LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

3/31/2009

Khas Buat Ariff...

"dari luar nampak ceria,hakikatnya?Allah taala mengetahui"


"Khas buat ariff.."begitulah bunyinye tulisan saya pada kali ini...Mohd Arif atau lebih senang dengan paggilan Ariff ini merupakan anak saudara saya.ada sesuatu yang saya ingin berkongsi dengan saudara-saudara semua mengenai kisah sedih yang menimpa beliau.sebelum itu,saya ingin bawakan sedikit biodata Ariff:

Nama: MOHD ARIFF BIN SATA
Umur: 14 tahun
Adik beradik: 2 orang(anak yang kedua)
Pengajian: tingkatan dua Sek.Men.Keb.Ajil.Trg


Disini saya ingin menceritakan sejarah dan ujian yang menimpa Ariff.sejak dari kecil lagi, Ariff ini mengalami beberapa masalah kesihatan.sememangnya jika dilihat dari segi luaran, Ariff ini merupakan seorang yang amat ceria dan menceriakan sesiapa sahaja terutamanya ibundanya yang tercinta.


Ariff ini memang senang didekati dan mendekati orang lain. Saudara-mara,sahabat handai,guru-guru serta doktor-doktor yang mengubatinya memang senang dengan perangai Ariff ini. Boleh dikatakan akhlak yang ada pada Ariff ini adalah akhlak yang ‘mahmudah’. Namun begitu,insan yang berusia 14 tahun ini sedang menanggung kesengsaraan yang disebabkan kesan daripada penyakit yang dihidapi dahulu ketika masih kecil. Disimpulkan serba sedikit kesengsaraan yang dihadapi oleh insan ini:



Ketika kecil:

  • Beliau pernah mengalami masalah saluran air kecil yang tersumbat
  • Mengalami jangkitan kuman pada paru-paru
  • Sentiasa berulang-alik ke hospital Kubang Kerian(doktor pakar)
  • Dua-tiga kali dibedah

sememangnya sedari kecil, Ariff ni memang ‘tersohor’ dikalangan para doktor pakar kerana masalah kesihatan yang dialaminya merupakan antara masalah yang baru diketemui oleh para pakar perubatan.

Sekarang :

  • Masalah saluran air kecil sudah normal
  • Kesan ubatan dan operation mula timbul
  • Tulang kaki mengalami masalah dan menyebabkan kesukaran serta kesakitan ketika berjalan(tulang mereput)
  • Ingatan semakin merosot
  • Pelajaran terganggu

Begitulah serba sedikit yang mampu saya nyatakan disini.jika dikira,memang banyak lagi kesengsaraan yang dihadapi oleh beliau.apabila mendapat berita mengenai beliau, saya amat kaget dan sukar mempercayai apa yang dikhabarkan . "berat telinga mendengar,berat lagi tuan yang merasa"

Untuk pengetahuan kalian, Ariff ini dilahirkan dalam keadaan yatim yang mana ayahnya meninggalkan ibunya sewaktu Ariff masih dalam kandungan.Tambahan lagi,ayahnya tidak mengakui bahawa Arif adalah anaknya serta nafkah Arif dan kakak sulongnya langsung tidak dipedulikan bekas ayahnya...alangkah kejam dan zalim seorang ayah yang bersikap demikian.


Ibu Ariff, Napisah Hj Sidik,(40 thn) merupakan seorang ibu tunggal yang telah berkahwin dengan seorang buruh sawit. Beliau adalah seorang yang sangat tabah menghadapi pelbagai ujian,beliau mengorbankan zaman persekolahannya bagi menjaga adik-adik. Sekarang,beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap bagi menampung mereka anak beranak.pendapatan suami barunya yang tidak seberapa hanya mampu menampung sedikit cuma kewangan mereka. Sekarang,Napisah sedang bekerja direstoran bagi menampung kos perubatan Ariff.

Ariff yang sentiasa memerlukan rawatan doktor pakar sekarang ini sememangnya memerlukan perbelanjaan yang cukup besar dan amat membebankan. Tambahan lagi,Hospital Kubang Kerian yang jauh dari kediaman mereka menambahkan lagi kos perubatan.

Oleh itu,dengan masalah yang ditimbulkan,saya mengharapkan agar coretan yang tidak seberapa ini menjadi faktor yang menyumbang kepada kemudahan mereka anak beranak. Saya mengharapkan ada golongan yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Sumbangan anda semua saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

"setiap amal kebajikan akan dibalas dengan beribu ganjaran disisi Allah S.W.T"

mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi:
Napisah Hj Sidik:+60139584619(Malaysia)
akaun
Tabung Haji : 630501041911561

@
Mohd Syamshul Hj Sidik:+20114485597(Mesir)
@
Napisah Bt Hj Sidik,
35 Kampung Merbau Pulas,

Jalan Dato' Amar,
21800 Ajil,Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia.



3/29/2009

HARAM kErrr???!!!

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .
***************************************************
sedikit ta'likan
Oleh : Ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir,Qaherah.

saya melihat tuduhan yang dilemparkan amat mendukacitakan dan membuta tuli sedangkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau lebih dikenali dengan nama PMRAM bukanlah seperti yang dikotak-katikkan sebagai ideologi pembangkang. saya ingin berkongsi pengalaman setelah 3 tahun berada dalam keahlian PMRAM walaupun tidak lama berkenalan dengan PMRAM melihat persatuan ini merupakan satu badan yang menjaga kebajikan pelajar2 malaysia di bumi Mesir ini.PMRAM juga merupakan suara pelajar disini bagi menyatakan sesuatu perkara kepada kerajaan mesir berkenaan kebajikan pelajar malaysia disini.

saya pernah beberapa kali menyertai program2 yang dianjurkan pihak PMRAM dan mendapati semua pengisian yang terdapat dalam program tersebut bukanlah mengajar pelajar2 membenci sesiapa apatah lagi membenci kerajaan Malaysia.apa yang mereka tekankan adalah mendidik para pelajar dengan pelbagai ilmu yang berkaitan dengan organisasi dan juga ilmu2 lain yang mana ilmu tersebut tidak didapati di kuliah Al-Azhar.PMRAM banyak mengadakan program yang berteraskan ilmiah,ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai melahirkan modal insan yang berkaliber pada masa akan datang.

anda boleh melihat sendiri bahawa bukan semua yang menyertai PMRAM akan menjadi pembangkang.sepertimana ramai dikalangan para pemimpin yang terkenal di dalam kerajaan adalah yang pernah berkecimpung dengan PMRAM yang kononnya dituduh sebagai ideologi pembangkang.

saya memohon mereka yang tidak bertanggungjawab menuduh PMRAM menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kerana sebagaimana hadis Baginda S.A.W menegaskan bahawa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.wassalam


3/28/2009

Ya Dzaljalali wal Ikram

Mutiara Qasidah Al-Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

Ya Dzaljalali wal Ikram

يا ذالجلال والإكرام

يَا ذَا الْجَلاَلِ واْلإِكْرَامِ (3 مرات)

Ya Allah ! yang Maha Agung dan Maha Pemurah

أَمِتْنَا عَلَى دِيْنِ اْلإِسْلاَم

Matikanlah kami dalam agama Islam

يَا عَالِمَ السِّرِّ مِنَّا

Wahai yang Maha Mengetahui akan rahsia kami

لاَ تَهْتِكَ السِّتْرَ عَنَّا

Janganlah Engkau tanggalkan hijab daripada kami

وعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا

Berilah kami ‘Afiyah, dan maafkanlah kami

وَكُنْ لَنَا حَيْثُ كُنَّا

Bantulah kami dimana saja kami berada

يَا وَاسِعَ الْجُوْدِ جُوْدَكَ

Wahai Yang Maha Pemurah! berilah kami kurnia-Mu

اَلْخَيْرُ خَيْرُكَ وَعِنْدَكَ

Kebaikan hanya datang dari-Mu dan disisi-Mu

فَوْقَ الَّذِِيْ رَامَ عَبْدُكَ

Melebihi apa yang di harapkan hamba-Mu

فَادْرِكْ بِرَحْمَتِكَ فِي الْحَال

Maka berilah bantuan dengan rahmat-Mu dengan segera

يَا رَبِّ يَا رَبَّ الأَرْبَاب

Wahai Allah yang Maha Esa

عَبْدُكَ فَقِيْرُكَ عَلَى الْبَاب

Hamba-Mu berhajat di pintu kemurahan-Mu

أَتَى وقَدْ بَتَّ الأَسْبَاب

Menghadap-Mu dengan penuh kesal

مُسْتَدْرِكًا بَعْدَ مَا مَالْ

Serta insaf setelah tersilap

يَا مُوْجِدَ الْخَلْقِ طُرًّا

Wahai Pencipta seluruh makhluk !

ومُوْسِعَ الْكُلِّ بِرًّا

Yang memberi keluasan pada mereka dalam kebaikan

أَسْأَلُكَ إِسْبَالَ سِتْرًا

Hamba memohon pada-Mu agar menutup untuk hamba

عَلَى الْقَبَائِحِ واْلأَخْطَال

Atas segala keburukan dan kesilapan

يَا مَنْ يَرَى سِرَّ قَلْبِي

Wahai Yang Maha melihat kepada rahsia hatiku

حَسْبِي اِطِّلاَعُكَ حَسْبِي

Cukuplah bagiku pengetahuan-Mu atasnya

فَامْحُ بِعَفْوِكَ ذَنْبِي

Maka hapuslah dosaku dengan maaf-Mu

وَاصْلِحْ قُصُوْدِيْ وَاْلأَعْمَال

Luruskanlah niat dan perbuatanku

ربِّ عَلَيْكَ اعْتِمَادِيْ

Ya Allah! Kepada-Mu aku berpegang

كَمَا إِلَيْكَ اسْتِنَادِيْ

Kepada-Mu juga aku bersandar

صِدْقًا وأَقْصَى مُرَادِيْ

Dengan sungguh-sungguh, dan puncak tujuanku

رِضَاؤُكَ الدَّائِمُ الْحَال

Adalah keredhaanMu selalu

يَا رَبِّ يَا رَبِّ إِنِّي

Wahai Allah! sesungguhnya hamba

أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ عَنِّي

Mohon maaf segala dosa

ولَمْ يَخِبْ فِيْكَ ظَنِّي

Semoga sangkaanku tidak akan hampa

يا مَالِكَ الْمُلْكِ يَا وَالْ

Wahai Allah Yang Maha Kaya

أَشْكُوْ إِلَيْكِ وَأَبْكِي

Hamba mengadu serta menangis

مِنْ شُؤْمِ ظُلْمِي وَإِفْكِي

Kerana banyaknya dosa diri dan dusta

وسُوْءِ فِعْلِي وتَرْكِيْ

Jahat perbuatan, kurang amalan

وشَهْوَةِ الْقِيْلِ وَالْقَالْ

Banyak mengumpat, banyak mengata

يا رَبِّ عَبْدُكَ بِبَابِكَ

Ya Allah ! hamba-Mu berdiri di pintu-Mu

يَخْشَى أَلِيْمَ عَذَابِكَ

Kerana takut akan pedihnya seksa-Mu

ويَرْتَجِيْ لِثَوَابِكَ

Ia (hamba-Mu) mengharap akan pahala-Mu

وغَيْثُ رَحْمَتِكَ هَطَّالْ

Sungguh curahan rahmat-Mu sangat deras

قَدِ اسْتَعَنْتُكَ رَبِّي

Hamba mengharap pertolongan dari-Mu wahai Tuhanku!

عَلَى مُدَاوَاةِ قَلْبِي

Untuk mengubat karat kotor hatiku

وَحَلِّ عُقْدَةِ كَرْبِي

Serta hapuskan penderitaanku

فَانْظُرْ إِلَى الْغَمِّ يَنْجَالْ

Maka pandanglah (Wahai Allah) penderitaan ini nescaya terhindar

يَا رَبِّ أَنْتَ نَصِيْرِيْ

Wahai Allah! Engkau adalah penolongku

فَلَقِّنِي كُلَّ خَيْرِ

Berilah hamba segala yang baik

وَاجْعَلْ جِنَانَكَ مَصِيْرِيْ

Jadikanlah syurga tempat tinggalku

وَاخْتِمْ بِاْلإِيْمَانِ اْلآجَالْ

Tetapkanlah iman di akhir hayat

يَا اللهُ بِهَا يَا اللهُ بِهَا

Ya Allah ! Ya Allah !

يَا اللهُ بِحُسْنِ الْخَاتِمَة

Ya Allah ! kurniakanlah husnul khatimah

jOm SeMb@nG- sEmB@nG UkHw@H


!

3/25/2009

iklan SEHATI 09'


Semua ahli KPT dan mereka yang berminat sekitar haiyyu Asyier dijemput menghadiri Program ini.semoga kehadiran antum memeriahkan lagi program tersebut.



setiausaha program SEHATI 09' Unit Bait Muslim KPT

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget