LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

10/28/2008

:::sedap halal atau sedap haram:::

Bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi serta semua isi di dalamnya.selawat dan salam kupanjatkan kepada saidina wamaulana habibilmustofa Rasulullah S.A.W.




Dalam kita menempuh hari2 yang terkehadapan ini.pelbagai perkara dan situasi yang begitu ajaib dan pelik telah berlaku.mmg tak dapat dinafikan masing2 mengejar masa dan matlamat agar tidak ketinggalan dalam arus yang begitu moden sekarang ini.yang dalam bidang ekonomi sentiasa mengintai peluang untuk mencari keuntungan yang berlipat ganda,yang dalam bidang politik sentiasa memikirkan cara untuk meraih undi agar tidak jatuh dari kerusi yang dipegangnya.manakala yang dalam bidang pelajaran masing2 mengejar matlamat untuk mencari kesenangan untuk masa yang mendatang.begitulah situasi sekarang yang berlaku di dunia.tidak mengira timur atau barat.semuanya tidak terlepas dengan perkara2 yang saya sebutkan tadi.tapi tidak menjadi masalah jika kita berlumba dalam perkara kebaikan dan perkara positif,tetapi perlulah diingat agar semuanya tetap berlandaskan alQuran dan Assunnah.




dalam pada yang sama,pelbagai situasi yang negatif turut melanda ummat manusia yang leka dan alpa ini.sedar atau tidak,cuba kita perhatikan sendiri betapa leka dan lalainya masyarakat kita.tidak perlulah kita meneropong jauh diluar negara.kita perlu toleh kiri dan kanan untuk melihat sendiri ape yang berlaku di negara kita sejak akhir2 ini.tentunya kita dapat melihat pelbagai ragam dan kerenah masyarakat kita.yang terlibat dengan dadah,rompak,rogol,samun,tak lupa juga mat rempit,minah rempit,couple dan sebagainya.apakah mereka ini mangsa negara maju? atau apakah salah kedua ibubapa yang begitu leka dengan hal masing2 sehingga anak2 terabai?atau apakah salah guru2 yang mendidik mereka?
tepuk dada tanyalah diri masing2...

baiklah,dalam artikel tazkirah kali ini,saya ingin membawa kalian menyingkap satu gejala yang sememangnya menjadi satu kebiasaan dan tabiaat semulajadi manusia.gejala yang dimaksudkan ialah gejala couple.saya rasa begitu terpanggil untuk menaip dalam kes ini.berdasarkan pengalaman dan cerita2 daripada kawan2..saya rase perkara couple ini dah menjadi perkara yang terlalu ketara dalam masyarakat Islam.alhamdulillah,apabila mendirikan rumahtangga,barulah saya sedar akan hal ini.itulah kelebihan mendirikan rumahtangga awal.kita cepat sedar akan kelalaian yang saya hadapi selama ini.alhamdulillah.mmg kalau diukur dari sudut ilmu,siapalah saya untuk memberi tazkirah.tapi ape salahnya berkongsi ape yang betul..

saya begitu tertarik dengan peristiwa yang berlaku antara saya dan kawan2 baru2 ini.maklumlah,menjadi pengantin baru ni sememangnya satu perkara yang menjadi buah mulut kawan2.terutama yang lebih berumur daripada saya.ada yang bersetuju dan bergembira dengan ikatan yang dilangsungkan,dan ada juga yang stress lantas mengatakan yang berkahwin awal adalah satu kerugian.apabila mendengar ungkapan sedemikian,terus saya ajukan soalan mengapa ungkapan itu dikeluarkan.dengan selamber mereka menjawab "yela,kawen awal dah xleh bebas..nak chat ngan awek pon dah xleh,kalau xkawen lagi,best bleh chat ngan awek"
dengan nada sinis lantas saya menjawab dengan berani"SEDAP HALAL ATAU SEDAP HARAM"?mendengar jawapan yang begitu pedas terus memerahkan telinga mereka.



berbalik dalam hal couple,baru2 ini juga saya telah berhubung dengan seorang sahabat dari malaysia yang sedang menuntut di sebuah institusi pengajian di malaysia.sedang bersembang,dia bercerita tentang kehidupan di kolejnya.apabila mendengar ceritanya,saya begitu terkejut dan kaget.ceritanya yang berkisar tentang seorang sahabatnya yang Islam couple dengan seorang jejak kristian.sehingga pada satu ketika pernah bercumbuan2...di manakah maruah wanita tersebut..tidakkah ada secebis iman dalam hatinya?pelbagai persoalan yang terhambur dalam diri ini.tapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam negara kita.mahasiswa dan mahasiswi turut tenggelam dalam arus kemodenan yang melanda negara kita.

maafkan saya jika artikel ini mengguris hati mana2 pihak.tapi sedar dan bangkitlah kita semua...hidup kita di dunia ini adalah sementara.oleh itu,janganlah kita penuhi hidup kita dengan maksiat dan lagha dengan dunia.kerana di suatu masa nanti kita akan dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T.

akhir kata,sama2lah kita jalankan tugas AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR...
katakan TIDAK kepada MAKSIAT...

sekian,wassalam

-ss-

1 comment:

  1. minta maaf jika comment ini boleh mengguris mane2 pihak.. skadar pandangan..

    perkahwinan merupakan satu medan untuk 2 hamba ALLAH bertemu dalam satu ikatan kasih yang suci.. tidak dinafikan perkahwinan sesuatu yang suci dalam ISLAM..

    tapi jangan lah berkahwin kerana mahu elak maksiat.. adakah itu tujuan sebenar utk berkahwin?suka utk saya ambil petikan dari dalam buku aku terima nikahnya pengarang saiful islam..

    lelaki ini mahu berkahwin kerana mahu elak zina.. tetapi untuk berzina, dia perlu mencari tiket bas ke tmpat prmpuan itu, menaiki komuter dan seterusnya sekali lagi bas, berjumpe dengan permpuan tu dan berzina..

    itu bukan elak berzina tetapi berusaha utk berzina..adakah itu tujuan berkahwinan? tidak dinafikan perkahwinan awal bukan sesuatu yg merugikan..tetapi kite harus fikir kan, jika perkahwinan itu membebankan ibu bapa khususnya dalam soal wang kerana kwangan lepas perkahwinan 2 x ganda dari kwangan ketika single..

    jadi, akibat tidak mampu menyara kehidupan sebagai suami isteri, adakah kite termasuk dlm golongan orang yang mahu berkahwin tetapi tidak mampu??

    lebih2 lagi bile berkahwin, pelajaran ntah ke mana.. asyik extend.. extend.. extend.. melukakan hati mak ayah.. saya ade dgr sendiri rintihan mak ayah yg anaknya tak balik2 blaja dri mesir.. sbb blaja tak habis2 sbb extend terlalu banyak..

    so, fikir2 kan laa..renung2 kan laa.. bile mempelajari agama sememangnya kite perlu mengaplikasinya.. ade yg cakap..
    "tak kawen nanti susah asyik fikir pasal permpuan tuh je.."
    bukankah didikan hati perlu??

    sekadar pandangan

    ReplyDelete


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget