LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

5/29/2009

Dengo Sini Ambe Nok Kabo

Bismillah walhamdulillah...

Ketika sedang menyiapkan diri untuk menghadapi imtihan hari esok,tiba2 terlintas di benak kepala otak saya ni satu idea untuk disampaikan kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang berada di luar sana.perkara ini mungkin dah ramai yang sedar dan tahu,tapi tiadalah salah andaiku membangkitkan ianya kembali agar menjadi peringatan buat diri ini serta kawan2 seakidahku.


gambar runtuhan:sekadar hiasan


Baiklah,semalam saya berchatting dengan abang saya yang berada di Malaysia.beliau merupakan seorang guru.perbualan kami berkisar tentang fenomena yang berlaku di Malaysia itu sendiri...berkenaan jenayah dan perkara2 pelik yang boleh saya anggap sebagai bncana yang menimpa kita,warga Malaysia....yang terkini,runtuhan bangunan yang merupakan bekas supermarket,kes buang bayi di Terengganu,Mat rempit..dan lain2 lagi..apa yang terlintas di benak saya....

Apakah puncanya ini semua berlaku?


adakah salah ibu mengandung?

salah guru yang mengajar?

salah kawan2 yang mempengaruhi?

salah SIAPA????



sahabat2 semua,jika kita perhatikan dan kita renungkan balik,memang betul ini adalah ketentuan yang Allah timpakan kepada kita...tapi adakah Allah menjadikannya sebagai suatu perkara yang sia2??tentunya tidak,Allah jadikan ini semua kerana ada sesuatu yang Allah mahu kita betulkan.


APA DIA????


kita kaji balik,

Adakah setiap suruhan dan larangan Allah kita laksanakan??

Adakah hukum hakam Allah kita amalkan??

Adakah kita mengikut landasan yang benar??

macam-macam lagi persoalan yang boleh kita timbulkan untuk mencari dimana silapnya kita dalam kehidupan kita selaku hamba Allah di muka bumi ini.



Sepanjang pengetahuan saya yang begitu cetek dan penglihatan saya berkenaan gaya hidup kita warga Malaysia ialah sikap sambil lewa kita terhadap undang-undang atau peraturan yang mana telah ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Baik dari segi solatnya,hukum hakamnya,amar makruf Nahi mungkarnya,pemerintahan...dan macam2 lagi yang mana semua itu telah disuruh dan diajarkan oleh Baginda S.A.W.

Dalam mengatasi semua kecacatan ini,semua pihak berperanan penting,baik pemerintah,pendakwah,individu dan sesiapa sahaja.tidak perlulah saya huraikan peranan masing-masing dan sudah pasti,seorang pemerintah akan tahu akan tugas dan peranannya dalam mendaulatkan syariat Islam.dan semua individu haruslah peka agar pemerintah yang dipilih layak untuk memimpin kita semua ke jalan yang diredhai Allah..dan bukanlah pemerintahan yang bersifat materialistik semata-mata.

saya tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak dan ini merupakan tanggungjawab kita semua,jikalau kita semua sepakat dan sentiasa berada dalam suasana mentaati akan larangan dan suruhan Allah,sudah pasti,semua gejala ini dapat kita bendung dan tiadalah kemurkaan Allah kepada kita semua.ingatlah,jika MURKA Allah turun,tiada siapa yang akan terlepas,tok guru,baik ustaz,baik ustazah,baik mat rempit.baik minah rempit,baik..baik..dan baik...sesiapapun akan terlibat dalam bencana kemurkaan Allah itu.

Akhirnya....sama-samalah kita memuhasabah diri kita,sejauh manakah kita melaksanakan tuntutan Islam agar Allah tidak memurkai kita semua....pikir2kanlah wahai saudara2 sekalian..wassalam


~p/s~

- maaf jika ada tersalah bahasa dan kata

- buka minda dan hati kita agar dapat terima nasihat walaupun ianya begitu pahitbising

post signature

4 comments:

  1. Semakin mendalami undang2 syariah, semakin cantik pula jika dilaksana.....tapi sayang, masih ramai yang menolak hudud, yang terlebih sedih lagi di kalangan kita sendiri(Islam).....sapa bangun 'cacang' lawang.....nok royak tak mbohnya hudud, dop paham betul ambe!

    ReplyDelete
  2. sememangnya begitu jika kita fahami dengan betul syariat Islam.tapi jika kita menggunakan logik akal dan otak untuk mengukur semua ini tanpa berlandaskan kepada Nas Quran dan Sunnah seperti yang diajarkan Allah dan Baginda S.A.W..sudah tentu kita akan nampak keburukan melebihi kebaikan...
    kadang2 materialistik lebih diutamakan dari segala2nya...hatta Quran dan Sunnah..koreksi diri bersama..=)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum(",)
    semoga blog dapat menjadi wasilah untuk disampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada bukan sahaja masyarakat Melayu yang telah dipesongkan dari fahaman Islam yang sebenar bahkan kepada non-Muslim insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. --> hamba Allah
    waalaikummussalam(^_^)
    insyaAllah,doakan agar ana thabat dalam perjuangan ini..sama2 berusaha sebarkan dakwah..insyaAllah..:D

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget