LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

6/12/2009

"Akibat nila setitik,rosak susu sebelanga"

Bismillah walhamdulillah…

Ketika sedang mengembara melihat karya-karya para sahabat,saya tertarik dengan satu komen yang kononnya ingin berdakwah dan menggunakan nama sebagai pendakwah. Tapi saya terkesima dengan cara dakwah yang digunakannya, sememangnya dakwah amat dituntut dan menjadi kewajiban setiap muslim tapi kena di ingat bahawa cara berdakwah amat penting untuk menarik sasaran dakwah kita. Jangan kita menjadi seperti kata bidalan "akibat nila setitik,rosak susu sebelanga.


Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl ayat 125 :

أدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (النحل : ١٢٥)


Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk(an-Nahl : 125).




Cara berdakwah yang tidak betul akan menyebabkan lahirnya persepsi buruk masyarakat terhadap para pendakwah khususnya mereka yang benar-benar ikhlas dan mengikut cara yang betul dalam berdakwah.jika kita teliti pada zaman sekarang,persepsi buruk ini sudahpun banyak dan menular di mata masyarakat dan juga meniti dibibir-bibir manusia.

Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan.


Pertama

Berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta menarik berserta bukti yang jelas,kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran dan keraguan.


Kedua

Serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.


Ketiga

Berdakwah melalui perbincangan,muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata2 kesat dan keji kerana tujuan perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.


Para pendakwah tidak harus tergesa-gesa dalam menyampaikan dakwah mereka.Mereka harus mengkaji terlebih dahulu golongan sasar mereka kerana setiap golongan masyarakat yang berbeza memerlukan cara yang berlainan.

Imam Ibnu Taimiyah pernah membahagikan manusia kepada tiga golongan.

Pertama

Orang yang mudah menerima kebenaran dan terus mengikutinya.Inilah orang yang bijaksana.


Kedua

Orang yang mahu menerima kebenaran tetapi tidak mahu mengamalkan.Mereka perlulah sentiasa dinasihati sehingga mengamalkan.


Ketiga

Orang yang tidak mahu menerima kebenaran.Mereka perlu diajak berbincang dan berdialog secara yang paling baik.


Oleh itu,kita mestilah menjaga cara berdakwah dan juga maruah pendakwah. Sama-samalah kita perbaiki maruah pendakwah yang semakin hambar dan persepsi masyarakat terhadap pendakwah…

Masyarakat juga perlu meneliti dengan baik pendakwah yang sebenar atau pendakwah yang hanya memakai topeng sebagai pendakwah.

[Ibnu siddiq]


post signature



4 comments:

  1. oo..shay..yela..dah lame tak tgok shay datang sini...len kali selalulah jenguk sini yer..hik3..:35

    ReplyDelete
  2. DAKWAH dr segi Istilah bermaksud menyeru seseorang atau sesuatu kumpulan kpd Kebenaran iaitu Kebenaran Iman & Islam.
    PENDAKWAH ialah orang atau kumpulan yg melakukan kerja2 dakwah.
    PENDAKWAH terbahagi kpd 3 golongan utama:
    i- berdakwah dengan pena
    ii- berdakwah dengan lidah
    iii- berdakwah dengan doa
    di samping 3 golongan pendakwah di atas, ada berbagai golongan pendakwah lagi. kesemuanya bertujuan menyeru manusia seluruhnya ke arah Iman & Islam. semua golongan pendakwah mempunyai method & uslub yg berbeza antara satu sama lain, sekalipun terdapat percanggahan dan perbezaan pendapat di sana sini tetapi tujuannya tetap sama; iaitu menyeru manusia ke arah kebenaran Iman & Islam.
    'kembaramursyid' mungkin berdakwah dengan pena; justru tentu sekali amat berbeza uslub dakwah 'kembaramursyid' dengan dakwah golongan pendakwah lisan & pendakwah doa...
    bolehkah 'kembaramursyid' menafikan keberkesanan dakwah oleh GOLONGAN PENDAKWAH DENGAN MATAPEDANG? tahukah 'kembaramursyid' bahawa di sana; di tengah2 hirukpikuk bar,disco,wayang,jalanan,tempatpelacuran,iblissetan, bahawa masih ada GOLONGAN PENDAKWAH YG MENYERU KPD KEBENARAN IMAN & ISLAM!
    'kembaramursyid'..."Oleh itu,kita mestilah menjaga cara berdakwah dan juga maruah pendakwah"
    i-siapakah golongan yg 'kembaramursyid' maksudkan ini? adakah golongan yg berdakwah dgn matapedang salah di sisi 'kembaramursyid'? adakah pendakwah jalanan tidak bermaruah di sisi 'kembaramursyid'?
    ii-berkata al-Imamul Ghazali; barangsiapa yg banyak berkata-kata, maka banyaklah silap tutur katanya.
    iii-harap 'kembaramursyid' perbetulkan kesilapan saya di sana sini.
    Sekian, SALAM PERSAUDARAAN dihulurkan.

    ReplyDelete
  3. --> wangceramik

    Bismillah Walhamdulillah
    saudara,terima kasih di atas teguran.dan salam
    persaudaraan saya hulurkan.

    i - saya tidak menafikan semua golongan pendakwah yang saudara sebutkan,saya tujukan artikel di atas adalah untuk golongan yang berdakwah di alam maya contohnya golongan yang menegur kesilapan tetapi dengan gaya bahasa agak kasar,boleh saya sebutkan iaitu
    dengan menyumpah,mencarut(babi,bodoh,bengong dsb).golongan inilah yang menjadi keterkilanan saya dan menyebabkan artikel di atas ini terkeluar.

    ii - disini saudara tiada kesilapan dan saudara cuma tersilap faham maksud penulisan saya.walaubagaimanapun..terima kasih diatas teguran yang membina..baarakallahu fiik:D

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget