LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

10/22/2008

:::sahabat,rakan,teman:::

Alhamdulilah..akhirnya tiba lagi hamba ini di bumi anbiya'.tapi semestinya
ketibaan kali ini sungguh berlainan daripada biasa.mungkin ramai yang dah tau kenapa ketibaan kali ini menjadi luar biasa...apepun keluarbiasaaan kali ini ianya diiringi dengan semangat baru dan taujihat serta doa daripada ayahanda dan bonda tercinta.tak lupa jugak doa daripada ummi dan abah tersayang.dulu hanya mempunyai seorang ayah dan seorang emak..tetapi sekarang dah ade seorang ayah n abah serta seorang emak n ummi.

emak n ayah

ummi n abah

Wahai emak,ummi,ayah n abah...InsyaAllah kami akan berusaha bersungguh2 dalam pelajaran kami..hanya kami harapkan doa dan dorongan daripada emak,ummi,ayah n abah semua.halalkan segala makan dan minum kami,serta terima kasih dia atas jasa dan pengorbanan kalian kepada kami.semoga Allah akan merahmati dan memberkati kalian semua.

Saat tibanya di mesir adalah satu perkara yang amat kurindui.apa tidaknya..dengan telatah sahabat2 dan rakan2 serta teman2 amat menggembirakan hatiku..sahabat,rakan dan teman...mereka semualah yang menjadi keluarga apabila dah berjauhan dengan keluarga sendiri.sedih,tawa,dan segala perasaan hanya dapat dikongsi bersama mereka semua..



Amalan kunjung- mengunjungi sudah menjadi adat bagi kami warga perantauan.saat inilah yang selalu kami gunakan bagi mengubat hati yang merindui keluarga di kampung halaman.baru2 ini rumah saya telah mendapat kunjungan daripada sahabat2 sekitar imarah dan juga sahabat2 dari kompleks terengganu.hati ini amat teruja dengan kunjungan tersebut.kedatangan mereka disertai dengan pelbagai kerenah,usikan dan gurauan yang kadang2 terkesot juge hati ini.tapi tidak menjadi masalah kerana sememangnya sudah menjadi resam bagi kami khususnya yang baru mendirikan masjid..lagi2 usia kami yang lebih muda berbanding dengan mereka yang datang mengunjung.mungkin perkahwinan kami akan menjadi sedikit sebanyak dorongan serta suntikan bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga..hehe..




Begitulah erat dan ukhuwwah kami pelajar azhari.bagi mereka yang sudah berkunjung di rumah saya..terima kasih dan kunjungan anda amatlah dihargai.dan sesiapa yang belum sampai ke rumah saya khususnya ust WAZA.silalah datang ke rumah..huhu..TERIMA KASIH..SAHABAT..RAKAN..TEMAN...

Sekian sahaja untuk kali ini..semoga ketemu kembali....
wassalam

No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget