Popular Posts

4/22/2009

Astaghfirullah....ish3..ibubapa..ibubapa..

Bismillah walhamdulillah..

Posting kali ini adalah sedikit pengkongsian dengan sahabat2 berkenaan pengalaman saya ketika mengutip pengalaman mengajar di sebuah sekolah rendah.

ketika cuti panjang tahun satu dulu,saya mengambil peluang pulang ke Malaysia kerana mendapat seruan dari ibubapa dan keluarga yang merindui diri ini..cewahh..(padahal diri sendirik yang nak balik..) gatai tempoh cuti dimanfaatkan dengan mencari pengalaman di sebuah sekolah di daerah Hulu Terengganu. agak dekat dengan rumah saya,lebih kurang 10 minit perjalanan dengan motor(100 km/j)..fuhh..ustaz rempit nih..ahaks..peace.



baiklah..berbalik kepada pengalaman mengajar...walaupun hanya berstatus Guru KAFA,saya menimba banyak pengalaman dan cabaran...jika dikira,menjadi seorang guru KAFA sememangnya nampak senang,apa taknya,waktu mengajar hanya 2 jam sehari dan tiga kali seminggu.Tapi pada hakikatnya,tugas mendidik tunas2star Islam amatlah berat.kerana dalam Islam..Perkara Asas Fardhu Ain adalah PERLU dan Wajib dihadamkan serta ditanamkan dengan seteguh-teguhnya dalam diri ketika masih kecil.Lagi2 mereka yang bergelar Ummat Islam.





Pengalaman mengajar di Sek.Keb Bukit Diman(SKBD) ialah pengalaman mengajar kedua saya.Pengalaman pertama adalah di sebuah sekolah dimana saya pernah mencoret sebuah kenangan bersama kawan2 seperjuangan,iaitulah Sekolah Kebangsaan Bukit Perah(SKBP)..alahai..semua sekolah yang saya mengajar bernama 'bukit'.maklumlah,kawasan hulu ni banyak bukit skit... hehenerd.Saya mula mengajar disitu selepas tamat Thanawi tiga di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin,Batu Burok(SMAASZA). Saya mengajar sementara menunggu untuk berangkat ke bumi Mesir.

Dengan berbekalkan pengalaman di SKBP dulu,saya berasa kurang kekok untuk mengajar di SKBD.walaupun begitu,perangai dan gelagat si anak murid amat berbeza walaupun ianya berada di daerah yang sama(hulu)..hik2..[org ulu jangan brase ati neh..saya pun org ulu gaksembah..]..hehe.

Berbagai perasaan yang saya alami sepanjang menjadi guru kafa.

[GEMBIRA]
*bila murid2 mendengar kita mengajar dengan tekun dan memahami apa yang diajarkan
*bila murid2 tidak degil dan mematuhi peraturan
*bila murid2 seronok dapat guru macam saya..cewah,[perasan tol..roshuhu]
*bila murid buat aksi kelakar..
*bila pelajar rajin belajar dan berusaha sungguh2..
*dll


[SEDIH]
*bila murid mula buat hal
*bila murid tak dengar kata dan buat bising
*bila masing2 tunjukkan aksi dan perangai sebenar..
*bila murid suka bersembang..
*dll


[GERAM]
*bila murid degil buat muka seposen(minta belas kasihan)
*murid beralasan bila disuruh buat sesuatu
*bila kita marah,murid anggap kita bergurau


[MARAH]
*bila murid tak suka belajar
*bila murid tak menghormati
*bila kerja sekolah tak disiapkan
*bila murid datang sekali-sekala
*bila murid mula berkepala pengat(degil amat)

dan Ini sebagai muhasabah kita bersama..terutamanya ibubapa.sebagai ibubapa,kita mestilah mendidik anak-anak kita dengan ilmu agama dan akhlak2 yang mahmudah.Di rumah,ibubapa adalah sebagai pendidik.dan seorang pendidik haruslah menjaga prilaku dan sifat sebagai pendidik dan yang paling utama ialah selaku hamba Allah.

saya pernah menegur beberapa orang murid yang tidak mahu SOLAT...saya bertanya kenapa tidak mahu solat dan jawapan yang diberikan mereka amat mengejutkan dan saya beristighfar panjang...

saya: xxx..,kenapa awak tidak mahu solat?
xxx : ustaz,saya bukan tak mahu,cuma saya tidak tahu bagaimana nak solat..
saya:ooo,habis tu..kat rumah ibubapa awak tak ajar awak solat ke?
xxx :tak ustaz,mak dan ayah saya tak solat pun...
saya:Astaghfirullahala'zim..hah

Alasan yang diberikan murid itu amat mengecewakan saya..jadi sahabat2..begitulah realitinya umat akhir zaman sekarang.Tapi yang menjadi masalahnya,bila kita tegur,ramai yang melentingmarah...kalau tak tegur,mereka buat ikut suka mereka je..enjoy dulumenari,tua nanti baru tobat....takbole.

Hidup kita hanyalah pinjaman.kalau kita pinjam duit ngan ALONG pun,silap ari bulan kena tibai..inikan pulak pinjaman dengan ALLAH...sama2lah kita betulkan apa yang bengkok dan jika terkena pada diri kita..janganlah cepat melenting dan saya akhiri dengan sebuah kata2 ulamak...

"LIHATLAH PADA APA YANG DIKATA..
DAN JANGANLAH KAMU LIHAT PADA SIAPA YANG BERKATA"

wassalam

post signature

4 comments:

  1. slm.mmg kene sabar byk mendidik budak2 ni:) slmt brjy.smg terus menulis..

    ReplyDelete
  2. to bro_mie
    silakan bro mie..jgn malu2..mende molek xbaik sembunyik..hehe..tapi kredit jangan lupe..k..gud luck

    ReplyDelete
  3. to Nurul Lailati Mahat
    salam..terima kasih nurul..memang kene banyak sabar...oleh kerana nak mendidik biar jadi orang yang berguna..seperti kata pepatah.."melentur buluh biarlah dari rebungnya"..betul tak semua?
    k..thanks for comment..(^_^)

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget