LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

8/23/2008

PEREMPUAN GEMARKAN TEORI BUKAN PRAKTIKAL


BELI BUKU RESEPI SAMPAI PENUH SATU ALMARI KAT RUMAH

uiii...bab2 resepi2 ni org ppuan mmg suka sangat.Cakap la buku resepi ke,ruangan resepi kt tv tu ke,sekarang ni bleh plak muat turun resepi dari internet,diorang pn pakat2 la buat apa y patut.Pendek kate,nak resepi apa semua ada.Tp bila time makan je,masaknya ciput aje,balik2 lauk tu jugak.Tu tahan lg.Ada y koleksi resepi tu buat tukun je,makannye ttp kt luar jgk.



8/16/2008

:::TERHANGAT:::


Buat ahli-ahli persatuan Keluarga-keluarga Penuntut Terengganu(KPT),insyaAllah majalah Suara Kampus Edisi Terengganu(SUTRA) keluaran khas akan berada di pasaran tidak lama lagi.setelah sekian lama menyepi,akhirnya SUTRA kembali dengan keluaran emas yang mana memuatkan begitu banyak maklumat mengenai ulama'-ulama' dunia yang terkemuka...

nantikan kemunculannya.....

Biro Penerangan dan Penerbitan KPT
-ss-

8/15/2008


gambar : sekitar pengembaraan di musim panas

:::bilakah lagi???:::

Sedikit coretan buat semua...kita sering mendengar situasi yang berlaku dalam dunia sekarang.mengenai peperangan,penindasan dan sebagainya.jika kita lihat,ummat Islam begitu ramai di dunia ini.tetapi kenapa penindasan serta penjajahan tetap mekar terjadi kepada kite ummat Islam???kenapa,mengapa dan bagaimana...mungkin semua sudah mengetahui jawapannya...bagi aku,bait-bait lagu yang berikut amat dalam maknanya dan itulah sebenarnya keadaan yang menyebabkan kite ummat Islam diperlakukan sewenang-wenangnya....renungilah........bilakah lagi?????






Bilakah lagi kita semua satu hati,
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi,
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,
Bangunlah wahai ummah kita satu hati,




Marilah bersama bersatu berjihad,
Menentang kezaliman,
Oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang,
Jangan takut berjuanglah untuk keamanan,




8/14/2008



wahai ummiku,
tidak ku sengaja melukakan hatimu,
tidak ku duga kan melukaimu,
tidak ku sangka kan jadi begini,
semuanya telah ditaqdirkan begini
inilah perjalanan hidup kita,

ummiku,
maafilah anakmu ini...
restuilah anakmu ini...
syurgaku dibawah keredhaanmu
tangisanku membasahi pipi
tangisanmu dapat kurasai
keperitanmu dapat ku bayangi

ummiku,
aku sanggup melutut mencium kakimu,
asalkan aku dapat redhamu,
puas aku mencari dimana silapnya,
aku sering melupakanNya,
serta orang yang menjagaku sedari kecil,

ummiku,
ampunilah,berkatilah anakmu
semoga perjalanan hidupku diberkati
semoga perjalananku sehingga ke Syurga
semoga perjalananku berakhir dengan menjadi anak soleh
semoga perjalananku tidak sia-sia
ummiku...akanku tebus segala dosaku nanti...
percayalah kepada taqdir Ilahi,
Ya Allah,ampunkanlah kedua Ibu Bapaku..amin..


coretan(ss)

8/10/2008

:::kerna lidah:::

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.

Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.

Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.

Berhati-hati

Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.

Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia - sia dan tidak baik.

Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.

"Manusia itu ada tiga macam (jenis).

Pertama: Yang mendapat pahala.

Kedua: Yang selamat daripada dosa.

Ketiga: Yang binasa.

Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."

Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."

Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."

Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.

Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.

Bertentangan

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."

Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga mendapat di menfaatkan bersama dan juga utk rakan-rakan yg lain.

Wallahu a'lam

sudah haru lagi biru..haha.

-gambar hiasan-

Begitulah betapa haru dan birunya tajuk aku kali ini... huhu...walaupun ianya begitu seronok..tapi ia tetap memenatkan.

Kolokium ilmuan yang dirancang pada baru2 ini oleh PERSSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR(PMRAM)akhirnya berjaya dijalankan walaupun kami di pihak adhoc pelaksana mengalami pelbagai dugaan dan cabaran.begitulah adatnye berjuang.kita mestilah sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan sekalipun ianya amat pahit untuk kita terima hatta ianya adalah kenyataan.program ini adalah siri yang terakhir bagi pelajar2 baru yang datang melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM)dan Muadalah(MOU)yang baru2 ini kecoh mengenai pembatalan MOU.apelah nasib mereka yang sememangnya berangan2 menyambung pelajaran di mesir tiba2 terhalang dengan pembatalan tersebut.agak tidak adil aku rase..tapi...begitulah,mereka yang ada kuasa mampu membuat ape sahaja..menjajah,menindas,menghalang,menyiksa dan sebagainya.

Aku merupakan seorang adhoc bagi program tersebut..walaupun hanya memangku biro dakwah kerana program tersebut adalah di bawah lajnah dakwah PMRAM,namun ianya tidaklah alasan untuk aku menarik diri untuk menjadi antara penggerak program tersebut.jika dinilai dari sudut pengalaman...mmgla jauh berbeza dengan pelajar2 lain yang masih ramai yang terlebih..terlebih..dan terlebih layak daripada aku.

okeh,berbalik kepada crite kolokium tadi..untuk pengetahuan korang semua,dugaan yang terpaksa kami lalui untuk program tersebut adalah perubahan venue program disaat2 akhir...lebih tepat lagi aku bleh katakan sehari sebelum program.program yang pada awalnya menggabungkan antara pelajar lelaki dan perempuan akhirnya terpaksa diasingkan kerana keadaan tempat yang dapat disediakan tidak mampu menampung jumlah peserta yang berdaftar..

kalau dah berpisah..bermakna seorang ajk pelaksana akan memikul tanggungjawab yang lebih berat.ape yang lebih mengharukan aku ialah pengarah program.pengarah yang berasal daripada Johor itu amat kekalutan sehingga aku amat mengasihaninya yang tak terhingga.ish..kalau aku yang jadi pengarah..mau pitam aku dibuatnye..tapi begitulah,kalau tidak berkaliber..mmg orang tidak akan meletakkan tanggungjawab sebagai pengarah program.walaupun kekalutan,segala masalah kami hadapi dan harungi bersama..itulah ukhuwah islamiyah.tolong menolong kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

setelah bertungkus lumus dan menghadapi pelbagai kerenah para peserta..program sehari yang kami jalankan akhirnya dapat ditamatkan dengan jayanya.alhamdulillah.benarlah kate saudara pengarah,jika kita yakin dengan pertolongan Allah..maka kita akan dapat harungi segalanya dengan baik.itulah kelebihan kita membantu agama Allah s.w.t.

terima kasih dan beribu2 kemaafan kepada semua adhoc pelaksana sekiranya aku tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.ape2 pun..pohonlah keampunan dah rahmat kasih sayang Allah.semoga kita thabat dalam perjuangan...amin...wassalam(ss)

8/07/2008

:::kahwin awal:::

Satu tuntutan atau tentangan???....

satu kesalahan atau kebaikan???....

Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang?persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.?Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?.

Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram, Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??

Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada

anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya

Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba

tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.,

Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang

remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat

dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Permasalahnya sekarang bila ditanya oleh couple2 jawapan yang mereka berikan “saya belum bersedia lagi” tapi apabila melihat kembali sudah pun bersedia keluar sekali,berpegangan tangan,jadi jawapan yg diberikan sama sekali tidak bersasas.bukankah itu menunjukan kesediaan kepada “ mukadimah zina”

Dalam hal ini Agama sudah jelas membawa kepada kita.dengan panduan yang baik demi kesejahteraan umat itu sendiri.Dalam konteks masalah ini banyak pandangan ulama dalam hal masalah ini.dengan banyaknya masalah sosial,rogol,sumbang mahram dan sebagainya.adakah masalah ini akan belanjutan sehingga generasi yang akan datang??dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini.tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa.

Perkahwinan adalah satu syariat,tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang unggul.Allah s.wt telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara.bukan bermaksud mensyariat kahwin awal bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yng berbeza setiap Negara.Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam islam.Usia “shabab” atau belia remaja dalah waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W

يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء

Maksudnya: “wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah,sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu,memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa.sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Pada usia inilah tenaga ,kekuatan dan kehendak seks itu berkumpul. Rasulullah S.A.W juga menyarankan agar memilih pasangan yang di kalangan mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan ,melaksanakan tangungjawab rumah tangga.Bagi wanita pula,inilah masa sesuai untuk melahirkan zuriat yang sihat dan generasi yang baik demi kesejahteraan ummah.

Bagi permasalah ini pula akan timbul bagi pasangan yang tidak mampu dari segi ekonomi.kalau nak kahwin kena ada duit.kalau tak macam mana nk tangung isteri dan anak2??melihat pemasalahan ini memang ia tidak dapat dinafikan ia adalah sangat penting tetapi kita perlulah berusaha melihat di hadapan dengan lebih positif.dan inilah yang di anjurkan dalam Islam.kerja dengan niat yang baik adalah ibadat.janganlah kita bimbang akan rezekinya.sebab tuhan yang memberikan rezeki.bahkan rezeki itu sendiri tidak akan datang melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

SARANAN&HUJAH

Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan.Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan ,terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama,akhlak,amanah.ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia.ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.


Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan,solat apabila tiba waktunya,mayat apabila sampai,dan bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini usamah bin zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun.nikahlah kamu akan usamah bin zaid”maka aku enggan .kemudian Rasulullah saw bersbda “nikahlah dengan usamah binti zaid”. Maka aku nikahinya .maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh,janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.

(disebut oleh ibnu jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita.dan nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat.Nabi memberi kaedah seperti puasa.dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “nasfu kamu jika tidak disibukan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”.dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat.antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama.adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik,menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu,masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.

:::rintihan...:::


Ya Allah...tunjukkanlah daku jalan yang lurus dan jalan yang kau redhai..ampunkan daku jika segala yang aku lakukan membuatkan orang disekelilingku dan orang yang ada pertalian denganku jauh hati denganku..Ya Allah...bimbinglah aku ya Allah...tiada tempat yang paling layak selain daripadaMu ya Allah..amin ya robbal a'lamin....

-ss-

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget