikal, tidak mustahil mereka akan sanggup menggodam laman "UU" dan menceroboh pangkalan data (database) "umma" untuk mendapatkan maklumat peribadi umat Islam. Fikir-fikirkan..

Bagai pisau, mungkin untuk kebaikan, mungkin juga untuk kejahatan. Kita yang memilihnya, dan anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang tersayang... =)


credit for : momento
post signature

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aiwah..ni baru betol,kite bantah facebook dlm mase yg same kita datangkan alternatif lain...

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget