LinkShare  Referral  Prg

Popular Posts

6/22/2008

RahsIa???........



Rahsia Bacaan Ayat-Ayat Al-Quran

Bismillah hirahman nirrahim........


Au zubillah himinasyaitan nirrajim
*tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
Telah dikutuk oleh Allah *

*Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana
dengan bacaan ini akan keluar iblis dan syaitan yang berada
didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan lari.*

*Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qul huwallahu ahad. Allahussamad. Lam
yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca 
bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah 
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.* 

*Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut. Tetapi bagi 
mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat 
akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.*

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

*Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka
masa dua-tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali
betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah
Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. *

*semoga kita semua tergolong dalam mereka yang sentiasa melazimi hari2 kita dengan Kalamullah....ameen......


No comments:

Post a Comment


1. Berilah Teguran/Komentar Walau Sepatah Kata..
2. Komenlah Dengan Nama dan Blog Sendiri
3. Boleh Guna Kod² Seperti Ini < b >, < i >, < a >

Followers

[:: sembang-sembang ukhuwwah ::]


ShoutMix chat widget