LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

1/11/2009

~Celoteh~

SATU KARANGAN MURID DARJAH 4 YANG MENYERAMKAN


~SATU KARANGAN MURID DARJAH 4 YANG MENYERAMKAN~

~Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
~Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air
~paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.


~Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan ~sejuk.
~Selepas itu
~emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.


~Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
~dengan
~garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh
~120
~kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8
~kilometer
~nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju
~dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke
~dalam
~gaung. Dia menjerit "Adoi!".


~Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
~turut
~berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori
~itu
~pula.
~Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
~iaitu
~sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
~terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
~kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
~itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan
~sebuah feri.


~Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
~semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
~Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
~dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
~bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
~sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.


~Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
~Pemandu
~feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
~terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat
~takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
~menghulurkan
~tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan
~helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
~helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.


~Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
~balik
~ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
~tangannya
~sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu
~lori
~itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu
~pemandu
~lori itu mati.


~Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
~laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
~polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai
~mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah
~terjadi.


~Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
~menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
~Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
~ramai
~lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
~kepada
~penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
~mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
~terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai
~di rumah kami pun mati.
~Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
~saya mati.

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget